Mencari Sarah

1780 Words
Sarah baru sedar dari pengsannya itu. Dia berasa sakit-sakit badan dan luka-luka di dahi. Dia memegang dahinya. Dahinya sudah di tampal plaster. Sarah baru perasan bahawa dirinya berada di tempat lain. Sarah terkejut dan hairan memikirkannya. "Macam mana aku boleh dekat sini?" Ucap Sarah sendiri "Aku dekat mana ni? Ni rumah siapa pulak ni? Siapa bawak aku kat sini?" Sarah semakin bimbang "Aku! Aku yang bawak kau kat sini! Aku bawak kau dekat sini tanpa pengetahuan diorang! Tapi aku rasa, mungkin diorang semua dah perasan kot sebab kau dah hilang!" Jawab lelaki misteri itu. Lelaki itu memakai baju sejuk sambil menutup kepalanya supaya tidak dikenali sesiapa pun. "Kau siapa? Jangan-jangan kau punca semua ni? Betul tak?" Sarah bertanya kepada lelaki misteri itu "Hehe! Kau nak tau ke? Takpelah! Dah alang-alang kau dekat sini, biar aku terus-terang jelah! Sebenarnya, aku yang hantar benda tu untuk ganggu kau!" Ulas lelaki misteri itu "Ganggu aku? Untuk apa?" Sarah berkata kerana ingin tahu "Aku hantar benda tu memang untuk ganggu kau. Supaya kau jadi gila. Tapi, bila aku tengok ada kawan-kawan kau, aku ubah fikiran! Aku fikir, lebih baik aku ganggu kawan-kawan kau daripada ganggu kau!" Ulas lelaki misteri itu "Kenapa nak ubah fikiran pulak?" Sarah bertanya kepada lelaki misteri itu "Supaya senang aku nak jumpa kau!" Jawab lelaki misteri itu "Senang nak jumpa? Maksud kau apa? Aku tak faham!" Sarah bertanya lagi "Huh! Macam ni lah ye! Bila aku hantar benda tu ganggu kawan kau, mesti kau risau, gelisah nak tau kenapa boleh jadi macam ni! Faham kan? Mesti kau nak bantu diorang selesaikan masalah yang terjadi! Tapi kan, aku respect dekat kau. Kau tau tak sebab apa? Sebab kau dengan dia hati sama-sama kuat. Tak mudah mengalah walau jatuh! Itulah yang buat aku suka dekat kau! Hahaha!" Ungkap lelaki misteri itu "Tak sangka kau ni memang jahat. Memang hati busuk. Bila tak dapat apa yang ingin dimiliki, mula nak buat sesuatu yang di luar jangkaan. Tak rasa bersalah ke?" Sindir Sarah "Hahaha! Lawak soalan kau tu. Takpe! Aku terhibur! Tapi kan, dalam rumah ni ada kita berdua je tau! Kalau kau cuba nak buat hal, nak larikan diri, aku akan buat lagi jahat daripada ni! Hahaha!" Lelaki misteri itu mengugut Sarah. Lelaki misteri itu bangun dan ingin keluar dari bilik itu. "Nanti!" Sarah menyuruh lelaki misteri itu berhenti "Apa? Ada nak cakap sesuatu ke?" Ujar lelaki misteri itu "Tadi kau ada cakap " dia". Siapa dia tu? Aku kenal ke?"Sarah inginkan kepastian "Kau boleh diam tak? Jangan nak banyak tanya!" Lelaki misteri itu menggertak Sarah Sarah menghampiri lelaki misteri itu. Sarah menolak lelaki misteri itu dan melarikan diri. Sarah melihat disekeliling rumah banyak semak samun. Lelaki misteri itu mengejarnya. Sarah berlari sekuat tenaganya supaya dapat hindarkan diri dari lelaki misteri itu. Sarah keletihan dan menyorok di balik pokok yang dilitupi semak. "Hey! Kau nak lari mana? Ini kawasan aku! Kau ingat aku tak boleh cari kau ke haa!" Ucap lelaki misteri itu. "Hey! Lepaslah!" Sarah menjerit Sarah ditarik hingga ke pintu rumah. "Lepaslah!" Sarah menjerit lagi Lelaki misteri itu melepaskan genggamannya. Dia menolak Sarah jatuh terduduk di atas katil. "Hey! Kau ingat ada orang dengar ke haa! Rumah ni jauh daripada orang kampung tau! Kau Jangan ingat boleh lepas!" Lelaki misteri itu keluar dari bilik k lalu mengunci bilik itu. "Hey! Bukaklah pintu ni! Bukaklah!" Sarah mengetuk pintu beberapa kali Lelaki misteri itu tidak mengendahkan kata-kata Sarah. Dia senyum sinis melihat bilik itu. Lelaki misteri itu keluar rumah dan mengunci pintu utama. Di tepi rumah itu ada yang mermerhati. "Jaga rumah ni! Tunggu aku balik!" Arah lelaki misteri itu kepada hantu itu Lelaki misteri itu berjalan kaki pergi ke kedai untuk membeli air dan nasi bungkus. Setelah selesai membeli, lelaki misteri itu berjalan pulang ke rumah sambil melihat sekeliling supaya tiada sesiapa mengekorinya. Lelaki misteri itu telah sampai ke rumah. Lelaki itu membuka pintu rumah dan menutupnya kembali. Lelaki itu membuka pintu bilik dan memberi Sarah makanan. "Nah! Aku ada beli makanan untuk kau!" Lelaki misteri itu menyuruh Sarah makan "Dari mana kau dapat duit? Ku nampak kau dekat rumah je tak kerja pun!" Sarah ingin tahu "Hey! Kau jangan banyak tanya boleh tak haa! Makan je lah! Banyak songeh betullah!" Lelaki misteri itu memarahi Sarah "Tak nak!" Sarah bertekad untuk tidak makan "Kenapa? Mesti kau ingat aku beli makanan ni guna duit haram! Eh! Ini duit simpanan akulah!" Lelaki misteri itu menjelaskan kepada Sarah "Betul ke? Tak percaya aku!" Sarah ragu-ragu "Hey! Kau ingat aku sengkek ke apa! Duit ni dari titik peluh aku sendiri tau! Duit ni duit time aku tak jadi tunang dulu! Kau faham!" Lelaki misteri itu meyakinkan Sarah "Tak jadi tunang? Jadi kau pernah bercinta lah?" Sarah bertanya lagi "Ishh kau ni! Banyak tanya eh! Aku gam mulut kau kang! Kau nak makan ke tak? Kalau tak nak aku ambik!" Lelaki misteri itu mengugut Sarah "Eh! Nak ambik pulak! Buruk siku! Kau tau tak aku dari tadi tahan lapar!" Ucap Sarah sambil menjamah nasi Lelaki misteri itu tersenyum melihat Sarah makan dan beredar lalu menutup pintu bilik. Di kampung Sarah pula, Tok Dollah masih berasa susah hati. "Tok! Mana ustaz ni? Lama tunggu!" Tanya Suraya "Betul tu tok!" Tambah Aliya "Sabarlah! Mungkin ustaz tengah sibuk! Kita tunggu je lah!" Tok Dollah menasihati Suraya dan Aliya "Tingg!! Tingg!! Tingg!!" Telefon rumah berbunyi "Hello! Assalamualaikum! Ye! Siapa ni? Oh, ustaz! Ustaz bila nak datang? Lama kami tunggu ustaz! Oh, ustaz pergi kenduri akikah cucu ustaz! Takpelah! Esok boleh je! Terima kasih ye ustaz! Waalaikumsalam!" Jawab Tok Dollah sambil angkat telefon "Ada apa tok?" Tanya Farid "Ustaz kata besok dia datang! Anak ustaz ada buat kenduri akikah!" Jawab Tok Dollah "Jadi, kita cari Sarah esoklah tok?" Tanya Zulkifli "Nampaknya begitulah!" Tok Dollah berkata kepada mereka "Okey!" Jawab Farid "Sabarlah! Kamu semua jangan risau. Malam ni, kita semua buat solat Hajat. Mintak-mintaklah supaya Sarah cepat ditemukan!" Arah Tok Dollah "Betullah apa kata tok tu! Kamu semua boleh pergi solat Asar! Dah nak dekat Maghrib ni!" Sambung Nek Eton Aliya dan Suraya berbual setelah selesai solat Asar. "Aku tak sangka, rupanya ni plan orang tu nak culik Sarah!" Ujar Aliya "Itulah. Dia suruh benda tu ganggu kita sebab nak dapatkan Sarah!" Tambah Suraya "Entahlah! Zaman sekarang ni tak kisah halal ke haram! Yang penting dapat apa yang dia nak!" Aliya menyambung bicara "Betul tu! Sepatutnya, dia doa pada Allah. Ini tak, buat benda syirik je! Tak fikir pun yang benda tu boleh memudaratkan dia sendiri!" Ucap Suraya "Sebab tu, sekarang ni susah nak cari orang yang betul-betul jujur. Ikhlas terima kita seadanya!" Sambung Aliya "Hmmmm...aku pun dah malas nak fikir pasal cinta ni! Aku terima je lah siapa yang nak masuk meminang aku!" Ujar Suraya "Kan!" Jawab Aliya ringkas. Sambil mereka tersenyum. Mereka solat Maghrib berjemaah bersama. Setelah itu, mereka membuat solat Hajat pula. "Mak! Ayah! Makanan dah siap tu. Jomlah makan! Korang pun joinlah sekali makan baru meriah!" Ajak Mak Su Mona "Kita makan dekat sini je lah! Lagipun ruang tamu ni luas!" Ucap Farid "Kamu berdua boleh tolong Mak Su angkat makanan tu bawak sini." Arah Tok Dollah Mereka makan bersama dengan rasa bahagia. Tiba-tiba sahaja Nek Eton menitiskan air mata. "Nek! Nenek okey ke?" Tanya Aliya "Tiba-tiba nenek rasa sedih pulak!" Jawab Nek Eton "Kenapa?" Tanya Suraya "Tiba-tiba nenek teringatkan Sarah! Tak taulah dia dah makan ke belum!" Ucap Nek Eton Aliya sedih mendengar kata-kata Nek Eton. Suasana yang ceria bertukar duka kerana mereka terfikirkan keadaan Sarah. Mereka semua sambung menjamah makanan dalam situasi sedih. Esok mereka akan mula operasi mencari Sarah. Pencarian akan bermula di kebun. .....lepas Isyak... Keheningan malam sunyi, Suraya terbangun dari tidurnya. "Aduh! Time ni lah nak sakit perut! Jamban pulak dekat luar. Aduh!!" Ucap Suraya sendirian "Aliya! Aliya! Bangunlah kejap!" Suraya mengejutkan Aliya bangun dari tidur "Haa! Ada apa? Orang ngantuk ni!" Aliya sedang mengantuk "Temanksn aku jap pergi jsmban! Takutlah sorang-sorang!" Ajak Suraya "Dah malam ni! Esok-esok je lah!" Ujar Aliya "Alaa! Aku tak tahan ni! Aku berak dekat sini nak?" Suraya mengugut Aliya "Ye lah! Cepat!" Ajak Aliya "Kenapalah jamban ni dekat luar! Kalau ada jamban dekat dalam kan takpe! Takdelah susah-susah kita keluar!" Aliya merungut "Kau jangan tinggalkan aku pulak! Dahlah aku nak berak!" Ujar Suraya sambil masuk ke jamban "Ye lah! Aku stay dekat sini!" Ucap Aliya Bunyi burung hantu merancakkan suasana. Aliya berasa seram mendengar gogokan burung hantu itu. "Wey! Cepatlah sikit! Aku takut ni!" Aliya tidak berasa tenang "Kejap! Lagi sikit ni!" Ujar Suraya "Aku dah siap dah!" Suraya baru selesai membuang hajat "Wey! Kau ada cium bau tak?" Tanya Aliya "Ada! Macam bau bangkai tikus pun ada!" Suraya terhidu bau aneh "Jomlah kita masuk! Makin seram pulak!" Ajak Aliya "Haaaa!" Aliya dan Suraya terkejut setelah menoleh "Haaa! Tok! Nek!" Suraya dan Aliya menjerit ketakutan Semua yang berada di rumah itu terbangun mendengar suara jeritan daripada Aliya dan Suraya. Mereka semua bergegas menuju ke lokasi tersebut. Mereka semua terkejut melihat kelibat wanita berambut panjang sedang mencekik Aliya dan Suraya. Lembaga itu adalah lembaga yang sama mengganggu mereka. Aliya dan Suraya masih bergelut untuk cuba melepaskan diri dari cekikan itu. Tok Dollah berusaha untuk membantu Aliya dan Suraya. "(membaca ayat Kursi hingga akhir)." Tok Dollah membaca ayat tersebut agar Aliya dan Suraya dapat dilepskan "Allahu Akbar! Astaghfirullahalazim!" Suraya dan Aliya mengucapkan ayat itu. Mak Su Mona dan Nek Eton membantu Aliya dan Suraya bangun lalu membawa mereka berdua masuk ke rumah. Tok Dollah memberikan air yasin kepada Aliya dan Suraya. Wajah Aliya dan Suraya kelihatan pucat lesu. Nek Eton dan Mak Su Mona menenangkan Aliya dan Suraya yang sedang menangis. Maklumlah, mereka masih trauma dengan kejadian tadi. Lelaki misteri yang menculik Sarah itu sedang tidur di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Sarah tidak dapat melelapkan matanya. Sarah membaca doa tidur beserta ayatul Kursi. Selang beberapa minit, Sarah dapat tidur tanpa ada gangguan. Lelaki misteri itu tidak tidur di dalam bilik, malah bilik itu adalah tempat yang tersembunyi sesuatu rahsia. Di bilik itu jugalah, rahsia bakal terjawab. Sarah juga dilarang memasuki bilik itu. Dia terpaksa menuruti agar tidak terjadi sesuatu terhadap dirinya. Sarah tetap akan berusaha untuk mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di balik bilik itu. Hatinya masih tertanya-tanya apa yang disembunyikan oleh lelaki misteri itu hingga melarangnya menjejakkan kaki untuk masuk ke bilik yang terkunci rapi. Kecelaruan dan kekeliruan membenam difikiran Sarah. Sarah pasti bilik itu tersimpan seribu saty rahsia yang bakal teeungkai apabila dia dapat memasuki kamar itu tanpa pengetahusn daripada lelaki misteri itu dan juga lembaga itu. Sarah juga telah bersiap-sedia dalam apa jua kemungkinan. Lebih-lebih lagi ini adalah berkenaan arwah teman karibnya itu. Sarah seorang yang berani dan tidak kekok. Hanya dengan bantyan Allah, semuanya dapat diselesaikan walau dirinya pasti mendapat banyak risikonya.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD