Hari ini, seawal pagi lagi Maria sudah bangun membersihkan tubuhnya yang melekit saat dia dan Ramil beraksi diranjang. Sewaktu dia bangun, Ramil masih nyenyak tidur.
Dia turun ke dapur seperti selalu dia lakukan saat berada di mansion Ramil di Las Vegas. Dia mahu siapkan sarapan pagi untuk Ramil.
"Selamat pagi..." sapa Maria kepada dua orang pembantu rumah yang berada di dapur.
"Eh! Cik Maria..kenapa ke sini? Kalau Madam tahu, teruk kami kena marah." Mereka berdua terkejut dengan kehadiran Maria disitu.
"Tak apa.. nanti saya jawabkan. Saya nak siapkan sarapan buat Ramil." Maria mahu melangkah ke peti sejuk.
"Eh...tak perlu Cik Maria.. kami akan buat semua kerja tu Cik Maria. Cik Maria rehat saja di depan. Dah siap sarapan nanti, saya hantarkan ke kamar ya Cik Maria.
"Maria..." panggil Thalia. Maria menoleh kebelakang. Dia melihat Thalia sudah ada dimuka pintu dapur.
"Madam" kedua pembantu itu menundukkan wajah mereka tanda hormat pada Thalia.
"Tak perlu masuk dapur. Biarkan bibi yang buat kerja." Sambut Thalia.
"Tapi mummy...."
"Tak perlu.. mari ikut mummy" Maria menoleh ke arah dua orang pembantu tadi, dia tersenyum kepada mereka berdua.
"Saya keluar dulu ya" pintanya.
"Silakan Cik Maria" sambut keduanya serentak.
Thalia hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Maria.
*****
Thalia membawa Maria duduk di gazebo di tepi kolam renang. Maria menatap ke arah pokok rose merah yang berkembang dengan cantik. Dia menghampiri lalu menciumnya..
"Mmmm..harumnya.." Maria seronok melihat rama-rama berterbangan lalu hinggap di kelopak bunga rose.
Thalia yang menjadi pemerhati, hanya tersenyum.
"Maria.. sini" Thalia menepuk tempat duduk di sebelahnya. Maria menurut. Dia duduk di sebelah Thalia. Bibirnya tak lekang dari melepaskan senyuman.
"Kalau mummy nak tanya sesuatu boleh?" Soal Thalia mula berbasa basi.
"Nak tanya apa mummy? Tanyalah. Banyak pun boleh" ujarnya sambil tersenyum pada Thalia.
"Maria sangat cantik. Patut la anak mummy tergila-gilakan Maria." Puji Thalia sambil meraup wajah Maria dengan sebelah tangannya.
"Mana ada mummy.. biasa ja" ujar Maria merendah diri.
"Maria di sana, selalu ke masuk dapur?" Persoalan Thalia membuatkan dahi Maria berkerut.
Apa salah kalau dia ke dapur?
"Selalu mummy.. hari-hari." Jawabnya polos.
"Mil tak ambil pembantu rumah?" Soalnya lagi. Maria hanya menggelengkan kepalanya.
Thalia mengeluh perlahan.
"Maria.. kamu harus menyuruh Mil ambilkan pembantu rumah. Tugasmu hanya menguruskan Mil. Bukan jadi bibi disitu." Jelas-jelasnya dia tidak suka Maria melakukan kerja-kerja yang seharusnya dilakukan pembantu rumah.
"Tak apa mummy. Maria bosan duduk rumah tak buat apa-apa. Maria nak kerja, Mil tak izinkan. Jadi, daripada Maria duduk saja dirumah, Maria suka ke dapur, masak" jawabnya sambil menggayakan kedua tangannya seperti menggoreng.
Thalia menggelengkan kepalanya. Dia tak faham bagaimana cara pemikiran anak sulungnya ini.
"Sayang..." Thalia mengurut rambut Maria yang panjang.
"Lepas ni tolong jangan ke dapur lagi." Pinta Thalia dengan nada suara yang lembut dan perlahan.
"Kalau Maria tak ke dapur, siapa nak masakkan untuk Mil dan Maria.." jawab Maria lembut.
"Sebab itu mummy suruh ambilkan pembantu. Biar semua kerja, mereka yang lakukan. Tak apalah. Nanti mummy cakap dengan Mil mengenai hal ni" Maria akur. Dia hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju sambil melebarkan senyumannya.
Thalia berasa, Ramil beruntung memiliki seorang wanita yang rajin dan pandai membuat kerja rumah terutamanya, memasak. Dia akui, dari pandangannya sahaja dia sudah dapat menilai Maria ini seorang yang rajin.
Tetapi dia tidak suka Maria melakukan itu. Itu bukan tugasnya.
*****
Lake Como merupakan Tasik Itali yang paling indah, Como telah menjadi tempat percutian musim panas yang menjadi kegemaran orang kaya dan terkenal sejak Rom kuno melarikan diri dari musim panas di Milan untuk menyejukkan diri di vila-vila di sepanjang pantai yang curam. Vila-vila kemudiannya menghiasi bandar-bandar yang dikelilingi dengan ketat, terutamanya Bellagio yang cantik, dengan sengaja terletak pada titik di mana tiga lengan sempit tasik itu bertemu.
Mikrolimat membuat pantai barat Como beriklim sederhana walaupun di musim sejuk, jadi puncak putih di Alps hanya ke utara boleh dilihat di antara pokok sawit dan camellia.
Ramil dan Maria menaiki kapal pengukir untuk meneroka sekitar tasik.
Mereka dapat melihat di sebelah barat Tasik Como adalah Tasik Maggiore, dengan tarikan sendiri. Di sebelah timur pula adalah Lake Garda, taman bermain musim panas yang penuh dengan olahraga air dan hal-hal lain yang harus dilakukan.
Dulu, Ramil kerap dibawa kesini oleh Dave dan Thalia. Hampir lebih dari 20 tahun dia tidak jejakkan kakinya ke sini. Dan hari ini, dia membawa Maria melihat keindahan yang ada di Itali, tempat kelahirannya.
"Thanks Mil, bawa aku jalan-jalan. Cantik tempat ni, aku suka" luah Maria sambil memerhati keadaan sekeliling.
Kini mereka berada di Lucerne. Landmark yang paling popular di situ adalah sebuah jambatan kayu berbumbung yang tertua di Eropah yang melintasi sungai di tengah-tengah bandar. Chapel Bridge di bina pada tahun 1333, panjangnya lebih kurang 200 meter.
Sewaktu berjalan merentasi jambatan, Maria sempat melihat bumbungnya, terdapat lukisan atau ukiran-ukiran yang mengambarkan sejarah bandar itu. Sungguh unik dan mempunyai keseniannya yang tersendiri.
Di hujung jambatan itu pula terdapat sebuah Water Tower atau Wasserturm yang mengikut sejarahnya satu masa dahulu pernah dijadikan atau beropersi sebagai sebuah Lighthouse atau Lucerna, ianya juga asal -usul nama bandar ini diambil.
"Sayang.. masih mahu jalan-jalan? Atau mau pulang?" Tanya Ramil lagi. Dia memeluk pinggang Maria dari belakang sambil menikmati keindahan sungai disitu.
"Aku rasa, lebih baik kita pulang dulu. Hari dah nak malam. Nanti lewat pula sampai ke mansion" saran Maria pada Ramil. Satu kucupan singgah di pipi Maria.
"Ok..jom" Ramil menarik lembut tangan Maria lalu beredar dari situ.
*****
Keesokkannya, Ramil membawa Maria ke The Mall Firenze atau lebih dikenali sebagai "The Mall".
The Mall adalah syarikat yang menguruskan pusat-pusat kedai mewah, yang dirancang untuk menawarkan produk-produk jenama paling berprestij kepada pengunjung dengan harga yang sangat menguntungkan. Dalam ruang seni bina yang unik dan elegan, The Mall berpusat dengan gaya unik pilihan jenama fesyen antarabangsa yang paling eksklusif. The Mall adalah syarikat kedai mewah yang disesuaikan untuk menawarkan produk pelawat dari pereka terkemuka dunia dengan harga diskaun terbaik. Dalam ruang seni bina yang indah, koleksi jenama paling eksklusif di dunia dipersembahkan dalam gaya yang unik dari segi seni.
Maria sudah tahu kewujudan outlet-outlet ini, cuma dia belum berkesempatan untuk berkunjung ke sana. Tetapi hari ini, dia bertuah kerana Ramil telah membawanya ke sini.
Maria menoleh memandang ke arah Ramil.
"Kenapa? Tak suka ke aku bawa sayang ke sini?" Maria mengerutkan keningnya. Tempat ini layaknya untuk sesiapa yang ingin bershopping. Bukankah mereka sekadar ingin jalan-jalan dan melancong. Bukan untuk membeli belah.
"Sayang.. kenapa ni? Aku bawa sayang ke sini untuk shopping. Sayang boleh pilih berapa banyak barang yang sayang nak, jangan risau..aku bayar. Khas untuk insan yang paling aku sayang"
Ramil mengenyit sebelah matanya pada Maria. Maria tersipu malu.
"Tak payah la, Mil. Baju yang kau belikan pun, masih banyak yang belum aku pakai." Maria menolak perlawaan Ramil dengan baik. Dia tidak mahu dianggap kaki kikis. Itu bukan caranya. Barang-barang yang ada, bukannya murah. Semuanya berjenama dan berkualiti tinggi.
Ramil menatap dalam-dalam wajah Maria. Kemudian dia tersenyum. Kedua tangan Maria digenggamnya erat.
"Tak kisah, sudah pakai atau belum. Yang penting sekarang ni, aku mahu sayang ambil apa saja barang yang sayang mau.. tak kisah la, handbag, kasut, eksessori lain ke selain baju. Ok" Maria mengangguk perlahan seraya tersenyum. Dia tak sangka, Ramil begitu baik terhadapnya. Sikapnya tidak sama langsung saat dia pertama kali diculik dan dibawa ke mansion mewah milik Ramil. Ramil yang sekarang begitu romantik, lembut, penyayang dan terlalu perhatian kepadanya. Dia suka semua ciri-ciri yang ada pada Ramil.
Maria memandang sekeliling. Dari luar, dia dapat melihat pelbagai deretan outlet pakaian dan barangan berjenama LANVIN, FENDI, GUCCI, PRADA, COACH, DOLCE & GABBANA, Chloé dan pelbagai jenama terkenal lainnya.
Maria melangkah masuk ke outlet Fendi dan Gucci. Dia hanya membeli beberapa tas tangan, high heels dan perfume untuk dijadikan koleksinya.
Ramil juga sama. Dia hanya membeli stok perfume dari Dolce & Gabbana dan juga beberapa pakaian buatnya.
"Sayang betul tak nak beli baju? Sini" Ramil menarik Maria masuk ke outlet Prada. Dia memilih beberapa helai mini dress untuk Maria cuba. Maria tidak mahu, tetapi tetap dipaksa oleh Ramil. Akhirnya dia terpaksa akur. Setelah mencuba dan dipersetujui oleh Ramil, akhirnya Maria mengambil 5 pasang mini dress baru buatnya.
Sewaktu keluar dari outlet, Maria berlanggar dengan seseorang. Mujur saja Ramil sempat menyambutnya dari terjatuh.
"Maaf.. salah saya" ujar seorang lelaki sambil memungut barangnya yang jatuh. Dia berdiri lalu memandang ke arah Ramil dan Maria. Seketika airmukanya berubah.
"Maria... kau disini?" Soal lelaki itu pada Maria. Maria masih lagi dalam keadaan kaget. Dia menoleh sekilas ke arah Ramil, kemudian menoleh ke arah lelaki itu semula.
Maria menelan ludahnya kasar.
"M-Magno Scavo..." panggil Maria dengan suara yang sedikit gugup. Lelaki itu tersenyum. Lain pula pada Ramil. Mukanya berubah serius. Dia menatap tajam pada Magno.
Magno Scavo ialah bekas kekasih pada Maria. Mereka bertemu di New York dan bercinta selama 5 tahun. Kemudian berpisah kerana lelaki itu mempunyai skandal dengan wanita lain, dan menjadikan wanita itu teman tidurnya setiap malam. Akhirnya Maria meminta putuskan perhubungan mereka yang telah sekian lama terjalin. Maria mengambil keputusan untuk berpindah ke Las Vegas. Langsung dia tidak menyangka,mereka akan bertemu disini.
"Magno, kenalkan.. Ramil Falaiev bakal suamiku" Ramil tersenyum megah saat Maria memperkenalkannya sebagai bakal suami. Airmuka Magno serta merta berubah.
"Ciao, piacere di conoscerti. Sono l'ex amante di Maria (hai.. salam perkenalan. saya bekas kekasih Maria)" lelaki itu tersenyum sumbing ke arah Ramil.
Sambil memperkenalkan dirinya
"Oh sì? Sembra che voi due non vi frequentiate. Ci sposeremo presto. (Oh ya? Nampaknya, kalian berdua tidak ada jodoh. Kami akan berkahwin dalam masa terdekat)"
sinis sekali ucapan Ramil kepada Magno. Maria yang tidak memahami hanya mendiamkan diri dan memeluk erat pinggang Ramil. Dia tahu, Maria seperti tidak senang dengan kemunculan Magno dihadapannya.
"Sayang..jom kita balik"ajak Maria pada Ramil. Maria mendongak memandang ke wajah Ramil. Ramil menoleh sambil mencium dahi Maria dengan lembut membuatkan Magno menatap mereka dengan pandangan yang penuh makna tersirat.
"Ok sayang.." sambut Ramil sambil tersenyum mesra.
"Andiamo a casa prima. Fino a quando ci incontriamo di nuovo.
(kami pulang dulu. Sehingga berjumpa lagi)."
tanpa berjabat salam, mereka berdua melangkah meninggalkan Magno yang masih menatap tajam ke arah mereka berdua.
Seorang bodyguard dan pemandu sudah menanti Ramil dan Maria di kereta. Mereka membuka pintu kereta buat Ramil dan Maria.
"Mi vendicherò su di te Maria. Non permetterò a nessuno di averti (aku akan membalas dendam kepadamu Maria. Aku tidak akan membiarkan sesiapa pun memilikimu)" Magno menggenggam tangannya erat sehingga terlihat dengan jelas urat-uratnya timbul. Rahangnya mengeras.
Tanpa menunggu lama, dia berlalu pergi dari situ.
Di dalam kereta;
"Thanks Mil.., shopping barang-barang mahal ni untuk aku."
Luah Maria sewaktu di dalam kereta. Ramil hanya tersenyum sambil memeluk bahu Maria. Fikiran Ramil masih lagi mengingat susuk lelaki tadi yang bernama Magno Scavo. Bekas kekasih Maria? Dari raut wajahnya, dan cara dia menatap Maria seperti masih menagih cinta dari Maria.
Ramil tersedar dari lamunannya.
"Untuk sayang, apa pun akan aku lakukan" sambut Ramil sambil tersengih. Maria hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
******
Di mansion keluarga Ramil
"Sayang... boleh aku tanya sesuatu?" Ramil naik di atas tempat peraduan mereka, lalu duduk di sisi Maria.
Maria menoleh memandang ke arah Ramil sambil tersenyum. Dia lantas menarik lengan kekar Ramil lalu dipeluknya. Mereka berdua bersandar di kepala katil sambil Maria meletakkan kepalanya di bahu Ramil dengan manja. Ramil senang dengan semua perlakuan Maria terhadapnya.
"Tanyalah.." sahut Maria ringkas. Dia memejamkan matanya sambil menanti soalan dari Ramil.
"Sewaktu di outlet, Magno perkenalkan dirinya sebagai bekas kekasihmu."
Mata Maria yang tadi terpejam segera terbuka luas. Dia mendongak memandang ke wajah Ramil.
Ramil menoleh memandang ke arah Maria sambil mengajukan soalan.
"Betulkah dia bekas kekasihmu?" Soal Ramil inginkan kepastian. Wajah Maria ditatapnya lembut.
Maria mengeluh perlahan, kemudian menganggukkan kepala. Dia kembali meletakkan kepalanya di bahu Ramil.
"Iya.. tapi tu dulu.. 8 tahun lepas.Kami sama-sama bekerja di agensi yang sama di New York. Dia juga merupakan seorang model. Dari situ kami bertemu. Setelah hampir 1 tahun kami kenal, akhirnya kami menjalin hubungan lebih serius. Kami bercinta hampir 5 tahun."
Maria membetulkan posisi duduknya supaya lebih selesa. Dia duduk bersimpuh, lalu menyerongkan tubuhnya pada Ramil. Ramil juga memberi posisi yang selesa buat Maria bersandar pada tubuhnya.
"Satu hari, aku dapat tahu dia ada simpan perempuan lain untuk dijadikan teman tidurnya setiap malam. Alasannya kerana, aku tidak mahu menjalankan hubungan seks dengannya."
"Benar. Kami belum pernah tidur seranjang dan melakukan hubungan seks. Sejak dari tu, aku putuskan hubungan kerana dia telah curang di belakangku dan dia..., dia langsung tak berkata apa-apa saat aku berjaya menangkap basah kegiatan keji yang mereka lakukan dalam sebuah hotel. Sejak dari tu, hubungan kami terputus. Aku membawa diri ke Las Vegas. Dari situlah aku kenal Helena." Ramil terkedu seketika. Dia tidak menyangka, Maria menjaga kehormatan dan maruah dirinya seperti itu. Ternyata dia yang jahat kerana telah menghancurkan maruah yang dijaga oleh Maria selama ini.
"Sayang.. maafkan aku" luah Ramil tiba-tiba. Maria duduk tegak mengadap ke arah Ramil.
"Maaf? Atas sebab apa? Kisah ini dah lama, sayang.. aku dh lupakan. Malah aku dah lama mulakan hidup baru" jawab Maria jujur.
"Bukan itu maksudku, sayang.."
Ramil menggenggam jari jemari Maria dengan lembut. Lalu dibawa ke bibirnya. Satu kucupan singgah di jemari halus Maria.
"Maaf kerana aku telah mencabul kehormatanmu yang selama ini kau menjaganya dengan baik." Wajah Maria ditatapnya dalam.
Maria tersenyum. Perlahan dia mengangkat tangan kanannya lalu mengelus perlahan pipi Ramil.
"Kau tak perlu memohon maaf. Semua itu sudah tertulis dan aku menyambut baik semua yang telah kau perbuat padaku. Mungkin kau punya alasan tersendiri kan? Tubuhku saja yang mampu melunaskan hutangku pada syarikatmu." Ramil berbangga dengan cara pemikiran Maria.
"Mungkin itu sebagai satu takdir kita bertemu. Bezanya hanya cara dan perbuatan, kan!?" Tanya Maria kepada Ramil. Ramil tersenyum dengan kata-kata Maria. Dia juga bersetuju, mungkin ini sudah takdir mereka.
"I love you, honey" ucap Ramil lembut. Dia meraih tubuh Maria kedalam pelukkannya. Satu ciuman singgah di puncak kepala Maria.
"I love you more" sambut Maria sambil membalas pelukkan Ramil, erat.