Berterus terang

1490 Words
        Maria kini berada di kamar Ramil. Suasana kamar ini lebih luas dari kamar Ramil di Las Vegas. Katil tidur juga berbeza.  Katil yang berada di kamar ini sama saiz dengan katil milik Ramil di Las Vegas, king saiz. Bezanya, katil ini mempunyai tiang. Di setiap tiang mempunyai tirai berwarna putih bersih.      Maria melonjak naik dan duduk disisi katil. Kakinya digoyangkan kedepan dan kebelakang. Ternyata katil ini sangat tinggi, sehinggakan kakinya tidak mencecah lantai.      Ramil menghampiri Maria, lalu duduk disisi katil di sebelah Maria. "Ini pakaianmu sayang. Pergi mandi dulu, segarkan tubuhmu. Sebentar lagi, kau harus melayaniku" ujar Ramil perlahan. Maria menoleh menatap wajah Ramil. Ramil membalas pandangan Maria. "Kenapa?" Soal Ramil. "Betulkah apa yang baru dibualkan tadi dengan mummy dan daddy?" Maria bersungguh-sungguh mahu tahu. "Maksudmu?" Ramil mengerutkan dahinya. Maria menggelengkan kepalanya perlahan seraya mengeluh. "Tak perlu nak tipu mummy dan daddy pasal kita. Kenapa tak ceritakan perkara yang sebenarnya saja? Kenapa harus berbohong sampai nak berkahwin segala. Cakap saja aku ini perempuan simpananmu" luah Maria terus terang. Dia lantas melompat turun dari katil dan mencapai baju yang diberi oleh Ramil sebentar tadi seraya melangkah menuju ke kamar mandi.           Tak guna bercakap dengan lelaki seperti Ramil. Sesuka hati membuat cerita yang tak mungkin akan terjadi. Dia tidak mahu kedua orang tua Ramil mengharap perhubungan mereka lebih jauh.           Langkah Maria terhenti saat Ramil menangkap pergelangan tangannya erat. Maria menoleh memandang kearah tangannya yang dipegang oleh Ramil, kemudian mendongak memandang ke wajah Ramil yang menatapnya jeli. "Kenapa? Apa ada yang salah pada kata-kataku sebentar tadi?" Soal Maria hairan. Ramil menelan ludahnya kasar. Inilah masanya untuk dia berterus terang dengan Maria. "Iya. Apa yang kamu katakan tadi semuanya salah" balas Ramil. Dahi Maria tambah berkerut. Dia memutarkan badan sepenuhnya berhadapan dengan Ramil. Kenapa lelaki dihadapannya seperti ini? Aneh! Apa yang dia makan siang tadi sampaikan dia jadi salah tingkah seperti ini? "Sayang... apa yang papa cakapkan tadi semuanya benar. Aku memang ingin menikahimu" melopong mulut Maria mendengarnya. "Dengar.." Ramil menarik nafas sedalam-dalamnya. " Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu sejak bila perasaan ni mula timbul. Sekarang aku sedar bahawa, a-aku tak boleh berpisah denganmu." Mata Maria terkebil-kebil mendengar penjelasan Ramil. "Setiap saat di pejabat, aku akan buka tabku di atas meja kerjaku. Aku akan melihat setiap gerak gerimu dari jauh sambil membuat kerjaku yang lain." Maria melipat kedua tangannya didada, memeluk tubuh. Matanya masih memandang tepat ke iris Ramil. "Itu sudah jadi rutin harianku. Sesaat aku tidak menatapmu, aku jadi rindu." Bersungguh-sungguh Ramil meluahkan rasa hatinya pada Maria. "Dengan perempuan simpanan ini?" Tanya Maria masih tidak puas hati. "Jangan cakap macam tu, sayang. Aku tak pernah menganggapmu seperti itu" tepis Ramil dengan kata-kata Maria. Maria tersenyum sinis. "Bukankah aku ini hanya layak melayani nafsumu semata-mata untuk melunaskan hutangku padamu yang entah bila boleh langsai?" Terasa satu tamparan hebat di wajah Ramil saat Maria mengutarakan semua itu semula, yang asalnya dari kata-katanya sendiri dulu. Ramil mengutuk dirinya sendiri kerana pernah berkata begitu dahulu pada Maria. Dia akui, salahnya. "Maafkan aku sayang. Waktu itu, aku bertindak tanpa berfikir apa yang bakal berlaku dikemudian hari. Aku menarik semula semua kata-kataku padamu" wajah Maria ditatapnya lembut. "Tidak semudah itu Mr.Ramil. Disini terasa seperti disiat-siat saat kau mengatakan itu padaku dulu. Sama seperti maruahku" Maria menunjal-nunjal dadanya dengan jari telunjuk. Airmatanya jatuh. Semudah itu lelaki ini mengungkapkan kata maaf, sedangkan hatinya sudah terluka begitu parah.      Ramil semakin salah tingkah saat melihat airmata yang jatuh di wajah Maria. "Sayang, please....jangan menangis. Aku mohon.. beri aku peluang untuk memilikimu seutuhnya. Aku akan menjagamu dan membahagiakan mu seumur hidupku. Aku akan bertanggungjawab atas kesucianmu yang telah ku ambil." "Aku cintakan mu, Maria Elyna" luah Ramil akhirnya. Dia memandang tepat ke anak mata Maria saat mengungkapkan kata cintanya.      Airmata Maria menderu laju saat mendengar ungkapan terakhir dari Ramil.      Dia akui, dia juga sudah lama merasakan perasaan yang sama pada Ramil. Cuma dia takut,jika dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kini, semuanya sudah terjawab. Cintanya terbalas.      Maria hanya menangis tanpa berkata apa-apa. Dia jatuh terjelepuk di atas lantai. Ramil yang melihat menjadi risau. Dia ikut duduk dihadapan Maria. "Sayang, please...jangan menangis. Katakan, kau juga mencintaiku" Ramil mengusap perlahan rambut Maria yang panjang mengurai. Maria masih memeluk lututnya sambil menekup wajahnya. "My Repunzel...i love you.." melihat rambut Maria yang panjang mengurai, mengingatkan dia pada satu kisah dongeng zaman kanak-kanak. Gelaran itu yang paling layak buat Maria. Maria ketawa dihujung tangisnya. Ramil menjadi hairan. Maria mendongakkan wajahnya. Dia masih menangis, tapi pada masa yang sama, dia ketawa. Sikap Maria yang tiba-tiba menangis dan ketawa membuat Ramil sedikit meremang. Dia takut kalau-kalau Maria kerasukkan. Ramil mengangkat tangannya perlahan lalu mengusap airmata di wajah Maria. "Repunzel?" Tanya Maria sambil ketawa. Mata dan hidungnya masih merah kerana menangis. "Ia.. Repunzel.. ni.. macam repunzel kan?" Ramil menarik perlahan rambut Maria lalu ditunjukkan pada Maria. Maria ketawa mendengar gelaran Ramil padanya. Dia menolak tubuh Ramil sehingga lelaki itu terdorong ke belakang lalu terhantuk di katil kuat. "Aduhhh.." Maria segera mendapatkan Ramil. Kepala Ramil diletakkan di atas pehanya. Bahagian kepala Ramil yang sakit diusap dan ditiupnya perlahan. "M-maaf..aku tak sengaja.." Maria rasa bersalah. Dia lihat kepala Ramil sedikit bengkak. Ramil mendongak memandang ke wajah Maria. Wajah itu kelihatan risau. "Tunggu sini.." Maria hendak bangun mengambil tuala dan air suam. Tujuannya adalah untuk menuam bahagian kepala Ramil yang bengkak. Ramil menghalang. Dia memaksa Maria untuk duduk semula. Dia selesa diperlakukan begitu. Maria begitu perhatian padanya. "Tak perlu. Sikit saja ni, nanti baik la tu" ujar Ramil cuba mengurangkan rasa risau dihati Maria. Maria hanya menganggukkan kepalanya. "Katakan repunzel..." "Katakan apa?" Soal Maria sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. "Katakan kau juga mencintaiku" sambut Ramil lagi. "Perasan! Orang tak cintakan dia, nak paksa-paksa pulak" usik Maria cuba menahan tawa. "Betul, kau tak ada sedikit pun perasaan padaku?" Maria bersikap acuh tak acuh. "Dah la.. aku nak mandi. Tadi suruh mandi, sekarang macam-macam pulak" rungut Maria sambil mengangkat kepala Ramil perlahan. Wajah Ramil kelihatan sugul. Maria perasan itu. "Kenapa?" Soal Maria cuba basa basi. Padahal dia sudah tahu, kenapa raut wajah Ramil berubah seperti itu. Ramil hanya diam tanpa membalas pertanyaan Maria. Maria bangun meninggalkan Ramil. Dia melangkah masuk ke kamar mandi.      Ramil hanya menghantar Maria dengan pandangan kosong. Pintu ditutup rapat. Ramil mengeluh. Beberapa saat kemudian, pintu terbuka semula. Ramil menoleh. Maria menjengah kepalanya dimuka pintu. "Mr.Ramil...I Love you too" Ceklek. Pintu ditutup dan dikunci dari dalam. Ramil tersengeh gembira. Adakah aku bermimpi? Ramil menampar wajahnya agak kuat. "Aww" Sakit. Ternyata dia tidak bermimpi. Hati Ramil berbunga riang. Ternyata, cintanya dibalas. Dia lantas bangun dan menghampiri pintu kamar mandi. Dia memulas tombol pintu. "Kunci" omel Ramil sendiri. Tok Tok "Sayang..open the door" Ramil menjerit dari luar. "Never..." sahut Maria dari dalam. "Please sayang...buka pintu nii" rayu Ramil lagi. "No.. jangan ganggu..aku tengah mandi ni.."jawab Maria lagi. "Please sayang.. buka pintu ni..." Rayunya lagi tanpa rasa mengalah. "Kalau sayang tak buka pintu ni..Mil akan..." Ceklek! Pintu terbuka dari dalam. Maria menjengah kepalanya keluar. Benar..dia tengah mandi. Rambutnya sudah basah. "Mil akan apa, hmm?" Pertanyaan Maria membuatkan Ramil tersengih. "Izinkan aku masuk, please..." rayu Ramil lagi. "No.." Maria mahu menutup pintu semula, namun Ramil dengan pantas menahannya. Akhirnya dia berjaya masuk ke dalam kamar mandi. Dia memandang Maria dari atas sampai kebawah yang tidak mengenakan pakaian. Maria berundur kebelakang. "Apa kau cakap tadi?" Soal Ramil sambil memandang tepat ke wajah Maria yang masih basah. Ah! Begitu menggodanya. "Cakap apa? Bila? Mana ada aku cakap apa-apa" nafi Maria cuba menahan tawanya. "Yang tadi tu...depan muka pintu tu" pinta Ramil lagi. "Yang mana eh.. tak ingat la" usik Maria lagi. "Cakap cepat...aku tak dengar" pinta Ramil sambil kakinya melangkah setapak kehadapan. "Mana ada aku cakap apa-apa.." Maria mundur lagi ke belakang. Deg! Dirinya selalu sahaja sial. Langkahnya mati saat tubuhnya merapat ke dinding. "Baik mengaku cepat sebelum...." "Sebelum apa?" Dengan berani, Maria menatap ke anak mata Ramil. "Sebelum aku cium" sambung Ramil. Matanya menatap kearah Maria dengan pandangan yang menggoda. Jantung Maria berdegup laju. "Ciumlah" sambut Maria pantas. Tubuh Ramil kini berada tak sampai satu jengkal pun dengannya. "Bet-..." belum sempat Ramil menghabiskan bicaranya, Maria terlebih dahulu melumat bibir Ramil.      Ramil seperti mengantuk disorongkan bantal, dia membalas lumatan Maria yang tak kalah hebatnya. Dia menekan tengkuk Maria lalu memperdalamkan ciumannya. Dia memasukkan lidahnya ke dalam mulut Maria. Lidahnya menyusup ke sekitar ruang dalam mulut Maria dengan rakus.      Ciuman mereka kali ini benar-benar terasa panas dek cinta yang bersemi. Mereka menghentikan ciuman. Ramil memandang bibir Maria yang sudah merah dan bengkak kerana ulahnya. Dia menjilat bibir itu dengan hujung lidahnya. Maria hanya melihat tingkah Ramil lalu tersenyum. "I love you, Mr.Ramil" bisik Maria di hadapan bibir Ramil. Ramil memerhatikan pergerakan bibir Maria. Dia juga dapat mendengarnya dengan jelas suara bisikan Maria kepadanya. Ramil tersenyum gembira. Dia tidak tahu,mahu menggambarkan bagaimana perasaannya sekarang. Dia memagut bibir Maria dengan pantas lalu melumatnya dengan rakus. Tubuh Maria dipeluknya erat. Akhirnya mereka berolahraga di dalam kamar mandi dan menukar posisi menyatu badan dengan pelbagai gaya, melepaskan rasa cinta yang baru bersemi.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD