Malam Tiba Lagi

1852 Words
Sayup-sayup kicauan burung menceriakan suasana waktu pagi di sekolah. Langit yang cerah terpancar sinaran mentari mencantikkan lagi keindahan di langit. Udara sepoi-sepoi bahasa dihirup kesegarannya. Setelah cuti seminggu, semua pelajar pergi ke sekolah seperti biasa. Sarah dan teman karibnya, mengulangkaji pelajaran diperpustakaan kerana cikgu yang mengajar mereka tidak hadir akibat masalah kesihatan. Guru ganti itu tidak memgajar mereka malah semua pelajar di dalam kelas itu di bawa ke perpustakaan sambil di suruh mengulangkaji pelajaran. Di dalam perpustakaan juga tidak dibenarkan membuat bising. Sekiranya membuat bising lalu mendapat amaran ketiga, akan didenda berdiri tiga minit. "Sarah! Ilmu apa kau pakai?" Haris berkata perlahan menyakat Sarah "Kau merepek apa? Nak kena hempuk dengan buku ke?" Kata Sarah perlahan kepada Haris "Tak adalah! Aku tengok muka kau berseri-seri! Kau ada buat sesuatu ke malam tadi? Hahaha!" Haris memerli Sarah "Kau tau ni apa? Kejap lagi aku hentak kepala kau dengan buku ni baru tau rasa! Sibuk je! Kalau kau dah kahwin nanti, kau tau lah! Tak payah nak menyibuk jaga tepi kain orang!" Sarah berasa geram dengan kata-kata Haris "Lambat lagi nak kahwin! Tapi, aku dah pinang orang tu! Tak sabar nak tunggu hari nikah! Mesti seronok! Lagi-lagi malam pertama!" Haris seperti mencarut tetapi kata-kata berkias "Plakkk!" Aliya memukul bahu Haris menggunakan buku "Aduh!! Sakitlah! Aku gurau je!" Haris menahan sakit di bahu "Padan muka! Tak payah nak menggatal! Nak kena lagi ke?" Aliya bersikap garang "Hahaha!" Semua di meja itu tergelak kuat "Shhhh! Senyap please!" Cikgu Batrisya menyuruh mereka berenam senyap "Maaf cikgu!" Mereka berenam jawab serentak ....1.30 petang waktu pulang sekolah... "Tinn..tinn..." Haziq membunyikan hon keretanya "Korang! My husben is coming! I must to go! Take care guys!" Sarah tiba-tiba speaking English "Wow! Tiba-tiba speaking! Mesti tengah happy!" Aliya berkata kepada Sarah "Alhamdulillah! I'm so happy! Aku balik dulu!" Sarah salam Aliya dan Suraya "Bye, Sarah!" Suraya melambai kepada Sarah. Sarah membalas lambaian itu. "Kita duduk sana lah! Penat pula berdiri!" Suraya mengajak Aliya duduk di bas stop Haris, Fariz dan Zulkifli sudah pulang menaiki motosikal. Hanya tinggal.Aliya dan Suraya. Rumah Aliya dan Suraya berada bersebelahan. Hal ini kerana, Aliya dan Suraya duduk berjiran. Mereka berdua menunggu bapa mereka mengambil mereka untuk pulang. Maklumlah, bapa mereka berdua sibuk dengan kerja. "Lama lagi ke nak tunggu abah kita ni?" Suraya mengeluh "Sabarlah beb! Kejap lagi, diorang habis meeting lah nanti!" Aliya menenangkan Suraya Aliya terpandang di balik pagar sekolah. Dia merasa sesuatu yang aneh sedang perhatikan dia dengan Suraya. "Aliya! Kau tengok apa?" Suraya bertanya kerana hairan "Tadi! Aku nampak macam ada someone sedang perhatikan kita!" Ucap Aliya "Kau biar betul! Aku takut ni! Dekat mana kau nampak?" Sarah berasa takut "Aku nampak benda tu macam samar-samar dekat belakang pagar sekolah tu! Kau tak payah takut! Buat macam biasa je!" Ucap Aliya "Tinnn..tinn.." Darwis dan bapa Suraya datang untuk mengambil mereka berdua pulang rumah ...malam dingin... "Lupa pula bawa telefon! Sayang! Tolong ambilkan telefon abang dekat bilik! Atas meja tau! Terima kasih!" Haziq meminta Sarah ambil telefonnya "Okey!" Jawab Sarah ringkas Sarah masuk ke bilik Haziq untuk mengambil telefon. Sarah sudah pindah mengikuti Haziq ke rumah ibu bapa Haziq. Sarah memegang telefon iti dan ingin keluar. Sebelum sampai ke pintu, Sarah terdengar suara bisikan memanggil namanya. "Sarah! Sarah! Sarah!" Suara itu memanggil namanya tiga kali Sarah berpaling ke belakang dan terlihat bayang sosok perempuan di balik tingkap itu. Sarah perlahan-lahan mendekati jendela itu tanpa ragu. Sarah menyelak langsir itu secara perlahan. Sarah hairan kerana bayang-bayang itu telah hilang setelah langsir itu diselak. Sarah berpaling ke arah belakang lalu menjerit kerana terkejut. "Haaaa! Haaaa!" Sarah menjerit dalam keadaan menitiskan air mata "Kenapa kau datang balik? Kenapa?" Sarah berkata dengan nada ketakutan "Aku geram dengan kau! Aku nak balas semua dekat suami kau! Dia dah melampau! Dia dah mungkir janji! Haaaaa!" Suara sayup itu menjerit Haziq berasa hairan kenapa Sarah mengambil telefon itu terlalu lama. Haziq pergi ke bilik itu dan menyuruh Sarah membuka pintu. Setelah Sarah mendengar suaminya memanggil namanya, Sarah berlari ke pintu itu dan cuba untuk membuka pintu bilik itu tetapi tidak dapat dibuka. "Abang! Buka pintu ni abang!" Sarah berkata sambil menangis Haziq risau mendengar suara Sarah sedang menangis. Banyak kali Haziq cuba untuk membuka pintu bilik itu tetapi tetap sahaja tidak boleh dibuka. Ibu bapa Haziq dan Haris lantas datang ke bilik itu kerana terdengar suara Sarah menangis. "Sarah! Sarah! Abah! Pintu ni tak boleh buka!" Haziq semakin bimbang "Tak apa! Kita sama-sama baca al-Fateha! Mudah-mudahan pintu ini dapat dibuka!" Ucap Farouq "Kenapa kau ganggu aku? Aku tak buat apa-apa apa-apa salah dekat kau! Aku tak ganggu kau pun!" Sarah bertanya kepada sosok perempuan itu "Dia dah mungkir janji pada aku! Aku nak balas dendam dekat kau! Sebab kau dia dah berubah! Aku tak suka! Dia tak nak tunaikan janji dia pada aku! Semuanya berpunca daripada kau! Haaa!" Suara bisikan itu berkata dengan marah "Memang patut dia buat macam tu daripada berjanji dengan kau syaitan! Sesungguhnya, syaitan itu adalah musuh umat Islam yang nyata! Makhluk seperti kau akan buat apa saja untuk sesatkan manusia!" Sarah beranikan diri untuk melawan "Haaaa! Biar kau mati!" Sosok perempuan itu mencekik Sarah sekuat hati Sarah tidak dapat berkata apa-apa. Beberapa saat kemudian, pintu bilik itu berjaya dibuka. Sarah pengsan dan jatuh di atas lantai. Tiba-tiba sahaja angin kencang lalu dan menyebabkan tingkap itu terbuka. Haziq memeluk Sarah. Haziq terkejut melihat leher Sarah ada parut seperti dicekik. "Sarah! Allahu Akbar! Mak! Abah!" Haziq tidak senang melihat keadaan Sarah "Astaghfirullahalazim! Apa yang dah berlaku ni, Ya Allah!" Farouq sedih melihat Sarah "Along! Letak Sarah atas katil tu! Along jagalah dulu isteri along tu ye! Esok-esok mak dengan abah panggil ustaz untuk ubatkan Sarah! In Shaa Allah, semua akan baik-baik saja! Sabarlah along!" Ucap Rozana Haziq masih bersedih menatap keadaan Sarah yang terbaring di atas katil itu. Haris hanya terdiam dan tergamam melihat keadaan Sarah. Haris kembali semula ke biliknya dalam keadaan mengelamun memikirkan hal yang terjadi. Haris dapat rasakan bahawa Haziq menyembunyikan sesuatu daripadanya. Malam telah melabuhkan tirai. Waktu pagi saat ini mengunjung tiba. Farouq sudah telefon Ustaz Borhan untuk datang ke rumahnya. Untung Ustaz Borhan tidak sibuk. Ustaz Borhan dalam perjalanan bersama isterinya Ustazah Maryam untuk ke rumah Farouq. "Assalamualaikum!" Ustaz Borhan memberi salam "Waalaikumsalam! Alhamdulillah ustaz dengan ustazah sudah sampai! Jemputlah masuk!Farouq mempelawa Borhan dan Maryam masuk ke rumahnya " Ada apa Encik Farouq hubungi saya untuk datang ke sini?"Ustaz Borhan bertanya kepada Farouq "Macam ni ustaz! Menantu saya, malam tu seperti diganggu makhluk halus! Dekat leher dia ada kesan parut akibat dicekik! Saya harap sangat ustaz dapat bantu Sarah tu!" Farouq merayu kepada Ustaz Borhan "Oh begitu! Mana menantu Encik Farouq? Biar isteri saya tengokkan dulu parut dekat leher tu!" Ustaz Borhan bertanya di mana Sarah "Haziq! Panggil Sarah datang sini!" Arah Farouq kepada Haziq Haziq memimpin tangan Sarah dan membawanya duduk di sisi Ustazah Maryam. Ustazah Maryam menyelak sedikit tudung Sarah untuk melihat kesan itu. Ustaz Borhan menggelengkan kepala setelah melihat kesan cekikan pada leher Sarah. "Allahu Akbar! SubhanAllah!"Ucap Ustaz Borhan " Ada apa ustaz? "Farouq bertanya kepada Ustaz Borhan " Saya syak ini kerja khianat, dengki malah untuk balas dendam! "Jawab Ustaz Borhan " Kenapa ustaz cakap ini semua sebab khianat dan dengki? Boleh jelaskan tak?"Haziq inginkan kepastian "Mungkin ada seseorang yang dah lama berdendam dengan keluarga dia!"Jawab Ustaz Borhan " Tapi ustaz! kalau orang tu dendam dengan family Sarah, kenapa benda tu ganggu kami termasuk teman yang rapat dengan Sarah!"Haziq bertambah resah dan hairan "Saya rasa mungkin benda tu ganggu sebab orang tu rapat dengan Sarah! Mungkin dia tak nak ada orang lain yang terkait dengan keluarga Sarah! Sebab itu dia nak pisahkan!" Jelas Ustaz Borhan "Mesti orang yang dengki tu dah kenal lama keluarga saya! Betul kan ustaz?" Sarah mula bersuara "Saya bukan saja-saja cakap macam tu! Lagipun saya dengan isteri saya dah lama ubatkan orang yang alami benda sama macam Sarah! Apa yang Sarah cakap tu ada betulnya!" Jelas Ustaz Borhan kepada mereka semua "Habis tu, macam mana ni ustaz? Tak kan nak biarkan je?" Haris mencelah perbualan antara mereka "Beginilah ye! Sarah siasat dulu kes ni ye! Sarah boleh tanya mak dengan abah Sarah! Apakah mungkin mak dengan abah Sarah pernah kenal seseorang dah lama tapi orang itu tiba-tiba menghilang tanpa jejak! Sarah boleh bincang dulu dengan family Sarah! Bukan apa! Saya tak nak berlakunya fitnah kalau kita tuduh seseorang itu tanpa bukti kukuh! Lebih baik siasat diam-diam! Kalau sudah pasti orang itu bersalah, boleh bincang baik-baik dengan orang itu! Faham ye Sarah!"Ustaz Borhan menjelaskan semuanya kepada Sarah " In Shaa Allah ustaz, ustazah! Saya akan cuba untuk siasat semua ni! Saya tak nak orang lain jadi mangsa!"Ungkap Sarah "Ada apa-apa lagi nak bincang? Kalau tak ada, kami pulang dulu!" Ujar Ustaz Borhan "Tapi ustaz, saya pelik lah! Benda tu cakap dekat saya, dia kata saya mungkir janji! Lagipun saya dah lama buang benda tu! Tak tau kenapa benda tu datang balik! Benda tu kata, kalau saya tak tepati janji, Sarah akan jadi korban!" Semua orang terkejut mendengar kata-kata Haziq "Allahu Akbar! Sampai begitu sekali benda tu ugut along! Astaghfirullahalazim!" Ucap Rozana Sarah bangun dari tempat duduknya dan berlari ke bilik untuk mencari sesuatu! Sarah membuka satu per satu laci di bilik tidurnya. Sarah menemukan sebuah buku. Buku itu adalah diari Fateha. Ibu bapa Fateha memberikan diari Fateha kepada Sarah selepas pengkebumian Fateha. Sarah datang kembali ke ruang tamu itu lalu menyerahkan buku itu kepada Haziq. "Nah!" Sarah menghulurkan diari itu "Apa? Kenapa bagi abang diari ni?" Haziq keliru "Ni! Baca apa Fateha tulis tu! Baca! Bagi diorang dengar!" Sarah menyuruh Haziq membaca ayat itu dengan kuat "Penyamaran demi penyamaran terbongkar! Di sisi lain dia baik! Di sisi satu lagi dia syaitan bertopengkan manusia! Aku cuba untuk bongkarkan dengan senyap! Tapi diketahuinya dan dia ingin hapuskan aku! Fake people!" Haziq membaca ayat yang tertulis dalam buku itu "Tak rasa pelik ke? Ini semua perangkap! Orang tu perangkap abang untuk bunuh Fateha! Fateha dah tahu lama rahsia ni! Tapi dia tak sempat nak bagitau dekat kita!" Jelas Sarah "Abang tak sangka sayang fikir semua ni! Kenapalah abang tak perasan semua ni!" Haziq tidak menyangka "Abang! Sebelum abang culik Fateha, macam mana rupa dia?" Sarah terburu-buru ingin tahu "Abang tak sure sangat! Tapi abang tengok muka dia pucat dan ada kesan lebam pada pipi kiri! Seolah-olah kena lempang!" Haziq tenangkan kepada Sarah "Satu rahsia dah tau! Ada banyak lagi belum terbongkar! Abang tolong Sarah ye? Kica cari bukti tu sama-sama!" Sarah mempunyai harapan yang tinggi untuk bongkarkan semua salah faham ini "In Shaa Allah abang tolong! Tak kan abang nak biarkan sayang sorang-sorang hadap semua ni!" Ucap Haziq "Terima kasih!" Sarah senyum kepada Haziq lalu masuk ke biliknya "Sama-sama!"Balas Haziq " Encik Farouq! Saya tak sangka Encik Farouq dapat menantu yang bijak macam Sarah tu!"Ucap Ustaz Borhan "Betul tu Encik Farouq, Puan Zana! Saya tengok Sarah seorang yang kuat semangat dan yang penting dia berani tempuh segala dugaan ni! Saya doa supaya Allah permudahkan segala urusan Sarah!" Ucap Ustazah Maryam "Aaaamiiin! Terima kasih ustaz, ustazah!" Ucap Encik Farouq "Kalau tak ada apa-apa, kami balik dulu! Assalamualaikum!" Ustaz Borhan dan Ustazah Maryam mengundurkan diri untuk pulang "Waalaikumsalam!" Ucap Farouq dan Rozana
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD