Serah Diri

1515 Words
Mayat Fateha dimandikan dan dikafankan dengan sempurna. Jenazah Fateha dihantar ke rumah ibu dan bapanya. Rumah ibu bapa Fateha tidak jauh dari perkampungan tersebut. Ibu bapa Fateha hairan melihat banyak orang datang berkunjung ke rumahnya beserta van jenazah. Ibu bapa Fateha berasa tidak senang melihat situasi tersebut. "Assalamualaikum!" Tok Dollah memberi salam "Waalaikumsalam!" Pak Zarul dan Mak Zainab menjawab salam serentak "Ada apa datang ramai-ramai ni?" Pak Zarul bertanya kepada Tok Dollah "Sarah! Ada apa sebenarnya ni?" Mak Zainab bertanya kepada Sarah "Mak cik! Sebenarnya.....saya tak sampai hati nak bagitau!" Sarah rasa bersalah untuk menceritakannya "Sarah! Bagitau je lah! Apa sebenarnya ni?" Mak Zainab bertanya lagi "Sebenarnya, kami bawa jenazah Fateha mak cik! Mayat Fateha ada dalam keranda tu!" Sarah menjawab dalam keadaan mengalirkan air mata Pak Zarul dan Mak Zainab perlahan-lahan menuju ke van jenazah. Mak Zainab perlahan-lahan membuka keranda itu lalu terduduk. "Allahu Akbar! Fateha! Allahu Akbar!" Mak Zainab terduduk menangis. Pak Zarul menenangkan Mak Zainab "Allah, Nab! Sabar Nab! Banyakkan mengucap! Jangan kamu lemah macam ni! Allahu Akbar! Fateha!" Pak Zarul tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata "Tak apalah! Kamu semua boleh angkat keranda ni ke dalam!" Arah Ustaz Rafie Mereka semua masuk ke dalam rumah untuk sedekahkan bacaan yasin kepada arwah Fateha. Sarah hanya menitiskan air mata dan duduk bersebelahan mayat Fateha. Haziq mengalirkan air mata melihat Sarah, Pak Zarul dan Mak Zainab. Beberapa minit kemudian, Sarah pengsan. Aliya dan Suraya baru sahaja mahu membantunya. Tiba-tiba Sarah bangun terus duduk sambil memandang ibu bapa Fateha lalu berkata. "Mak! Abah! Fateha minta maaf! Sebab Fateha tak dapat nak tunaikan tanggungjawab dekat mak dengan abah! Halalkan makan minum Fateha ye mak, abah! Maafkan Fateha!" Suara Fateha menangis kedengaran di dalam jasad Sarah "Allahu Akbar! Fateha! Maafkan mak dengan abah! Maafkan kami sebab putus asa cari kamu! Tapi, mak dengan abah tak pernah henti berdoa untuk kamu! Mak dengan abah dah lama maafkan Fateha! Mak dengan abah tak pernah lupakan Fateha, sayang!" Mak Zainab berkata kepada Fateha yang berada di dalam jasad Sarah "Alhamdulillah! Mak dengan abah bersyukur sangat, sebab mayat kamu sudah dijumpai! Terima kasih Fateha! Sebab kamu adalah penyeri dalam hidup mak dengan abah!" Pak Zarul berkata dengan sedih Jasad Sarah. sedang menitiskan air mata. Semua yang melihat berasa sedih dan sebak. "Haziq! Aku minta maaf! Aku nak kau tau, yang kau selalu ada dalam hati aku walaupun aku suka orang lain! Cuma satu je aku minta! Tolong jaga Sarah dengan baik! Jangan pernah lukakan hati dia! Tolong! Padam semua amarah dan dendam kau! Aku tau apa yang kau lalui selama ini! Terima kasih sebab jadi sahabat aku!" Suara Fateha yang sedih itu pula berkata kepada Haziq "Haris! Aku harap kau tak benci dengan abang kau! Dia perlukan perhatian! Dia perlukan sokongan! Aku minta maaf! Sebab terpaksa mungkir janji! Maaf, sebab tak tunaikan impian kita untuk jadi suami isteri bila habis belajar nanti! Haris! Carilah pengganti aku! Aku reda atas apa yang terjadi! Terima kasih! Sebab buat aku bahagia!" Fateha senyum kepada Haris menggunakan jasad Sarah "Selamat tinggal Sarah! Semoga kita jumpa di syurga nanti! Sarah! Kaulah sahabat aku dunia akhirat! Jangan pernah lupakan aku! Terima kasih! Sebab susah senang bersama aku! Assalamualaikum Sarah!" Fateha mengucapkan selamat tinggal kepada Sarah. Sarah tersedar. "Waalaikumsalam! Semoga kau bahagia di negeri abadi! Tanpa kau, siapalah aku!" Sarah tidak sengaja menitiskan air mata sambil tersenyum sendirian. Sikap Sarah diperhatikan oleh yang lain. Mereka melihat Sarah senyum sendirian sambil menitiskan air mata. Sarah mencium dahi Fateha. Sarah membetulkan ikatan di kepala Fateha supaya rapi. Sarah termenung sambil baring melagakan dahinya kepada dahi Fateha. Sarah berhenti dari tangisannya. "Mak cik! Pak cik! Kalau dah sampai kubur nanti, tolong jangan nangis ye! Kesian dekat Fateha!" Ucap Sarah sambil termenung Pak Zarul dan Mak Zainab saling berpandangan. Sarah duduk semula dari baringnya di samping mayat Fateha. Sarah sudah berhenti menangis. "Ustaz! Tolong cepatkan urusan pengkebumian Fateha! Tak elok lama-lama!" Arah Sarah kepada Ustaz Rafie Ibu bapa Fateha mengucup dahi Fateha buat kali terakhir. Ibu bapa Fateha mendengar kata-kata Sarah supaya tidak menangis. Mayat Fateha yang sudah disembahyangkan dibawa terus ke kubur untuk di tanam. Mereka semua bersyukur, urusan pengkebumian Fateha berjalan dengan lancar. Setelah selesai, Sarah memegang lengan baju Haziq dan membawanya ke kereta Farid lalu Sarah meminta Farid membawa mereka berdua ke balai polis. Ibu bapa Fateha aneh melihat kejadian itu. Tok Dollah menceritakan semuanya kepada keluarga Fateha. Farid mendengar kata-kata Sarah lalu membawa mereka berdua ke balai polis. Setelah tiba di balai polis, Sarah menceritakan kejadian berlaku dan Haziq ditahan buat sementara waktu untuk penyiasatan. Esok, polis menyuruh Sarah dan saksi yang lain datang ke mahkamah untuk berbicara tentang kes tersebut. "Haziq! Aku balik dulu! Petang nanti aku bawakan kau makanan!" Kata Sarah kepada Haziq "Okey! Aku tunggu!" Ucap Haziq ringkas "Farid! Jom balik! Nanti petang kau boleh bawa aku dekat sini lagi?" Sarah bertanya kepada Farid "Boleh je! Aku tak kisah!" Farid rela hati membawa semula Sarah ke penjara itu untuk melawat Haziq Haziq dan Sarah berangkat untuk pulang ke rumah. Setelah perjalanan, Sarah berkata sesuatu kepada Farid. "Farid! Aku nak tanya?" Sarah meminta izin untuk bertanya "Tanya je lah! Apa dia?" Haziq membenarkan Sarah bertanya "Kau suka aku ke?" Pertanyaan Sarah mengejutkan Farid "Haa! Mana ada! Aku suka kau sebagai kawan je!" Farid berbohong kepada Sarah "Tak! Kau bohong kan? Kalau kau tak suka aku, kenapa kau selalu bantu aku! Kau selalu ambil berat pasal aku! Kau selalu pandang aku!" Farid berhentikan kereta di tepi jalan setelah mendengar kata-kata Sarah "Ye! Memang aku suka dekat kau! Aku cinta kau! Aku sayang kau! Tapi, kau tak pandang pun semua tu! Kau buat tak tau je! Sebab tu aku pendam semua perasaan aku dekat kau!" Farid mula bersuara "Aku minta maaf! Tapi, aku...." Sarah terkedu dengan kata-kata Farid. Sarah belum menhabiskan kata-kata "Tapi jau cintakan Haziq! Aku tau! Aku nampak kau happy bila dengan Haziq! Jujur, hati ni sakit! Jujur, aku sedih tengok kau dengan dia! Aku cuba nak lupakan perasaan aku dekat kau! Tapi aku tak boleh! Aku makin sayangkan kau!" Farid meluahkan perasaannya terhadap Sarah sambil menitiskan air mata "Aku minta maaf! Aku tak boleh nak terima kau lebih daripada seorang sahabat! Aku sayangkan dia! Aku harap kau faham! Tolonglah! Jangan siksa diri kau sebab kau cintakan aku! Aku doakan kau bahagia dengan orang lain! Jujur, aku sayangkan kau! Tapi, sayang aku dekat kau sebagai sahabat aku! Maaf!" Sarah sedih melihat Farid "Kau tetap yang pertama dalam hati aku! Walaupun, suatu hari nanti aku dah ada yang lain!"Kata Farid kepada Sarah. Farid mula beredar dari tempat itu untuk pulang .....selepas Zohor.... " Sarah! Kau nak pergi sekarang ke?"Tanya Farid kepada Sarah "Ye! Dia tengah tunggu aku datang!"Jawab Sarah Farid terus menuju ke kereta dan mereka berdua pergi ke balai polis. Di dalam kereta, Farid dan Sarah tidak berkata apa-apa. Setelah itu, mereka berdua sudah pun sampai ke balai polis. Haziq melihat Sarah menunaikan janjinya. Haziq tersenyum melihat kemunculan Sarah di depannya. Sarah masak makann kegemaran Haziq iaitu Ayam masak kunyit sambal. Sarah juga membawa bubur beserta nasi di dalam mangkuk tingkat. Ayam masak kunyit sambal itu sudah di carikkan. " Boleh tak kau suapkan aku?"Haziq tiba-tiba meminta Sarah menyuapkannya makan "Malulah! Orang tengok!" Sarah berasa malu "Alaa! Sekali je! Pastu aku suap sendiri!" Haziq merayu Sarah menyuapnya makan "Okey! Nah!" Sarah menyuap Haziq makan sambil dilihat Farid Farid keluar dari balai itu. Sarah dan Haziq melihat Farid pergi. Sarah berasa bersalah dengan Farid. Beberapa minit kemudian, Haziq telah selesai makan. Sarah meminta diri untuk pulang. "Aku balik dulu ye! Assalamualaikum!" Ucap Sarah "Okey! Waalaikumsalam!" Balas Haziq ...Dalam Mahkamah... Hitung waktu tiap jam di dalam tirai besi, akhirnya perbicaraan kes yang melibatkan kematian Fateha serta Haziq bakal dimukai. Haziq hanya diam membatu duduk di dalam kotak perbicaraan. Sarah dipanggil sebagai saksi pertama untuk mula bicara. Sarah menceritakan satu per satu apa yang telah berlaku. Setelah selesai bicara, Ustaz Rafie pula dipanggil sebagai saksi kedua. Ustaz menceritakan semuanya kepada Hakim sebelum Haziq mengalami masalah mental. Selanjutnya pula, Haris iaitu adik Haziq dipanggil sebagai saksi ketiga dan terakhir. Haziq menceritakan tentang masah mental yang dihidapi oleh abangnya iaitu Haziq. Haris juga menunjukkan surat rawatan sakit mental Haziq kepada Peguam. Peguam menyerahkan surat itu kepada Hakim. Setelah diteliti, Hakim bertanya "Siapakah doktor psikatri yang merawat Haziq?". Dengan lantas, Doktor Nazirah bangun dan berkata " Saya berani bersumpah, bahawa saya yang merawat Haziq Tuan Hakim!". Tuan Hakim berkata "Mahkamah akan berehat 3 minit! Tuan-Tuan dan Puan-Puan boleh tunggu sebentar dan tidak dibenarkan beredar segali kes belum selesai! Terima kasih!". Tuan Hakim bersurai dan menuju ke bilik kecil untuk berbincang kes ini bersama peguam yang lain. Selang 3 minit, Tuan Hakim datang kembali. Tuan Hakim berkata " Saya dapati bahawa yang dituduh membunuh tanpa kawalan. Dan yang tertuduh akan dipenjara selama seminggu sebagai denda. Seminggu selepas itu, kes ini akan selesai dengan jayanya!". Tuan Hakim membunyikan ketukan sebagai kes ini selesai. Haziq tidak bicara sepatah pun. Haziq hanya menundukkan kepalanya. Haziq juga dibawa semula ke penjara tanpa melihat Sarah dan keluarganya sendiri. Sarah kasihan melihat Haziq yang akan dipenjarakan selama seminggu. Sarah hanya mampu berdoa supaya Haziq dapat tenangkan dirinya.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD