Kidnapped
"Lepaskan anak saya encik,dia tak salah apa pun.."ibu merayu sambil teresak-esak..Lengan ku di dalam genggaman lelaki berkot hitam aku cuba tarik,tapi apakan daya tenaga ku tidaklah sekuat mana.
"Kalau kau nak korang semua selamat,lebih baik biar budak perempuan ni ikut kami jumpa bos..kalau tak korang semua mati...nakk!!"jerkah lelaki yang di muka pintu pula.
Aku menggigil ketakutan..Aku lihat wajah ibu dan adikku bergilir..Tak sampai hati membiarkan mereka didalam ketakutan seperti itu aku terus menjawab "baiklah saya ikut encik.."kedengaran ibu meraung..Aku tak mampu menahan air mata yang sememangnya mengalir dari tadi..
Disebabkan ayah yang kaki judi aku ibu dan adik yang jadi mangsa.Ayah berhutang berpuluh ribu.Ayah tinggalkan tanggungjawab menyara kami bertiga.Ibulah yang bertungkus-lumus selama ini bekerja di warung haji Saleh untuk membeli makanan.
Aku habis saja sekolah terus bekerja di kedai serbaneka yang berdekatan rumah.Aku berniaga online sebagai tambahan..
Tak sampai 30 minit kereta yang dipandu samseng tadi sampai ke sebuah rumah besar,mewah.
Aku terpegun beberapa saat..Lantas teringat perbualan antara aku dan sahabat ku Nina yang aku teringin nak masuk ke sini..
Macam mana aku boleh cakap macam tu,sebab masa kitorang terpilih mengikuti kem masa sekolah dulu laluan tempat kem tu lalu kawasan rumah nila...haa..
Ye aku tau orang miskin macam aku cuma mampu berangan je nak jejak kaki ke sini,tapi harini aku betul-betul ada di dalam kawasan rumah ni dah.
Keluar je dari kereta aku terus diheret kedalam rumah..Didalam ruang tamu rumah seorang lelaki yang aku agak dia bos besar berdiri membelakangi kami.Tangan kekarnya dimasukkan kedalam poket seluar..Berkot juga,cuma bukan berwarna hitam..Berwarna kelabu.Diorang ni tak panas ke pakai macam tu,dengan cuaca malaysia ni hmmm.
Sedang aku syok mengelamun,terdengar petikan jari di depan wajahku menyedarkan ku dari lamunan yang membuatku terlupa sebentar kenapa aku berada disini..
"Kau tau sebab apa kau ada kat sini?"Lelaki yang kukira bos tadi berbicara tanpa menoleh ke arahku.. isssshh takda orang ajar manner ke ? at least bagila salam.Jantung yang tadinya relax sebentar kini mula bedegup kembali..
"Tau encik.."jawabku bersama getar sambil menunduk memandang jari-jari yang bermain sesama sendiri.
"Hmm bagus..Jadi bolehla mulai sekarang aku pakai kau..Kira habisla hutang ayah kau tu."Si 'Bos' tadi berkata..
"Aaa encik nak pakai saya macam mana?saya boleh je jadi orang gaji encik.."tanya ku naif..Yela dah orang kata hutang kira habis takkan nak jadi ratu kot kan..Tak salah kot offer hmmm..
si 'bos' tadi tergelak mendengar kata-kataku seraya menoleh ke arahku..Terkejut monyet aku melihat kehenseman lelaki 'bos' ni..Selalu orang hensem ni pelakon-pelakon je yang aku tau..
Dengan mata biru nya,beard dan misai nipis nya .Dengan bibir pinknya aduhhhh.Bulu kening lebatnya lagi aduuuhhh...Tinggiku yang hanya kira-kira dibawah dagunya sahaja..Aahh kompletela kiranya..Hati gatalku mula berbicara sendiri 'ni kalau jadi laki aku hmmm.....'
"Aku dah ada banyak dah orang gaji..Aku tak perlukan lagi.."Katanya mematikan bicara hati gatalku.Mata hitamku beralih dari kiri ke kanan dengan kerutan di kening mendengar ucapan nya..Dah kalau bukan orang gaji dah tu......"Aku nak kau jadi hamba aku.."Aikkk orang gaji tu tak sama dengan hamba ke..
Seperti tahu apa yang aku fikirkan 'bos' menyambung ayatnya "Hamba seks aku.."Katanya sambil bibir menyenget sinis..Duppp bagai nak gugur jantung mendengar ayatnya..
"Encik mana boleh macam ni...Bukan ke seks tu untuk Orang yang dah kahwin je...."Aku yang tadinya takut-takut memberanikan diri melawan..Kedengaran ketawa kecil tapi sinis dari lelaki itu..Dia merebahkan diri di sofa kulit berdekatan..Duduk bukan nak jemput..
"Kau buat-buat innocentkan..Tak payahla nak berlagak suci.Perempuan tak ada yang suci.."Katanya sambil memandang ku atas bawah...Ehhh dia ingat semua orang sama ke.
Aku yang dah tak tau nak buat apa ni satu je yang ada dalam kepala otak aku......Larii!!!Aku toleh belakang kiri kanan tanpa memusingkan badan,pandang lagi lelaki yang ada di depan ku tengah relak bersandar tanpa lengah aku terus melangkah berlari selaju yang mungkin..
Sesampai di depan gate utama yang ku masuki tadi,aku terus berpikir macam mana nak buka?Pengawal gate tersebut cuba menangkap ku..salah seorang dari lelaki yang membawa ku kesini tadi berjalan santai menuju ke arah pengawal yang berjaya menangkap ku..Lelaki itu menatapku tajam sambil memcengkam lengan ku kuat..Aku yang terduduk tadi mendongak memandangnya sayu..minta dikasihani..
"Kalau kau nak keluarga kau selamat,baik kau masuk ke dalam.."sambil menarikku berdiri..Aku menarik lenganku sambil menggeleng..Jantung tak usah cakap masa ni..Tuhan je tau.Air mataku bertakung..
Dengan sekali tarik aku terheret masuk ke dalam rumah semula..Aku diheret di mana tempat ku berdiri awal tadi.Wajahku menunduk..'Bos' yang tadinya duduk kini berdiri lalu berjalan ke arahku..Daguku dicengkam takla kuat sangat..Awal tadi hati ku memuji ketampanan nya..Kini aku menidakan..
Yela..mana nak puji dah kalau wajah bengis macam ni..ok awal-awal tadi aku tak berapa takut..Sekarang bertukar pula..Dia menunduk mendekatkan wajah bengisnya ke arahku sambil berkata "Aku dah cukup baik biar kau dan keluarga kau hidup..Orang macam korang ni menyusahkan tau.Pandai berhutang,tapi tak pandai bayar.."Ujarnya tanpa melepaskan dagu di dicengkamannya.
Aku yang dah tak menggeletar awal tadi menggeletar semula..Nampak macam tak marah sangat..Tapi aura dia tu yang buat aku ketakutan...."simpan dia dalam bilik.."arahnya..Aku yang faham mulai memberontak,habis semua kekuatan yang aku ada aku guna..Belum lagi kuasa gigitan,kuasa jeritan..semua aku keluarkan.
Disebabkan aku tak cukup besar,dengan senangnya lelaki berkot hitam mengangkatku lalu diletakkan di bahunya (fhm x?ahhh fhm2 kanla)
Aku dibawa ke sebuah bilik di hujung sebelah kiri rumah tersebut.Aku dilemparkan ke atas katil bercadar putih,bilik yang sederhana besar tapi agak besar dari ruang tamu rumah usangku..
Aku cuba nak keluar tetapi lelaki itu lebih kuat dari ku.dengan sekali tolak aku terundur kebelakang.. Pintu ditutup dan kedengaran dikunci dari luar.
Aku cuba memulas tombol pintu tapi tak membantu langsung.Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilik sambil memikirkan cara macam mana nak keluar dari rumah besar ini..Otakku memikirkan ibu dan adik..Teringatkan mereka hatiku semakin sedih..Aku terduduk menyandar di pintu..
Kepala ku letakkan di atas lutut..Ku hamburkan tangisan mengenangkan nasibku yang malang.Apa yang adik dan ibu buat sekarang,mesti ibu bimbangkan aku.Selama ini,aku terlewat 30 minit dari tempat kerja pun ibu gelisah menunggu dirumah..Inikan pula aku dibawa oleh samseng jahanam pergi di depan mata ibu.
Semakin deras air mataku mengalir "Ibu...."rintihku dalam sedu..mungkin kepenatan aku tertidur ditempatku duduk tadi..