Bab 3 (Aqeef)

2447 Words
“Aqeef? Kenapa dengan dia?” Dahi aku berkerut seribu. Nama itu begitu sensitif bagi aku untuk masa ini. "Aku nampak dia dengan perempuan lain. Sampai hati dia buat aku macam ni!" Tangisan Farah berderai lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Hendak memujuk orang yang ada masalah cinta ni memang payah, apatah lagi aku langsung tidak mengetahui Farah dengan Aqeef ni ada apa-apa. "Aku sayang dia separuh nyawa tahu tak. Tapi dia buat aku macam ni. Aku tak boleh la, aku nak nangis." Semakin kuat tangisan Farah sehingga menarik perhatian beberapa orang pengunjung lain. "Hei-hei kawal sikit. Kita ada dekat kedai makan ni Farah. Orang ramai tengok tu." Karina cuba menenangkan Farah. Tetapi gadis berbaju jingga itu bukannya diam malah berdiri secara tiba. Sehingga membuatkan Karina melatah. "Kau kenapa?" Marah Karina sambil mengelus dadanya sendiri. "Aku nak balik." Dengan mendadak Farah terus beredar daripada situ. Aku dan Karina hanya terkebil-kebil melihat kepergian Farah. Perempuan ni betul ke tak otak dia. "Kau tahu apa-apa ke pasal Farah dengan Aqeef tu?" Aku memandang tepat ke arah Karina. "Tak pernah dengar pulak pasal budak dua orang tu. Tapi apa yang aku pernah dengar Aqeef memang selalu keluar dengan perempuan. Tapi tak ada yang tahu siapa. Farah mungkin?" Jawap Karina. Seketika kemudian kami kembali ke meja kami apa bila melihat pelangan datang bersama juadah yang di pesan. Setelah selesai makan aku dah Karina berjalan mencuci mata di beberapa kedai yang terdapat di dalam mall itu. Sedang asyik membelek baju yang agak menarik perhatian aku, Karina tiba-tiba menarik aku untuk keluar daripada kedai itu. Ini lagi sorang, tak ada ribu, tak ada angin perangai memang tak boleh di jangka langsung. "Kau ni dah kenapa?" "Tu-tu!" Tunjuk Karina ke arah dalam kedai tadi. "Apa!" Aku cuba mencari apa yang di maksudkan Karina. "Tu, kau nampak tak awek seksi dengan Aqeef tu." Apa bila keluar aja nama tu terus aku betul-betul mencari arah yang di maksudkan Karina. And yess.. Tu dia.. Kemain lagi awek dia. Patutlah dia reject si Farah tu. Rupanya mantopss. "Kau tengok lah baju dia. Pergh. Tak pelik weh." Ucap Karina. "Rin kau fikir tak apa yang aku fikir?" Soal aku sambil tersenyum pada Karina. Tapi Karina tak faham apa yang aku maksudkan. "Apa kau fikir?" Dia soal aku balik. "Kau ni slow la." Aku tunjal kepala dia. "Weh cakaplah apa, aku tak faham." Karina menarik-narik tangan aku. Aku minta dia tunggu aku dekat situ sekejap. Aku ada kerja yang nak di lakukan. Sempat aku dengar dia memanggil-manggil nama aku. Memang tak faham assignment betul minah ni. Aku berjalan menghampiri Aqeef dan girlfriend dia sambil pura-pura memilih baju. Semakin dekat aku dengan dia semakin jelas wajah perempuan yang bersama dia itu. Jahat ke kalau aku cakap yang perempuan tu agak tua untuk Aqeef. Tak sesuai langsung. Cantik tu memang gorgeous, tak bohong. Tapi tak sesuai dengan Si Aqeef tu. Tapi tak apa sesuai atau pun tidak, dia harus prepare untuk terima apa yang dia dah buat pada Farah. "Heiii sayang. you buat apa dekat sini? I try call you tapi tak angkat, why?" Aku menyentuh dadanya dengan mesra. Jelas wajahnya terkejut dengan tindakan aku yang entah muncul dari mana itu. "And who are you. Did i know you?" Soal aku pada perempuan di hadapan Aqeef yang juga sedang terkejut. Keningnya terangkat sebelah. "Sayaaangg siapa ni?" Soal aku menggoda. Padan muka kau. Tulah siapa suruh mainkan hati perempuan. Keadaan jangganl seketika. Tapi kemudian aku pulak yang jadi cuak apabila Aqqef memeluk pinggang aku dan menarik aku rapat ke arahnya. Hah sudah habis aku, Dia senyumlah pulak. Apa aku nak buat ni. "Sorry sayang. I tengah jalan dengan kak ngah tak perasan you call." Jawap Aqeef sambil memandang ke arah perempuan yang dia panggil KAKNGAH. ITU KAKAK DIA KE? Habis aku. "Kakngah?" Muka aku dah macam nak menagis. Aku silap langkah kali ini. "Awak girlfriend Aqeef ke? Howdare you Aqeef tak pernah cakap dekat akak yang you ada girlfriend." Perempuan itu A.K.A KAKNGAH dia menepuk bahu Aqeef. "Sorry kak, Aqeef lupa nak kenalkan. Kakngah kenalkan ini Aliana, Sayang meet my sister Juliana." Dengan terpaksa dan muka yang di tebalkan aku menyambut salaman tangan Kakngah dia. i'm dead. "You datang sorang ke?" Soal Aqeef mesra. "I-I da-tang dengan Karina. I rasa I should go now. Mesti dia tengah cari i." Aku cuba melepaskan rangkulan tangan Aqeef di pinggang. Mak aih dia ni tak nak lepas ke. Ada yang kena ni. Aku pandang dia sambil membulatkan mata. Tapi dia senyum aja. terpaksalah aku menggunakan kaki aku. Hah lepas pun. Muka Aqeef berubah menahan sakit apabila aku pijak kaki dia. Mujur kakngah dia tengah ralik memilih baju, jadi kelakuan kami tidak di lihat. "Kak Julia, Al minta diri dulu ya. Kesian kawan Al dekat sebelah, mesti dia tengah cari. Al datang sini tak cakap pun dekat dia." Permisi aku. "Okay tak apa. Nanti kita jumpa lagi ya." Sekali lagi kami bersalam sebelum aku melangkah keluar dengan terburu-buru. Sempat aku menoleh melihat Aqeef. Dia hanya tersenyum sinis. Habis aku. "Al apa tadi tu?" Soalan Karina aku persetan kan. Tangannya aku tarik dah terus beredar daripada kedai itu. Bukan sahaja kedai itu malah aku terus keluar daripada mall. Tak selamat dalam tu. Apalah nasib aku. Nak kenakan orang tapi aku yang terkena. ------------------------------ “Hei Al apa yang kau cakap pada si Aqeef and girlfriend dia tadi? Siap peluk bagai, kau buat hal eh?” Karina tersenyum-senyum melihat aku. Keluhan di lepaskan sebelum aku mengangguk. “So apa reaksi awek dia tu?” “Tu kakak dia.” Jawapan aku yang mampu membuat rahang Karina hampir terjatuh. Aku menghulurkan untuk menutup kembali mulut Karina. “Kau tahu tak sekarang ni aku malu gila dengan Aqeef tu, and one more thing kakak dia ingat aku ni girlfriend si Aqeef tu. Weh mana aku nak letak muka aku ni kalau terserempak dengan dia.” Seakan tahu akan tindakan aku yang selanjutnya, cappuccino panas di hadapan aku di tarik Karina sebelum aku menekup muka di atas meja. Aku betul-betul malu kali ini. Karina sudah terbahak mentertawakan aku. “Itulah kau suka buat tindakan terburu-buru. Aku dah pesan banyak kali pada kau, sebelum buat apa-apa siasat dulu. Kau jangan buat Aqeef tu macam papa kau yang kau dah boleh baca tindakan dia.” Aku mengangkat kepala dan memandang Karina dengan wajah sedih. “Aqeef tu lain daripada orang lain tau tak. Dia tak sama pun dengan kawan-kawan dia. Walaupun dia orang ni satu geng tapi Aqeef is little bit mysterious. Jarang nampak dia lepak sekali kalau dekat luar kampus. Selalu nampak dia dengan yang lain bila ada aktiviti kampus je. Satu lagi yang aku dengar Aqeef ni ada terlibat dengan geng yang berbahaya. TAPI.” Karina memandang tepat ke arah aku dengan jari telunjuknya di hadapan muka aku. “Aku tak cakap dia terlibat dengan papa kau. Cuma yang aku tahu dia misteri. Sebab tu orang tak berani cari pasal dengan dia. Kecuali kau.” Karina mencebik sebelum menyedut minumannya. Aku hanya mengeluh. Kalau dia orang papa sekali pun bukan Si Karina ni tahu. Abangnya yang bekerja dengan papa aku pun dia tidak tahu. Inikan pula orang lain. Dalam hati aku hanya mampu tersenyum. Inilah satu-satu sahabat yang bertahan dengan aku sejak semesta 1. Yang lain semua takut nak dekat dengan aku. Sedangkan aku layan dia orang baik kut masa tu. tapi semua menjauh bila dengar cerita tentang papa. Aku hanya mampu pasrah. --------------------- Aku pulang ke rumah setelah penat berfoya-foya dengan Karina. Rumah ini sudah tidak ubah seperti tempat tidur semata mata. Dari luar, rumah nampak gelab gelita itu menandakan papa masih belum pulang lagi. Biasalah tu, kalau dia rasa nak balik dia balik, kadang tu sampai berhari tak balik. Aku tak ambil kisah pun. Sebab dia sendiri pernah cakap kalau papa tak balik jangan call, nanti dia akan call aku sendiri. Ya dia memang call pun, tapi aku biasanya tak angkat pun, dan dia akan hantar masej supaya aku tahu dia okay. Kunci pintu di buka dan aku terus masuk, suit lampu di ruang tamu di buka dan terus sahaja aku berlari ke dapurtanpa membuka lampu untuk mencari air masak. Dahaga weh, seharian minum air manis aja. Mau kencing manis aku. "Tok, tok, tok! " Bunyi pintu rumah di ketuk. Terkejut aku, hampir tersedak aku di buatnya. "Tak akan papa tak bawa kunci." Hairan bertambah takut aku di buatnya. "TOK! TOK! TOK!" Bunyi ketukan semakin kuat macam nak roboh pintu rumah aku. Lain macam aja papa ketuk pintu ni. Sudahlah lampu dapur tidak di buka. Terkejut bukan main aku di buatnya. Tombol pintu di pegang lama. Masih berkira-kira untuk memulasnya atau tidak. Sebab hati aku rasa lain. Hati ni kuat mengatakan itu bukan papa. "Tokkk!" Bunyi ketukan sekali lagi membuatkan aku tersentak. Dengan serta merta pintu di buka. Terkejut apabila satu susuk tubuh lelaki jatuh betul-betul di hadapan kaki aku. "Aqeef!"Panggil aku lelaki itu sudah tidak bergerak, wajahnya penuh dengan darah dan tangannya memegang perut. Kenapa pula dengan mamat ni. "Wehhh bangun wehh. Aqeef.. Aqeef kau kenapa?"Aku sudah menggelabah. Bukannya tidak biasa melihat papa pulang dengan keadaan berdarah dan luka-luka. Itu lain,itu papa. Kali ini Aqeef orang yang dia tidak berapa kenal. Lagi-lagi Dia baru sahaja berjumpa dengan lelaki itu petang tadi di mall dalam keadaan sihat-sihat sahaja. Orang yang baru sahaja dia memalukan dirinya sendiri. "Arghhh, Tolong aku!" Adakah ini satu gurauan untuk membalas apa yang aku buat pada dia tadi? Tak- tak mungkin. Dia nampak betul-betul sakit ni. Aku kena tenang. Nafas di tarik dalam-dalam.Aku kumpulkan kekuatan untuk memapah Aqeef masuk ke dalam. Pintu di tutup sambil mata melilau memerhati jika ada yang pelik di luar. Tubuh Aqeef di papah dengan susah payah ke ruang tamu. Aku baringkan dia. Kemudian kepala aku jadi blur. Aku tak tahu nak buat apa. Akhirnya aku mencapai telefon dan bersedia untuk menghubungi ambulance. "Ja-jangan." Aqeef menghalang tangan aku. "Habis tu kau nak aku buat apa!?" Soal aku sedikit meninggi suara. Sebenarnya aku panik. "Ka-kau ke-keluarkan pe-pelu-ru." Aqeef menunjuk ke arah perutnya. Aku mengeluh lemah, mata memandang luka di perutnya yang masih mengalir darah. Ini tak boleh di biarkan lama, aku harus bertindak segera. Aku bukannya tidak biasa dengan situasi ini. Sejak kecil lagi aku sudah di ajar oleh papa untuk mengeluarkan peluru daripada tubuhnya. Dan kini aku harus memperaktikkannya pada orang lain pula. Hah bagus, boleh bukak klinik pasaran gelap la lepas ni. Sekarang aku kena tenang dan fokus pada situasi ni. "Kau tunggu sekejap. Tekan luka kau dengan tangan." Aku bangun dan menuju ke bilik untuk mengambil beralatan yang di perlukan. Dengan sepantas yang mungkin aku berlari turun .Kini aku berada di hadapan Aqeef dan bersedia untuk memulakan pembedahan kecil. Butang baju Aqeef aku buka dan menyelak bahagian yang di tembak bagi memudahkan kerja aku. Muka lelaki itu berkerut menahan sakit ketika peluru di keluarkan. Setelah itu aku jahit lukanya. Setelah selesai aku bersihkan noda darah yang terdapat di sekeliling perutnya dan membalut perutnya dengan kain kasa. Aku tatap lelaki itu lama sebelum akhirnya aku ke dapur membersihkan segala peralatan. Pelik betul macam mana dia tahu rumah aku? Siapa yang tembak dia? Sah dia konco papa. Sebab tu dia datang sini. Aku merengus geram. Papa melampau hantar konco sampai ke rumah. Memang sengaja nak bawa aku masuk dalam dunia dia. Sebaik sahaja barang di simpan aku terus menuju ke arah Aqeel. Aku mencekak pinggang. Tak akan nak biar je dia terbaring atas lantai macam ni, dah macam aku pulak yang bunuh dia dengan darah apa bagai. Kesian pulak. Kang demam anak orang. Dekat luar pun hari macam nak hujan, kuat betul angin. Tapi baju dia banyak darah, kotor pulak sofa aku nanti. Kepala yang tidak gatal di garu. Tak ada jalan lain dah. Aku berlari ke tingkat atas. Almari di selongkar. Hah ada pun baju besar. Sekali lagi aku berlari turun ke bawah pula. Aduh nak kena bukak pulak baju budak besar ni pula. Hampir dekat sejam berperang menukar baju si Aqeef, akhirnya berjaya.Fuhhhh! Keluhan berjaya aku lepaskan. Okay sekarang misi mengangkat anak gajah ke atas sofa. Anak gajah ni pulak dah mati ke, tak sedar-sedar. Dah macam-macam aku buat dekat badan dia. Tolak sana-tolak sini, tapi dia still je macam tak ada apa-apa. Lantak lah. "Bismillah"Tubuh si Aqeef diangkat ke atas kerusi. Terhuyung - hayang aku di buatnya. "Bushh!" Bunyi aku melempar tubuh anak gajah ke atas sofa. Tak kuasa nak letak pelahan pelahan. "Aduhh!" Anak gajah bersuara, kerana kepalanya terkena tempat letak tangan sofa. Aku merenung tajam Aqeef. Pura pura rupanya budak ni siap kau. Aku berjalan menghampiri dia dan menekan perutnya yang berbalut. "Bangun la weh." Aku mengetap gigi. Dia mengaduh kesakitan seraya menepis tangan aku. Matanya di buka. "Aduhh sakit la." Rungutnya dah bangun dari berbaring. "Kau nak bunuh aku ke apa?" Soal Aqeef marah. "Kalau nk bunuh tak adalah aku rawat kau. Baik aku biar je kau berdarah darah atas lantai tadi. Biar mati slow slow. " Jelingan aku beri sebelum alat kawan jauh aku capai dan button on di tekan. "Kau dah sedarkan, ha silalah balik." Tambah aku. "Kau langsung tak rasa bersalahkan. Di sebab kan kaulah aku jadi macam ni." Apa yang keluar dariada mulut Aqeef membuat aku sepantas kilat memandangnya. "Asal aku pulak. Kau yang jadi konco orang tua tu, aku pulak yang di persalahkan." Aku membela diri. "Aku bukan konco papa kau. Tapi.." Kchakkkk! Kunci pintu dibuka seraya itu pintu di kuak dari luar. Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an berjalan masuk. Ya itulah Tuan Zambri. Dia dah balik. Papa masuk dan memandang Aqeef lama sebelum dia bersuara. "Kawan kamu?" Soalan papa mengundang kerutan di dahi aku. Aqeef bangun dari duduk dan perlahan-lahan menapak ke arah papa. Tangan di hulur untuk bersalam. "Saya Aqeef, kawan kolej Al." Mereka bersalaman, tapi aku yang kepelikan. Apakah ini lakonan? Tak mungkin papa tak kenal ? "Papa tak tahu anak papa ada teman lelaki." Usik papa sambil tersenyum. Senyuman yang jarang di tunjukkan. "Pa, dia bukan teman LELAKI Al." Tekan aku dengan mengetap gigi. "Saya kawan aja dengan Al, uncle" Sokong Aqeef sambil tersenyum. Papa tersenyum dan menepuk bahu Aqeef. "Bertabahlah dengan perangai Al tu ya." Pesan papa sebelum mendaki tangga ke tingkat atas. Senyuman tidak lekang dari bibirnya "Anak aku ada teman lelaki." Walaupun suaranya perlahan dan wajahnya tidak kelihatan tapi masih jelas di dengari oleh aku dan Aqeef. "Huhh!" Rengus aku. "Dah kau boleh balik. Tunggu apa lagi dekat sini. Nak aku jadi jururawat tak berbayar pulak." Halau aku, sambil mengibas-ngibas tangan. "Terima Kasih." Ucap Aqeef sambil mengukirkan senyuman sederhana sebelum dia keluar dari rumah aku. Sandiwara apa agaknya yang di lakonkan oleh mereka berdua. Tapi betul ke papa tak kenal? Arghhh kusut kepala aku. Kelibat Aqeef yang semakin menghilang di balik pagar di perhati dengan seribu satu persoalan. Siapa dia ni kalau bukan konco papa?
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD