Berdiri di depan gerbang menarik nafas dalam-dalam sekali lagi memeriksa bekalan makanan air secukupnya melirik gelang di pergelangan tangan pelan-pelan menghadapkan ke tengah gerbang sehingga bercahaya dengan sendirinya tubuh Diden terbawah melewati gerbang itu.
" Huh?". Cahaya silau perlahan kembali jelas penglihatan Diden, sambil melirik sekeliling tidak ada tumbuhan air mahupun binatang semuanya pasir.
". Ini kah yang di katakan monster pasir". Gumam Diden cahaya di gelangnya masih bersinar dan mempunyai 5 garisan seperti tangga seketika Diden tahu akan 5 garisan itu.
". Seharusnya berapakah waktu ku untuk sampai ke pintu Dunia Bangsawan lalu ini mungkin adalah nyawa ku". Mendekatkan gelang itu di wajahnya ingin meneliti lagi.
". Husss!!!!!". Angin bertiup di gurun pasir di ikuti pasir-pasir berterbangan di udara sehingga mengenai dirinya.
" Ahh!!...mata ku!!". Diden bertunduk melindungi wajah menarik kain dengan cepat membungkus kepala meliputi ke lehernya tinggal mata yang tidak di bungkusi.
". Aku harus bergegas".
Berjalan pemuda itu di tengah padang pasir tanpa arah tujuh tidak ada hujungnya perjalanan, Diden mendongak ke atas sebentar lagi waktu bertukar malam ia pun berniat mencari tempat bermalam.
". Aku bermalam di sini". Kata hatinya ia tidak ada pilihan lain walau di mana pun tetap semuanya pasir mendudukkan punggungnya lalu meneguk air minumnya Diden menghela nafas lega.
". Masih belum menemukan jalan keluar ". Menarik roti kering Diden menatap lama.
". Terpaksalah berhemat". Merungut Diden mengoyak roti itu separuhnya di simpan kembali dan yang separuh lagi di gigitannya pelan-pelan berkali-kali menelan dengan air liur sangat kering di leher.
". Husss!!!!" .
Seluruh badannya kesejukkan angin menembusi kain ke kulit badan kerana malam yang sangat dingin Didie tidak sedar lagi bila saatnya ia tertidur akibat terlalu penat lelah terlupa suasana yang sejuk itu.
Hari yang sangat panas matahari memancar membakar kulit wajah dan tangannya sampai kemerahan yang sangat pedih.
". Kering leher ini huh..!" . Kata Diden seorang diri di gurun pasir itu mengelap peluh di dahinya sambil meneguk air.
". 4 garis lagi ternyata sehari 1 garis". Gumam Diden melirik gelang di pergelangannya ia menghela nafas lalu berdiri melanjutkan langkahnya lagi .
". Huh...!huh...!huh...!huh...!". Nafas kelelahan berjalan di padang gurun yang di penuhi pasir penglihatannya semakin kabur di tambah lagi hatinya cemas kerana tinggal 2 garis waktu nya.
". Aku harus huh!! sampai ke gerbang..huu!! Gerbang....huh!!". Terputus kata-kata Diden menggosok kelopak matanya.
Mengambil botol air di goncang isinya sudah tidak ada Diden membuka penutup botol dan meneguk hanya setitis air yang keluar hatinya hampa tubuhnya terduduk melihat di kejauhan tanpa jalan hujung anak muda itu berkali-kali mengeluh nafas penat.
". Ohuss..!!!!!...ohuss!!!!". Bunyi ribut pasir yang sangat kencang.
Diden mendongak hanya sepuluh langkah ke depan dari tempatnya berdiri pasir berterbangan di udara yang menutupi kawasan itu dalam waktu cepat mendekat ke tempat Diden.
". Ohuss!!!!!". Pasir itu menampakkan bentuk seperti tangan yang ingin memukul sesiapa di depannya.
". Monster tangan pasir !!". Kata hati Didie tiba-tiba teringat anggerik 4 kelopak dengan cepat memasukkan tangan ke beg sandang mencari anggerik itu.
". Ohusss!!!!".
". Ah!! Mata ku ". Terjerit dirinya kerana pasir mengenai matanya sementara tangan mencari-cari anggerik itu.
". Akhirnya jumpa... Arhh!!". Pasir sudah memukul tubuhnya berguling dari atas bukit pasir sampai ke bawah sebelum sempat mengeluarkan anggerik itu .
". Ohuss!!".
Kembali lagi ribut pasir itu dan menelan tubuh Diden sehingga terapung dirinya di udara bersama pasir-pasir yang berterbangan saat ini Diden tidak sedarkan diri kerana terlalu lelah tenaganya sangat lemah.
Tubuh Diden berputar dengan sendirinya seperti pasir sedang membungkusi tubuhnya menutup seluruh kaki tangan wajah Diden.
Tetapi dalam keadaan tidak sedarkan diri Diden menggemgam anggerik 4 kelopak itu sejak menjumpai di beg sandangnya dan secara mengejut pasir itu bertaburan pecah awalnya di bungkusi pasir kini cahaya putih yang keluar dari anggerik 4 kelopak menjadi pendinding tubuhnya .
Seperti ketakutan ribut pasir itu langsung melaju ribut ke tempat lain meninggalkan tubuh Diden
" Ibu".
Dalam samar-samar Diden melihat cahaya perlahan kembali menutup mata.
". Anak muda!!!". Mengerut dahi Diden seperti mendengar suara orang.
". Bangun!!" .
". He!! Anak muda ini di minum dulu". Orang itu membantu membangunkan tubuh Diden.
Diden Masih belum sedar sepenuhnya tetapi tetap meneguk air dengan rakus.
". Uk!! Uk!!!".
". Pelan-pelan pak tua masih banyak lagi airnya ". Ucap laki laki itu.
". Ah!..ah!.hu.." . Kelegaan di lehernya..
" Ini terima kasih pak tua". Kini Diden dapat melihat dengan jelas seorang laki laki tua di depannya dengan tunggangan unta yang penuh dengan barang-barang melihat sekeliling masih di padang gurun pasir.
". Anak muda dari dunia Buang??". Tanya pak tua itu malah Diden hanya mengangguk saja tersenyum pak tua itu.
". Waktu mu tinggal 1 hari". Ucap pak tua itu setelah melirik gelang Diden saat yang sama Diden turut melirik gelangnya lalu melihat pergelangan pak tua itu dia Mengerut kening.
". Oh...pak tua tidak perlu gelang, pak tua dari dunia lain". Ucap pak tua itu.
". Lalu pak tua pergi ke mana??". Tanya Diden pelan-pelan membetulkan duduknya.
". Pak tua pun tidak tahu ". Tersenyum senang di wajah Pak tua itu cemberut kening Diden binggung jawapan pak tua itu.
". Anak muda ini ambil". Meyurung bebola nasi yang di bungkus dengan daun jambu Diden menatapnya kerana ragu-ragu tetapi berjalan kerongkongnya menelan liur.
". Ambil...tidak perlu takut". Ucap pak tua itu lagi tanpa lama Diden langsung mengambilnya menjeling sekilas lalu memakannya.
". Ini ada lagi". Meletakkan bekalan makanannya di sisi Diden lalu berdiri mendekat ke untanya sementara Diden memerhati saja.
". Kamu pun haus ..ini airnya". Gumam pak tua dengan untanya setelah memberi air di tuangkan air ke wajah unta itu sehingga membasah.
". Perjalanan kita masih jauh ". Sambil bergumam pak tua itu menarik kain dari kantungnya.
". Anak muda pakai ini ". Setelah itu berbalik memulakan langkah dengan menarik untanya.
". Pak tua !!". Jerit Diden sehingga menoleh pak tua itu kerana terlalu binggung dirinya tidak sedar Pak tua itu berangkat.
". Terima kasih!!!". Melambai tangan Pak tua itu sambil bersenyum ke arahnya sekilas memandang kain itu.
" Astaga!! Pak....?" . Mendongak pak tua itu sudah tidak kelihatan lagi.
". Aku lupa tanya arah ke pintu gerbang". Rungut kecewa Diden menghela nafas sesekali melihat gelang di pergelangannya .
". Baiklah ". Suara hatinya Diden mengemas bekalan itu membungkus kepala wajahnya dan melangkah meneruskan perjalanan.
". Huu!!..huh!!..". Nafas kepenatan sampai anak muda itu membungkuk berjalan garisan di gelangnya mula memudar.
". Gerbang.. gerbang.. gerbang" . Berkali-kali menyebutnya berdiri di tengah padang pasir semangat putus asa tubuhnya merebahkan berlutut di atas pasir.
". Ibu !!!!".
***"