Hari Bahagia

1614 Words
Sarah dan pasangannya Haziq telah diijabkabulkan dua minggu selepas Syazwan dan pasangannya Sofea diijabkabulkan. Hari ini, adalah hari persandingan belah pihak pengantin lelaki bagi Syazwan dan Sofea. Hari ini juga adalah hari persandingan antara pasangan pengantin iaitu Sarah dan Haziq. Dengan dihadiri 300 tetamu. Tetamu yang dijemput adalah keluarga antara pasangan pengantin serta jiran yang hampir. Majlis turut berlangsung dengan lancar dan meriah. Teman-teman pasangan mempelai turut dijemput menghadiri majlis tersebut. Majlis persandingan tersebut bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Tetamu yang hadir juga semakin sedikit kerana sudah pulang setelah menjamu hidangan. Majlis khatam Quran turut diadakan pada jam 11.00 pagi. Setelah selesai majlis, semua para keluarga kedua-dua belah pihak turut pulang. Balai pengantin yang didirikan juga ditanggalkan selepas majlis berakhir. Sarah dan Haziq sudah selesai photoshoot gambar dan pulang ke rumah selepas Syazwan dan Sofea photoshoot. Sarah terus masuk bilik dan terus mandi kerana badan yang melekit akibat berpeluh. Sarah mencucu make up dari wajahnya hingga bersih. Haziq pula baru selesai mandi dan solat Asar sendirian kerana Sarah tidak dapat solat disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi seorang perempuan. Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, Sarah berasa kekok untuk berada dekat di samping suaminya iaitu Haziq. Sarah duduk jauh dari Haziq sambil bermain telefonnya kerana malu. Haziq sengaja menghampiri dan duduk di sebelah Sarah yang leka bermain game di telefonnya. Sarah terkejut melihat Haziq tiba-tiba duduk di sisinya. Mereka berdua hanya saling tersenyum. Majlis persandingan tersebut diadakan pada waktu cuti sekolah 2 minggu. Minggu depan adalah majlis pihak lelaki iaitu Haziq. "Sayang! Main game ke?" Haziq sengaja meletakkan tangan di bahu Sarah "Haa! Saya pergi dapur dulu ye! Tiba-tiba pula dahaga! Hehe!" Sarah berasa gelisah saat Haziq meletakkan tangan di bahunya lalu mencari alasan untuk pergi Haziq senyum ke arah Sarah dan merebahkan dirinya di atas katil sambil melihat telefonnya. Sarah mengambil air di dalam peti ais lalu tuang di dalam cawan. "Huh! Rasa macam kena elektrik tadi! Yang dia pun satu! Ada ke letak tangan dekat bahu aku! Aku bukan marah! Aku rasa meremang bulu roma aku! Nasib aku datang bulan! Kalau tak, tak tau apa jadi! Seram rasanya! Huh! Astaghfirullahalazim! Jangan fikir bukan-bukan! Aku tau lah dah halal, cuma aku tak selesa je! Ye lah, aku dengan dia baru pagi tadi sah jadi suami isteri! Malaslah nak fikir!" Sarah bebel seorang diri tanpa mengetahui dirinya telah diintip oleh Haziq. Haziq tersenyum mendengar bebelan Sarah. Haziq berlari masuk ke biliknya agar Sarah tidak mengetahui bahawa Haziq sedang perhatikannya. Sarah masuk semula ke biliknya. Sarah melihat Haziq sedang melihat telefonnya sambil baring. Sarah duduk di atas kerusi lalu menghadap cermin. Sarah memakai krim muka. Sarah duduk di atas katilnya dan sambung main telefonnya. Haziq melihat Sarah dan sekali lagi menghampiri Sarah. Haziq meletakkan kepala di atas bahu Sarah. Sarah mula tidak selesa. Haziq menonton Sarah bermain game di telefonnya. "Awak! Boleh alih kepala awak boleh tak?" Sarah menyuruh Haziq mengalihkan kepalanya "Kenapa? Awak tak suka ke? Tak boleh ke nak bermanja? Kita kan dah halal!" Haziq menatap wajah Sarah "Tak! Bukan macam tu! Sebenarnya, saya rasa tak selesa je! Maaf!" Jawab Sarah sambil pejam matanya "Okey! Tapi ada syarat!" Haziq mula menyuarakan syaratnya "Syarat? Syarat apa?" Sarah bertanya kepada Haziq "Syaratnya mesti panggil saya abang! Bukan panggil awak!" Haziq masih menatap wajah Sarah "Perlu ke?" Sarah bertanya lagi "Kalau tak, sayang nak abang peluk ke?" Haziq tersenyum memandang Sarah "Okey! Okey! Abang!" Sarah memanggil Haziq dengan lemah lembut "Abang rasa cair dengar suara sayang panggil abang!" Haziq mencuit hidung Sarah Haziq pergi ke tandas untuk mengambil air wudhuk. Hal ini kerana, sudah masuk waktu solat Maghrib. Selepas selesai solat Maghrib, Haziq membaca al-Quran. Sarah senyum memandang Haziq membaca al-Quran. Dia bersyukur mendapat suami yang baik dan taat perintah Allah. Sarah keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk makan. Maklumlah, perut Sarah tiba-tiba terasa lapar. Sarah makan lebihan nasi minyak bersama daging masak rendang. Haziq juga ke dapur. Haziq menyuruh Sarah menyuapnya makan Sarah menurut perintah dan menyuap Haziq makan. "Pee....weeet...Sweetnya suap-suap makan!" Syazwan mencelah "Kau buat apa dekat sini? Sibuk je!" Haziq menjeling Syazwan "Aku nak minum! Tiba-tiba nampak korang bersuap-suap makan! Eleh! Mengada!" Syazwan menyakat Haziq dan Sarah "Kau jalous ye?" Sarah perli Syazwan "Tak ada maknanya nak jalous! Aku pun boleh suap-suap dengan isteri aku!" Kata Syazwan sambil beredar dari dapur itu Haziq tidak sengaja melihat tinkap dapur. Di luar tingkap itu ada bayang sosok perempuan. Sarah melihat Haziq sedang mengelamun. "Abang! Kenapa?" Sarah bingung dengan reaksi Haziq yang tiba-tiba berubah "Haa! Tak ada apa!" Jawab Haziq "Betul ni tak ada apa?" Sarah bertanya lagi "Betul! Tak ada apa! Abang okey je!" Jawab Haziq "Awak dah makan ubat ke?" Sarah mengingatkan Haziq "Dah! Petang tadi dah makan ubat!" Ujar Haziq Sarah bangun untuk membasuh pinggan dan cawan setelah selesai makan bersama suaminya. Haziq memeluk bahu Sarah. Sarah mula rasa selesa. Mereka berdua berpandangan dan saling tersenyum. Sarah duduk di atas katil sambil membaca buku sementara menunggu Haziq siap menunaikan solat Isyak. "Buku apa sayang baca?" Haziq bertanya kepada Sarah "Buku Sejarah! Walaupun tak minat, tapi kena baca. Lagipun nak SPM kan!" Sarah jawab pertanyaan daripada Haziq "Sudah lah baca tu! Tutup buku tu! Dah malam ni, pergi tidur!" Arah Haziq "Okey!" Sarah mendengar kata-kata Haziq .....3 minit berselang.... "Haziq! Haziq! Haziq!" Kedengaran suara sayup memanggil nama Haziq Haziq terbangun dari tidurnya yang sekejap. Haziq melihat Sarah sedang tidur. Haziq tidak mahu pedulikan suara itu. Haziq baring semula dan memeluk Sarah. "Haziq! Hahaha! Jangan lupa kata-kata kau dulu pada aku! Hahaha!" Suara itu menghantuinya kembali "Pergi! Jangan ganggu aku!" Haziq menutyp telinganya Sarah terbangun kerana terdengar suara Haziq! "Abang! Kenapa ni? Abang!" Sarah menyedarkan Haziq yang menutup telinganya "Tak ada apa! Tidurlah!" Haziq tenangkan dirinya Sarah melihat Haziq yang tidur berpaling wajah darinya. Sarah mendekati Haziq lalu memeluk erat suaminya agar suaminya tenang. Haziq rasa nyaman dengan pelukan Sarah lalu berpaling menatap wajah Sarah. Haziq memeluk Sarah kembali. .....waktu pagi.... "Good morning, mak!" Sarah berasa ceria "Morning! Baru bangun!" Ujar Alisya "Mak masak sarapan apa ni?"Sarah bertanya kepada Alisya " Mak masak cekodok nasi je! Nasi putih tu tak habis! Sayang nak di buang! Yang ni cicahnya! Sambal kicap!"Jelas Alisya "Sukanya! Cekodok nasi! Bismillahirrahmanirrahim!" Sarah menyuap makanan ke dalam mulutnya "Mana laki kamu? Tak ajak dia makan sekali ke? Ajaklah laki kamu tu turun! Suruh sarapan!" Nasihat Alisya kepada Sarah "Lupa pula! Orang panggil dia kejap! Hehe!" Sarah tersenyum melihat Alisya "Abang! Jom makan!" Sarah memimpin tangan Haziq lalu membawanya ke dapur Haziq tersenyum melihat Sarah memimpin tangannya dengan erat. "Haziq! Sarapan! Ini ada air milo panas! Pagi-pagi tak elok minum air batu!" Ujar Alisya "Terima kasih mak cik!" Haziq tersasul "Mak cik? Mak lah bukan mak cik! Abang ni! Hahaha!" Sarah tertawakan Haziq disisinya "Amboi! Bukan main gelakkan saya! Orang lupa bukan sengaja panggil mak tu mak cik!"Haziq menatap tajam ke arah Sarah " Tak apa! Mak faham kamu gugup! Maklumlah, first time jadi menantu mak!"Ucap Alisya Sarah meletakkan tangan di sisi mukanya kerana malu melihat Haziq sedang memandangnya lama. Haziq tersenyum melihat sikap Sarah lalu sarapan pagi. Selan tiga minit kemudian, Syazwan dan Sofea datang ke dapur untuk sarapan. "Wow! Awal sarapan!" Syazwan menyakat Sarah dan Haziq "Sibuklah kau! Jangan sampai tangan aku ni lekat dekat pipi kau!" Sarah dan Syazwan saling menatap marah "Apa ni! Adik-beradik pun nak gaduh!" Sofea mula mencelah "Kau jangan tak tau Sofea! Diorang berdua memang macam ni! Bila jumpa je menyakat! Bila jumpa je nak gaduh! Dah macam anjing dengan kucing!" Haziq sengaja berkata seperti itu "Semalam aku nampak anjing gaduh dengan kucing dekat rumah jiran sebelah! Nasib kucing tu menang! Ye lah, anjing tu kena cakar dengan kucing! Siapa suruh dengki dengan kucing tu!" Sofea perli Sarah dan Syazwan sambil mulutnya tengah mengunyah makanan "Kejap! Siapa anjing! Siapa kucing!" Syazwan memerhatikan Sofea dan Haziq "Korang berdua saja je perli kitorang! Ingat kitorang tak tau!" Sarah sambung makan kerana masih lapar "Sarah! Kau memang makan ke dari tadi tak henti-henti!" Sofea tersenyum melihat Sarah "Aku lapar! Aku makanlah!" Sarah balas kata-kata Sofea "Wan! Adik kau memang kuat makan ye? Dari tadi makan tak habis-habis!"Haziq bertanya kepada Syazwan "Kalau kau nak tau, adik memang kuat makan walaupun dia ni nampak kurus tak gemuk-gemuk! Aku sebagai abang ipar kau nak nasihatkan kau! Harap kau bersabarlah dengan kerenah dia ni! Okey!"Syazwan sengaja menyakat Sarah "Huh! Malas nak layan korang!" Sarah beredar dan terus masuk ke biliknya "Haa! Korang lah ni asyik sakat dia! Kan dia dah merajuk!" Sofea berkata kepada Syazwan dan Haziq "Tak apa! Korang berdua jangan risau! Aku pujuk dia kejap lagi! Apa guna aku sebagai suami kalau tak boleh pujuk dia! Aku pergi dulu!" Haziq beredar dan masuk ke bilik Sarah "Sayang! Merajuk ke?" Ucap Haziq sambil senyum kepada Sarah "Tak adalah! Orang happy! Tak nampak ke!" Sarah menjeling Haziq disampingnya Haziq memeluk dan mencium pipi Sarah. Sarah menutup mukanya kerana malu. "Sayang dah okey ke? Okey! Abang minta maaf! Sayang cakap je nak apa! Abang akan tunaikan!" Haziq meletakkan dagu dibahu Sarah "Betul ni? Tak main-main?" Sarah ingin kepastian "Betul! Abang tak tipu! Cakap je nak apa?" Haziq berkata benar "Sayang nak pergi jalan-jalan! Esok sayang dah sekolah! Kita pergi petang ni! Lepas Zohor!" Jelas Sarah "Sayang nak pergi mana?" Haziq ingin tahu "Pergi sawah! Pastu pergi shoping! Nak beli barang yang dah habis!" Jawab Sarah "Okey! Petang ni kita pergi! Tapi ada syarat!" Haziq tiba-tiba bersyarat "Syarat apa pula ni?" Sarah mula resah "Malam nanti abang bagitau!" Haziq tersenyum lalu masuk ke dalam tandas "Lain macam lah dia ni! Tak kan lah....haaa! Aku dah agak dah dia nak apa! Aku baru habis datang bulan! Mengada! Hmmm...malas nak fikir!" Sarah berkata dengan diri sendiri Sarah mengambil telefonnya dan bermain game.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD