Aku sedang berbincang dengan pak cik Daud tentang pernikahan aku dan Viviana di gazebo dalam taman dihalaman rumahku
.Rancanganku aku akan menikahi Viviana,hanya ahli keluarga yang dijemput.Bila Vivi dah sembuh sepenuhnya,barula meraikannya besar-besaran.
Pembalut yang membalut kepala Viviana sudah ditanggalkan kelmarin,menampakkan bekas luka yang semakin pudar.Hanya tangan kanannya saja yang kata Vivi masih sedikit sakit,akibat terseliuh semasa kemalangan.
Pak cik Daud hanya bersetuju dengan rancanganku.Dalam masa tiga hari lagi Viviana akan menjadi milikku yang sah.
Kelihatan Vivi berjalan dari dalam rumah menuju ke arahku dan pak cik Daud sekarang.Wajahnya yang dulu pucat kini sedikit berseri.cuma waktu malam saja Vivi selalu mimpi buruk,mimpi dilanggar lori.Setiap kali terbangun dari tidur akibat terkejut,Vivi akan takut menutup kembali matanya.
Kenapala mimpi itu yang muncul,kalau ingatan dia kembali macam mana..
"Korang borak apa?"Tanya Viviana setibanya digazebo ini.
"Borak tentang pernikahan kita.."Jawabku tersenyum memandang matanya.Matanya dia besarkan "Betul ke?"Tanyanya pada pak cik Daud pula.
"Iye..Dah nak jadi bini orang dah anak ayah.."Kata pak cik Daud mengiyakan.
"Kenapa tak bincang dulu dengan Vivi.."Ujarnya seperti jauh hati.Sejak keluar hospital,bukan main manja lagi dia,merajuk pun boleh tahan kuat jugak...
Kalaula dia tahu apa yang aku dan Pak cik Daud bincangkan..........
"Nanti-nanti pun Vivi akan tahukan..Yang nak kahwin tu kan Vivi.."Balas pak cik Daud.
Dia hanya menghela nafas."ayah..ibu mana?"Ahhh lagi...Soalan yang hampir 2 bulan aku dan orang-orang ku berjaya elakkan.
"Oh ya Izzrie,pak cik balik dulu,lupa pulak ada kerja nak buat tadi.Lama sangat borak sampai lupa..Aaa Vi ayah balik dulu ye.."Menonong orang tua itu pergi.
Perlahan-lahan wajah aku kalihkan memandang Viviana,kelihatan raut wajahnya tidak puas hati."Baby jom masuk..Dah nak gelap dah ni."Tangan kirinya aku capai dan aku tarik masuk.Nasib baik dia menurut.Kalau tak siapla dia aku kerjakan.
===================================
Aku ingatkan hari nikah aku lama lagi,aku langsung tak sangka harinya hari ini.Aku hanya mengenakan kebaya modern berwarna pink belacan, sederhana je.Izzrie kata untuk family je.
Saat ini aku masih didalam bilik bersebelahan dengan bilik Izzrie,sedang disolek oleh jurusolek upahan Izz.Solekan natural je.
Kedengaran pintu diketuk dari luar kemudian tombol dipulas,muncul wajah kacak bakal suami ku.
"Your So beautiful baby.."Dia memandang ku dari pantulan cermin didepan kami.Bahuku dia sentuh,senyuman manisnya aku balas.
"Awak...Awak sengaja ehh surprise kan saya?"Tanyaku tanpa mengalihkan badan.
"Yupp,terkejut tak?"Balasnya dengan tertawa kecil.
"Macam tak logik je awak kahwin dengan orang sakit..Tengok ni,tangan masih berbalut..."Kataku sambil menunjukkan tangan kanan ku yang masih berbalut.
"Tangan je yang berbalut kan...Yang lain okay je.."Senyuman Izzrie kelihatan sangat misteri.
Melihatkan raut mukaku yang bertanda-tanya, Izzrie tergelak sebelum melangkah keluar,sempat dahiku dia kucup sekejap.
Berdehem aku menahan malu,mana tak malukan...Ada manusia lain kot dalam bilik ni selain kami berdua.Jurusolek tadi tersenyum je pandang dinding.Nak perli akula tu.
====================================
"Sah.."Saksi mengesahkan akad yang aku lafazkan.Lega-seleganya hati aku rasakan.Tak pernah aku berimpian seperti ini untuk mana-mana wanita.
Aku berjalan ke arah dimana Viviana sedang duduk,dia menunduk malu.Tangan aku hulur lalu dia sambut.Hangat terasa kucupannya disitu.Kepalanya yang berlapik aku usap sayang.Apabila dia mengangkat wajahnya,dahinya aku kucup lama.Biar dia sama merasakan apa yang sedang aku rasakan sekarang.
Memiliki dia adalah benda yang paling bermakna bagiku.Begini ke rasanya cinta?Tak mungkin.Aku hampir terlupa sebab kenapa aku mengahwini Viviana.
Dulu niatku untuk mendekati Viviana adalah sebab sexs semata-mata.Tapi sekarang,aku tak pasti.Yang pasti bukan cinta,sebab hatiku sudah lama aku tutup untuk perkataan itu.
Yang aku tau aku tak ingin berjauhan dengan Viviana,aku ingin dia sentiasa berada dekat dengan ku.
Aku tak izinkan Vivi bergelak-tawa dengan mana-mana lelaki termasuk Pak Mat tukang kebunku..
Selesai sudah majlis nikah aku,sengaja aku buat majlis kecil-kecil je.Sebab aku tak nak benda yang sama menimpa Viviana.Dan aku dah cukup sengsara hampir kehilangan dia ketika mesin yang terpasang pada tubuhnya mengeluarkan bunyi beep panjang.
Rasa macam nak mati je aku rasa.Aku sangat bersyukur bila degupan jantung Viviana kembali normal.
Aku meminta Max dan yang lain untuk menyiasat punca kejadian itu.Tapi jawapan nya masih kurang pasti.
"Izz awak fikir apa?Serius je.."Suara lunak ini yang buat aku tak keruan.
"Fikirkan first night kita.."Tangan kirinya aku tarik bagi merapatkan jarak kami, pinggangnya aku paut sehinggakan bahagian tubuh kami bersentuhan.Tak sabar.....
"Awak first night la sorang-sorang,saya nak pergi rumah ayah sekejap..."Cepat-cepat dia menarik tubuhnya menjauh dariku dan ingin berpaling.
Wait...What?
"No!" Terangkat bahunya terkejut mendengar suara ku yang meninggi.badannya kembali dia pusingkan menghadapku.Manusia-manusia yang masih ada diruang tamu aku abaikan.
Keningnya berkerut mungkin kehairanan.
"Kenapa?"Soalnya dengan wajah penuh keliru.
"I said no,mean no." Aku berjalan beberapa langkah mendekati dia.
"Izzrie awak cakap apa ni sebenarnya?Saya tak faham..."Lengan aku dia raih.
"Aku cakap,kau tak boleh pergi mana-mana..Faham.."
=====================================
Pelik aku dengan sikap Izzrie ni,aku nak balik rumah ayah je kot..
"Izzrie awak cakap apa ni sebenarnya?Saya tak faham..."Tangan kiriku meraih tangannya,memujuk kononnya.
"Aku cakap,kau tak boleh pergi mana-mana..Faham.."Lengannya yang aku pegang dia tarik kuat.Terkedepan sedikit badanku dari impak tarikannya.
Aku?Kau?
Hari kahwin aku kot.Sedih rasanya hatiku.Kot iye pun tak suruh tak boleh cakap baik-baik ke?Ayah kandung aku kot.Satu-satunya keluarga yang aku kenal.
Tangga aku cari lalu aku daki perlahan.Bilikku aku tuju.Aku...Kau...Macam familiar je bunyi panggilan tu di telingaku.
Sampai di bilik,aku duduk dibirai katil.Sedaya-upaya aku mengingat masa laluku.Ingat sikit pun jadila.
Namun hampa,gelap je rasanya ingatanku.Betul ke aku ni aku?Ahhhhhh denyutan di kepalaku semakin terasa.Cepat-cepat ubat yang ada di meja bersebelahan katil aku capai,air di dalam botol mineral aku minum lantas ubat aku simpan ke dalam mulut.
Dalam masa yang sama pintu bilikku dibuka dan muncul tubuh Izzrie.Cepat-cepat dia ke arahku yang sedang bersusah-payah menelan ubat.
"Baby are you okay?"Dia menunduk memandangku.Soalannya aku abaikan. Apabila kepalaku sedikit lega,aku berdiri dan berjalan menuju ke bilik air untuk menukar pakaian ku.
Belum sempat tanganku mencapai tombol pintu,terasa lengan kiriku ditarit lembut.Aku hanya menurut.Mata ku arahkan ke arah tilam.Tak nak aku pandang wajah dia time hati aku panas ni,kang tak pasal-pasal koma dia aku kerjakan huhh ?.
"Forgive me baby... Please.."Tubuh aku dia himpit ke dinding sebelah pintu bilik air.
Matanya aku pandang,marah.
"Saya sangat hairan kenapa awak boleh marah sampai macam tu sekali...Saya nak balik sekejaapp je rumah ayah.Apa masalahnya.Dia ayah sayakan.."Hahh ambik kau.
"Bukan tak suruh awak pergi rumah ayah awak..Tapikan awak masih tak sihat lagi.."
Matanya aku pandang berganti.
Tipu.Nampak sangat menipu.
"Awak,saya macam tak sesuai dengan awak..Lagi sesuai aku,kau.."Ujarku sinis.Wajahnya seperti terpempan mendengar ucapanku.
Melihat dia sedikit terleka merenung wajahku, cepat-cepat badan sasa itu aku tolak.Terus bilik air menjadi destinasiku.
======================================
Dia.. Dia dah ingat balik ke?Kenapa aku tak habis-habis menyesal bila bersama Vivi.
Kaki ku angkat menuju ke arah katil.Punggung aku labuhkan diatas tilam.Wangian lembut bilik ini aku hirup.Bau yang melambangkan sikap Viviana.Lembut,manja,happy je.
Aku akan menyelesaikan masalah ni hari ini juga.Aku tak nak Viviana menjauh dariku.Tak nak.