Hari ini Ramil membawa Maria ke sebuah restoran yang terkenal di Venice.
Riviera's inventive mengambil masakan Venetian dan lokasi yang luar biasa strategik. Tempatnya sebagai salah satu daripada sepuluh restoran terbaik di Venice. Ramai pelancong sering datang ke situ.
"Thank you sayang.. hari-hari bawa aku jalan-jalan. Tak sangka, Italy terlalu banyak tempat-tempat yang menarik, banyak juga peninggalan sejarahnya." Ramil tersengih dengan kata-kata Maria.
"Masih banyak tempat yang aku belum bawa. Kalau sempat, kita pergi. Ok?" Maria mengangguk.
Sebentar kemudian datang seorang pelayan lelaki sambil menyerahkan menu makanan kepada mereka berdua.
"Mil, kau oder. Aku tak tahu makanan apa yang menarik dekat sini" ujar Maria sambil meletakkan senarai menu di atas meja. Ramil hanya menganggukkan kepalanya.
"Voglio un carpaccio di arrosto di manzo, mandorle tostate, profumo per due persone e 2 tazze di succo di frutta, Ravioli e cocktail di frutta" selepas selesai memesan makanan, pelayan itu mengambil semula menu yang ada di atas meja.
"ok Signore" dia menundukkan separuh badannya tanda hormat dan berlalu.
Selepas 15 minit menunggu dan berbual, akhirnya pesanan mereka sampai.
"Makanlah. Sayang pasti suka" ujar Ramil sambil memandang hidangan di hadapan Maria.
Maria menatap piring di hadapannya.
Terdapat daging lembu yang dipanggang bersama badam bakar, aromanya sangat harum.
Maria memotong daging pada saiz yang kecil lalu disuap ke dalam mulut.
"Mmm..sedap" puji Maria sambil meneruskan makannya. Ramil hanya tersengih melihat gelagat Maria yang tak ubah seperti anak kecil.
"Sayang, cuba rasa koktail buah ni, tentu sayang suka" Ramil menghulurkan satu gelas berkaki panjang berisi koktail buah kepada Maria.
"Mmm.. sedap. Special menu kat sini ke?" Tanya Maria. Dia bertanya kerana majoriti pelanggan yang datang ke sana, memesan koktail yang sama.
"Ya. Sedap kan?" Maria mengangguk.
*****
Usai makan, Ramil dan Maria keluar dari restoran. Mereka leka berbual tanpa menyedari sebuah kereta dipandu laju dari arah belakang, lalu melanggar Maria.
"Maria!!!!" Jerit Ramil seraya berlari ke arah Maria. Ramil sempat melihat jenis kereta dan nombor plat kenderaan tersebut.
"Sayang..bangun sayang.." Maria membuka matanya perlahan. Bodyguard yang terlihat Ramil mengendong Maria dalam keadaan cedera, segera membukakan pintu kereta.
"Kita ke hospital, cepat" Maria mengerang kesakitan.
"Arkhh!!" Maria melihat tangan dan kaki kanannya sudah berdarah.
Tangan, kaki dan belakang badannya luka. Cederanya tidak terlalu parah kerana kereta itu hanya melanggar bahagian sisi dan membuat Maria terpelanting lalu menggesel jalan.
"Sabar sayang, tahan" pujuk Ramil sambil mengangkat tubuh Maria ke atas pangkuannya. Belakangnya luka, sudah tentu sukar untuk dia bersandar pada kerusi penumpang.
*****
Akhirnya mereka sampai ke hospital. Maria dirawat di ruang kecemasan untuk pesakit luar. Sementara menunggu Maria yang sedang dirawat, Ramil keluar meninggalkan Maria seketika. Dia menghubungi seseorang.
"Aku nak kau cari maklumat orang ini"
"...."
"Kereta dodge biru..plat no BT-****TQ"
"..."
"Kalau kau dah jumpa, aku nak kau bawa dia ke tempat biasa, ikat dia"
Ramil memutuskan talian sebelah pihak. Dia kembali masuk ke ruangan kecemasan lalu menghampiri Maria.
Maria menggenggam tangan Ramil erat menahan sakit dan pedih ketika jururawat itu meletakkan ubat untuk mencuci luka.
"Stt.. argh.." Maria tersentak dan mengerang sakit saat jururawat itu mencuci di belakang badannya.
"Sorry miss" ucap Jurujawat itu sambil tangannya leka membersihkan luka.
Setelah selesai, Ramil membawa Maria pulang.
Orang pertama yang terkejut melihat keadaan Maria ketika sampai di mansion adalah Thalia.
"Oh my god.. what happend to her, Ramil?" Tanya Thalia risau.
"Ada orang cuba langgar Maria, mummy" jawab Ramil datar. Ramil membawa Maria ke kamar, lalu merebahkan Maria di atas katil.
Thalia mengekori langkah Ramil sehingga ke kamar.
Dia menghampiri Maria.
"Maria ok?" Maria mengangguk sambil tersenyum hambar.
"Mil, sudah dapat tahu siapa yang langgar Maria?" Soal Thalia sambil memerhatikan luka pada tubuh Maria.
"Belum lagi mummy."
Drtt
Drtt
"Hello"
"..."
"Bagus. Aku ke sana sekarang" Ramil memutuskan talian.
Dia menghampiri Maria.
"Sayang, aku keluar sebentar. Sayang rehatlah" Maria mengangguk perlahan. Ramil mencium kening Maria perlahan sambil mengusap kepala Maria dengan penuh kasih sayang.
"Mil, kamu mau ke mana?" Soal Thalia sambil memerhatikan keadaan Ramil yang serba tak kena.
"Mummy, tolong jaga Maria. Mil ada urusan penting, selesai nanti, Mil balik" Thalia hanya memerhatikan langkah Ramil yang keluar tergesa-gesa sehingga hilang di balik pintu.
Thalia mengeluh seraya menggelangkan kepalanya. Dia sebenarnya tahu kemana arah tuju Ramil sebenarnya. Dia juga tahu,anaknya seorang psikopat. Mungkin Ramil tidak mahu memaklumkan kepadanya kerana keberadaan Maria di situ.
****
Di sebuah banglow lama peninggalan mendiang nenek Ramil;
Sebaik sahaja Ramil tiba di ruangan bawah tanah, Mark dan Jason iaitu orang suruhannya yang berada di Italy sudah siap menunggu di hadapan pintu masuk.
"Mana orang tu?" Tanya Ramil dengan rahang yang sudah mengeras.
"Ada di dalam, bos" jawab Mark sambil melangkah mengekori Ramil.
Susuk tubuh lelaki itu sedang dipasung membelakangi Ramil. Ramil berpusing menghadap tawanannya. Dia sebenarnya sudah tidak sabar mahu tahu siapa yang berani mengganggu sebahagian dari hidupnya.
"Kau!?" Lelaki itu ketawa sinis dan ternyata perbuatannya itu membuat Ramil semakin bengang.
"Bagaimana dengan kekasihmu sekarang, dah mati?" Tanya Magno, bekas kekasih Maria. Ya.. Magno Scavo. Dialah orang yang telah melanggar Maria.
Bugh! Satu tumbukan kuat mendarat di perut Magno.
"Urghh!!" Erang Magno yang merasa nyeri di bahagian perutnya.
"Apa yang kau mau, hah?" Bentak Ramil semakin geram.
"Ha ha ha ha..,aku mahu Maria mati!" Jerit Magno menggila.
Bugh! Satu tumbukkan lagi. Kali ini tumbukkan singgah pada wajahnya. Darah merah mengalir di hujung bibir dan hidung Magno.
"Kau jangan mimpi! Selagi Maria dibawah jagaan aku, takkan ada sesiapa boleh mengapa-apakan dia. Termasuk kau!" Sinis sekali perucapan Ramil.
"Huh! Ha ha ha.. kalau betul kau menjaganya, bagaimana aku boleh melanggarnya tadi? Itu bermakna, kau tidak handal. Dengan semudah itu aku melanggarnya. Sepatutnya tadi, aku langgar kau sekali" dengan angkuhnya Magno bersuara sambil tersenyum sumbing.
"Kurang ajar!" Ramil mencapai kayu hoki lalu memukul tubuh Magno.
"Arghhhh!!" Jerit Magno kesakitan saat tubuhnya dipukul kuat oleh Ramil.
"Kau tak akan bebas dari aku, sialan! Aku tak akan lepaskan kau hidup-hidup" hentakkan demi hentakkan menghentam kuat tubuh Magno. Kali ini, Ramil tak akan biarkan Magno sakiti Maria lagi.
Prrakkk!!!
"Arghhhh!!!!" Magno menjerit saat kakinya patah akibat dipukul kuat oleh Ramil.
"Kenapa kau tak bunuh saja aku?"
Tanya Magno dengan suara yang lemah. Tubuhnya sudah tidak bertenaga.
"Tidak semudah itu untuk aku bunuh kau, sial! Aku akan seksa kau cukup-cukup kerana kau telah mencampuri urusan hidupku dan kau juga telah mengganggu kekasihku. Tak ada sesiapa yang boleh terlepas dari aku" sinis sekali ucapan Ramil pada Magno.
Ramil berjalan menghampiri katananya yang panjang lagi tajam yang berada di atas meja disisinya.
"Apa yang dia pandang pada kau, hah? Harta? Huh! Ternyata dia memang perempuan mata duitan!"
Syushhh!
Ramil melayangkan katananya sehingga anggota tubuh Magno tersiat sehingga menampakkan tulang.
"Argghhhhh!!!" Magno mengerang kesakitan. Tubuhnya terkulai layu. Bau hamis darah memenuhi ruang bawah tanah. Pakaian Ramil juga terkena percikan darah.
"Apa kau cakap!? Perempuan murahan!? Hey! Jaga bahasamu! Maria bukan seperti itu. Kau itu yang bodoh! Kau yang curang padanya, bukan dia. Kau memang layak dibuang olehnya. Kau tidak pantas untuknya" tengking Ramil. Mukanya sudah memerah. Dia sudah hilang sabar saat Maria dihina.
"Aku curang padanya sebab dia jual mahal pada aku. Kalau benar dia cintakan aku, kenapa dia tak izinkan aku menjamah tubuhnya? Memang patut aku cari wanita lain sebagai pengganti" Ramil menggelengkan kepalanya mendengar bicara bodoh dari Magno. Ternyata fikirannya begitu sempit.
"Kau memang bodoh! Wanita semulia Maria kau buang, perempuan jalang yang kau kutip. Kau memang tak pandai menilai mana satu intan dan permata." Tajam sekali kata-kata Ramil padanya.
"Aku beruntung memilikinya dan aku takkan pernah sia-siakannya. Bukan seperti kau, bodoh!" Bentak Ramil lagi. Dia menatap tajam pada Magno yang sudah tidak berdaya.
Magno ketawa dengan kata-kata Ramil. Dia akui, memang salahnya. Dia tidak sepatutnya curang pada Maria. Dia menyesal kerana pernah tinggalkan wanita sebaik Maria.
Sebenarnya sudah lama dia mencari Maria, tetapi tidak jumpa. Semalam, adalah hari pertama dia berjumpa dengan Maria sejak beberapa tahun mereka terpisah.
Hasratnya untuk kembali kepada Maria. Tapi setelah dia ketahui, ada lelaki lain yang bertakhta dalam hati Maria dan mereka bakal berkahwin, lebih membuatkan dia jadi sakit hati.
Baginya, jika dia tidak dapat takluki Maria, orang lain juga takkan dapat Maria. Sebab itulah dia ingin membunuh Maria.
"Baik kau bunuh saja aku. Tak guna aku hidup jika aku tidak dapat bersama dengan Maria" Ramil ketawa mendengar bicara Magno.
"Oh..jadi, kau berhasrat untuk kembali padanya? Setelah apa yang kau buat padanya, kau rasa dia mahu terima kau? Dia sudah lama lupakan kau. Hanya aku yang ada dihatinya sekarang, bukan kau" herdik Ramil sambil menatap sinis pada Magno.
"Percaya diri!" Sindir Magno. Ramil memicingkan matanya sambil menatap Magno.
"Ya.. memang aku percaya diri. Kerana Maria tahu aku betul-betul cintakannya. Bukan seperti kau!"
Bentak Ramil geram.
"Tentu dia sudah jual tubuhnya pada kau kan? Huh! Dasar jalang sialan!" Dengan sekuat tenaganya dia membentak Ramil dengan suara yang kuat dan serak.
Kata-kata Magno terlalu menguji kesabaran Ramil. Serta merta Ramil melayangkan katananya ke tubuh Magno.
Syushhhh!!!!
Tubuh Magno terbelah 2 separas pinggang sehingga menampakkan perutnya yang sudah terburai.
"Puas hati aku!" Ramil melempar katananya. Tanggannya dipenuhi dengan darah.
"Mark, Jason..bakar mayatnya dan tanam. Panggil yang lain, bersihkan tempat ni. Jangan tinggalkan bukti sebesar kuman pun." Arah Ramil kepada anak buahnya.
"Baik bos" ujar Mark dan Jason serentak. Ramil segera pergi dari situ. Tugasnya sudah selesai.
*****
Mansion keluarga Falaiev
Maria terkejut saat melihat Ramil melangkah masuk ke kamar dengan bajunya yang dipenuhi darah.
Dia melangkah turun dari katil dengan terhencot-hencot menghampiri Ramil di kamar mandi.
"Oh my god! What happend to you?" Tanya Maria yang berdiri di muka pintu kamar mandi dengan raut wajah yang risau.
"Jangan dekat, sayang. Aku tak apa-apa.." Ramil yang perasan Maria menghampirinya segera menghalang dari mendekatinya.
"Are you sure?" Ramil yang sedang membuka bajunya pantas menganggukkan kepalanya seraya tersenyum ke arah Maria.
"I need your explaination. Aku tunggu kau di ranjang" ujar Maria berlalu pergi. Ramil hanya mengeluh perlahan.
*****
Usai bersihkan diri dan menyarung boxer dan seluar separas lutut, Ramil menghampiri ranjang. Dia merangkak duduk disebelah Maria.
Tubuh Maria yang cedera dilihatnya dengan rasa simpati.
"Stt... aww.. jangan sentuh.. sakit"
Erang Maria manja saat Ramil menyentuh lukanya.
"Sorry.." Ramil segera mengalihkan tangannya.
"Sayang tidur sini malam ni" Ramil menepuk tilam disisi kanannya. Kali ini, mereka tukar tempat tidur. Maria akan tidur di tempatnya dan Ramil tidur di tempat Maria memandangkan tubuh Maria semuanya cedera di bahagian kanan.
Ramil mengangkat tubuh Maria lalu dibaringkan.
Maria mengiringkan tubuhnya ke sebelah kiri, menghadap Ramil. Ramil juga mengiring menghadap Maria. Tubuh naked Maria begitu menggodanya.
"Tak payah nak pandang Maria macam tu" Maria menyedari cara pandangan Ramil padanya segera melarangnya. Ramil terkekeh ketawa.
"Kau begitu seksi, sayangku. Malam ni boleh tak?" Ramil tersenyum menggoda ke arah Maria.
"Mil...jangan macam-macam" tegah Maria sambil memutar bola matanya.
Ramil terkekeh melihat wajah Maria yang sudah bersemu merah. Dengan pantas, Maria menarik selimut lalu menutupi paras dadanya yang terdedah.
"Masih nak malu lagi? Setiap inci tubuhmu sudah ku hafal, buat apa nak malu lagi, hmm?" Ramil merapatkan wajahnya dengan wajah Maria sehingga dahi mereka bertemu.
"Aku suka lihat saat kau naked seperti ini, honey" bisik Ramil dengan nada menggoda.
"Ramil..please.. jangan nak miang sangat. Aku perlukan penjelasan mu mengenai tadi" Maria menatap tajam ke arah Ramil.
Ramil mengeluh perlahan. Dia mengubah posisi tubuhnya kepada menelentang sambil mendekap dada. Matanya terarah pada lelangit ruangan kamar di hadapannya.
"Nak tahu tak, siapa yang melanggarmu?" Tanya Ramil masih dengan posisi tadi. Maria mengerutkan keningnya. Dia bangun bersimpuh menghadap Ramil sehingga terekspost kembali tubuhnya yang naked. Ramil menoleh memandang ke arah Maria. Matanya terarah pada tubuh Maria yang seksi.
"Siapa?" Tanya Maria tanpa menghiraukan pandangan Ramil pada tubuhnya yang terdedah. Dia mahu tahu, siapa yang berniat mahu membunuhnya.
Dengan raut wajah yang datar, Ramil menjawab;
"Magno Scavo" mulut Maria ternganga tatkala mendengar nama itu keluar dari bibir Ramil.
"What??" Ramil mengangguk lantas bangun dan duduk dihadapan Maria.
"Ya.. dia. Sayang pasti terkejut kan?" Maria diam. Dia masih memandang tepat ke wajah Ramil menanti penjelasan seterusnya.
"Dia memang berniat mahu membunuhmu. Malangnya, dia tidak berjaya malam ni" sambung Ramil lagi sambil tangannya diangkat lalu mengusap rambut Maria yang panjang.
"Dimana dia sekarang? Sudah ditangkap polis?" Ramil mengeluh perlahan sambil menggelengkan kepalanya.
"Habis tu, dimana dia sekarang? Masih bebas? Kalau dia datang bunuh Maria lagi bagaimana?" Soal Maria risau. Dia tidak menyangka, Magno sanggup mahu membunuhnya. Serta-merta dia jadi takut.
Ramil yang perasan perubahan Maria yang tampak takut, segera mendekat. Tubuh Maria dipeluknya dengan hati-hati.
"Syhh.. tenang. Dia tak akan mengganggumu lagi." Ramil mengucup dahi Maria perlahan. Maria mendongakkan wajahnya, memandang ke arah Ramil.
"Maksudmu?" Dahi Maria berkerut. Keningnya hampir menyatu.
"Dia sudah ku bunuh" jawab Ramil datar.
Maria tersentak. Dia melepaskan pelukkan Ramil. Dia menutup mulut dengan kedua tangannya. Matanya membulat memandang ke arah Ramil. Dia bergerak menjauhi Ramil sehingga tubuhnya rapat ke tiang katil.
"Hey..hey.. sayang..kenapa ni?" Ramil terkejut dengan perubahan Maria. Dia cuba mahu mendekati Maria.
"Jangan dekat" bantah Maria seraya mengangkat tangan kirinya ke arah Ramil seperti menghalang. Maria mengangkat kedua lututnya rapat ke dada. Dia jadi takut dengan Ramil. Tubuhnya menggigil.
Pergerakan Ramil terhenti. Dia jadi risau dengan Maria. Sepertinya Maria takut padanya. Ramil dapat lihat dengan jelas dari raut wajah Maria yang ketakutan.
Ramil tidak peduli, dia segera memeluk Maria dengan erat.
"Jangan takut padaku sayang... aku sangat menyayangi dan mencintaimu. Takkan ku lepaskan orang-orang yang berniat jahat mahu melukaimu. Itu janjiku. Aku akan melindungimu walau nyawaku menjadi galang ganti" pujuk Ramil dengan nada suara yang lembut. Dia mencium puncak kepala Maria.
Tap!
Airmata jatuh di lengan Ramil.
"Hey..hey..honey..please..jangan menangis. Aku tak mahu melihat airmatamu jatuh lagi. Aku tak sanggup, sayang." Ramil meraup wajah Maria dengan kedua tangannya.
Kini wajah mereka bertatap, dekat.
Mata dan wajah Maria basah kerana airmata. Ramil menyekanya perlahan.
"Jangan takut padaku sayang..please.."
Pujuk Ramil lagi. Dia menatap dalam iris hazel Maria.
"J-jadi..darah pada bajumu tadi, darah..." Ramil mengangguk pantas tanda mengiakan.
Dengan pantas Maria memeluk Ramil erat. Mukanya disembamkan ke dada bidang Ramil.
Maria tak dapat membayangkan bagaimana cara Ramil membunuh Magno. Dari darah yang memenuhi baju Ramil, dia sudah tahu seberapa teruk Magno dibunuh. Tentu sangat mengerikan.