Luka di bahu kiri aku tenung dari pantulan cermin. Lepas ni pasti tinggal parut. Agaknya dekat mana pulak parut akan ada. Atau mungkin lepas ni aku sudah tidak mampu untuk melihat luka kerana jasad hanya tinggal jasad, tidak bernyawa. Mujur tembakan penembak tidak tepat ke jantung, jika tidak pasti
Sweater hitam aku sarung ke tubuh. Cap di atas meja solek aku pakai ke kepala. Kalau mama masih ada benda ni semua pasti tak terjadi. Kenapalah aku tak lari ikut mama dulu. Kemanalah mama sekarang ni? Sampai hati papa halau mama.
Ma Al rindu mama.
Tanpa di duga air mata aku jatuh. Bucu meja aku genggam kuat menahan dendam.
"Tok.. Tok.. Tok"
Air mata di kesat dengan bucu lengan baju sebaik sahaja terdengar pintu bilik di ketuk. Pasti papa.
Pintu di buka dengan wajah malas.
"My princess okay? Kenapa lari dari wad? Tahu tak semua orang risau." Soal papa kerisauan. Tapi kemudian dia tersenyum melihat wajah cemberut aku yang malas hendak melayan persoalanya. Aku tahu hatinya lega sedikit. Pelik bukan, tapi itu sudah cukup membuktikan bahawa aku okay. Kerana inilah wajah yang papa selalu lihat apabila dia berorak dengan aku.
"Ye." Jawap Al malas. Sungguh dia tiada mood untuk berbual dengan papanya.
"Pa nak apa sebenarnya. Kalau tak ada apa Al nak keluar dulu."
"Papa hantar Al hari ni." Tawaran yang aku selalu dapat.
"Tak payah Al naik moto." Pelawaan di tolak mentah mentah.
Papa hanya senyum, atau lebih tepat senyum paksa. Papa mengangguk. Kepala aku yang bertutup topi di usap.
"Hati-hati." Pesanan papa yang sudah ku hafal.
Aku mengangguk sebelum meninggalkan papa di hadapan bilik aku.
Kunci motor di dalam bekas belakang pintu aku ambil sebelum bersiap dengan boots hitam. Bersedia untuk membelah angin.
-Bugatti hitam berdesup laju di atas jalan. Pemandunya sedang serabut dengan masalah keluarga sendiri. Masalah yang entah bila akan berakhir. Motor berkuasa tinggi itu membelok masuk ke kawasan kampus dan berhenti di tempat letak motor yang hampir padat itu. 50% penuntut kampus ini menggunakan motor sebagai kenderaan berulang alik termasuklah dirinya-
Helmet di kepala dan di letak di tangki minyak. Rambutnya di betulkan. Ikatan rambutnya ponny tail di kemaskan. Cap di dalam beg galas di keluarkan dan di pakai ke atas kepala.
Aku menarik nafas dan terus turun daripada motor. Tanpa berfikir panjang da malas nak serabutkan kepala aku terus berjalan menuju ke kelas. Jam di tangan aku lihat sekilas.
Kemudian aku lihat kembali. Terbeliak mata apabila menyedari yang jam sudah hampir ke pukul 9 pagi.
"OMG!" Aku dah lewat.
Kini aku bukan lagi berjalan tapi berlari. Sehingga...
"Bukk!"
"Arghh, buta ke?" Marah aku apabila seorang lelaki merempuh aku di selekoh.
"I am sorry, tapi awak yang langgar saya." Lelaki tinggi lampai itu tersenyum sambil menghulurkan tangan.
Aku memandang tajam ke arah lelaki itu dan menepis kasar tangannya. Aku boleh bangun sendiri dan tidak memerlukan bantuannya. Jelingan diberikan kepadanya sebelum aku menapak meninggalkan lelaki itu yang masih tersenyum mesra.
"Hei Aqeef i found your girl." Tiba tiba lelaki tadi menjerit.
Aku berpaling ke belakang dengan dahi berkerut, seorang lelaki menghampirinya. Dia berkemeje hitam dan memandang aku dengan serius. Aku pernah nampak lelaki itu sebelum ini. Dia ni mamat dekat bus stop tempoh hari. Dia Aqeef?
Sekejap lelaki yang aku langgar tadi tu, dia salah senior yang datang jumpa aku semalam, dia yang pakai baju putih tu. Jadi mereka satu kumpulan nampaknya. Jangan cakap mereka ni pun orang-orang papa. Semua tempat papa pasang spy ke?
Jam di pergelangan tangan di lihat sekali lagi sebelum aku terus memecut lari menuju ke kelas yang berada di tingkat empat. Aku sudah tidak perduli lagi dengan pandangan orang lain. Lantaklah nak cakap apa pun. Aku dah lewat untuk test ni.
Sampai sahaja di hadapan kelas nafas di tarik sejenak untuk menstabilakan oksigen di dalam paru-paru. Di dalam mereka sudah punmulak menjawap. Sir Ali mengarahkan untuk aku cepat-cepat masuk. Kaki melangkah ke dalam, mata Aku mencari tempat kosong dan terus membuka kertas yang sudah tersedia di atas meja.
Satu jam setengah berlalu dengan pantas. Aku menghembuskan nafas lega sebaik sahaja semuanya tamat. Lapang sedikit hati ni. Lepas ni dah boleh fokus pada final exam.
Topi yang di simpan elok di dalam beg sandang aku keluarkan dan kembali di letakkan di atas kepala seperti mula-mula datang tadi. Kerusi di tolak ke belakang, kertas jawapan di bawa sekali untuk di serahkan kepada Sir Ali di hadapan. Kemudian aku terus menapak keluar daripada kelas. Tombol pintu di pulas dan daun pintu yang berwarna coklat itu aku tolak ke luar. Pada masa yang sama pintu kelas yang bertentangan juga di buka oleh seseorang.
Mata aku bertentang dengan sepasang mata hitam pekat. Rahang Yang terukir indah itu jelas kelihatan sedang memandang aku dengan serius tanpa secalit senyuman.
"Weh tengok tu Aqeef. Handsemnye dia." Ada suara suara yang sedang memuji makhluk di hadapan.
"Ha ah. Kelas dia dekat sini jugak rupanya." Tambah sorang lagi.
Aku hanya menghiraukan suara-suara yang melintasi di hadapan aku itu. Topi aku kemaskan dan terus berlalu menuju ke arah tangga.
Nampaknya sepertinya jejaka-jejaka itu cukup terkenal dekat university ni. Kenapa aku tak pernah tahu tentang kewujudan mereka. Patutlah Farah bukan main becok hari tu. Mungkin orang lain juga nak tahu kenapa mereka datang mencari aku di kelas tempoh hari.
"Al." Sepantas kilat aku berpaling ke sisi melihat gerangan yang memanggil nama yang comel ini.
"Madam Zal." Seorang wanita yang anggun berbaju kurung moden sedang tersenyum manis di sisi aku.
"Macam mana test hari ni, okay?" Soalnya dengan ramah.
"Okay." Balas aku sepatah, bibir, aku ukirkan sedikit senyuman janggal.
"Baguslah kalau macam tu. Kalau ada yang tak faham, awak boleh jumpa saya okay dear." Pesan Madam Zal sebelum berjalan mendahului aku yabg berhenti di tengah tengah anak tangga.
Mata aku melihat Madam Zal turun ke bawah dengan pandangan pelik. Mana tak pelik. Mana pernah pensyarah aku ni tegur aku baik macam ni sepanjang semesta ni.
Tapi kali ini dia tegur, siap tawarkan bantuan lagi. Pelik. Baru sahaja aku ingin melangkah turun, telinga aku menagkap nama aku di sebut oleh seseorang.
"Kau dengan budak nama Aliana tu ada hal ke? Aku tengok dia macam tak puas hati je bila nampak kau tadi."
Ada yang bercakap pasal aku. Pintu kelas yang terbuka di tingkat bawah mencambahkan idea aku. Aku meloncat dua anak tangga dan terus masuk ke dalam kelas itu. Telinga aku tajamkan untuk mencuri dengar apa yang sedang di bualkan.
"Aku tengok kau sejak dua tiga hari ni macam ada masalah je?"
"Ha ah Qeef, sejak kau hantar budak Al masuk hospital aku tengok kau macam ada masalah je?"
"Kau jangan cakap yang kau ada masalah dengan ayah dia sudah. Kau jangan cari pasal dengan orang macam tu. Aku rasa dia orang ni mafia, kalau tak takkan anak dia yang kena tembak."
Jika tadi aku tidak tahu siapa yang berbicara kerana aku tidak nampak kelibat mereka, tapi kini mereka berada di hadapan pintu kelas ini. Jadi melalui celah-celah pintu yang tidak di tutup rapat dapatlah aku memerhati wajah mereka.
Lelaki yang bernama Aqeef hanya membisu sambil wajah kelihatan serius.
"Aqeef kau better menjauhkan diri daripada budak tu. Abang aku ada pesan jangan cari pasal dengan budak tu. Sedangkan pihak kampus pun tak nak campur tangan dengan kes tembak hari tu. Kau boleh bayangkan betapa menakutkan kalau masuk campur dengan budak tu. Silap hari bulan kau pulak yang jadi mangsa. Kawan-kawan dia pun tak berapa rapat dengan dia sebab risaukan keselamatan diri. Itu yang rapat dengan dia pun dia tak boleh nak jaga. apatah lagi kita yang cuma tolong dia ni." Aku kenal dengan jejaka yang memberikan amaran itu. Dia adik Sir Amir, Amran namanya. Tapi dia tiada tempoh hari bersama dengan mereka ketika berjumpa dengan aku di kelas. Mungkin risau abangnya tahu tentang keterlibatan dia dengan kes tembak tempoh hari.
"Korang tak perlu risaulah. Aku tak ada kaitan pun dengan budak tu. Lagi pun buat apa nak ada kaitan dengan dia. Tempah maut namanya." Akhirnya Aqeef bersuara. Amran menepuk bahu Aqeef sambil tersenyum. kemudian mereka berlalu pergi.
Aku tidak terus keluar daripada kelas kosong itu, malah termenung dahulu. Macam-macam yang aku fikir. Ada benar juga apa yang di katakan oleh Amran itu. aku tak mampu nak jaga kawan-kawan aku daripada bahaya. Sebab aku pun tak tahu bila bahaya akan menimpa. Jika tempoh hari bukan aku yang di tembak tapi Karina, macam mana. Aku tak akan mampu maaf diri aku.
Huh..
Kaki melangkah dengan lemah dan terasa longlai. Memikirkan betapa bahayanya berada dekat dengan aku membuatkan aku menyesal mengajaknya makan di mall tengah hari ni. Huhh.. Tapi melihat wajah ceria Karina bila aku cakap aku nak belanja makan harini, tak sampai hati pula nak cencel. jadi terpaksalah aku lancarkan sahaja rancangan hari ni.
"Babe kita makan Chicken Rice Shop la. Aku lapar nasi weh." Tangan aku di tarik Karina dengan muka manja. Atau lebih tepat muka minta penampar.
"Yelah. Kau dengan nasi memang tak boleh berpisah." Aku jentik dahi luas Karina.
"Auchh!" Dia mengaduh kesakitan.
Kami mengambil tempat paling belakang selang sebuah meja daripada dinding. Kerana meja di dinding sudah ada yang menempati.Sambil-sambil memilih pesanan dan oder di buat telinga aku terdengar esak tangis perempuan. Pada mulanya aku ingat telinga salah dengar. beberapa kali jugak aku gosok telinga sehingga mencurigakan Karina.
"Kau dah kenapa macam lembu je duk kibas-kibas telinga macam tu?" Tanya Karina separuh membisik. Aku meletakkan jari telunjuk di mulut tanda menyuruhnya agar diam.
"Kau dengar tak?" Soal aku, Karina hanya mengangguk. Mujur bukan aku sorang yang dengar. Kemudian wajah Karina terkejut apabila aku bangun dan berpindah tempat duduk, iaitu ke kerusi belakang aku yang menghadap dinding.
"Kau kenapa Farah?" Soal aku pada gadis bertudung merah yang sedang menundukkan kepala. Mungkin kerana mendengar nama di panggil, dia terus mendongakkan kepala memandang aku. Wajahnya basah dengan air mata. Matanya pula nampak sembab.
"Hei what's wrong?" Soal Karina yang sudah duduk di sisi Farah. Gadis itu mengelap air matanya sambil tersedu-sedu.
"A-A-qeef." Tergagap-gagap Farah menyebut nama itu.