"Maafkan kami encik..3 dari keluarga encik kami tak dapat selamatkan,maafkan saya."Kata wanita berkot putih dihadapanku.Aku merasakan duniaku gelap seketika.Kulihat pak cik Daud terduduk sambil memegang kepalanya.
Tanganku automatik meramas rambut yang kemas disikat."Encik sila tuntut mayat keluarga encik dibilik mayat ye."Lalu 3 keping kertas putih dia hulurkan.
Helai demi helai kertas itu aku belek untuk mencari nama Viviana tapi tiada.
Hanya nama ibu,adik Vivi dan pemanduku Jackson yang ada didalam kertas yang ku pegang.
Hatiku bersinar kembali.Harapan yang pudar tadi kembali cerah.
Laju aku bertanya khabar Viviana.
"Dia sedang kritikal encik,doakan dia semoga dia selamat."Hatiku yang tadinya tenang kembali berkocak.
"Doktor boleh kami jumpa dia?"Tanyaku hampir putus asa.
"Selepas dia keluar dari dewan bedah ye.."Jelas doktor.Aku terduduk lemah disebelah Pakcik Daud.Bahunya aku gosok memberikan semangat.
Kelihatan bahu Encik Daud terhinjut menyembunyikan esakan.Simpatiku melimpah melihat insan disebelahku,kehilangan anak dan isteri sekaligus.Kehilangan yang pernah aku rasai.Sakitnya hanya Allah yang tahu.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Setelah 18 jam Viviana didalam operation room,tepat pukul 11 malam akhirnya dia dipindahkan ke wad.Aku menempah bilik wad private untuk Vivi.
Melihatkan keadaan Vivi yang terbaring lemah di atas katil hospital dengan kepala yang berbalut,tangan kanan juga berbalut,hatiku menjadi pilu.Wajahnya pucat,luka kecil dibahagian leher dan lengan kiri.
Bibir yang sebelumnya merah merekah yang sentiasa membuatkan aku menjadi gila,kini mengelupas dan biru di hujung bibirnya.
Tangan Viviana yang sejuk aku genggam.Bagaimana penerimaan Vivi nanti bila mengetahui ibu dan adiknya sudah tiada.Tangannya yang dicucuk Iv aku kucup lama.
"Encik kemungkinan tunang encik akan hilang ingatan.Kita tak tahu lagi berapa lama.Kita tunggu patient sedar dulu."Terngiang kata-kata doktor siang tadi setelah merawat Viviana.
"Vivi please be strong baby.."Tak pernah aku ambil tahu hal sesiapa sebelum ni.Viviana kau sangat hebat,boleh tundukkan singa jantan.
Rutinku berubah sejak 10 hari yang lalu.Sekejappun aku tak tinggalkan Vivi,aku mandi,makan,tidur pun didalam bilik wad private Viviana.Kalau dulu pejabatla rumah kedua aku.Tapi kini hospital ini tempatku siang dan malam Aku buat kerja pun dari sini,kecuali ada meeting penting,itupun aku arahkan Oni atau Zaza yang jaga dia.See betapa special nya Viviana.Aaaaa sorry readers semua i bukan cintakan Vivi tau.Tapiii tak tahula kenapa aku macam ni.
Viviana belum menunjukkan tanda-tanda nak sedar.Rindunya aku nak dengar suara dia,senyuman dia,ketawa dia.Rindu nak jamah masakan dia.Semua aku rindu.
Kepala ku letakkan di tepi katil di sebelah Vivi yang sedang terbaring lemah.Mataku pejam untuk merehatkan otak dan juga badan.
Lenaku sedikit terganggu bila tangan yang didalam genggaman ku bergerak-gerak..Wajah ku angkat melihat tangan yang didalam tanganku.Mata aku arahkan melihat wajah tuan empunya jari,kelihatan mata Viviana terbuka sekejap kemudian dia tutup kembali.Mungkin terasa silau.
Sesaat kemudian mata dia buka semula,anak matanya bergerak ke kiri dan ke kanan,matanya berhenti tepat di wajahku.
Suiz untuk memanggil doktor aku tekan berkali-kali."Hey baby..Dah bangun?"Soalku lembut.Viviana ingin melepaskan tangannya dari genggaman ku,tapi ku tahan.
==================================
Aku tersedar dari tidurku.Aku merasakan badan ku seolah-olah dilanggar lori semalam,sakit yang amat.
Mata aku cuba buka,pedih dan silau.Apabila mata berjaya kubuka,keliling aku lihat cuba mengenal pasti aku sedang dimana.Apa yang ku lihat dinding dan shiling serba putih,bau ini seperti bau ubat.Bunyi beep dari mesin di tepi katilku membuatkan aku yakin aku berada dihospital.
Mata aku alihkan kesebelah kiriku,kelihatan seorang lelaki bermata biru yang agak kacak dipandangan mataku,seperti baru bangun tidur tapi bibir tersenyum seperti teruja melihatku."Hey baby..dah bangun?"Tanyanya.Baby?
Siapa dia?Rasanya seperti kenal.
Sedang aku bertanda-tanya sendiri,3 orang lelaki dan wanita berkot putih yang kukira doktor,dan 2 orang jururawat masud ke dalam bilik tempat aku berada sekarang.Doktor lelaki yang bercermin mata terus memeriksaku.
Aku tak pasti apa yang mereka katakan kepada lelaki bermata biru kerana mereka berbual agak jauh dari tempatku berbaring.
Aku ingin sekali bertanya kenapa,mengapa aku boleh berada disini.Tapi aku tak tahu nak tanya siapa.Nama aku siapa sebenarnya? Kenapa aku rasa aku tak tahu apa-apa.
Macam mana badan aku boleh berbalut sana-sini ni?Banyak persoalan yang ada di dalam mindaku saat ini.
"Baby..Awak ok tak?"Lelaki tadi sudah kembali dari berbual dengan doktor-doktor dan duduk ditempatnya semula."Awak siapa?"Soalku dengan suara serak,seperti sudah lama aku tak bersuara.Mataku memandang tepat wajahnya."I'm your fiance remember?"jawabnya sambil tersenyum manis padaku.Iye ke?Kalau dia tunang aku kenapa aku tak tahu?"Tapi....."Belum habis ayat aku tuturkan lelaki itu memelukku.Terasa hangat dan tenang pelukannya."I miss you so much baby."Okay..Aku tau..Tapi perlu ke peluk aku kuat-kuat,sakit kot badan aku.
Aku menolak lemah badannya "sakit.."Aduku.'sorry sorry,saya tak sengaja.Excited sangat tengok awak dah bangun.Lama awak tidur."Jelasnya terus mengucup bibirku lembut.Aku terkesima,betul kot dia tunang aku.
"Aaaa encik,nama saya siapa?"Persoalan yang dari tadi berlegar-legar dimindaku akhirnya aku luahkan jua."Viviana,Viviana Camelia,Tunang Izzrie Mickhael.."Jelasnya sabar.Oohhh jadi nama dia Izzrie Mickhael la ye.."Nama encik Izzrie Mickhael la ye?"Soalku lagi."Absolutely yes baby.."Ahh dia senyum lagi,taula hensem."Awak kena panggil saya izz,tak perlu encik-encik okay?"Senyum lagi..Memang tabiat dia senyum ehh..
Aku hanya berdiam diri.Aku masih lagi was-was,kenapa aku tak ingat dia langsung?"Errkk kenapa saya ada kat hospital?"Soalku."Baby rest please..Awak masih perlu rehat."Aik macam mengelak je..
===============================
Bahagia aku rasa,tak masalah bagi aku dia tak ingat siapa aku.Malah aku akan gunakan hilang ingatan dia untuk aku mulakan hubungan kami supaya menjadi lebih baik.
Dengar suara Viviana tadi dah cukup bagi aku ceria.Aku tak sedia lagi nak bagitau dia hal sebenar.Biarla...Tunggu masa yang sesuai.