Ikatan Pertunangan

1507 Words
Hujan sayup kedengaran ketika majlis kenduri kesyukuran untuk Sarah dan Haziq kerana berjaya mengikat tali pertunangan. Sebulan berlalu akhirnya mereka berdua bertunang. Majlis tersebut dihadiri keluarga pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan serta sahabat yang dikasihi. Hubungan Sarah dan Haziq direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Walaupun Farid bahagia melihat Sarah, tetapi dalam hatinya dia berasa sedih. Jiwanya bagai di hiris sembilu. Dia menahan semua itu kerana tidak mahu diketahui orang lain. Sarah dan Haziq akan diijabkabulkan tahun hadapan. Mereka berdua diikat 5 bulan dan selepas itu mereka berdua diijabkabulkan. Kelihatan di wajah Haziq dan Sarah sangat gembira. Selepas selesai majlis, keluarga kedua belah pihak sepakat menetapkan tarikh nikah. Mereka juga tidak mahu terburu-buru kerana Sarah masih sekolah. Mereka sekeluarga tidak mahu mencampur adukkan antara pelajaran dan majlis perkahwinan. Namun, wedding planner telah di uruskan keluarga Sarah dan keluarga Haziq melalui persetujuan bersama. "Alhamdulillah! Selesai majlis pertunangan anak kita!" Ucap Amsyar "Alhamdulillah! Syukur majlis ni berjalan dengan lancar!" Ucap Farouq "Wey! Adik aku kan langkah bendul! So, time nikah nanti, bagilah aku hadiah lagi! Kau kan nak jadi adik ipar aku!" Syazwan menyakat Haziq "Nanti aku fikirkan nak bagi kau hadiah apa!" Ujar Haziq "Eh! Beli lah sendiri! Tu yang kau pegang tu bukan hadiah ke?" Sarah menatap Syazwan sambil menaikkan kening "Ini hadiah lain! Time nikah tu hadiah lain pula! Lainlah kalau aku dah ada calon! Boleh naik pelamin sama-sama! Hehe" Syazwan tidak mahu mengalah "Amboi! Dah ada calon ke?" Alisya perli Syazwan "Calon tu dah ada! Tapi mak abah belum pinangkan lagi! Hahaha!" Syazwan tersipu malu "Siapa perempuan yang bertuah tu?" Alisya bertanya kerana ingin tahu "Orang tu ada dekat sini!" Syazwan berkata sambil senyum "Mana? Siapa?" Sarah tak sabar ingin tahu "Itu!" Syazwan muncungkan bibir menunjukkan di mana perempuan itu "Mana? Panggil je lah datang sini!" Sarah menyuruh Syazwan memanggil perempuan itu "Sofea! Sini kejap! Ada orang nak kenal!" Syazwan memanggil perempuan itu Sofea datang ke arah Syazwan. "Inilah Sofea mak, abah! Bakal menantu mak, abah! Salam! Ini bakal adik ipar! Ini mak saya! Salam lah! Ini abah saya! Jangan salam! Belum jadi menantu lagi!" Syazwan memperkenalkan Sofea kepada keluarganya "Sofea! Mak dengan abah ada datang sekali ke? Kalau ada, kami nak jumpa!" Alisya bertanya kepada Sofea "Ada! Sofea chat diorang kejap suruh datang sini!" Kata Sofea .....beberapa minit kemudian.... "Mak cik, pak cik! Ini mak dengan abah saya!" Sofea perkenalkan ibu bapanya kepada Amsyar dan Alisya "Intan! Aizad! Sofea anak kamu berdua rupanya!" Amsyar tidak menyangka bahawa Sofea anak mereka berdua "Betul tu! Ada apa-apa nak bincang ke?" Aizad bertanya kepada Amsyar "Sebenarnya, anak kita tengah bercinta! Apa kata kita satukan diorang berdua!" Amsyar beri cadangan "Saya setuju je! Lagipun, kita dah kenal lama!" Aizad bersetuju dengan cadangan daripada Amsyar "Kalau tak busy, mungkin bulan depan kami hantar rombongan meminang Sofea! Tarikh sanding belah laki tu boleh sekali dengan Sarah!" Alisya beri cadangan "Baguslah kalau macam tu! Senang sikit! Sama-sama naik pelamin! Tak banyak kos! Bolehlah save bajet!" Intan berbicara "Tak apalah! Kami balik dulu! Nanti jalan jam susah!" Ujar Farouq "Baiklah! Hati-hati memandu! Assalamualaikum!" Sambung Amsyar "Waalaikumsalam!" Farouq dan Intan jawab serentak "Mak! Abah! Macam mana boleh kenal dengan mak, abah Sofea tu?" Syazwan mula ragu "Kami berempat dah kenal lama dah! Abah dengan abah Sofea tu satu tempat kerja! Kami pernah dinner sama-sama!" Jawab Amsyar "Oh! Patutlah kenal!" Ujar Syazwan "Pak cik! Mak cik! Saya balik dulu ye? Segan pula duduk sini lama-lama! Mak dengan abah dah balik! Tinggal saya sorang jer!" Haziq meminta izin untuk pulang "Alah! Kamu tak perlu nak segan! Kamu nanti akan jadi sebahagian daripada keluarga kami! Kalau kamu nak balik boleh je! Tak akan pak cik nak larang kamu balik!" Ujar Amsyar "Nanti! Nah lauk! Saya dah bungkuskan untuk awak!" Sarah memberi lebihan lauk yang tidak habis "Terima kasih! Susah-susah je!" Balas Haziq "Sama-sama! Take care! Jangan lupa baca doa sebelum naik kenderaan!" Sarah mengingatkan Haziq "Okey awak! Saya balik dulu! Pak cik! Mak cik! Wan! Assalamualaikum!"Haziq mengundur diri untuk pulang " Waalaikumsalam! "Sarah dan keluarganya jawab serentak Syazwan dan Haziq adalah sebaya. Mereka berdua sudah berusia 20 tahun. Syazwan dan Haziq juga pernah duduk satu kelas di sekolah yang sama. .....malam menjelma.... Haziq sebelum tidur pasti akan chatting bersama Sarah. Haziq meletakkan phonenya di atas meja kecil. Haziq mematikan lampu dan menyalakan lampu meja supaya tidak terlalu gelap. Haziq baring di atas katilnya lalu menyelimuti tubuhnya. Tanpa diduga, Haziq terlihat bayang sosok perempuan di luar jendela. " Jangan ganggu aku! Pergi!"Haziq berkata dengan suara perlahan "Kau lupa janji kau pada aku! Selagi kau tak tunaikan, selagi itu aku akan ganggu kau!" Suara sayup membalas kata-kata Haziq "Aku tak mampu tunaikan janji! Aku tak nak ada kena mengena dengan kau! Pergi!" Haziq membalas suara sayup itu "Hahaha! Kalau itu yang kau mahu, aku terima! Tapi, Sarah akan jadi korban! Hahaha!" Sura sayup gelak tawa di luar jendela "Jangan pernah cuba ganggu dia! Aku dah tak nak jadi tuan kau lagi! Aku tak nak syirik di jalan Allah! Aku nak berubah!" Luah Haziq kepada lembaga itu "Hahaha! Hahaha! Kau tunggu pembalasan dari aku! Hahaha!" Suara sayup itu semakin nyaring dan terus hilang Haziq berasa resah dan bimbang dengan ugutan dari hantu itu. Dia berjanji pada dirinya akan melindungi Sarah walau apa terjadi. Haziq sanggup berkorban nyawa demi orang yang dicintainya iaitu Sarah. ....sebulan berlalu.... Sarah dan teman-temannya sudah memasuki Form 5 pada tahun ini. Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Syazwan. Maklumlah, Syazwan akan mengikat tali pertunangan dengan Sofea. Sofea berusia 19 tahun. Sofea dan Syazwan berkenalan sejak pertemuan pertama mereka di tempat kerja. Walhal, Sofea dan Syazwan bekerja di kafe yang sama. Syazwan ketika itu mengambil pesanan pelanggan. Manakala Sofea sebagai cashier. Pertemuan mereka berdua secara tidak langsung menjadi akrab. Sebulan selepas itu, Sofea dan Syazwan bercinta. Walaupun mereka selalu bertemu, tetapi mereka berdua tetap menjaga batas pergaulan supaya tidak menimbulkan fitnah. Mereka berdua juga tidak pernah keluar berdua-duaan. Sarah dan teman-temannya belajar tekun bersama-sama. Hari ini adalah hari ketujuh Sarah dan teman-temannya belajar sebagai pelajar Form 5. Mereka berenam juga tetap duduk berkumpulan yang sama. Tidak ada istilah main-main dalam pelajaran bagi Sarah dan juga teman-temannya itu. "Sarah! Esok abang kau bertunang ye?" Aliya mula bicara "Ye! Korang nak ikut ke?" Sarah bertanya kepada teman-temannya "Eh! Malas nak ikut! Lagipun bukan penting pun!" Ujar Aliya "Ye lah! Abang kau yang bertunang! Lainlah kalau kau nak kawin! Kitorang wajib datang! Sebab kuta BFF!" Ucap Suraya "Kitorang bukannya ada pertalian darah nak jadi wakil angkat dulang hantaran tu!" Ucap Zulkifli "Hahaha! Tak apa! Korang tunggulah tarikh pernikahan aku tu!" Kata Sarah "Kau dah siapkan ke gubahan hantarantu? Ke kau tempah je?" Farid mula bertanya "Gila nak tempah! Ingat murah ke! Aku gubah sendiri!" Sarah bersuara "Oh! Pandai kau gubah hantaran! Semua ke kau gubah sendiri?" Haris mencelah "Mestilah aku gubah semua sendiri! Aku kalau dah rajin memang aku siapksn! Yang penting tak ada orang ganggu aku gubah hantaran tu!" Ujar Sarah kepada teman-temannya "Haris! Kau nak panggil Sarah apa?" Suraya tiba-tiba berkata seperti itu "Mestilah aku panggil dia Sarah! Kenapa?" Ucap Haris "Kenapa tak nak panggil Sarah akak? Dia kan bakal jadi akak ipar kau!" Aliya perli Haris "Hello! Walaupun dia akan jadi akak ipar aku, tapi tak semestinya panggil Sarah akak tau!" Haris menjeling Aliya "Wow! Marah ke? Lagipun, panggilan akak tu sebagai tanda hormat kau kepada Sarah! Tak salah kan?" Aliya seperti bertengkar dengan Haris "Aku rasa tak selesa nak panggil Sarah tu akak tau! Aku dah terbiasa panggil Sarah je! Kau saja nak buat aku marah!" Haris geram melihat Aliya "Oh my God! I'm so scared!" Aliya dan Haris saling menatap tajam "Wey! Sudah! Pasal hal ni pun nak gaduh! Macam budak-budak!" Sarah mencelah supaya Haris dan Aliya tidak bertengkar "Korang berdua memang serasi! Baik korang berdua nikah je terus! Boleh sweet-sweet. Boleh bermanja!" Suraya perli Haris dan Aliya "Aduh! Geli aku dengar!" Ucap Aliya "Loya aku dengar kata-kata kau tadi! Geli-geleman aku dibuatnya!" Sambung Haris "Hahaha! Korang memang serasi lah!" Farid mula bersuara "Bagai pinang dibelah dua!" Itulah peribahasa daripada Zulkifli "Hahaha!" Mereka semua gelak kepada Aliya dan Haris .....Syazwan sudah bertunang.... "Assalamualaikum! Cantiknya bakal menantu mak cik!" Alisya puji kecantikan Sofea di kamarnya "Waalaikumsalam! Terima kasih!" Sofea tersipu malu "Mana photographer? Tak nak ambil gambar ke?" Alisya bertanya kepada Intan "Ada dekat luar tu! Razif! Tu dia datang!" Ucap Intan Alisya menyarungkan cincin di jari manis Sofea sambil diambil gambarnya oleh Razif seorang photographer iaitu anak sedara Intan sendiri. Yang lain turut bergilir-gilir menangkap gambar bersama Sofea begitu juga Syazwan. Setelah itu, meraka dijamu juadah oleh tuan rumah. Sofea menemani Syazwan makan berseorangan. Mereka berdua turut berbual bersama walaupun kelihatan malu dilihat orang ramai. Majlis kecil itu hanya dihadiri keluarga pihak lelaki dan keluarga pihak perempuan. Majlis yang ringkas itu berjalan dengan lancar sekali. Mereka berdua hanya menunggu tarikh nikah sahaja. Hanya tinggal 4 bulan lagi Sarah diijabkabulkan. Syazwan diijabkabulkan 3 minggu selepas majlis pihak perempuan. Mereka tahu bahawa mereka hanya mampu merancang segalanya tetapi Allah yang menentukan jodoh diantara mereka. Mereka hanya mampu berdoa agar jodoh mereka berjekalan hingga ke akhir hayat.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD