"miss..,dimana rumah miss, biar saya hantar.''
''maaf ye miss, sebab telah melanggar miss.."
''tak apa uncle, saya baik baik saja, nasib tak parah.".
''nah uncle ni alamat rumah saya".
Nessa mengulurkan kad alamat rumah.
''miss..dah makan belum, dekat rumah ada barang makan tak..?
''makan malam belum masak lagi uncle ,saya malam ni masak meggie ajelah..''
''miss..muda muda macam ni mana boleh makan meggie, tak bagus untuk kesihatan.."
''tapi megie yang ada, megie tu yang saya masak.."
''tak usah miss masak malam ni, hari ni biar saya tapaw."
''tak payahlah, Uncle saya segan."
''tak apa , biar saya tapaw."
''miss nak makan apa?
''apa apa sajalah, tapi jangan daging kerbau, lembu dan kambing."
''ok.."
Rokky ,memandu kereta menuju ke sebuah restoran, dia berhenti tempat letak kereta dan keluar masuk dalam restoran.
selesai membeli barang makan, Rokky menuju ke kereta.
''ini saya belikan nasi itik dan sayur."
''thank you Uncle.."
sesampai di rumah teres, mereka keluar dan masuk ke dalam rumah.
''maaf Uncle, rumah sewa saya tak besar."
''tak mengapa, bersih juga rumah awak miss."
sambil mengaruk kepala yang tidak gatal...,'' tak adelah bersih Uncle.."
''peti ais miss dekat mana..?
''tu dekat belakang tu, Uncle boleh pilih mahu minum apa."
''maaf ye sebab saya buat macam rumah sendiri."
''tak apa..Uncle"
''miss duduk dalam rumah ni dengan siapa..?
''saya satu orang saja uncle.."
''malam ni makan dengan saya ,miss, lepas makan saya baru balik."
''nah ni miss punya, ni saya punya" sambil membagikan air kosong sejuk di atas meja.
''mari makan miss"
'' terima kasih"
mereka berdua makan bersama di atas meja makan.
selesai makan mereka pon duduk di sofa ruang tamu.
''miss bagi fon, kalau apa apa terjadi senang saya nak call.''
Nessa mengambil fon dan menyerahkan kepada Rokky.
Rokky menerima dan terus mengetik no telefonnya kepada Nessa.
setelah selesai, Rokky memulang fon kepada Nessa.
''nanti hantar mesej dekat saya, sebab saya tak ada no fon miss."
"ok Uncle''.
''sekali lagi saya minta maaf ya, sebab tak sengaja langgar miss, rasa bersalah pula sebab langgar miss".
''tak apa, lagipun kecederaan tak begitu serius".
"nanti besok penolong saya akan hantar motor miss kesini''.
"besok miss jangan pergi kerja ya, sebab miss belum baik''.
''miss ada no fon kompeni, biar saya bagitahu esok"
''sekejap ya, saya pergi ambil".
''walau rumah sewa dia kecil tapi bersih kemas, kenapa dari kemalangan tadi dia asyik panggil aku Uncle adakah aku sudah begitu tua, sedangkan aku belum kahwin lagi dan umur aq baru 45 tahun", bicara Rokky dalam hati.
"nah ini dia".
Rokky mengambil kad dari Nessa dan melihat.
alangkah terkejutnya sebab Nessa bekerja dalam kopeninya, tapi dia cuba menenangkan diri supaya Nessa tidak perasan, akhirnya dia pura pura mengambil no fon.
''ok siap, nanti besok saya call kompeni miss".
''terima kasih Uncle".
''oklah saya balik dulu, jaga diri ya miss, apa apa hal call saya".
''baiklah" jawab Nessa singkat.