Sudah Ditemui

1628 Words
Malam dingin berlalu, Tok Dollah, Farid, Haris dan Zulkifli bersama Ustaz Rafie serta anak buahnya mula mencari di waktu malam. "Kita nak pergi mana pula ustaz?" Tok Dollah ingin tahu "Kali ni, bukan rumah usang atau rumah lama! Rumah kita nak pergi kali ini, jauh dari perkampungan. Kawasan pinggirnya juga bersemak! Tapi ada orang tinggal dekat situ! Tak apa! Pak Dollah dengan yang lain ikut saja!" Jelas Ustaz Rafie "Tak apalah kau ustaz sudah kata begitu! Kami ikut saja!" Ucap Tok Dollah Mereka masuk ke dalam kereta dan mula bergerak menuju ke arah rumah yang Ustaz Rafie katakan sebentar tadi. "Ini ke rumahnya, ustaz?Haris bertanya kepada Ustaz Rafie " Inilah rumahnya!"Jawab Ustaz Rafie "Tapi ustaz, rumah ni macam saya kenal je!" Haris mula berfikir "Betul ke Haris?" Ustaz Rafie mula ragu-ragu "Betul ustaz! Saya macam kenal rumah ni!" Haris mengiakan pertanyaan itu Haziq mengetuk bilik Sarah. Sarah membuka pintu bilik itu. "Jomlah kita pergi sekarang!" Haziq mengajak Sarah. Tapi Haziq masih menutup mukanya "Okey!" Sarah mengikuti Haziq Setelah Haziq membuka pintu, Semua yang berada di situ terkejut. "Sarah! Alhamdulillah Sarah selamat!" Tok Dollah mengucapkan kesyukuran "Atok! Bila semua sampai sini?" Sarah hairan "Kamu bertiga, tangkap lelaki itu!" Arah Ustaz Rafie Haris, Farid dan Zulkifli patuh dan menangkap Haziq. Ustaz Rafie membuka tutup muka yang dipakai oleh Haziq. Semua yang berada di situ terkejut. "Haziq! Kamu rupanya!" Ustaz Rafie bingung "Abang! Kenapa abang buat semua ni?" Haris bertanya kepada Haziq "Hahaha! Kenapa? Terkejut! Ini semua sebab ustaz! Kalau bukan sebab ustaz, saya tak akan jadi macam ni lah!" Haziq menengking Ustaz Rafie "Apa sebenarnya ni ustaz? Bagitau kami hal sebenar!" Tok Dollah memaksa Ustaz Rafie berkata yang sebenarnya "Ustaz marah dekat Haziq sebab pinang Solehah time Form 3! Solehah dengan Haziq suka sama suka! Diorang tak nak berlaku maksiat, jadi diorang berdua minta persetujuan dari ustaz untuk restu pernikahan diorang. Tapi ustaz tak setuju dan marah! Sebab masa tu Solehah dengan Haziq masih muda untuk berumahtangga! Diorang berdua pasrah. Terpaksa berpisah! Sampai satu masa diorang berjumpa! Solehah minta maaf dekat Haziq! Solehah cerikan hal sebenar pada Haziq yang Ustaz Rafie terima pinangan daripada keluarga Amsyar! Amsyar suami kepada Solehah! Solehah menangis cerita semua dekat Haziq! Haziq kesal dan marah! Haziq sedih pastu pergi dari Solehah! 4 bulan Haziq merana, kecewa sampai dia hampir bunuh diri! Nasib masa tu, Mak ayah dia ternampak! Kalau tak, dia dah arwah! Keaadan Haziq makin parah sampai dimasukkan ke hispital sakit jiwa! Haziq selalu berhalusinasi! Haziq dalam hospital tu 4 bulan tapi belum pulih sepenuhnya! Haziq masih bergantung pada ubat untuk kawal emosi dia yang tak stabil!" Sarah menjelaskan semua kepada mereka "Sarah! Macam mana kau tau semua ni?"Farid bertanya kepada Sarah " Kalau korang nak tau, aku, Fateha dengan Haziq dulu jawan baik! Haziq cerita semua dekat aku, tapi tak cerita semua dekat Fateha! Sebab dia tak nak Fateha susah hati sebab dia cintakan Fateha! Kekasih Haris dulu!"Sarah berkata kepada mereka "Jadi korang dah lama kenal!" Haris berasa sebak "Aku belum habis cerita lagi! Lepas Haziq dah pulih sedikit, dia terjumpa aku dengan Fateha! Kebetulan kitorang satu sekolah! Aku tak sangka pula Haziq jatuh cinta dekat Fateha tapi Fateha tolak dengan baik! Sebab Fateha dah dah terima cinta kau Haris. Haziq cemburu! Dia mula berubah emosi! Haziq makin marah bila dia nampak kau dekat dengan Fateha! Dia nangis! Dia di luar kawalan! Dia culik Fatehah bawa dekat rumah ni! Diorang berdua beetengkar! Haziq hempas semua barang ke lantai! Haziq ambil tindakan untuk hiris tangan dia! Tapi Fateha tahan! Diorang bergelut! Haziq tak segaja terkelar leher Fateha! Haziq takut! Dia tak tau nak buat apa!/Dia bersihkan darah dekat Fateha! Dia masukkan Fateha dalam keranda! Haziq cuba lupakan Fateha! Tapi bila dia terjumpa aku, dia berubah hati! Dia tiba-tiba jatuh cinta dekat aku! Dia nak balas dendam dekat korang sebab dia cemburu tengok korang rapat dengan aku! Dia dah stop ambil ubat tu! Haris! Tak akan kau tak nampak perubahan dia!" Sarah menjelaskan dengan lebih detail "Aku tak tau! Sebab dia dah tak rapat dengan aku! Dulu memang kitorang rapat! Tapi, sejak jadi macam ni, dia jauhkan diri dari aku!" Haris jelaskan kepada Sarah "Lepaskan dia!" Sarah menyuruh mereka lepaskan Haziq "Kau pasti nak lepaskan dia?" Farid risau melihat Sarah Sarah sendiri membuka ikatan Haziq. "Biar aku sendiri yang bawa dia! Ustaz! Tolong bawa jenazah Fateha! Ada dekat dalam bilik tu!" Sarah meminta Ustaz Rafie membantunya Ustaz Rafie serta anak buahnya membawa keranda itu keluar dan dimassukkan ke belakang kereta Ustaz Rafie. Sarah memegang lengan baju Haziq dan masuk ke dalam kereta Farid. Sarah dan Haziq duduk di kerusi belakang. "Farid! Cepatlah! Bawa kitorang balik!" Farid dan Haris masuk ke dalam kereta itu dan bertolak untuk pulang Tok Dollah dan Zulkifli tumpang kereta Ustaz Rafie. Mereka semua sudah pulang dengan selamat ke rumah Tok Dollah. "Haa! Tu kereta diorang!" Aliya berkata kepada Suraya "Tapi! Siapa lelaki yang Sarah bawa tu?" Suraya bertanya kerana hairan "Sarah! Alhamdulillah! Kau selamat!" Aliya dan Suraya memeluk Sarah "Sarah! Siapa lelaki tu?" Suraya ingin tahu lebih lanjut "Kita bincang dekat dalam je! Nanti aku cerita dekat korang semua! Haziq! Marilah masuk!" Sarah berkata sambil mengajak Haziq masuk ke dalam rumah. Ustaz Rafie dan anak buahnya mengangkat keranda dan dibawa masuk ke dalam rumah. Mereka semua duduk di ruang tamu. "Ustaz! Tak nak minta maaf ke, dekat Haziq? Saya tak nak masalah ni semakin rumit! Yang lepas tu, biarlah berlalu! Jangan ingatkan balik!" Sarah merayu kepada Ustaz Rafie "Saya bukan orang yang baik! Saya mengaku silap saya! HaZiq! Tolonglah, kamu maafkan pak cik! Jujur, pak cik rasa tak tenang sejak kamu menghilangkan diri! Anak pak cik, Solehah, dah dua kali gugur! Hidup kami sekeluarga tak tentu arah! Sejak kejadian tu, pak cik sedar, yang Allah sedang tegur kesalahan pak cik terhadap kamu! Pak cik harap sangat, kamu jangan ambil hati! Pak cik merayu, tolong maafkan pak cik! Kalau pak cik terima kamu, semua ni tak akan terjadi! Dan diorang semua tak kena ganggu dengan benda tu! Maafkan pak cik ye!" Ustaz Rafie merayu sambil menangis kepada Haziq untuk memaafkannya "Saya dah lama maafkan pak cik sekeluarga! Sepatutnya, dari dulu aku dengar cakap Sarah untuk makan ubat tu! Kalau aku makan ubat tu, mungkin aku dapat kawal diri aku! Aku terlalu ikut emosi, sampai aku kehilangan orang yang aku sayang! Cukuplah! Aku merana bila kehilangan Fateha! Sekarang, aku tak nak kehilangan kau Sarah! Tolong jangan tinggalkan aku Sarah!" Haziq berkata dengan nada sedih. Haziq memaafkan Ustaz Rafie dan Haziq merayu kepada Sarah supaya tidak meninggalkannya. "Aku janji tak akan tinggalkan kau! Tapi, kau kena tepati janji kau! Esok, lepas kita semua uruskan jenazah Fateha, kita terus pergi balai polis! Jangan risau, aku akan jadi saksi pertama!" Kata Sarah kepada Haziq "Saksi pertama? Ada saksi lain ke?" Zulkifli berasa hairan "Kita ada tiga saksi! Saksi kedua tu Haris! Saksi yang ketiga pula, Ustaz Rafie! Harap Ustaz Rafie dengan Haris dapat membantu!" Sarah berharap Haris dan Ustaz Rafie boleh membantunya. "Semua bukti dah ada ke?" Aliya bertanya pula "Surat rawatan Haziq ada pada aku! Dah lama aku simpan! Aku tak pernah keluarkan dalam beg aku! Surat rawatan tu untuk bukti terakhir! Bukti pertama, aku kena cerita pasal Fateha! Ustaz Rafie kena cerita pasal kes Solehah dengan Haziq! Haris pula, kena cerita pasal masalah mental Haziq! Lagipun, aku dengan Fateha tak pernah panggil Haziq tu gila! Dia cuma tertekan! Dia perlukan bimbingan dan sokongan! Aku akan bantu dia! Sebab aku, cintakan dia!" Ucap Sarah sambil masuk ke dalam bilik "Atok! Haziq tidur dengan atok boleh? Nek Eton tidur dengan Mak Su! Boleh kan?" Sarah keluar bilik sambil bertanya kepada Tok Dollah "Tak apalah! Haziq boleh tidur dengan atuk! Marilah Haziq! Sebelum tu, kamu ambil wudhuk, solat dalam bilik atok!" Tok Dollah mengajak Haziq ke biliknya dan menyuruhnya solat Farid menahan rasa cemburu melihat Sarah ambil berat terhadap Haziq. Farid pergi ke tandas untuk mengambil air wudhuk untuk solat Isyak. Farid terserempak dengan Haziq yang baru sahaja keluar dari tandas itu. "Kau suka Sarah kan?" Haziq dengan tiba-tiba bertanya soalan itu kepada Farid "Kau merepek apa tanya aku soalan tu?" Farid mula tidak senang mendengar pertanyaan daripada Haziq "Aku tau! Kau suka dekat Sarah! Aku nampak kau asyik pandang Sarah!" Kata Haziq kepada Farid "Kalau aku suka dia pun kenapa? Ada masalah ke?" Farid mula menahan emosi "Aku tak suka kau cuba ambil perhatian daripada dia! Aku tak nak kau dekat sangat dengan dia! Faham!" Haziq memberi amaran kepada Farid lalu pergi Farid berasa bengang dengan sikap Haziq sebentar tadi. Di kamar Sarah pula, Aliya dan Suraya serta Sarah sedang bualkan sesuatu. "Sarah! Aku nak tanya sikit!" Aliya mula berbicara "Apa dia? Cakap je lah!" Sarah menyuruh Aliya berkata hal yang ingin dikatakan "Kau betul-betul ke, cintakan Haziq?" Aliya bertanya soal hati "Kenapa kau tiba-tiba tanya aku soalan tu?" Sarah hairan dengan Aliya "Bukan apa! Kau pun tau kan, yang dia bunuh Fateha! BFF kau sendiri! Aku tak nak kau menyesal pilih dia!" Aliya seperti mempengaruhi Sarah "Aku tau dia bunuh Fateha! Tapi dia masa tu tak waras! Dia tak boleh kawal emosi dia! Lagipun aku dah lama cintakan dia! Aku tak faham! Kenapa kau tiba-tiba ungkit benda dah lepas!"Sarah bengang dengan kata-kata Aliya " Kau jangan salah faham! Aku cuma cakap je! Lagipun, Farid kan suka dekat kau! Aku kesian dekat Farid tu!"Aliya cuba elak salah faham "Aku tetap pilih Haziq! Lagipun aku dah lama kenal dia sebelum aku kenal Farid lagi! Haziq tu dulu tak macam tu tau! Tapi, sebab tekanan emosi, dia ada masalah mental! Kau jangan ingat, aku tak sayang Fateha! Fateha pun tak nak benda ni berlaku tau! Pasal Farid tu, biar aku sendiri bincang dengan dia! Takpelah! Aku nak tidur!" Sarah kecewa dengan kata-kata Aliya dan terus baring Suraya tidak mahu mencampuri urusan Aliya dan Sarah. Suraya hanya tidur saja.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD