teringat

427 Words
Sesampai di rumah, Rokky turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah, dia terus berjalan menuju ke dalam bilik tidur. Rokky seorang lelaki yang bukan pemabuk dan merokok dia selalu menjaga kesihatan diri, sebab itu walaupun umurnya mengijak tua, tetapi bentuk tubuh dan kulit muka terlihat muda walaupun ada sedikit kedutan di wajah. Rokky membuka pakaian dan mengambil towel dan menuju ke dalam bilik mandi untuk membersihkan badan. selesai mandi dia pun memakai t-shirt dan seluar pendek , selesai memakai pakaian Rokky pun berjalan menuju ke tempat duduk di ruang tamu, sebelum mahu membuka tv fon yang diletakan berdering. dia lalu mengambil fon dan melihat layar skrin yang tertera nama papa.lalu dia menekan tombol hijau. ''hello..papa" ''apa ada hal malam malam telefon saya ni.." ''papa nak tanya, macam mana pekerjaan kamu di sana". ''ok je, tak ada masalah pon" ''papa kat sana macam mana?. ''papa baik baik saja, ni mama awak nak cakap dengan awak" ''lah ni mesti nak cakap bila nak kahwin'' '' yelah, umur awak tu bukan muda lagi, papa ni pon dah semakin tua takkan awak tak nak bagi cucu" ':ish...papa pon sama" ''ok, awak cakap ngan mama awak dulu" ''HUH..TAK ABIS ABIS PASAL KAHWIN" Rokky sangat tidak suka soal perkahwinan, walaupun dia tidak pernah kahwin, dia mengangap perkahwinan adalah bosan. ''hello...ky, ni mama" ''ye mama ada apa? ''ky..bila awak nak kahwin" ''dah jumpa calon menantu belum" ''belum lagi mama" ''kamu tu, fokus sangat dalam pekerjaan sampai tak ada masa nak cari calon, kalau kamu tak cari biar mama carikan" ''tak payah...tak payah ..biar ky cari sendiri". ''mama beri tempoh 1 bulan , kalau 1 bulan ky belum jumpa nanti mama akan carikan dan terus menikah, tiada bantahan." peringat mama pada Rokky ''ok..ok..saya akan carikan!. selama 1 jam mereka berdebat,akhirnya mereka menutup fon. ''ARGGHHH ..! ''Mana aku nak cari perempuan dalam 1 bulan ni" tiba tiba Rokky teringat tentang perempuan yang dia langgar. akhirnya dia mengecek layar mesej, di layar mesej ada tertera nama Nessa. yang tertulis ''hai". Rokky : hai, miss sedang buat apa? Nessa : sudah mahu tidur, tadi saya terbangun buang air kecil, kenapa uncle? Rokky : miss, macam mana dengan kaki adakah miss boleh jalan. Nessa : bolehlah jalan pelan pelan. Rokky : sudah sapu ubat. Nessa : sudah. Rokky : ok, jaga diri, selamat malam. Nessa : selamat malam. ''mengapa aku boleh tertarik untuk bermasej dengan perempuan ni, padahal aku tak pernah suka mesej dengan perempuan selain klien" bicara hati kecil Rokky. ''tak apalah ini sebagai menebus kesalahan aku melangar dia" ''besok mahu metting aku perlu tidur awal.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD