Mencari Kepastian

1653 Words
Selang petang ingin ke senja, Lelaki misteri yang mengurung Sarah di bilik itu telah keluar dari rumah. Bilik Sarah pula tidak dikunci. Sarah keluar dari kamar itu untuk mencari kepastian apa di dalam kamar yang tertutup rapi itu. Walaupun telah dihalang, Sarah tetap berdegil dan ingin mengetahui apa yang tersembunyi di dalam bilik itu. Sarah jalan dengan berhati-hati. Apabila sampai di pintu bilik itu, Sarah membaca Basmalah serta niat di dalam hati agar benda itu tidak mengetahui dirinya masuk di dalam bilik itu. Sarah perlahan-lahan membuka pintu bilik itu. Dirinya terkejut melihat dalam bilik itu ada barang-barang seperti perbuatan syirik. Sarah masuk ke kamar itu dengan jantung berdebar-debar. Sarah terlihat seperti sebuah kotak panjang yang ditutupi kain. Sarah dengan berani membuka kain itu. Siapa sangka, rupanya itu adalah sebuah keranda. Sarah berasa gugup untuk membuka apa yang ada di dalam keranda itu. Sarah tetap beranikan dirinya untuk membuka keranda itu. Alangkah terkejutnya, rupa-rupanya di dalam keranda itu adalah mayat Fateha yang sudah dibalut kain kafan. Sarah menutup mulutnya sambil menangis. Sarah bangun dan menutup kembali keranda itu agar lelaki misteri itu tidak menyedari bahawa dia memasuki bilik tersebut. Sarah menutup kembali pintu bilik itu dan terus masuk ke biliknya sambil menutup pintu. Sarah menangis sendirian tanpa membunyikan suaranya agar tidak ada sesiapa mendengarnya menangis. Sarah tiba-tiba sahaja terdengar bunyi pintu utama rumah dibuka. Sepertinya lelaki misteri itu sudah pun pulang. Sarah mengesat air matanya dan baring di atas katil sambil pura-pura tidur. Lelaki misteri itu menghampiri bilik Sarah dan membuka pintu biliknya. Dia melihat Sarah sedang tidur. Lelaki misteri itu menutup kembali pintu bilik itu dan duduk di ruang tamu. "Macam ada yang pelik! Perasaan aku je kot!" Lelaki misteri itu mula rasa sesuatu yang aneh di rumah itu. Sarah bangun dari katilnya itu lalu duduk. Lelaki misteri itu datang kembali ke arah biliknya. "Haa! Dah bangun! Nah! Aku belikan kau makanan!" Lelaki misteri itu menghulurkan makanan kepada Sarah Sarah hanya mengambil makanan itu tanpa berkata sepatah ayat. Lelaki misteri itu pelik melihat Sarah. Selalunya Sarah akan mengucapkan terima kasih kepadanya. Lelaki misteri itu keluar dari bilik Sarah. Setelah beberapa minit, Sarah keluar dari bilik itu setelah selesai makan. Sarah beranikan diri mendekati lelaki misteri itu. "Aku nak tanya!" Sarah mula berbicara "Kau nak tanya apa?" Lelaki misteri itu sedang bermain telefonnya "Kau kenal Fateha?" Reaksi lelaki misteri itu berubah saat Sarah bertanya hal itu. "Kenapa? Tiber tanya aku soalan tu?" Lelaki misteri itu bertanya kembali "Tak ada apa! Aku cuma nak tau! Manalah tau, kau kenal Fateha! Atau kau ada sembunyikan sesuatu dari aku?" Sarah bertanya lagi dengan muka curiga. "Kau boleh tak jangan kacau aku dekat sini! Kau pergi masuk bilik kau sekarang!" Lelaki misteri itu mengarahkan Sarah masuk ke bilik itu. "Tak nak! Nampak sangat kau ada sembunyikan sesuatu dari aku! Kalau kau kenal aku, sudah tentu kau kenal Fateha! Kalau tak, tak adalah kau beria culik aku!" Sarah sengaja menekan emosi lelaki misteri itu. "Hey! Kau masuk bilik tu sekarang! Jangan sampai, aku heret kau!" Lelaki misteri itu tiba-tiba marah kepada Sarah. "Heh! Marah! Betul ke? Kau tau tak, walaupun kau tutup muka kau, gaya kau tu aku macam kenal!" Sarah sambung bicara. "Apa kau cakap ni?" Lelaki misteri itu berasa marah. "Kau Haziq kan? Aku kenal kau! Bukalah tutup muka kau tu! Aku nak tengok!" Sarah menatap lelaki misteri itu. "Okey! Kau nak tau sangat kan! Aku buka tutup muka aku sekarang! Harap kau tak terkejut lah!" Lelaki misteri itu membuka tutup mukanya itu. Sarah terkejut melihat rupa lelaki misteri itu. Memang benar sangkaannya selama ini. Bahawa lelaki itu adalah Haziq. Haziq adalah sahabatnya dulu bersama Fateha. Haziq waktu itu Tingkatan 4. Fateha dan Sarah ketika itu Tingkatan 1. "Tak sangka! Betul apa aku fikir selama ini! Fateha! Apa kau dah buat dekat Fateha?" Sarah bertanya dalam keadaan menitiskan air mata. "Apa kau cakap ni?" Haziq cuba mengelak dari menjawab pertanyaan Sarah. "Tolonglah! Jangan tipu aku! Aku dah tau semuanya! Kau tau tak, rumah ni sama macam dalam mimpi aku. Tu! Dalam bilik tu! Aku dah masuk dalam bilik tu! Fateha ada dalam keranda tu!" Sarah berkata sambil menangis "Oh! Kau dah tau! Aku dah cakap, jangan masuk bilik tu! Kau memang degil kan!"Haziq marah kepada Sarah " Bagitau aku sekarang! Apa dah jadi sebenarnya! Dulu kau tak macam ni tau! Apa dah jadi antara kau dengan Fateha! Bagitau aku sekarang! "Sarah marah kepada Haziq " Kau nak tau! Baik! Aku cerita dekat kau! Kau tau tak, aku sakit hati bila Fateha bercinta dengan Haris! Adik aku! Aku sedih! Aku marah! Aku nak jumpa dia! Tapi langkah aku terhenti! Kau tau tak, aku nampak Haris dengan Fateha bahagia! Hahaha! Aku makin tak tentu arah bila tengok diorang bersama! Aku bagitau Fateha yang aku dah lama suja dekat dia! Tapi dia tolak cinta aku sebab...dia setia dengan Haris! Aku rasa tak terkawal amarah aku! Aku culik dia! Bawa dia dekat rumah ni! Kitorang berdua gaduh! Aku cakap aku tak boleh lupakan dia! Tapi dia cakap dia tak boleh cinta aku! Dia minta maaf sebab tak boleh nak terima cinta ku! Dia kata hati dia cinta dekat Haris! Aku mengamuk! Aku hempas semua barang dekat dalam rumah ni! Dia cuba tenangkan aku! Aku ambil kaca pecah tu nak hiris tangan aku tapi dia cuba halang! Kitorang bergelut! Aku tak sengaja terhiris lihir dia! Aku takut! Aku tak tau nak buat apa! Aku kemas rumah ni termasuk darah yang mengalir! Aku cuba selamatkan Fateha tapi tak sempat! Dia dah tak bernyawa! Aku bersihkan darah dekat leher dia! Aku terus balut dua dengan kain putih! Aku masukkan dia dalam keranda! Aku marah sangat! Aku nak balas dendam dekat adik aku! Tapi aku terjumpa kau! Aku tak sangka boleh jatuh cinta dekat kau! Sebab tu, aku plan nak ganggu korang semua! Biar korang jadi gila! Hahaha!"Haziq menjelaskan situasi yang berlaku. Sarah terkejut dengar kisah itu. "Kenapa kau buat dia macam tu? Kenapa kau tak uruskan jenazah dia dengan sempurna?" Sarah meninggikan suara kepada Haziq "Hey! Kalau aku buat macam tu, aku akan masuk lokap! Aku tak nak!" Haziq menjerit kepada Sarah "Sekarang aku dah fahsm kenapa kau tiba-tiba menghilangkan diri! Kau tak makan ubat ke?" Sarah bertanya kepada Haziq "Aku tak gila lah nak makan ubat tu! Kau memang dari dulu suruh aku makan ubat tu!" Haziq sentap apabila Sarah berkata seperti itu. "Kau akan hilang kawalan bila kau tak makan ubat tu!" Sarah kesal dengan Haziq "Kau boleh tak jangan sibuk suruh aku makan ubat tu!" Haziq geram dengan tindakan Sarah "Aku bukan nak menyibuk! Tapi aku risau keadaan kau sekarang! Cubalah faham!" Sarah menasihati Haziq "Yang kau sibuk ambil berat pasal keadaan aku ni kenapa? Haa!" Haziq bengang dengan Sarah "Sebab aku sayangkan kau!" Sarah terlepas cakap "Sayang? Sejak bila?" Haziq terkejut dengan kata-kata Sarah "Sejak kau layan aku dan Fateha dengan baik! Masa tu aku dah tau, yang kau suka dekat Fateha! Aku tak nak jadi penghalang! Aku cuba nak terus-terang dekat kau tentang perasaan aku! Tapi tak jadu! Sebab aku tengok kau suka dekat Fateha! Kau selalu datang dekat Fateha! Jujur, aku sedih! Tapi aku sembunyikan semua perasaan tu supaya kau dengan Fateha tak syak apa-apa! Tapi, bila dah jadi macam ni, aku tak tau nak fikir macam mana! Aku kecewa dengan tindakan kau! Tapi, hati aku hanya Tuhan je tau!" Sarah menjelaskan isi hatinya kepada Haziq. Haziq terkedu dan berdiam diri sahaja. Sarah masuk ke biliknya dan menutup pintu biliknya. Sarah menangis di dalam bilik itu. Haziq terduduk dan meletakkan kedua belah tangan di telinganya sambil menangis sendirian. "Aku masih cintakan kau! Tolonglah berubah! Demi aku dengan Fateha!" Sarah berbisik dalam hatinya "Aku minta maaf! Aku minta maaf! Tolong jangan benci aku! Aku masih sayangkan kau!" Haziq berbicara dalam hatinya yang sedih Sarah baring di atas katil dan masih bersedih. Haziq pula duduk di atas kerusi malah masih memikirkan hal yang berlaku tadi. Haziq berasa bersalah. Dia tau bahawa dia tidak dapat memutar balik masa untuk membetulkan kesilapannya. Haziq melihat fotonya bersama Sarah dan Fateha yang dahulu bahagia tanpa ada perselisihan. Akibat cinta, orang lain menjadi mangsa. Haziq menggenggam foto di tangannya. Dia tidak dapat menahan sedih. Dia juga tidak menyangka boleh jadi seperti ini. Haziq baring di sofa lalu terlelap. Begitu juga Sarah, dia tertidur di atas katil. Beberapa minit kemudian, Sarah terbangun dari tidurnya. Sarah keluar dari bilik dan menuju ke arah Haziq. "Kau okey?" Sarah bertanya khabar Haziq "Aku okey!" Haziq berkata tanpa memandang Sarah "Kau tak nak serahkan diri pada polis?" Sarah bertanya lagi "Kenapa? Kau tak sabar tengok aku masuk penjara ke? Kau dah benci aku ke?" Haziq pula bertanya "Kau jangan merepek boleh tak! Aku cakap untuk kebaikan kau! Kau jangan risau, aku akan cerita semuanya! Mungkin hukuman kau akan ringan! Percayalah cakap aku!" Sarah berharap bahawa Haziq akan mendengar kata-katanya "Aku akan serah diri, tapi ada syarat!" Haziq ingin mengutarakan syarat kepada Sarah "Apa syaratnya?" Sarah ingin tahu "Aku nak kau selalu datang jenguk aku dekat penjara nanti! Aku tak nak kau tinggalkan aku! Aku perlukan kau!" Haziq menatap Sarah dengan wajah kasihan "Okey! Aku setuju dengan syarat kau!" Sarah bersetuju dengan Haziq "Tapi, kau kena janji yang kau akan tunggu aku! Kau tak akan curang dengan aku kan?" Haziq mula berubah "Itu aku tak pasti! Sebab jodoh di tangan Allah!" Sarah berkata kepada Haziq "Kau mesti janji!" Haziq menggenggam pergelangan tangan Sarah "Okey! Aku janji! Tapi, betul ke kau cintakan aku? Aku masih ragu! Sebab dulu kau....." Sarah sempat habiskan kata-katanya "Betul! Aku tak tipu kau! Aku betul-betul sayangkan kau!" Haziq lantas menjawab pertanyaan Sarah "Bila kau nak serahkan diri?" Sarah bertanya lagi "Malam ni boleh! Aku nak kau ikut aku!"Haziq pinta kepada Sarah supaya mengikutinya " Okey! Aku ikut kau! Lagipun aku sebagai saksi kes ni! Aku tak nak kau dapat hukuman berat! Aku masih simpan surat rawatan kau! Mungkin itu boleh jadi bukti!"Sarah jelaskan kepada Haziq "Terima kasih!" Haziq berterima kasih kepada Sarah "Sama-sama!" Sarah masuk ke biliknya
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD