Genap sebulan Harris dan Ayu mengikat tali pertunangan. Siapa sangka hubungan yang terjalin atas perancangan kedua orang tua mereka berjaya menyemai bibit-bibit sayang. Jujur, Ayu masih tidak pasti adakah perasaan sayang terhadap Harris itu adalah cinta? Tapi yang pasti dia amat senang dan bahagia apabila berada di sisi Harris.
Lelaki itu melayan dia dengan baik sekali. Dan kini, Harris tidak pernah lagi mengambil kesempatan ke atas dirinya seperti yang berlaku pada majlis pertunangan tempoh hari. Bahkan, untuk memegang atau memaut tangan, pinggang dan bahunya pun Harris akan meminta izin terlebih dahulu. Menjadikan Ayu tidak menyesal telah menghulurkan kemaafan dan peluang kepada tunangnya itu.
Bagi pihak Harris pula, kasih sayang yang terjalin di antara dia dan Ayu seakan satu beban berat kepada keinginan nafsu lelakinya. Hanya Tuhan yang tahu betapa terseksanya dia menahan nafsu tiap kali bersama Ayu.
Sedaya upaya dia menahan tangan dan bibir untuk tidak 'mengerjakan' tiap inci tubuh Ayu. Begitu juga dengan 'sahabat baik' yang sentiasa berselindung di sebalik seluarnya. Ketegangan yang amat dahsyat hanya mampu dileraikan dengan melancap bersama fantasi liarnya seperti sebelum ini.
'Melancap, melancap, melancap.... Itu je lah yang kau mampu.' Kata hatinya seakan mengejek.
'Diamlah! Aku boleh saja dapat lebih daripada itu, tapi buat setakat ini aku nak yakinkan Ayu terlebih dahulu bahawa aku lah lelaki yang paling layak dalam hidup dia!' Seperti biasa Harris bermonolog dengan kata hati. Cuba menyakinkan diri bahawa apa yang dilakukannya itu adalah tindakan yang tepat.
Wanita seperti Ayu bukan senang untuk diyakini, perlu ada usaha dan pengorbanan sedikit untuk dia mendapat habuan yang lebih besar. Pengalaman bercinta sebelum ini menjadikan Harris semakin faham dengan apa yang diinginkan oleh seseorang bernama wanita.
TRUST
Kepercayaan daripada seseorang wanita adalah benda berharga untuk seseorang lelaki perolehi. Dengan kepercayaan itu, wanita pasti relakan apa saja demi sang lelaki. Termasuklah tubuh mereka sendiri.
'Tapi tak kan kau nak tunggu lepas nikah baru kau nak sentuh Ayu? Tak rasa bodoh ke asyik "main" guna tangan sedangkan ada "hidangan" yang lebih "lazat" untuk dinikmati?' Suara hati masih tidak jemu-jemu menghasut Harris.
'Lagi satu, ingat sikit Ayu tu cantik. Mustahil lelaki lain di luar sana tidak tergoda. Mereka pun sama seperti kau, berusaha untuk memperoleh kepercayaan dari Ayu.'
'Tapi aku tunang dia!!!!' Jerit Harris di dalam hati melawan kata-kata hasutan yang dari tadi tidak henti mengasak.
'Tunang saja bro, tak special mana pun. Kalau putus bukan perlu naik turun mahkamah. Tiada bezalah dengan zaman-zaman kau bercinta dulu. Cuma kali ini rugilah sikit, sebab kau tak merasa apa pun dari Ayu. Siapa suruh pura-pura jadi good boy?' Harris mengetap bibir. Geram dengan suara hatinya sendiri.
Pada masa yang sama terbit perasaan risau dan cemburu jika benar ada lelaki lain yang turut sama menagih cinta dari Ayu.
"Aku mesti buat sessuatu!" Ujar Harris dengan nekad sekali.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Vacation?" Soal Ayu memohon kepastian.
"Yup. Vacation." Jawab Harris sebelum menyuakan secawan green tea ke mulutnya untuk diminum.
Steak House bertaraf lima bintang itu menjadi pilihan mereka untuk makan malam. Alunan muzik jazz serta pencahayaan yang sedikit malap mencetuskan ketenangan dan menaikkan mood romantik kepada pelanggan yang sememangnya terdiri daripada golongan elit dan bangsawan.
"Just two of us?" Soal Ayu lagi.
Nada risau kedengaran pada suaranya. Menyebabkan Harris ligat mencari akal untuk memastikan wanita itu bersetuju. Dia tidak mahu perancangan yang diatur rapi itu gagal.
"Mestilah I bawa Ayra sekali untuk temankan you. Kita kan masih tunang, tak elok bercuti berdua-duaan." Terang Harris bersungguh-sungguh. Walhal sebetulnya dia ingin berdua-duan dengan Ayu. Mana mungkin dia nak mengajak Ayra si pengacau daun itu! Tapi demi menyakinkan Ayu, dia terpaksa mengubah perancangan asalnya.
"Okay..."
"So, it's a 'yes' right?" Teka Harris.
"Of course lah. Rasa tak sabar pulak nak bercuti dengan you dan Ayra." Balas Ayu penuh teruja.
'I pun tak sabar Ayu, tak sabar nak rasa tubuh you.' Kata-kata itu hanya mampu diluah Harris di dalam hati.
Sambil matanya mula meliar meneliti tiap inci wajah Ayu yang duduk bertentangan. Bibir cantik bak delima merekah itu belum lagi dinikmati hingga kini. Namun, Harris pasti sedikit masa lagi segala cita-citanya itu pasti tercapai.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
"Abang ni nak apa sebenarnya? Nak Ayra join atau tidak?" Soal Shayra bengang.
"Kan abang dah cakap tadi, Ayra ikut sekali tapi bila dah sampai sana abang nak Ayra stay resort lain." Jelas Harris sekali lagi.
Dia mendapat idea itu dalam perjalanan pulang selepas makan malam bersama Ayu tadi. Dan apabila tiba di rumah, dia terus berjumpa Shayra untuk mendapat persetujuan. Lebih cepat Shayra bersetuju, lebih lancar pelan percutian yang dia rancang itu.
"Kalau begitu abang dan Kak Ayu je lah pergi? Buat apa nak bawa Ayra?" Jawab Shayra. Dia masih pelik dengan idea abangnya itu.
"Itulah masalahnya Ayra, Ayu tak nak pergi kalau berdua dengan abang." Harris berterus terang dengan harapan Shayra faham situasi yang dihadapinya.
"Jadi kenapa nak suruh Ayra stay resort lain?"
'Budak ni tak faham-faham lagi.' Getus Harris dalam hati, mula meluat dengan soalan bonus dari Shayra.
"Sebab abang nak berdua-duan dengan Ayu. Nak guna masa vacation tu untuk kenal Ayu lebih rapat."
"So, there's no point to brings me along right?" Bidas Shayra sekali lagi.
Harris menarik nafas dalam cuba bersabar dengan perbualan yang tiada penghujung itu. Namun dia tetap perlu berdiplomasi dengan Shayra kerana Ayu pasti tidak akan bersetuju jika percutian itu hanya untuk mereka berdua.
"Atau....." Shayra merenung muka abangnya dengan serius sekali. Seakan cuba membaca fikiran Harris.
"Are you just using me to get something from Kak Ayu?" Sambung Shayra.
Wajahnya masih serius. Sebelum ini dia tidak pernah ambil pusing dengan pergaulan Harris apabila bersama para kekasih. Mereka nak bermaksiat sekalipun itu bukan urusan dia.
Tapi tidak untuk Ayu! Perasaan sayang Shayra kepada Ayu menyebabkan dia tidak mahu wanita berhati baik itu diperlakukan sesuka hati oleh orang lain mahupun oleh abang kandungnya!
"Uhhh? Jangan mengarutlah Ayra. Ingat abang sejahat itu ke?" Jawab Harris. Sedaya upaya dia berlagak tenang. Adiknya tidak senaif yang difikirkan untuk menghidu rancangan nakalnya itu.
"So, kenapa nak Ayra stay resort lain?"
Harris menundukkan kepala. Geram dan bosan bila asyik diajukan soalan yang sama oleh Shayra.
"Berapa kali abang nak cakap? Abang nak luang masa untuk kenal Ayu dengan lebih rapat. Ayra pun tahu kan, abang dan Ayu akan kahwin tak lama lagi. Abang nak pastikan perasaan kami benar-benar ikhlas sebelum bergelar suami-isteri." Jelas Harris bersungguh-sungguh.
"Abang tak nak abang atau Ayu menyesal dikemudian hari sebab tak kenal hati budi masing-masing. Ayra faham kan?" Sambung Harris lagi.
Shayra hanya mengangguk, agak setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Harris.
"Bilik lain-lain kan?"
Harris hanya mengerut dahi dengan soalan Shayra.
"What do you mean?"
"Abang dan Kak Ayu tak check-in bilik yang sama kan?" Soal Shayra sekali lagi.
Harris mengetap bibir. Mana mungkin dia tidur berasingan dengan Ayu sedangkan itu adalah misi utama percutiannya.
"Of course lah bilik lain. Tak kan lah abang nak sebilik dengan Ayu. Kami kan masih bertunang." Jawab Harris dengan penuh kepura-puraan.
"Okay. Kalau begitu Ayra join."
"Yessssssss!!! Thanks Ayra!!!" Jawab Harris girang. Walaupun banyak perubahan yang dilakukan dari perancangan sedia ada tapi itu tidak menghalang kepada matlamat asalnya iaitu UNTUK MENIKMATI TUBUH AYU! ?????????.
~~~~ Tamat Bahagian 5 ~~~~