Masih Diganggu

2023 Words
Acapkali tiba waktu malam, pasti makhluk halus itu sering mengganggu orang yang rapat dengan Sarah sekeluarga. Makhluk halus itu seperti mengganas. Mungkin kerna amarah daripada tuannya terhadap keluarga Sarah selama ini. Sudah dua bulan Sarah sekeluarga menanggung penderitaan. Bukan sahaja Sarah, tetapi Haziq, Farid, Haris, Zulkifli, Aliya dan Suraya turut kena tempiasnya. Bukan sahaja waktu malam, waktu senja juga pasti dihantui suara bisikan sayup kedengaran di telinga. Sepertinya hati pendengki itu sudah hitam kerna tiada belas kasihan darinya. ....tandas sekolah.... "Aliya! Aku nak terkencing! Teman aku jap pergi tandas!" Suraya mengajak Aliya menemaninya ke tandas "Kebetukan wey! Aku pun tak terkencing! Jom pergi tandas!" Aliya berkata kepada Suraya "Cikgu! Kami berdua nak ke tandas! Boleh?" Aliya meminta izin kepada Cikgu Razali untuk ke tandas "Baiklah! Tapi, jangan lama-lama! Tak elok dalam tandas tu lama-lama! Sebelum masuk tandas tu baca doa! Jangan main masuk je!" Cikgu Razali menasihati Aliya dan Suraya "Baik cikgu! Kami ingat pesan cikgu!" Aliya dan Suraya mendengar nasihat daripada Cikgu Razali Aliya dan Suraya bersama-sama menuju ke tandas perempuan. Sebelum masuk tandas, mereka berdua membaca doa. Selepas beberapa saat melepaskan hadas, mereka berdua melihat cermin di dalam tandas itu untuk membetulkan tudung yang senget sedikit. Saat mereka berdua terleka melihat cermin, suara sayup kedengaran di dalam tandas itu sedang memanggil nama mereka. Mereka berdua terdiam kerana takut dan tidak berpaling. "Suraya! Aliya! Buat apa tu?" Makhluk halus itu seperti menguji Aliya dan Suraya "Suraya! Aliya! Kenapa diam? Suraya! Aliya!" Suara sayup itu kuat sedikit Aliya dan Suraya berpaling fari cermin itu. Mereka berdua berani diri untuk menghampiri pintu tandas itu. "Doom!" Semua pintu tandas itu tertutup dengan sendiri "Aliya! Aku takut! Jomlah kita balik kelas!" Suraya mengajak Aliya kembali semula ke kelas "Kejaplah! Kita bukalah dulu pintu tandas tu!" Aliya ingin tahu adakah ada sesuatu di dalam tandas itu "Sarah! Sarah!" Sarah mendengar seseorang memanggil namanya. Sarah berada di dalam kelas "Wey! Korang! Kenapa Aliya dengan Suraya lama sangat dalam tandas?" Sarah bertanya kepada Farid, Haris dan Zulkifli "Entahlah wey! Aku pun tak tau!" Zulkifli lantas menjawab pertanyaan Sarah "Sarah! Sarah! Tengah risau ke!" Makhluk halus itu cuba menakutkan Sarah "Sarah! Kau okey ke?" Farid hairan melihat Sarah menutup telinganya sambil menutup mata "Aku rasa tak sedap hatilah! Aku cari diorang dulu lah!" Sarah meminta izin kepada Cikgu Razali untuk pergi ke tandas "Peliklah aku tengok Sarah tu!" Ucap Haris Farid, Haris dan Zulkifli pelik melihat sikap Sarah yang seperti terburu-buru. "Suraya! Aliya!" Suara itu seperti hampir ke arah Aliya dan Suraya Aliya memberanikan diri membuka satu per satu pintu di dalam tandas itu. Suraya hanya merangkul tangan Aliya kerana takut. Setelah semua pintu tandas itu dibuka, mereka berdua hairan kerana tidak ada sesiapa pun di dalam tandas itu. "Tak ada apa-apa pun! Jomlah kita balik kelas!" Aliya berkata sambil melepaskan pegangan tangan Suraya lalu mengajak Suraya balik ke kelas "Suraya! Jomlah! Kau okey ke tidak? Suraya! Aku panggil kau ni! Kau kenapa tundukkan kepala ke bawah! Suraya! Suraya!" Aliya aneh dengan sikap Suraya lalu mendekatinya Suraya melihat Aliya dengan rupa aneh dan menakutkan. Aliya terkejut lalu menjerit. Suraya tiba-tiba sahaja mencekik leher Aliya. "Haaaa! Tolong! Tolong!" Aliya menjerit meminta tolong "Itu macam suara Aliya je!" Sarah lantas menuju ke tandas perempuan itu Sarah datang dan melihat Aliya sedang dicekik Suraya. Sarah pergi dari tandas itu dan kembali semula ke kelas untuk meminta pertolongan. "Cikgu! Cikgu! Aliya cikgu! Suraya cekik Aliya! Suraya tak dapat kawal diri dia!" Sarah tercungap-cungap berkata kepada Cikgu Razali "Astaghfirullahalazim! Dekat mana?" Cikgu Razali terkejut mendengar kata-kata Sarah "Dalam tandas perempuan, cikgu!" Jawab Sarah "Allahu Akbar! Farid! Zulkifli! Haris! Kamu bertiga ikut saya!" Cikgu Razali mengajak Farid, Zulkifli dan Haris untuk mengikutinya Sarah menunjukkan arah di mana Aliya dan Suraya berada. Setelah sampai, mereka melihat Aliya dan Suraya berada di luar tandas dan masih bergelut. Sarah menghampiri Aliya dan Suraya kerana ingin meleraikan mereka berdua. Tetapi, Sarah pula dicekik oleh Suraya. Suraya berasa marah lalu mencekik leher Aliya dan Sarah serentak. Aliya dan Sarah terangkat sedikit dan tidak dapat memijak tanah. Cikgu Razali lantas menelefon Ustaz Borhan untuk datang ke sekolah dengan segera dan menyuruh Ustaz Borhan datang ke tandas perempuan. Rumah Ustaz Borhan tidak jauh dari sekolah itu. Aliya, Suraya dan Sarah dengan tiba-tiba sahaja saling mencekik leher sendiri. "Hey! Keluar kau dari jasad perempuan itu! Kenapa kau ganggu mereka! Mereka tidak bersalah! Keluar kau!" Ustaz Borhan mengarahkan makhluk halus itu keluar dari jasad Sarah, Aliya dan Suraya "Tidak! Aku tidak akan keluar dari jasad mereka! Tidak akan!" Suara Aliya, Suraya dan Sarah berubah seperti dirasuk "Kamu memang degil! Apa dosa mereka? Apa yang mereka buat kepada kamu? Sememangnya enkau tidak pernah serik untuk menyesatkan manusia!" Ustaz Borhan berkata dengan garang kepada makhluk halus itu "Tidak! Aku tidak akan keluar dari badan mereka! Tuan aku perintahkan aku untuk kawal mereka!" Makhluk halus itu masih berdegil "Baiklah! Kalau itu memang kemahuan kau! Aku akan keluarkan kau dari jasad mereka secara kasar! (Ustaz Borhan membaca ayat Kursi sehingga habis)! Allahu Akbar!" Ustaz Borhan mengubati Sarah, Aliya dan Suraya Makhluk halus itu kesakitan lalu menjerit sayup. Makhluk halus itu dapat dikeluarkan dari jasad Sarah, Aliya dan Suraya. Setelah selesai, Aliya, Suraya dan Sarah tersedar dari kerasukan itu. Wajah mereka bertiga kelihatan pucat lesu dan seperti tidak bermaya. Ustazah Maryam memberikan air yasin kepada mereka bertiga. Namun, Sarah, Aliya dan Suraya berjalan seperti orang sedang pening dan tidak bermaya. Ustaz Borhan mengarahkan mereka bertiga untuk berehat sebentar untuk memulihkan tenaga mereka yang lemah. ....Rumah keluarga Sarah... "Sayang bincanglah dulu dengan mak dan abah! Abang masuk bilik dulu!" Ujar Haziq "Okey! Terima kasih!" Ucap Sara "Sama-sama!" Haziq balas ucapan Sarah lalu masuk ke biliknya "Mak! Abah! Sarah nak tanya something!" Sarah ingin bertanya sesuatu yang penting kepada ibu dan bapanya "Sarah nak tanya apa dengan mak, abah?" Bunyi macam serius! Apa dia?"Alisya ingin tahu apa yang ingin ditanyakan oleh Sarah "Mak dengan abah ada tak kenal someone tu dah lama? Bukan apa mak, abah! Sarah cuma nak tahu je!" Sarah mahu mencari petunjuk "Tak apalah! Abah bagitau! Sebenarnya, dulu masa Form 4, mak, abah dengan seorang lelaki itu adalah teman karib! Tapi itu sudah lama! Lepas habis sekolah, mak dengan abah dah tak jumpa dia. Sampai sekarang mak dengan abah tak dapat berhubung dengan dia! Dah 23 tahun terpisah tanpa khabar berita! Kenapa tiba-tiba Sarah tanya mak dengan abah tentang hal tu?"Amsyar menjelaskan kepada Sarah " Sarah bukan nak buruk-burukkan atau nak fitnah ke apa! Sarah cuma nak cari petunjuk siapa sebenarnya dalang disebalik semua yang berlaku selama ini! Sarah cuma syak mungkin teman rapat mak dengan abah punca kejadian ini!"Jelas Sarah kepada ibu dan bapanya "Kamu pasti ke Sarah? Mak tak nak kamu tuduh orang yang tak bersalah!" Alisya mahu Sarah pastikan dengan betul "Betul tu Sarah! Jangan sampai boleh jadi fitnah!" Amsyar menasihati Sarah "Sarah tak tuduh atau fitnah! Sarah cuma byat andaian saja! Lagipun, belum cukup bukti lagi! Mak dengan abah doakanlah supaya urusan Sarah berjalan dengan lancar! Hanya doa mak dengan abah buatkan hati Sarah tenang!" Sarah hanya mampu pohon doa "In Shaa Allah! Mak dengan abah akan selalu doakan Sarah! Mak dengan abah tau, Sarah memang kuat!" Amsyar balas ucapan Sarah "Betul tu! Semoga Sarah sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah!" Ucap Alisya "Aaaamiiin! Terima kasih mak, abah! Sebab tu Sarah sayang sangat dekat mak dan abah! Mak dengan abah selalu sokong Sarah! Terima kasih! Saya masuk bilik dulu!" Sarah memeluk ibu dan bapanya sambil meminta izin mengundur diri Begitulah perbualan antara mereka yang cukup sopan dan manis. Sarah duduk di dalam bilik dan masih berfikir sendiri. Sikap Sarah itu sering diperhatikan Haziq. Sarah termenung. Sarah tidak mahu fikirannya bercelaru kerana asyik memikirkan tentang masalah itu. "Awak! Jangan termenung! Tak elok!" Nasihat Haziq kepada Sarah "Oh! Maaflah! Tiba-tiba rasa stress! Kepala pun macam nak serabut fikirkan semua masalah ni!" Jawab Sarah "Dah! Sayang tak perlu fikir semua ni! Kalau sayang stress, nanti sayang sakit! Abang tak nak tengok sayang macam ni! Abang cuma nak sayang tau yang abang selalu ada untuk sayang!" Ungkap Haziq terhadap Sarah "Terima kasih abang! Abanglah suami yang terbaik untuk sayang! Abang selalu nasihatkan sayang, abang selalu ada bila sayang perlukan! Terima kasih abang! Sayang abang sangat-sangat!" Sarah ungkap semuanya terhadap Haziq sambil senyum bersama "Sama-sama! Sayang! Boleh tak, sayang masakkan ayam goreng celup tepung dengan sambal! Abang teringin nak makan! Sayang buatkan tau besok untuk abang?" Haziq tiba-tiba mengidam sesuatu "Boleh je! Esok sayang masakkan untuk abang!" Sarah turut kata-kata Haziq Haziq dan Sarah tetap bahagia walau dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran dalam berumahtangga. Mereka berdua pasti berbincang sekiranya ada masalah malah turut dikongsikan bersama. Mereka berdua bersyukur kerana Tuhan menyatukan mereka sebagai suami isteri. Mereka tidak bergaduh secara umum tetapi senyap-senyap supaya tidak ada orang yang mengetahuinya. Tatkala ada masa lapang, mereka berdua akan meluangkan masa bersama. Haziq juga membantu Sarah menguruskan kerja rumah bersama. Mereka turut berkongsi ilmu yang ada. Haziq juga ada perancangan untuk membawa Sarah pulang ke rumahnya yang berada di kampung. Rumah itu baru sahaja dibeli oleh Haziq untuk Sarah. Cuma tidak ada masa untuk diberitahu kepada Sarah. Sekarang, ini masa yang sesuai untuk Haziq beritahu kepada Sarah. "Sayang! Abang ada beli rumah dekat kampung! Abang ingat, nak bawa sayang dekat kampung! Sayang boleh tengok rumah tu! Harap sayang suka dengan rumah tu!" Jelas Haziq kepada Sarah "Oh! Tapi, saya tak kisah pun! Kalau abang suka, saya pun suka! Tak sabar nak tengok rumah baru kita!" Sarah exited mendengar kata-kata daripada Haziq "Kalau sayang okey, esok kita pergi! Kita pindah terus! Tapi, mak, abah dengan Haris ikut sekali tau! Abang dah ajak diorang! Kalau diorang ada, boleh tengokkan apa yang patut!" Terang Haziq kepada Sarah "Saya okey je! Lagipun, kalau diorang ada, tak adalah saya sunyi duduk rumah tu! Adalah kawan borak! Tapi, Haris dah kahwin dengan Aliya! So, mesti Haris bawa Aliya sekali! Wow! Meriahnya!" Sarah begitu teruja "Betul juga! Tapi, lagi best kalau kita bertiga ada!" Haziq sengaja menyakat Sarah "Bertiga? Abang, saya dan baby! Lambat lagi!" Kata Sarah kepada Haziq "Manalah tau rezeki awal! Dapat timang anak!" Ucap Haziq "Itu kita boleh bincang lain kali! Sekarang ni, kita tengah bincang pasal rumah! Okey!" Sarah senyum lalu masuk ke tandas .....Rumah baru... "Sayang! Inilah rumah baru kita! Suka tak?" Haziq sudah sampai ke destinasi "Suka! Besar juga! Sesuai untuk kita!" Ucap Sarah lalu senyum kepada Haziq "Wow! Tak sangka kau kumpul duit semata-mata nak belikan rumah ni untuk Sarah! Kau memang terbaik!" Aliya memuji Haziq "Mestilah! Aku buat semua ni, untuk Sarah! Siapa tak sayangkan isteri kan!" Ucap Haziq "Ceh! Nak sweet-sweet konon! Aku pun boleh bermanja dengan suami aku!" Kata Aliya sambil peluk tangan Haris "Along! Boleh masuk kan?" Tanya Haris kepada Haziq "Kau ni, tak sabar! Kejap, aku buka pintu! Dipersilakan masuk!" Haziq mempelawa keluarganya untuk memasuki rumah itu "Assalamualaikum!" Sebelum masuk, mereka semua memberi salam "Oh my God! It's so beautiful! Wow! Ada tiga bilik! Sarah! Aku dah cop bilik ni! Korang duduk bilik lain lah! Boleh kan?" Sarah membuat reaksi comel kepada Sarah "Ye lah! Ambillah bilik tu!" Sarah membenarkan Aliya mengambil bilik itu Haziq dan Haris tersenyum melihat Aliya seperti kanak-kanak. "Mak dengan abah bilik ni!" Haziq menunjukkan bilik kepada ibu dan ayahnya "Selesa rumah along ni! Pandai along pilih!" Rozana berkata kepada Haziq "Dekat dalam tak sempit! Selesa! Pemandangan dekat luar pun cantik! Boleh nampak bukit dari jauh!" Jelas Farouq kepada Haziq "Along memang sengaja pilih tempat macam ni! Sarah kan suka melukis bila tengah bosan! Bila tengok pemandangan dekat luar tu, mungkin akan timbul inspirasi dan semangat untuk kita! Lagi-lagi kalu bosan!" Jelas Haziq kepada ibu dan bapanya Sarah tersenyum melihat pemandangan di luar jendela. Haziq menghampiri Sarah. Sarah duduk di atas pagar tingkap dan mencuba untuk meletakkan kaki di atas pagar tingkap itu. "Hey! Tak payah nak mengada! Sayang tu perempuan! Dah turun!" Haziq menghalang Sarah duduk di atas pagar tingkap itu "Hehe! Sorry! Tak sangka awak risau dekat saya!" Ucap Sarah "Itu maknanya saya sayangkan awak! Kalau saya tak halang tadi, sayang nanti tak pasal-pasal jatuh ke bawah! Abang juga susah hati!" Ungkap Haziq terhadap Sarah "Okey! Lain kali saya tak buat lagi! Jom kita tengok bilik!" Ujar Sarah Sarah masih tersenyum memikirkan hal tadi.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD