Vacay-Love 1.0

1779 Words
Harris, Ayu dan Shayra tiba di Velana International Airport tepat pukul 08:10 malam. Penerbangan yang mengambil masa selam 4 jam setengah ke Maldives benar-benar meletihkan, lebih-lebih Harris yang terpaksa ke pejabat terlebih dahulu untuk setengah hari bagi memastikan semuanya in order sebelum bercuti. Dia tidak mahu hal-hal pejabat menganggu keseronakan percutian mereka. Setibanya di balai ketibaan, kelihatan dua orang lelaki segak lengkap dengan seragam guest service host memegang cardboard yang tertulis 'Mr & Mrs Harris' dan 'Shayra Charles' sedang menunggu mereka. Tanpa melengah masa mereka terus ke arah tersebut. Kedua-dua lelaki yang tersebut membawa mereka ke kaunter resort yang berada di airport untuk mengatur perjalanan ke resort menggunakan speed boat. "Oklah Kak Ayu, Ayra nak gerak dah ni, see you in five days... " Kata Shayra kemudian memeluk Ayu erat. "Eh? Ayra nak ke mana pulak?" Soal Ayu hairan. "Ayra kan stay kat Kuda Hura, entah apa nama resort tu Four Seasons ke apa?" Ayu terdiam. Bukankah sepatutnya Shayra bersama-sama mereka? "So, bubyeee~~~Abang jangan macam-macam tau..." Shayra sempat memberi amaran kepada Harris. "Jalan lah! banyak cakap lagi budak kecik ni..." Jawab Harris dengan nada rimas. Shayra menyuakan jari telunjuk dan jari hantunya ke mata dan kemudian ke arah Harris sebagai tanda amaran 'I am watching you' lalu berlalu menuju ke arah wakil resort yang masih sabar menunggunya di kaunter. "Come sayang..." Ajak Harris, Ayu hanya menurut namun masih terkilan dan terasa tertipu bila mengetahui Ayra tidak menginap di resort yang sama dengan mereka. ”Why didn't you tell me?" Tanya Ayu semasa berada di speed boat dalam perjalanan menuju ke resort. "Sorry?" Soal Harris pura-pura tidak faham. "About Ayra, you said she'll join us isn't it?" "Doesn't she join us already?" Soal Harris lagi, seakan sengaja mencabar kesabaran Ayu. "Join? Join apany kalau stay kat resort lain? You tak bagi tahu pun pasal ni." Balas Ayu, dengan nada menahan marah, kedua belah tangannya disilang tanda tidak puas hati. 'Dia marah pun nampak comel.' Bisik Harris dalam hati. "Ayra tak bagitahu you ke? I thought she has already told you, lagipun you tak tanya so I assume you dah tahu." Jawab Harris tenang. "Huhhhhhh!!!" Ayu mendengus kasar, masih sakit hati kerana seakan ditipu oleh Harris. Harris hanya tersenyum melihat reaksi Ayu. Dengan lembut tangan Ayu dicapai lalu dikucup namun Ayu menarik balik tangannya dengan kasar. "I janji lepas ni I tak buat lagi." Sambung Harris. Ayu masih diam. Tabiatnya memang begitu, bila marah atau sakit hati dia lebih suka berdiam daripada berlawan kata. Diam juga merupakan cara dia memprotes bila tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara. "I love you sayang.... " Harris masih tidak henti-henti memujuk. "I penat, I nak tidur." Balas Ayu acuh tidak acuh lalu memejamkan matanya, tangannya kembali disilangkan ke badan. Pergerakan speed boat yang dinaiki mereka itu menjadikan kepalanya semakin pening. "Okay, sleep well nanti kalau dah sampai I kejutkan you. " Tutur Harris lalu mengucup lembut dahi Ayu. Kucupan hangat dan ringkas tapi penuh kasih sayang itu seakan meresap ke jiwa Ayu lalu meredakan kemarahannya terhadap Harris sebentar tadi. ‘Aduhai hati....kenapa cepat sangat kau berlembut?' Bisik Ayu sebelum dibuai lena. ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ "Sayang...wake up~~~~" Suara Harris sayup-sayup kedengaran dan beberapa kucupan terasa di pipi Ayu. Pelahan-lahan Ayu membuka matanya. "Kita dah sampai." Jelas Harris. Ayu memandang sekeliling, bingung dengan persekitaraan apatah lagi suasana malam menyebabkan Ayu sukar meneka lokasi mereka berada kini. "Where are we ?" Soal Ayu dengan suara serak kerana baru bangun. "Kita dah sampai resort sayang..." "Resort?" "We are on vacation, sayang dah lupa eh?" Ayu hanya mengangguk kemudian bangun, Harris dengan penuh perhatian menuntun Ayu keluar dari speed boat mewah. Risau Ayu yang masih mamai itu tersalah langkah. Kehadiran mereka di resort itu disambut dengan mesra sekali, semua staf di Gili Lankanfushi melayan mereka dengan etika profesional sesuai dengan taraf 5 bintang. Ayu hanya membuntuti Harris tanpa banyak soal, sungguhpun dia tertidur sepanjang perjalanan selama 20 minit tadi namun masih terasa letih apatah lagi untuk orang yang jenis mudah mabuk laut seperti dia. Setelah Harris siap berurusan di kaunter receptionist, mereka dipelawa menaiki buggy untuk ke Vila penginapan mereka. Vila penginapan mereka dikelilingi oleh lautan Hindi yang berwarna biru turqoise. Hanya jeti yang menjadi laluan utama mereka ke fasiliti lain.  "Is there anything else I can help you sir?" Soal petugas yang mengiring mereka ke vila penginapan. Harris mengelengkan kepala sebelum menjawab. "Everything is good. Thanks for your assistance." "My pleasure and happy honeymoon sir." Balas petugas itu sebelum mengundurkan diri. Ayu masih dengan mode mamai terus menuju ke arah katil bersaiz king untuk merehatkan diri. Dia sudah tidak menghiraukan dengan keadaan sekeliling apa yang dia mahu ketika ini adalah berbaring untuk menghilangkan segala penat dan pening yang menyerangnya. Harris hanya tersenyum melihat tunangnya itu, perlahan-lahan dia menuju ke katil di tempat Ayu berbaring. Dia mengambil tempat di birai katil untuk duduk sebelum merenung wajah letih tunang kesayangannya. "Cantik..." Luah Harris tanpa sedar. Tangannya mencapai rambut halus Ayu lalu dielus lembut. Mata nakal mula beralih ke buah dada yang sedang turun naik senada dengan nafas Ayu. Harris dengan spontannya menelan liur membayangkan betapa pejalnya gunung kenikmatan Ayu yang pernah diramasnya pada hari pertunangan mereka. "Sabaaaaarrrrrr....sabaaaarrrrr...." Harris menasihati dirinya sendiri. Mengambil kesempatan terhadap wanita yang tidak sedarkan diri bukan cara dia. Seks baginya adalah suatu interaksi yang indah yang harus dinikmati oleh kedua-dua pihak. Dalam hal ini dia mahu Ayu turut sama menikmati dan menjadikan moment tersebut sebagai hari yang bersejarah untuk perhubungan mereka berdua. Harris memberi satu kucupan ke dahi dan hidung Ayu sebelum bangun lalu mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi. Badannya yang letih dan melekit itu perlu disegarkan. ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ Ayu terbangun dari lenanya apabila merasai dingin angin yang bertiup menyucuk-nyucuk ke kulitnya. "Aku dekat mana ini?" Seakan amnesia Ayu cuba mengingati tempat dia berada kini. Katil bersaiz king betul-betul bertentangan dengan pintu utama yang terbuka luas itu amat asing bagi dia. Begitu juga dengan susur atur yang ada di bilik tersebut. Dalam beberapa minit kemudian baru Ayu teringat kembali yang dia kini sedang bercuti di Maldives. Lantas dia bangun dari katil lalu menuju ke balkoni penginapan mereka. "You wake up already?" Ayu menoleh ke arah suara Harris yang menerpah dari belakang. Kelihatan Harris yang sedang bertuala baru keluar dari bilik mandi. Cepat-cepat Ayu melarikan pandanganya ke tempat lain, malu melihat Harris dalam keadaan sebegitu.  "Sayang tak mandi ke?" Soal Harris lalu memeluk Ayu. "Errr.... errrr... okay..." Ayu terus meleraikan pelukan tersebut lalu menuju ke arah bilik mandi meninggalkan Harris. Harris hanya tertawa kecil, rasa comel melihat reaksi tunangnya yang gugup itu. "What the f**k is this?" Getus Ayu di dalam bilik mandi. 'Aku dengan Harris stay di Vila penginapan yang sama? Bilik yang sama? Katil yang sama? Oh my God!!! Nonsense! This is freaking nonsense!’ Ayu hanya mampu meluahkan ketidakpuashatian di dalam hati. Dia benar-benar menyesal! menyesal kerana bersetuju dengan percutian yang dirancang oleh Harris dan menyesal kerana dirinya yang mudah mabuk laut sehingga tidak sedar dia dan Harris menginap di villa yang sama. Semuanya kini betul-betul di luar jangkaan. *Tok...tok...tok...* Nafas Ayu seakan tersekat apabila mendengar ketukan di pintu bilik mandi. 'Perlukah aku buka? Tapi apa yang Harris mahu?' Kerisauan mula memenuhi fikiran Ayu. "Ayu, buka pintu sayang..." panggil Harris dari luar. Ayu yang berada di dalam bilik mandi mula mundar mandir risau dengan segala kemungkinan yang berlaku jika pintu bilik mandi itu dibukanya. "Buka sayang... I bawakan towel, you lupa bawa tadi..." Mendengar saja ayat tu, baru Ayu perasan yang langsung tidak membawa apa-apa semasa memasuki bilik mandi tadi, bahkan towel yang telah disediakan oleh pihak resort di atas katil pun tidak diendahnya. Ayu membuka pintu bilik mandi. Kelihatan Harris yang hanya memakai boxer sedang berdiri sambil menghulurkan towel. Ayu mencapainya tanpa memandang ke arah Harris. Malu. "Sayang okay ke ni?" Soal Harris apabila mendapati tiada tanda-tanda yang Ayu mandi. Badan dan pakaian tunangnya masih kering. Begitu juga dengan suasana bilik mandi tersebut, langsung tiada bunyi air dipasang. "Errr ..... errrrr ..... okay... I'm okay..." Jawab Ayu perasaan gugupnya masih tidak terkawal. "Ke nak I join? I boleh tolong mandikan you..." Usik Harris sambil kening kanannya diangkat. "No...No...No....No...I'm okay... " Balas Ayu lalu pintu bilik mandi ditutup dan dikunci. "I tunggu dekat katil!" Seru Harris di luar bilik mandi, masih tidak henti-henti mengusik Ayu. ‘Daaaammmmmmmnnnnnnn it!!!!' maki Ayu di dalam hati! Tanpa sedar air matanya mengalir, emosinya tidak lagi dapat ditahan namun masih sedaya upaya menyorokkan esakkan dari didengari Harris. Entah kenapa dia tidak mahu lelaki itu tahu yang dia sedang menangis. Emosinya semakin celaru akibat situasi luar jangka itu. Ayu menuju ke tub mandi, air dipasang memenuhi tub sebelum dia merendamkan diri. Cuma ini pilihan yang ada untuk dia menenangkan fikiran yang maha serabut. ♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡ Perlahan-lahan Ayu menguak pintu bilik mandi. Dalam hati dia berdoa agar Harris sudah tidur. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia memerap diri tadi. Dia mengintai keadaan di luar terlebih dahulu, lampu bilik masih terpasang menyinari segenap ruangan, kelihatan Harris tertidur lena di katil. Ayu memulakan langkah keluar, kakinya sengaja dijungkit untuk mengelakkan sebarang bunyi dari tapak kakinya. Dia tidak mahu Harris yang sedang lena itu terbangun dan menyedari kehadirannya. Dia menuju ke bagasinya untuk mencari night dress yang di bawa bersama.  "Tak menonjol sangat ke?" Soal Ayu pada diri sendiri. Risau jika nafsu Harris akan teransang apabila melihat dia berpakaian sebegitu. Ayu mengerling Harris yang sedang terlentang dibuai mimpi. Dengkuran yang kedengaran cukup menunjukkan bahawa Harris amat letih sekali dan tiada tanda-tanda untuk terjaga. "Rasanya aku selamat malam ini." Kata Ayu sedikit riang lalu menyarungkan night dress tersebut. 'Tak apa besok pagi aku pastikan aku lebih awal bangun daripada dia supaya aku boleh pergi ke receptionist counter untuk check-in vila penginapan yang lain.' Ayu mula merangka strategi untuk mengelak jatuh dari perangkap Harris. Ternyata sesi berendam di tub mandi tadi menjadjkan dia lebih tenang untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapinya. 'Dasar lelaki! Licik betul untuk perangkapkan aku!' Getus Ayu masih dengan perasaan tidak puas hati. "Tapi.... sekarang ni aku nak tidur dekat mana?" Soal Ayu kepada dirinya sendiri. Mustahil untuk dia berkongsi katil bersama Harris, tub mandi? Cukuplah dia 'bertapa' lama di dalam tub mandi tadi, tidak mungkin dia kembali untuk tidur di sana apatah lagi dengan keadaan tub yang lembap sudah pasti tidak selesa untuk dia tidur. Dilihatnya couch yang tereletak berdekatan dengan katil. "Aku tidur dekat sini je lah..." kata Ayu lalu menuju ke sofa panjang tersebut. "Harap-haraplah dia tidak terbangun." Sambung Ayu lagi sambil mengerling ke arah Harris yang tertidur pulas. 'Semoga apa yang aku rancang esok, berjalan dengan lancar.' Bisiknya sebelum tidur. ~~~~Tamat Bahagian 6~~~~ EXTRA NOTE: Penceritaan di Maldives hanya berdasarkan imaginasi dan sedikit research penulis, jika terdapat kesalahan dari segi fakta mohon maafkan dan sebarang pembetulan amatlah dialu-alukan.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD