Perjanjian

1506 Words
Gema sunyi di balik tirai besi, mengajar Haziq untuk menyesali perbuatannya yang telah lalu. Setelah seminggu rapuh di dalam penjara, Haziq bertekad untuk mencari Sarah. Haziq sudah semakin pulih tetapi, Haziq masih bergantung sepenuhnya pada ubat penenang. Sarah sudah 3 hari tidak datang melawat Haziq di dalam penjara kerana waktu sekolah. Haziq juga mengerti bahawa Sarah tidak boleh selalu melawatnya. Apatah lagi rumahnya yang jauh dari penjara. Sarah sibuk study untuk masa depannya. Maklumlah, tahun depan smSarah dan teman-temannya akan menduduki peperiksaan SPM. Haziq sudah dibenarkan keluar dari penjara. Ibu bapa Haziq serta Haris datang menjemput Haziq pulang setelah Haziq baru keluar dari pintu utama penjara. Haziq hanya senyum melihat keluarganya datang untuk membawanya pulang. Ketika di Mahkamah tempoh hari, ibu bapa Fateha sudah memaafkan perbuatan Haziq selama ini. Haziq telah diberi peluang kedua demi masa depannya. Haziq juga berusaha untyk mencari pekerjaan setelah keluar dari tempat seperti racun baginya. Haziq gembira setelah sampai ke rumah. Dia menitiskan air mata tanda syukur atas nikmat Allah beri selama ini kepada dirinya. Dia sedar bahawa selama ini dirinya leka dan terpengaruh dengan bisikan syaitan. Hingga dirinya hampir sesat dan menyimpang dari landasan Islam sebenar. Haziq melihat ibu bapanya lalu peluk erat. Dia mengucapkan terima kasih kerana banyak bersabar dengan dirinya selama ini. Haziq juga meminta maaf kepada Haris kerana berdendam dan berbuat jahat terhadap Haris. Haris memeluk erat Haziq sambil menitiskan air mata tanda kesyukuran bahawa Haziq sudah berubah. ....di sekolah.... "Sarah! Hari ni Haziq dah keluar penjara! Kau tak nak jumpa dia?" Aliya bertanya tentang Haziq "Mungkin lain kali aku melawat dia! Aku nak dia luangkan masa dengan keluarga dia!" Ucap Sarah "Oh! Patutlah Haris cuti sekolah hari ni! Rupanya kau dah plan dengan dia awal-awal! Bijak kau!" Suraya mencelah perbualan mereka berdua "Kau tiba muncul! Dari mana kau?" Sarah aneh dengan Suraya "Aku tak nampak pun kau lalu! Oh! Ada ilmu ghaib ye!" Aliya perli Suraya "Tak perlu merepek boleh tak! Aku dari library tadi! Tengah catat nota penting! Tahun depan SPM! Tak salah study awal!" Ujar Suraya "Rajin kau sekarang! Bagus! Aku suka cara kau!" Sarah sokong cara Suraya "Betul tu! Aku pun tak serajin kau! Lagipun lagi sebulan je kita nak habis Form 4! Lepastu kita cuti sebulan! Tahun depan terus Form 5!" Aliya menaikkan kening kepada Sarah dan Suraya "Tak apa! Kita doalah supaya SPM nanti, kita lulus semua subjek!"Ucap Suraya " Aaaamiiin! "Sarah dan Aliya mengaminkan ucapan Suraya " Lagi 30 minit nak balik!"Aliya melihat jam ditangannya "Tak sabar betul kau nak balik! Tengah tunggu someone ke?" Suraya perli Aliya "Shhhh! Tak payah nak menyibuk!" Aliya berkata kepada Suraya "Siapalah orang tu! Untunglah orang tu sebab kawan kita ni pandai masak!" Sarah berkata kepada Suraya sambil menyakat Aliya "Korang memang suka sakat aku kan! Aku pergi masuk kelas dulu lah!" Aliya merajuk dengan Sarah dan Suraya "Ala! Kitorang gurau je! Nak merajuk!" Ujar Suraya "Tak apa! Nanti esok-esok okeylah tu! Dia merajuk manja je tu!" Ucap Sarah "Hahaha." Sarah dan Suraya gelak tawa bersama ...Pendidikan Jasmani... Haris, Farid dan Zulkifli baru selesai bermain bola sepak bersama-sama teman yang lain. Setelah itu, mereka bertiga lepak duduk di atas padang. "Harus! Macam mana semalam?" Zulkifli bertanya kepada Haris "Macam mana apa?" Haris pula bertanya "Pasal abang kau tu! Haziq! Dia dah okey ke?" Zulkifli bertanya kembali "Cakaplah pasal abang aku! Dia okey je! Alhamdulillah! Cuma dia masih bergantung pada ubat tu seumur hidup!" Haris menjelaskan kepada Zulkifli "Dia tak marah-marah lagi lah?"Farid pula bertanya " Alhamdulillah! Dia dapat kawal semua tu! Aku tengok dia dah mula solat, mengaji! Semalam tu dia jadi imam solat!"Jelas Haris kepada Farid "Alhamdulillah lah kalau dia dah okey!" Ucap Farid "Wey! Jom kita pergi sana! Ada diorang tu dekat sana!" Zulkifli mengajak Haris dan Farid "Hello! Guys! Borak apa?" Zulkifli menyakat Sarah, Aliya dan Suraya "Korang dari tadi main phone ke?"Farid bertanya kepada mereka bertiga " Huh korang ni! Dah gaharu cendana pula, sudah tau bertanya pula!"Suraya ucap peribahasa "Uishh! Kau peribahasakan kitorang! I like!" Zulkifli senyum kepada Suraya "Korang berdua ada apa-apa ke?" Sarah mula bicara "Mana ada! Kitorang kawan je!" Suraya lantas bicara "Aku tak tanya pun korang ni bercinta!" Sarah membuat Suraya dan Zulkifli tergamam "Haaa! Kantoi! Korang berdua bercinta ye?" Haris menyakat Suraya dan Zulkifli "Wey, Sarah! Kau boleh tau ye Suraya dengan Zulkifli bercinta!" Aliya menepuk bahu Sarah "Aku dah lama tau!" Sarah senyum melihat Suraya dan Zulkifli berubah wajah "Macam mana kau tau haa! Bahaya betul kau ni!" Zulkifli bertanya dengan rasa terkejut "Aku ternampak korang sorok-sorok bagi makanan! Aku nampak Suraya masakkan bekal untuk Zulkifli! Zulkifli pula bagi masakan dia dekat Suraya! Aku menyorok! Tu yang diorang berdua tak nampak!" Sarah jelaskan kepada mereka semua "Tling...tling..." Phone Sarah berbunyi pemberitahuan mesej masuk "Haaa! Siapa chat tu? Haziq kan?" Aliya ingin tahu "Tak adalah! Mana ada! Sibuk je!" Sarah menidakkan ucapan Aliya "Ye ke? Tipu! Aku nampak tadi!" Suraya mencelah Sarah memakai earphone. "Kenapa kau pakai earphone?" Aliya bertanya lagi "Aku nak dengar lagu! Khas untuk aku! Hehe!" Sarah senyum saat berkata kepada Aliya "Dia nyanyikan lagu untuk kau ke? So sweet!" Aliya berasa terharu Farid melihat Sarah senyum dengan gembira apabila Sarah mendengar lagu yang dinyanyikan Haziq. .....malam.... Haziq selesai menunaikan solat Isyak sendirian di biliknya. Malam itu juga adalah malam yang dingin. Haziq merebahkan diri di atas katilnya untuk tidur. Sebelum tidur, sudah pasti Haziq membaca doa sebelum tidur. Baru sahaja melelapkan mata, Haziq terdengar satu bisikan di telinganya. "Jangan mungkir janji!" Suara bisikan itu membangun Haziq Haziq menuju ke mejanya dan memakan ubat untuk tenangkan fikirannya. Haziq baring semula di atas katil. Tetapi suara itu masih mengganggu telinganya. "Kau mungkir janji! Kau mungkir janji!" Bisikan sayup di telinganya "Diam! Jangan ganggu aku lagi! Pergi!" Haziq mengusir suara itu pergi "Kau mungkir janji!" Suara itu masih menghantuinya "Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku lagi! Pergi!" Haziq merayu kepada bisikan itu "Along! Kenapa ni?" Rozana ibu Haziq memegang bahu Haziq "Dia masih ganggu along mak!" Haziq bicara dalam keadaan menangis "Allahu Akbar!" Rozana memeluk Haziq untuk tenangkan dirinya "Kenapa dengan along Ana?" Farouq bertanya kepada Rozana "Along cakap ada yang ganggu dia!" Rozana masih memeluk Haziq "Allahu Akbar! Tak apalah! Awak bawa dia tidur dekat bilik Haris!" Farouq menyuruh Rozana membawa Haziq tidur di bilik Haris "Haris! Kamu dah tidur ke?" Rozana mengetuk pintu bilik Haris "Ada apa mak? Kenapa dengan along?" Haris seperti baru bangun tidur "Buat masa sekarang ni along tidur dengan Haris! Dia menjerit suruh pergi! Katanya ada yang ganggu dia!" Rozana menerangkan situasi kepada Haris "Okeylah!" Haris membawa Haziq masuk ke biliknya Haziq tidak bercakap sepatah pun. Haziq terus baring di atas katil Haris. Haris juga sambung tidurnya. Keesokannya, Haris bersiap untuk pergi ke sekolah. Pelajar-pelajar semua dibenarkan memakai baju sukan setiap hari kerana ini adalah bulan akhir ke sekolah. Haris, Farid, Zulkifli, Sarah, Suraya dan Aliya berada di perpustakaan. "Haris! Haziq okey?" Sarah dengan tiba-tiba bertanya soalan itu kepada Haris "Kenapa tiba-tiba kau tanya aku soalan macam tu?" Haris berasa hairan "Aku rasa tak sedap hati! Bagitau je lah! Dia okey ke tak?" Sarah ingin tahu keadaan Haziq "Tak sedap hati! Maksud kau?" Haris semakin bingung. Teman yang lain turut memerhatikan perbualan mereka berdua "Bukan apa! Malam tu aku tak sengaja terjatuhkan gelas kaca! Aku nak kemas, tapi tiba-tiba jari aku luka berdarah! Aku rasa tak sedap hati! Macam ada sesuatu yang akan berlaku dekat Haziq! Dia Okey kan?" Sarah mula bimbang "Biar aku terus-terang jelah! Malam tu abang aku kena ganggu! Dia kata ada yang bisik dekat telinga dia! Dia jerit suruh benda tu pergi! Dia suruh jangan ganggu dia lagi!" Haris mula berbicara "Abang kau ada bagitau apa-apa tak?" Sarah bertanya kembali "Tak ada pula! Itu je lah dia cakap dekat aku! Tapi Sarah, macam mana kau dapat rasa abang aku dalam masalah?" Haris bingung bahawa Sarah mengetahui jika terjadi apa-apa "Bukan apa! Mana tau abang kau ada sembunyikan sesuatu dari kita semua! Korang tak pelik ke, benda yang ganggu kita tu tiba-tiba menyepi! Macam ada sesuatu yang tak pasti! One more thing, aku pun tak tau macam mana perasaan bimbang tu aku dapat rasa! Seolah-olah nak tunjukkan sesuatu dekat aku!" Sarah mula rasa curiga "Sarah! Kau janganlah fikir bukan-bukan! Kita sama-sama lah doa supaya Haziq tu sihat!" Aliya menasihati Sarah "Betul tu Sarah! Dah lah! Kau jangan fikir sangat! Nanti kau pula yang stress!" Suraya tenangkan hati Sarah "Bukan apa! Aku cuma risaukan dia! Aku tak nak dia sakit lagi! Cukuplah dia dah menderita selama ini! Aku nak dia hidup bahagia!"Ucapan Sarah membuatkan yang lain terharu Farid tidak menyangka bahawa perasaan sayang dan cinta Sarah terhadap Haziq begitu kuat. Farid dapat rasakan bahawa Sarah dan Haziq memang ditakdirkan untuk bersama. Farid tahu bahawa Sarah hanya sayang kepadanya sebagai sahabat. Farid rela hati melepaskan Sarah kepada orang yang dia sayang walaupun hatinya kecundang. Farid sehingga kini belum ada pengganti kerana sukar untuk mencari seseorang seperti Sarah. Walaupun Sarah lasak dan garang, sikap Sarah yang prihatin dan sayang itulah yang membuatkan Farid jatuh cinta terhadap Sarah. Farid hanya mampu berdoa dan tersenyum demi kebahagiaan Sarah dan Haziq.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD