chapter -6

1130 Words
Anak muda itu tertunduk mengingat ibunya juga kekecewaannya yang tergantung tidak menjumpai jalan keluar di tengah padang gurun pasir. ". Ah!! ..ibu!". ". Arh!!!!!" . Dalam keadaan memejam mata Diden menjerit keras. Seperti meraung suara serigala dan menampakkan bayangan Serigala di belakang tubuhnya yang sangat besar sehingga raungan itu menggegar pasir angin pun bertiupan. ". Em??" Terbuka mata Diden hairan bercampur binggung juga merasakan kekuatan yang sangat besar dari tubuhnya membantu gelang di tangannya bergerak keluar sendiri dari pergelangan tangan dan memancar cahaya membentuk gerbang tepat di depan tempat dirinya berlutut. ". Gerbang itu.." . Pelan-pelan berdiri menoleh ke belakang seperti ada sosok yang sedang memerhati mengiringi Diden menuju pintu gerbang. ". Siapa pun itu ...terima kasih". Diden bertunduk dan senyum lalu berbalik melangkah masuk melewati gerbang itu . ". Anak baik". Suara pak tua itu kedengaran dari alunan Monster tangan pasir. Sama seperti saat menerobos masuk ke laluan padang pasir cahaya terang membuat mata Diden tidak melihat apa sampai kembali jelas penglihatannya kedengaran riuh suasana kota yang sangat ramai orang . ". Pemuda !..hey pemuda !". Diden menoleh kiri kanan di belakannya mencari pemilik suara itu . ". Hey!! Di sini". Mengerut kening Diden mencari orang itu ternyata diri di panggil kembali menghadap ke depan ada meja di sisi lorong jalan terkunci matanya menatap bunga teratai itu. ". Kamu?". Tanya Diden. ". Eh??..anak muda ini ...sini !". Terlompat-lompat bulu sayap helang sepertinya di gunakan untuk menulis. ". Ah!! Kamu....". Akhirnya Diden melihat bulu sayap helang itu. ". Er!!!em!! Janganlah jerit keras sangat..aku bulu helang pencatat " ". Ya maaf ". Sesal Diden. ". Nama pemuda?". ". Ah.. aku Diden 18 tahun" ". Master Roh??". ". Roh Tumbuhan pemula ". Senyum ketat di wajah Diden sambil melirik sekeliling. ". Roh Tumbuhan.....?" Terdiam seketika pencatat itu. ". Sudah lama tidak dengar Roh Tumbuhan.. baiklah ini sudah selesai ". Pencatat itu menyurung tanda nama Diden di sudut meja . ". Itu milikmu.. di kota Ini perlu ada ini ". Ucap pencatat itu sementara Diden mengutip tanda nama itu. ". Terima kasih bulu helang pencatat". Balas kata Diden lalu mulai melangkah. ". Eh!?..bayar dulu .." ". Bayar ?". Diden berundur kembali. ". Eya ..kamu lihat itu semua para anak muda juga tetua yang melewati gerbang ini harus membayarnya ". Pencatat itu melompat menunjuk ke bawah mejanya terdapat bermacam barang. ". Aku menerima barangan bukan koin". Kata pencatat itu lagi. ". Baiklah.. bagaimana dengan ini ?". Diden memegang kotak pemberian ibunya tetapi isinya sudah tidak ada. " Itu apa ?". ". Kotak kayu ukiran dari Roh Tumbuhan dan hanya pemilik saja yang boleh membukanya". Ucap Diden. ". Baiklah aku terima... tinggalkan itu dan kamu boleh pergi ". ". Terima kasih pencatat ". Tukas Diden tetapi dirinya merasa berat hati meninggalkan kotak pemberian ibunya ia mengusap pelan lalu meletakkan di keranjang barangan itu. ". Selamat tinggal ". Gumamnya terus berbalik meninggalkan tempat itu sambil menggemgam lambang daun di lehernya. ". Pak ! pesan kuih kukusnya ". Jerit Diden sesampai di salah satu kerusi kosong. ". Baik.. sebentar anak muda!!" Suasana ramai di gerai itu para pemuda master duduk tidak jauh darinya juga penduduk kota berjalan-jalan melewati gerai itu. ". Silakan menikmati". Kata pak penjual meletakkan sepiring kuih kukus dengan air di meja Diden. ". Terima kasih pak.". Tanpa berlama ia pun menjemahnya sampai tidak bersisa lagi , selesai makan Diden berdiri. ". Pak berapa semuanya ?". Tanya Diden. ". 1 koin nak!!". Kini suara wanita yang menjawabnya. ". Cuma 1 koin??". Gumam Diden ia tidak menyangka di kota ini lebih murah di bandingkan di kota desa . ". Makanannya memang ini harganya ". Kata wanita itu seperti membaca fikiran Diden. ". Eya .. anak muda pertama kali datang sini??" . Kini pertanyaan dari pak penjual tadi. " Ya pak". ". Anak muda perlu juga punya koin kerana barang - barang di kota ini sangat mahal apalagi pil menambah kuasa " kata wanita itu. ". Eya semenjak musnah dimensi roh tanaman para master pil kuasa semakin berleluasa bahkan tetua Master berebut mendapat pil kuasa". ". Kenapa pak ?..apa hubungan dengan dimensi roh tanaman?". Tanya Diden lagi. ". Kerana tidak ada master yang dapat melihat roh tumbuhan , dahulu dimensi roh tanaman adalah tempat peningkat kuasa dan kini pil kuasa satu satunya peningkat kuasa.". Berbalik badan pak penjual itu melanjutkan kerjanya begitu juga wanita tadi sedang melayani pelanggan lain. ". Oh... baiklah pak , aku pergi dulu ". Setelah membayarnya ia pergi dari situ berjalan di lorong. Sebenarnya Diden tidak ada tujuan di dunia bangsawan tetapi setelah mendengar tadi dirinya semakin tertanya-tanya dan ingin mencari tahu lebih lagi mengenai dimensi roh tanaman. ". Pak ...pak ..beli bunganya" ". Mohon beli bunganya ". Seorang kanak-kanak duduk di sisi jalan pakaianya tampal koyak ada beberapa bunga di dalam keranjangnya Diden mendekat ke tempat itu. ". Tuan muda beli bunganya buat beli makanan untuk ibuku ". ". Baiklah..". Diden mengambil 10 koin lalu meletakkan di tangan kanak-kanak itu . ". Terima kasih tuan muda...ini bunga tuan muda boleh ambil semuanya". Tertunduk kanak-kanak itu mensyukuri jualannya di beli. ". Eh!!..tidak perlu tunduk berdirilah hari ini pulanglah lebih awal". Kata Diden. ". Terima kasih tuan muda". Terlari-lari kanak-kanak itu sehingga dirinya teringat kembali saat masih kecil terkejar-kejar menangkap ayam liar untuk ibunya. ". Ibu" . Memanggil di benaknya merindui ibunya pelan-pelan melirik isi keranjang itu. ". Em?? Ini ..". Matanya bersinar kehijauan seketika Diden berkedip-kedip dan jelas melihat cahaya semua bunga itu seperti nya cahaya dari matanya mengaktifkan roh bunga itu sehingga bercahaya. Ke kiri ke kanan wajahnya melihat sekeliling tidak ada orang yang menyedari cahaya itu Diden menatap tajam wajah setiap orang yang melewatinya . ". Mereka tidak melihat cahaya itu ??" . Gumam Diden . Lantas terimbas kembali perbicaraan pak penjual tadi. ". Kerana tidak ada yang dapat melihat roh tumbuhan ". Diden membawa keranjang itu dan berjalan pergi dari situ sampai berhenti di depan penginapan. ". Pak ..aku mahu sewa bilik ". Bertanya dengan pemilik penginapan itu ". Ada ..5 koin ". Setelah memerhati penampilan Diden. ". Pemuda Itu buat apa ". Menunjuk keranjang di tangan Diden. ". Haha ..pak, aku suka bunga". Tertawa kaku wajah Diden kerana tidak tahu alasan apa yang harus di katakan fikirannya serabut. ". Oh..hahaha". Terbahak-bahak pemilik penginapan itu. ". Ini kuncinya". Menolak kunci bilik sementara Diden meletakkan 5keping koin di atas meja . ". Terima kasih pak". Dengan cepat Diden berbalik menuju tangga setelah bersenyum ketat. Sesudah masuk di bilik sewanya meletakkan keranjang itu di atas meja lalu menatap lama. ". Ini bunga bagaimana cara untuk membentuknya jadi kecil ??". Gumam Diden . ". Ah!.buku". Cepat-cepat melirik sekeliling ruang memastikan pintu berkunci dan duduk bersilang kaki menghadap bunga itu. ". Buku Roh Tumbuhan keluarlah!! ". Seketika dirinya di alam buku roh dalam keadaan memejam mata tidak perlu waktu lama matanya kembali buka .
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD