sekembali dari percutian mereka, Denny meninggalkan area perumahan yang didiami oleh Nessa dengan terus melajukan kereta meninggalkan mereka empat sahabat, kerana hari ini dia harus menyiapkan laporan untuk meeting nanti, jadi dia tidak ada masa mahu untuk sembang.
"wei...,Billa, ni kad yang dibagi oleh Denny tadi , kalau kau nak berkenalan dengan dia, macam mana orangnya handsome ke macho"
"Ish...,Nessa pelan pelanlah suara kamu tu, macho dan handsome kan Sama maksud"
"erm...,dia handsome bentuk badan cantik, berotot, saya suka..hihihi..."sambil malu malu.
"weh..,Rika,Emi kau tengok perempuan sorang ni baru nak berkenalan dah mula malu malu kucing."
"betul tu, tahniah ye Billa akhirnya tidak menjadi perawan tua"
"Ish.. kau ni Rika, kau tu bila nak kahwin, dah masuk tiga tahun tapi belum kahwin "
"kami mencadangkan minggu depan, kami menikah,kan sayang" yang diangguk oleh Emi.
"tahniah untuk korang berdua" yang diucapkan Billa dan Nessa"
"oklah..., kami gerak dulu", Billa,Rika dan Emi mengucapkan selamat tinggal.
"sebelum menunggu hari petang baik aku beli barang dapur, barang dapur pun tak banyak, sekarang kena masak untuk dua orang, aish...si tua Uncle ni pon satu tapi kaya makanlah luar, ni tak suruh aku masak" sambil mengomel seorang diri.
dia berjalan menuju ke ruang tamu mengambil kunci motor dan helmet lalu berjalan keluar sambil mengunci pintu, dia menghidup enjin motor dan melaju terus ke supermarket.
* * * * *
sambil menjinjing bakul pembelanjaan menuju ke tempat sayuran, dia tidak menyangka akan bertemu dengan bekas kekasih.
"eh..bukankah kamu Nessa" bekas kekasih Nessa iaitu Randy.
"ya.., saya Nessa " dengan membuat muka malas.
"Nessa, kamu apa khabar"
"saya baik, kamu pula bagaimana"
*saya, baik baik, kamu sudah ada pengganti belum? kalau belum kita mula semula hubungan kita".
"No...,kerana dulu kamu yang putuskan hubungan kita, dan sekarang kamu nak kembali, saya tidak tertarik Rendy".
"kalau kamu belum ada pengganti apa salahnya kita membentuk hubungan baru" dengan tidak bersalahnya.
"selepas kita putus,apa ucapan kamu pada saya, kamu mengeji saya, kamu mengata saya tak cantik buruk rupa, kamu ingat ya saya akan simpan kata kata kamu sampai bila bila".
"dan ingat lagi satu, saya bukan wanita yang boleh kau pelakukan seperti bibik dan mesin ATM, dulu saya bodoh sekarang kamu jangan cuba cuba macam macam" sambil berlalu pergi tanpa menghiraukan Rendy.
Rendy yang mendapat Kemarahan Nessa terus terdiam, ya dia merasakan Nessa yang sekarang cukup berbeza.
selepas membeli belah, Nessa terus melaju meninggal kan supermarket, hatinya berasa sungguh kesal dengan bekas kekasih.