Misi Mencari Bermula

1534 Words
Assalamualaikum!"Ustaz Rafie datang ke rumah Tok Dollah "Waalaikumsalam!" Tok Dollah menyahut salam itu "Masuklah ustaz!" Tok Dollah menjemput Ustaz Rafie masuk ke rumah "Kita strait to the point je lah! Kita mula operasi mencari Sarah petang ke malam?" Pertanyaan Ustaz Rafie itu melegakan hati Tok Dollah "Ikut ustaz lah! Tak kisah petang atau malam! Saya ikut je!" Tok Dollah merendah diri "Apa kata kita cari tengahari ni! Kalau tak jumpa, boleh cari petang. Kalau tak jumpa, kita cari malam. Andai kata masih tak jumpa, kita cari saja esok!" Itulah perjelasan Ustaz Rafie kepada Tok Dollah "Elok juga apa yang ustaz kata tu! Sebenarnya, kami semua risau tentang keadaan Sarah tu! Lagi pula, Sarah tu rapat dengan saya! Abangnya si Syazwan tu rapat dengan Nek Eton!" Tok Dollah menerangkan kepada Ustaz Rafie "Okeylah! Kalau semua dah setuju, kita mula mencari sekarang! Nanti masuk waktu Zohor pula!" Ucap Ustaz Rafie "Baiklah!" Ujar Tok Dollah "Siapa yang nak ikut kita mencari? Takkan Pak Dollah sorang je?" Pertanyaan Ustaz Rafie diutarakan kepada Tok Dollah "Bukan kita berdua saja yang pergi mencari! Haris, Farid dengan Zulkifli juga akan ikut kita mencari Sarah!" Tok Dollah menjawab pertanyaan daripada Ustaz Rafie "Tok! Kami nak ikut boleh?" Aliya menyanyakan soalan kepada Tok Dollah "Ye tok! Kami nak ikut juga!" Suraya merayu kepada Tok Dollah "Beginilah ye! Tak apa! Aliya dengan Suraya boleh ikut mencari! Tapi ingat, petang dengan malam nanti kamu berdua tak boleh ikut kami pergi mencari! Faham!" Tok Dollah memberi peringatan kepada Aliya dan Suraya "Baik tok!" Suraya dan Aliya berkata dengan faham "Bukan apa ustaz, Aliya dengan Suraya ni kan perempuan! Tak eloklah diorang berdua tu ikut mencari! Levih-lebih lagi waktu petang dengan malam!" Tok menjelaskan kepada Ustaz Rafie "Takpe Pak Dollah! Saya faham apa yang Pak Dollah nak bagitau saya tu! Lagipun, diorang berdua ni lemah semangat! Tak sama macam si Sarah tu! Saya tak sangka yang Sarah tu berani walaupun dalam keadaan takut. Sarah tu ada perasaan ingin tahu apa yang berlaku! Macam tu lah Pak Dollah!" Ulas Ustaz Rafie panjang lebar "Dahlah! Panjang pula kita berbual! Tak pasal-pasal membawa ke petang!" Sakat Tok Dollah "Itulah! Jom kita pergi sekarang!" Ajak Ustaz Rafie sambil memakai seliparnya yang berada di luar rumah "Kita nak cari dekat mana ustaz?" Haris mula bertanya kepada Ustaz Rafie "Kita cari dulu dekat kebun kelapa sawit tu! Katanya dekat situ ada rumah kosong! Bukan apa, selalunya orang tu akan bersembunyi dekat rumah tak ada orang! Lepas itu rumahnya mesti jauh dari perkampungan!" Ustaz Rafie menjelaskan kepada mereka semua Tok Dollah, Aliya dan Suraya menaiki kereta Ustaz Rafie. Manakala, Farid, Haris, dan Zulkifli berada di kereta yang dibawa oleh Farid. Mereka semua menuju ke tempat yang diberitahu oleh Ustaz Rafie sebentar tadi. "Betul ke tempat ni ustaz?" Aliya bertanya kepada Ustaz Rafie tentang tempat itu "Betullah ni tempatnya! Kenapa?" Ustaz Rafie bertanya kembali kepada Aliya "Tempat ni nampak menyeramkanlah ustaz!" Aliya berkata kepada Ustaz Rafie "Ye lah ustaz! Tak ada apa-apa ke datang sini?" Suraya menyoal pula "In Shaa Allah tak ada apa-apa!" Ustaz Rafie menenangkan Aliya dan Suraya "Tu lah. Nak sangat ikut!" Zulkifli menyindir Aliya dan Suraya "Inikan tengahari! Bukannya senja atau malam! Tak akan lah benda tu nak ganggu korang berdua!" Farid menasihati Aliya dan Suraya "Lainlah kalau korang berdua, kacau tempat dia! Barulah benda tu akan kacau korang!"Haris menggelengkan kepala melihat Aliya dan Suraya " Dah! Dah! Jangan bising! Ustaz! Kita teruskan je!"Tok Dollah mengarahkan Ustaz Rafie untuk meneruskan operasi mencari. "Baiklah! Kita tengok dulu rumah tu! Ingat! Sebelum masuk tu, jangan lupa bagi salam! Jomlah kita masuk!" Ustaz Rafie memberi peringatan penting kepada mereka berlima. "Tapi, kami berdua tunggu dekat luar je lah!" Suraya berkata kepada yang lain "Tak apa ke? Tak nak ikut kami masuk dalam?" Tok Dollah bertanya kepada Aliya dan Suraya "Tak apa! Tak apa! Kami tunggu luar je!" Ujar Aliya "Tak apa lah! Kalau Ada apa-apa, boleh panggil kami!" Arah Ustaz Rafie kepada Aliya dan Suraya "Okey ustaz!" Aliya dan Suraya berkata serentak Ustaz Rafie, Tok Dollah, Haris, Zulkifli dan Farid masuk ke dalam rumah usang yang telah lama terbiar. Aliya dan Suraya hanya menunggu di luar. "Wey! Tiba-tiba bulu roma aku naik wey!" Suraya berkata kepada Aliya dengan perasaan gementar "Aku pun! Tak apa! Kita zikir-zikir ke! Tenangkan hati dulu!" Aliya mengajak Suraya berzikir Suraya tidak sengaja melihat di celah pokok yang jauh sedikit dari tempat itu. "Wey! Cuba kau tengok sana tu!" Suraya hanya menggunakan isyarat mata menunjukkan arah tersebut. "Mana?" Aliya kehairanan "Alaa!! Dekat celah pokok tu! Kau tengoklah betul-betul!" Arah Suraya lagi "Pokok tu ke!" Aliya sudah melihat pokok itu "Kau nampak tak, apa aku nampak?" Suraya bertanya kepada Aliya dengan nada gelisah "Nampak! Aku nampak!" Aliya masih tertumpu pada tempat itu "Benda tu macam sedang perhatikan kita je!" Suraya semakin gelisah "Ye lah! Aku nak panggil diorang, tapi tak apa lah!"Aliya dan Suraya saling menggenggam tangan. Mereka berdua pucat lesu. " Woi!"Farid menegur Aliya dan Suraya "Ishh! Terkejut aku!" Aliya dan Suraya berasa terkejut "Korang berdua ni dah kenapa? Tengok-tengok dekat pokok tu!" Farid pelik melihat reaksi Aliya dan Suraya "Tadi, kitorang nampak something!" Aliya berkata kepada Farid "Apa yang korang nampak?" Haris mencelah "Tu! Dekat celah pokok tu, macam ada someone sedang perhatikan kitorang! Seram!" Suraya berkata dengan perasaan gelisah "Kamu berdua ni okey ke tidak? Pucat je muka tu!" Tok Dollah khawatir melihat wajah Aliya dan Suraya yang pucat "Okey!" Aliya dan Suraya jawab serentak "Tak apalah! Kita balik! Lepas Zohor kita cari lagi! Dekat tempat lain pulak!" Ustaz Rafie mengajak mereka berlima pulang "Nah, korang! Minum air ni! Risau aku tengok! Pucat je muka tu!" Zulkifli menghulurkan air mineral kepada Aliya dan Suraya "Terima kasih!" Aliya dan Suraya mengucapkan terima kasih kepada Zulkifli "Sama-sama! Balik nanti korang berdua rehat je lah! Jangan fikir banyak! Korang jugak yang pening kepala!" Zulkifli menasihati Aliya dan Suraya "Okey! Kitorang ingat pesan kau!" Aliya membalas kata-kata Zulkifli Mereka semua berangkat pulang ke rumah untuk menunaikan solat Zohor. Aliya dan Suraya hanya berdiam diri di dalam kereta. Setelah sampai ke rumah, Aliya dan Suraya terus nasuk ke kamar dan tidur. "Bang! Dah kenapa dengan Aliya dan Suraya tu? Pucat muka diorang tu!" Nek Eton berasa hairan melihat rupa Aliya dan Suraya yang pucat itu. "Tadi, diorang berdua tu cakap yang ternampak kelibat yang tengah perhatikan diorang dekat celah pokok!" Tok Dollah menjawab pertanyaan Nek Eton "Pokok mana tu bang?"Nek Eton ingin tahu apa yang terjadi. " Pokok dekat dengan kebun kelapa sawit! Tempat tu pun menyeramkan lah juga! Dekat situ ada rumah usang yang sudah lama ditinggalkan orang!"Tok Dollah menjelaskan kepada Nek Eton. "Huh! Risau saya tengok diorang berdua tu! Harap diorang tak ada apa-apa!" Nek Eton mendoakan agar Aliya dan Suraya tidak terjadi sesuatu. "In Shaa Allah! Diorang kuat! Kalau diorang berdua tu bangun, awak bagi air yasin tu!" Arah Tok Dollah kepada Nek Eton. "Baiklah! Saya pergi dapur dulu ye bang! Nak tolong Mona masak!" Nek Eton meminta izin kepada Tok Dollah. Tok Dollah hanya mengangguk tanda faham. Selepas solat Zohor, Ustaz Rafie datang semula untuk meneruskan pencarian. Kali ini, Ustaz Rafie mengajak tiga orang anak buahnya iaitu Daniel, Azlan dan Nazri datang membantu untuk mencari. Kali ini, tempat yang ingin mereka pergi adalah rumah usang yang sudah bersemak tebal di luar. Rumah usang itu juga jauh sedikit dari perkampungan. "Rumah siapa pula ini ustaz?" Haris bertanya kepada Ustaz Rafie "Ini rumah pusaka yang telah lama ditinggalkan. Sejak tuan rumah meninggal, tidak ada waris yang datang tuntut tanah ini. Anak-anak tuan rumah itu pun tak nak jaga rumah ini! Itu yang jadi terbiar!" Jelas Ustaz Rafie "Kenapa diorang tak nak rumah ni?" Zulkifli bertanya lagi kepada Ustaz Rafie "Nak cerita, panjang kisahnya! Tak apa, saya ringkaskan saja! Tuan rumah itu dulu ada membela! Itu yang waris semua tak nak tuntut rumah ini! Waris rumah ini takut! Itu jadi terbiar!" Jelas Ustaz Rafie lagi "Oh! Faham!" Ujar Farid "Kita masuk sama-sama lah ye! Berisiko kalau kita berpecah! Faham-faham je lah ye!" Arah Ustaz Rafie "Baiklah ustaz!" Tok Dollah berkata kepada Ustaz Rafie "Assalamualaikum!" Ustaz Rafie memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah lama itu. "Kita pergi tengok dekat bilik tu!" Ajak Ustaz Rafie Mereka semua melihat di bilik itu tidak ada apa-apa di dalamnya. Beberapa minit setelah mereka mencari, Ustaz Rafie mengajak mereka semua pulang. "Nampaknya, dekat sini pun tak ada apa-apa! Kita balik dulu. Malam nanti kita pergi cari lagi ye!" Ustaz Rafie berkata kepada mereka. "Kalau macam itu, tak apa lah ustaz! Kita cari malam pula!" Tok Dollah mengiakan ucapan Ustaz Rafie "Balik nanti, jangan lupa mandi air daun bidara! Bukan apa, untuk mengelak daripada benda-benda yang tidak elok berlaku. Mandi air daun bidara juga banya kebaikan dan manfaatnya. Selain itu, jin dan syaitan juga takut dengan pokok bidara! Seeloknya, Pak Dollah bolehlah tanam! Sebelum mandi tu, kita niat dalam hati supaya dijauhkan daripada benda-benda tak elok seperti jin, syaitan dan iblis!" Terang Ustaz Rafie panjang lebar "Baiklah ustaz! Kami akan ingat pesan ustaz tu! Terima kasih sebab sudi tolong keluarga saya!" Tok Dollah berkata dengan rendah diri. "Pak Dollah tak perlu berterima kasih dekat saya! Sudah jadi tanggungjawab seorang Muslim membantu orang Muslim yang laiin bila memerlukan!" Jelas Ustaz Rafie Mereka semua pulang selesai mencari di tempat itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD