bc

Cinta Sang Utusan Berjubah Hitam

book_age18+
0
FOLLOW
1K
READ
kickass heroine
drama
office/work place
like
intro-logo
Blurb

Story Description — Bab 1

Di dunia Galzak, Shen Wei dikenali sebagai Utusan Berjubah Hitam, warden kejam yang digeruni seluruh Penjara Galzak. Kehidupannya berubah apabila Anna, perempuan misteri dari dunia manusia, dihumban ke penjaranya. Berbeza daripada banduan lain, Anna langsung tidak takut. Dia menganggap selnya selesa, rajin membersihkannya, gemar tidur dan menikmati makanan percuma. Namun ketika Penjara Galzak diserang dan Shen Wei ditikam, Anna mendapat peluang untuk melarikan diri. Anehnya, dia memilih berpatah balik demi menyelamatkannya. Tanpa mengetahui identiti lelaki itu, Anna merawat Shen Wei sambil merungut tentang tilam penjaranya. Pertemuan aneh itu menjadi permulaan takdir yang bakal mengubah kehidupan mereka berdua untuk selamanya.

chap-preview
Free preview
Bab 1 — Banduan Aneh dari Dunia Manusia
Di dunia Galzak, ada satu nama yang mampu membuat penjenayah paling ganas sekalipun memilih untuk menundukkan kepala. Shen Wei. Dia bukan pemerintah. Bukan raja. Bukan juga panglima perang yang memimpin ribuan tentera. Namun kedudukannya sebagai Utusan Berjubah Hitam sudah cukup untuk membuat sesiapa sahaja berfikir dua kali sebelum melanggar undang-undang Galzak. Shen Wei merupakan warden utama Penjara Galzak, sebuah penjara yang terkenal sebagai tempat tahanan paling berbahaya dikurung. Pembunuh, pengkhianat, pengguna ilmu larangan, pemberontak dan penjenayah daripada pelbagai puak ditempatkan di situ. Tiada siapa mahu masuk. Dan mereka yang sudah berada di dalam hanya memikirkan satu perkara— keluar. Penjara Galzak mempunyai tembok batu hitam yang sangat tinggi. Setiap pintunya diperbuat daripada besi yang disumpah dengan ilmu kuno. Di sepanjang koridor terdapat pengawal bersenjata yang membuat rondaan tanpa henti. Di tengah-tengah semua itu, Shen Wei berjalan dengan jubah hitam panjangnya. Langkahnya perlahan. Tenang. Namun setiap kali dia melintas, suasana menjadi senyap. Banduan yang sebelumnya bergaduh akan berhenti. Banduan yang menjerit akan diam. Malah pengawal sendiri berdiri lebih tegak. Shen Wei tidak perlu meninggikan suara untuk mendapatkan penghormatan. Satu pandangan sudah mencukupi. Pada suatu malam, ketika Shen Wei sedang memeriksa laporan kemasukan tahanan baharu, seorang utusan datang tergesa-gesa. “Tuan Shen.” Shen Wei tidak mengangkat wajah. “Apa?” “Ada tahanan baharu.” “Masukkan mengikut prosedur.” Utusan itu kelihatan serba salah. “Tetapi perempuan ini agak pelik.” Barulah Shen Wei mengangkat pandangan. “Pelik bagaimana?” Utusan tersebut tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan. “Dia... bukan dari Galzak.” Shen Wei menutup fail di tangannya. “Dari mana?” “Kami belum tahu.” Shen Wei bangun. “Bawa aku kepadanya.” --- Di sebuah sel yang terletak jauh di bahagian timur penjara, seorang perempuan terbaring tidak sedarkan diri. Pakaiannya berbeza daripada pakaian masyarakat Galzak. Tiada lambang puak. Tiada simbol kerajaan. Tiada tanda pengenalan. Beberapa orang pengawal berdiri di luar sel. Shen Wei berhenti di hadapan pintu besi. “Dia membawa senjata?” “Tidak.” “Barang larangan?” “Tidak.” “Kuasa?” “Kami belum dapat mengenal pasti.” Shen Wei memandang perempuan itu. Wajahnya kelihatan tenang. Terlalu tenang untuk seseorang yang baru dihumban ke dalam Penjara Galzak. Beberapa saat kemudian, perempuan itu bergerak. Matanya perlahan-lahan terbuka. Dia memandang siling. Kemudian dinding. Kemudian pintu besi. Dia duduk. “Apa pulak tempat ini?” Beberapa pengawal saling berpandangan. Shen Wei berdiri di luar sel dengan wajah tanpa emosi. “Kamu sudah sedar.” Perempuan itu menoleh. Matanya berhenti pada Shen Wei. Dia memandang jubah hitam lelaki itu dari atas hingga bawah. “Siapa kamu?” Shen Wei tidak menjawab soalan itu. “Nama.” Perempuan tersebut mengerutkan dahi. “Anna.” “Hanya Anna?” “Kalau nak panjang sangat nanti penat kamu tulis.” Seorang pengawal hampir tersedak menahan ketawa. Shen Wei menoleh. Pengawal itu terus kembali serius. Shen Wei memandang Anna semula. “Kamu berada di Penjara Galzak.” Anna terdiam. “Penjara?” “Ya.” “Aku buat apa?” “Itu sedang disiasat.” Anna memandang sekeliling sekali lagi. Anehnya, dia tidak kelihatan takut. Sebaliknya dia bangun dan memeriksa katil. Dia menekan tilam beberapa kali. Kemudian dia duduk. Tilam itu empuk. Anna mengangguk puas. Shen Wei semakin pelik. “Kamu tidak mahu bertanya berapa lama kamu akan berada di sini?” Anna mengangkat bahu. “Nanti tahu juga.” Dia kemudian merebahkan tubuh di atas katil. Shen Wei mengerutkan dahi. Anna menarik selimut sehingga ke dada. “Bagus.” “Apa yang bagus?” Anna memandang siling. “Keluar mulut singa, masuk mulut naga.” Dia menghela nafas panjang. “Lari daripada pembunuh upahan, terperangkap pula dalam penjara.” Shen Wei terus menangkap perkataan penting itu. “Pembunuh upahan?” Namun Anna menyambung dengan santai, “Tetapi di sini lebih baik.” Shen Wei terdiam. “Lebih baik?” Anna mengangguk. “Ada dinding. Ada pengawal. Orang luar susah nak masuk.” Dia menepuk tilam. “Ada katil pula.” Kemudian Anna menutup mata. “Aku tidur dulu.” Shen Wei berdiri kaku di luar sel. Selama menjadi warden, dia pernah melihat pelbagai jenis reaksi banduan baharu. Ada yang menangis. Ada yang mengamuk. Ada yang mengugut. Ada yang merayu. Ada juga yang cuba membunuh pengawal pada hari pertama. Tetapi ini kali pertama dia melihat seseorang memeriksa kelembutan tilam sebelum memutuskan bahawa penjara bukanlah tempat yang buruk. “Bangun.” Anna membuka sebelah mata. “Kenapa?” “Pemeriksaan belum selesai.” “Esok boleh?” “Tidak.” Anna mengeluh sebelum bangun semula. “Garangnya.” Shen Wei tidak mempedulikan komen itu. Namun entah mengapa, banduan bernama Anna itu sudah berjaya menarik perhatiannya. --- Keesokan paginya, Shen Wei kembali membuat rondaan. Ketika sampai di sel Anna, dia berhenti. Sel itu berubah. Lantai bersih. Katil dikemas. Selimut dilipat. Sudut dinding yang sebelumnya berhabuk sudah dibersihkan. Anna sedang memegang penyapu. Shen Wei memandang keadaan sel. “Kamu buat semua ini?” Anna mengangguk. “Duduk tempat kotor tak selesa.” Selesai menyapu, Anna mengambil kain dan mengelap lantai. Shen Wei memerhatikannya beberapa saat. “Kamu tahu kamu banduan?” Anna berhenti. Dia memandang Shen Wei. “Tahu.” “Ini bukan rumah kamu.” “Aku tahu.” Anna menyambung mengelap lantai. “Tapi kalau aku kena duduk sini lama, baik aku bersihkan.” Shen Wei tidak dapat membantah logik itu. Selepas semuanya selesai, Anna mencuci tangan. Kemudian— dia terus baring. Tidak sampai beberapa minit, matanya sudah tertutup. Shen Wei berdiri di luar sel. “Kamu tidur lagi?” Anna tidak menjawab. Dia benar-benar sudah tidur. Shen Wei menggeleng perlahan. “Banduan paling malas.” Namun sekurang-kurangnya dia tidak menimbulkan masalah. --- Tengah hari itu, makanan dihantar. Semangkuk nasi, sayur, sedikit daging dan air. Anna bangun apabila terhidu bau makanan. Matanya terus bersinar. “Makanan free?” Pengawal memandangnya pelik. “Itu makanan banduan.” Anna mengambil dulang tersebut. “Tak payah bayar?” “Tidak.” Anna duduk bersila di atas katil. Dia memandang makanan itu dengan penuh penghargaan. Shen Wei kebetulan sedang melalui koridor tersebut. Anna segera memanggilnya. “Oi.” Semua pengawal terus memandang Anna. Tiada siapa memanggil Shen Wei dengan cara begitu. Shen Wei berhenti. “Apa?” Anna mengangkat dulang. “Setiap hari dapat makan?” “Ya.” “Berapa kali?” “Tiga kali.” Anna terdiam. Kemudian wajahnya menjadi sangat serius. “Boleh aku tinggal selamanya di sini?” Koridor terus sunyi. Shen Wei memandang Anna. “Apa?” Anna mula mengira menggunakan jarinya. “Kat sini ada katil free.” Satu jari. “Makan free.” Dua. “Bilik sendiri.” Tiga. “Baju free.” Empat. “Tak payah kerja.” Lima. Anna tersenyum puas. “Sini seronok.” Seorang pengawal memalingkan wajah kerana tidak mampu menahan ketawa. Shen Wei pula kehilangan kata-kata selama beberapa saat. Akhirnya dia bersuara, “Ini kali pertama dalam hidup aku ada seseorang memuji Penjara Galzak.” Anna mula makan. “Orang tak pandai bersyukur.” Shen Wei mengangkat sebelah kening. “Kamu sedang menjalani hukuman.” Anna mengunyah makanannya. “Tetap ada katil.” “Pintu kamu berkunci.” “Bagus. Orang luar tak boleh masuk.” “Kamu tidak bebas.” Anna berhenti mengunyah. Kemudian dia menunjuk ke arah tilam. “Empuk.” Shen Wei terdiam lagi. Dia akhirnya memilih untuk meneruskan rondaan. Banduan ini memang mustahil untuk difahami. --- Beberapa hari berlalu. Anna menjadi banduan paling tidak bermasalah di blok tersebut. Rutinnya sangat mudah. Bangun. Makan. Kemas sel. Mop lantai. Kemudian tidur. Kadangkala Shen Wei sengaja berhenti di depan selnya. Setiap kali itu juga Anna sedang baring. Pada hari kelima, Shen Wei akhirnya bertanya, “Kamu tidak mempunyai hobi lain?” Anna yang sedang memeluk bantal membuka mata. “Ada.” “Apa?” “Tidur.” “Itu yang kamu sedang buat.” “Baring.” Shen Wei menghela nafas. “Itu hampir sama.” Anna berfikir. “Kemas bilik.” “Itu bukan hobi.” “Bagi aku hobi.” Shen Wei akhirnya menyerah. Namun ada sesuatu tentang Anna yang membuatkannya terus tertanya-tanya. Perempuan itu terlalu tenang. Lebih-lebih lagi setelah Anna pernah menyebut tentang pembunuh upahan. Siapa sebenarnya dia? Dan bagaimana dia boleh sampai ke Galzak? --- Jawapannya belum sempat diperoleh. Pada suatu malam, loceng kecemasan berbunyi. DANG! DANG! DANG! Seluruh Penjara Galzak bergegar. “Tuan Shen!” Seorang pengawal berlari. “Kita diserang!” Shen Wei terus menarik pedangnya. “Lindungi blok tahanan!” Namun sebelum arahan itu sempat dilaksanakan sepenuhnya, satu letupan kuat berlaku. BOOM! Sistem pengunci penjara rosak. Pintu-pintu sel terbuka serentak. Banduan terus berlari keluar. Jeritan memenuhi koridor. Shen Wei bertarung dengan beberapa penyerang. Namun seorang lelaki muncul dari belakang. Sebilah pisau menusuk perutnya. Shen Wei tersentak. Darah mula membasahi jubah hitamnya. Penyerang menarik pisau itu sebelum melarikan diri. Shen Wei memegang perutnya. Kakinya hampir hilang kekuatan. Pada masa yang sama, Anna keluar dari sel. Dia melihat semua banduan berlari menuju pintu keluar. Anna menggaru kepala. “Aku kena lari?” Kemudian dia turut berlari. Shen Wei sempat melihatnya. Dalam fikirannya hanya muncul satu perkara. Sudah tentu. Dia akhirnya memilih kebebasan seperti banduan lain. Namun beberapa saat kemudian— Anna berhenti. Dia menoleh. Matanya ternampak Shen Wei yang sedang memegang perut berdarah. Anna berpatah balik. Bukan menuju pintu keluar. Sebaliknya dia berlari semakin jauh ke dalam penjara. Shen Wei membulatkan mata. “Apa yang dia buat?” Anna mengejar lelaki yang menikam Shen Wei. Tanpa banyak bicara, dia menghentak lelaki itu sehingga pengsan. Kemudian dia kembali kepada Shen Wei. “Aku terlupa dia.” Shen Wei yang semakin lemah memandangnya. “Apa?” Anna menunjuk Shen Wei. “Kamu.” Dia menarik lengan Shen Wei ke bahunya. “Kamu nak lari boleh. Tapi yang ini aku punya.” “Aku boleh berjalan sendiri.” “Darah kamu sudah macam paip bocor, jangan banyak cakap.” Anna menarik Shen Wei masuk ke sebuah bilik kosong lalu mengunci pintu. Dia membantu Shen Wei duduk. Kemudian dia membuka bahagian jubah yang menutupi luka. “Kita hentikan pendarahan dulu.” Shen Wei memandang perempuan itu. “Kamu boleh melarikan diri.” Anna tidak menghiraukannya. “Kamu mati nanti aku susah.” “Kenapa?” Anna menekan kain pada luka Shen Wei. “Aku dengar Shen Wei paling kejam di sini.” Shen Wei terdiam. Anna masih belum tahu identitinya. “Kalau kamu mati, Shen Wei mesti mengamuk.” Shen Wei memandangnya dengan wajah sukar ditafsirkan. Anna menyambung, “Elok-elok aku dapat tilam empuk, nanti Shen Wei gila babi tukar jadi katil batu.” Untuk pertama kali dalam keadaan hampir kehilangan darah, Shen Wei hampir mahu ketawa. Anna mengetatkan balutan. “Kamu kena hidup.” “Supaya tilam kamu selamat?” “Betul.” Shen Wei menahan sakit. Anna kemudian berkata dengan penuh keyakinan, “Lagi pun kamu orang kanan Shen Wei, kan?” Shen Wei memandangnya lama. Akhirnya dia bersuara perlahan, “Bukan.” Anna berhenti. “Habis?” Shen Wei menyandarkan kepala pada dinding. Walaupun wajahnya pucat, matanya masih tajam. “Aku Shen Wei.” Anna terpaku. Dia memandang lelaki di hadapannya dari kepala hingga kaki. Beberapa saat berlalu. Kemudian— “Kamu Shen Wei?” Shen Wei mengangguk. Anna berfikir sejenak sebelum menjawab dengan nada bersahaja, “Kalau begitu... aku bekas naga dari Puak Qi Ling.” Shen Wei tahu dia sedang bergurau. Namun dalam keadaan berdarah dan penjara sedang diserang, perempuan itu masih mampu membuat jenaka. Shen Wei akhirnya menyedari satu perkara. Banduan bernama Anna ini bukan sekadar pelik. Dia mungkin merupakan manusia paling luar biasa yang pernah masuk ke Penjara Galzak. Dan Shen Wei masih belum tahu bahawa pertemuan aneh itu bakal mengubah seluruh hidupnya. Daripada seorang warden yang tidak memiliki sesiapa— kepada seorang lelaki yang suatu hari nanti sanggup mempertaruhkan segalanya demi perempuan yang pada hari pertama memasuki penjaranya hanya mempunyai satu kesimpulan: Penjara Galzak selesa kerana tilamnya empuk.

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

Unscentable

read
2.0M
bc

He's an Alpha: She doesn't Care

read
822.4K
bc

Claimed by the Biker Giant

read
2.1M
bc

Holiday Hockey Tale: The Icebreaker's Impasse

read
1.0M
bc

A Warrior's Second Chance

read
380.0K
bc

Not just, the Beta

read
360.4K
bc

The Broken Wolf

read
1.2M

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook