Senja Menjelma

1507 Words
"Wey! Korang tak risau ke? Aku rasa tak sedap hatilah!" Ucap Suraya "Tak sedap hati kenapa?" Sarah berkata kepada Suraya "Kau nak cakap apa sebenarnya ni, haa?" Tanya Aliya "Bukan apa, aku cuma risau je!" Jawab Suraya "Nak risau pasal apa? Cuba bagitau kitorang!" Ujar Aliya "Entahlah! Tapi hati aku ni, rasa tak sedap! Rasa lain tau tak!" Suraya tidak sedap hati "Apa kata kau tak payah fikir pasal ni! Kau banyakkan selawat ke, tak pun banyakkan zikir! In Shaa Allah, hati kau akan rasa tenang sikit?" Ucap Sarah "Betul apa Sarah cakap tu! Kau janganlah risau!" Kata Aliya "Okeylah! Suraya berkata sambil senyum ke arah Aliya dan Sarah " Aku yakin semua ni akan okey!"Sarah menyambung bicara "Kau nak pergi mana Aliya?" Suraya berkata kepada Aliya "Aku nak duduk luar jap. Bosanlsh kat dalam bilik ni! Tak buat apa-apa pun!" Aliya berkata sambil beredar Haris berdiri di tingkap lalu terlihat Aliya duduk sendirian di bangku pondok. "Woi!" Haris mengejutkan Aliya "Ishh kau ni! Terkejut tau tak! Aku lempang kang!" Aliya marah kepada Haris "Alahh!! Rilexlah! Saja gurau!" Ucap Haris "Gurau! Gurau! Aku pukul kau nak!" Ujar Aliya "Yang kau ni, buat apa duduk sini sorang-sorang?" Tanya Haris "Lantak akulah nak duduk sini! Sibuk je!" Ujar Aliya sambil menjeling Haris "Amboi! Garangnya! Orang tanya je nak marah! Tengah datang ke?" Haris perli Aliya "Kalau ye pun kenapa? Ada masalah?" Ucap Aliya "Patutlah garang semacam je!" Ujar Haris "Kau ni, buat apa datang sini?" Tanya Aliya pula "Saja! Tengok kau dekat sini, aku datanglah! Kau belum jawab lagi soalan aku! Kenapa kau duduk sini sorang-sorang?" Tanya Haris lagi "Aku tengah fikir ni!" Jawab Aliya "Kau fikir apa? Fikir hal semalam ke?" Tanya Haris yang ingin tahu "Ye lah! Tapi bukan tu je. Aku fikir apa akan jadi hari ni atau esok!" Ucap Aliya "Kau tak payah fikir sangat! Nanti stress pulak! Aku tengok kau ni dah kurus. Bukan kau je, Sarah dengan Suraya pun dah makin kurus!" Haris menasihati Aliya "Macam mana tak kurus, lepas satu, satu masalah timbul. Kitorang pulak takde selera nak makan!" Ulas Aliya "Kau sabarlah! In Shaa Allah, ada jalan penyelesaiannya! Kita berserah je pada Allah!" Ucap Haris "Ye lah! Tapi sampai bila! Kitorang tak tahanlah asyik kena ganggu! Lagi-lagi Sarah tu! Sarah lagi teruk kena tau! Bintik merah kat muka dia pun belum hilang lagi!" Aliya menitiskan air mata "Korang tak payah risau! Korang sabar je dulu! In Shaa Allah, semuanya pasti terjawab! Semua ni akan selesai! Aku yakin korang bertiga kuat." Haris sedih melihat Aliya sedang mengalirkan air mata "Terima kasih sebab bagi kata-kata semangat dekat aku!" Aliya senyum kepada Haris "Sama-sama!" Haris membalas senyuman itu ....waktu senja... "Suraya! Buat apa berdiri tepi pokok bunga tu! Masuk dalam! Dah senja ni, tak elok duduk luar tu!" Mak Su Mona memanggil Suraya "Kejap! Tengah chat mak! Kejap lagi masuk!" Ujar Suraya Suraya ingin masuk ke rumah tetapi ditegur seseorang. "Cu! Boleh tolong nenek tak?" Nenek tua meminta pertolongan kepada Suraya "Nenek nak mintak tolong apa?"Tanya Suraya pula " Nenek tak larat nak angkat barang ni sorang-sorang! Cu boleh tolong bawakan tak?"Ucap nenek tua "Boleh je nek! Mana rumah nenek?" Tanya Suraya "Rumah nenek dekat depan tu je!" Nenek tua menunjukkan rumahnya "Jauh tak nek?" Tanya Suraya lagi "Tak jauh pun. Selang 5 rumah nanti sampailah!" Jawab nenek tua "Oh. Jomlah nek! Dah senja dah. Nanti malam pulak!" Ajak Suraya "Iyelah. Jom!" Ajak nenek tua Suraya tanpa fikir panjang terus mengekori nenek tua itu. Suraya telah tiba di rumah nenek tua itu. "Nah nek! Saya balik dulu ye!" Ucap Suraya "Terima kasihlah sebab tolong nenek! Hati-hati jalan tu!" Nasihat nenek tua "Sama-sama!" Ucap Suraya Suraya memulakan perjalanan. Setelah beberapa minit, Suraya berasa hairan kerana dia masih berada di tempat sama walaupun sudah berjalan jauh. Suraya jalan lagi, tetapi masih berbalik di tempat sama. Suraya melihat rumah nenek tua itu sudah menjadi usang. Dia berasa hairan melihat rumah itu, kerana semasa dia datang, rumah itu cantii. Suraya berasa seram dan takut. Suraya menelefon trmannya tetapi handphon Suraya tidak ada line. Hari sudah gelap. Sarah sudah selesai solat Maghrib. Sarah baru perasan bahawa Suraya tidak ada. "Wey! Suraya mana? Aku baru perasan wey!" Sarah kehairanan "Entahlah! Dari tadi aku tak nampak!" Jawab Aliya Sarah dan Aliya menuju ke ruang tamu. Mereka berdua melihat Suraya tidak ada di ruang tamu. Farid, Haris dan Zulkifli pelik melihat reaksi Sarah dan Aliya. yang resah. "Korang berdua dah kenapa? Risau semacam je!" Tanya Zulkifli "Suraya! Dia tak ada!" Jawab Aliya "Macam mana boleh tak ada pulak?" Farid bingung "Kitorang baru perasan yang dia takde! Kitorang ingat, dia ada kat ruang tamu. Tu yang datang sini!" Ucap Sarah Suraya menangis kerana berada di tempat yang sunyi dan gelap. Suraya terdengar suara memanggil namanya. "Suraya! Suraya! Hehe!" Suara seperti dekat Suraya tidak fikir panjang. Dia menutup telinganya sambil menutup mata. Suraya berkata dalam hatinya. "Ya Allah! Hamba takut Ya Allah! Tolonglah hambaMu ini!" Ucap Suraya dalam hati Sarah dan Aliya berasa bimbang. Tiba-tiba Sarah terjatuh. "Eh! Kau kenapa Sarah?" Tanya Aliya "Suraya! Dia dalam kesusahan Kita kena tolong dia!" Sarah memegang dadanya "Macam mana kau tau?" Tanya Haris "Aku terdengar dia cakap dalam hati dia. Aku pun tak tau kenapa boleh dengar. Dia tengah takut tu! " Sarah semakin bimbang "Takpe! Biar tok panggil Ustaz Rafie!" Ucap Tok Dollah "Sarah nak pergi mana tu?" Aliya memanggil Sarah yang berlari "Kamu bertiga, ikut Sarah tu! Biar atok panggil Ustaz Rafie! Cepat!" Arah Tok Dollah Aliya duduk di ruang tamu bersama Nek Eton dan Mak Su Mona. "Sarah! Tunggu!" Farid menahan Sarah dari pergi jauh "Aku kena tolong Suraya! Dia takut tu!" Sarah berasa cemas "Wey! Kau tenang dulu boleh tak! Kita pergi sama-sama!" Arah Zulkifli "Betul tu! Kita pergi sama-sama!" Ajak Haris "Okey! Jom ikut aku!" Sarah menghela nafas Suraya masih menangis sendirian. Suara itu masih mengganggu dirinya. "Pergi! Jangan ganggu aku! Pergi!" Sarah menangis ketakutan "Boleh tak jangan ganggu aku!" Suraya berkata kepada suara itu Suara itu berhenti mengganggu Suraya. Suraya memandang ke kanan lalu terkejut. "Haaaaa!" Suraya menjerit ketakutan Sarah, Farid, Haris dan Zulkifli terdengar jeritan daripada suara Suraya. Mereka berempat bergegas menuju ke tempat itu. Mereka melihat Suraya menundukkan kepalanya. "Suraya! Kau okey ke!" Sarah mendekati Suraya "Sarah! Jangan! Jangan dekat!" Arah Haris "Haaa!" Sarah ditolak dari belakang "Sarah!" Farid berlari ke arah Sarah "Wey! Kau okey tak?" Farid berasa bimbang "Aku okey!" Sarah luka di siku "Woi! Aku tau kau bukan Suraya! Kau buat apa dengan dia haa!" Zulkifli menjerit ke arah Suraya yang seperti dirasuk "Diam!" Zulkifli terangkat dan tidak dapat bergerak "Zulkifli! Woi! Turunkan dia!" Arah Haris "Okey!" Zulkifli dijatuhkan ke atas tanah dan kesakitan "Sekarang! Giliran kau! Hahaha!" Benda itu menghampiri Haris bersama jasad Suraya "Allahu Akbar!" Haris terangkat dan dilanggarkan ke pokok berhampiran "Kau! Giliran kau pulak!" Ucap Hantu itu Farid seperti dikawal. Farid tidak dapat menggerakkan anggota badannya. Sarah berasa kasihan melihat mereka bertiga. Sarah mencuba untuk menyelamatkan Farid. Sarah berdiri di hadapan Farid. "Kau tepi!" Sarah ditolak dan jatuh ke tanah "Aku tau! Kau tak boleh nak buat sesuatu dekat aku. Sebab arahan dari tuan kau!" Ucap Sarah "Diam!" Hantu marah kepada Sarah. Sarah tidak dapat bergerak. Jasad Suraya yang dikawal mendekati Sarah. "Suraya! Tolong sedar!" Sarah merayu kepada Suraya sambil menitiskan air mata "Tidak!" Sarah terdampar jauh dari tempat itu. Sarah tidak sedarkan diri. Farid cuba menghampiri Sarah tetapi Farid juga aan ke tanah. Tok Dollah datang bersama Ustaz Rafie serta Aliya. Aliya terkejut melihat yang kain sudah terdampar ke tanah. "Aku seru dengan nama Allah! Keluar kau dari jasad budak tu! Budak tu tak bersalah!" Ustaz Rafie mengarahkan benda itu keluar dari jasad Suraya "Tidak! Aku tak mau!" Benda misteri itu tidak mahu keluar dari jasad Suraya "(Ustaz Rafie membaca ayat kursi sehingga habis)! Allahu Akbar!" Ustaz Rafie mengubati Suraya "Haaaaa!" Terdengar kuat jeritan sura ghaib itu. Suraya sudah pulih dari rasukan "Suraya!" Aliya berlari ke arah Suraya "Suraya! Bangun!" Aliya menyedarkan Suraya dari pengsannya itu Suraya mula membuka mata dan melihat semua berada di situ. Tetapi Suraya tidak melihat Sarah. "Aliya! Sarah mana?" Suraya mencari Sarah "Farid! Mana Sarah?" Aliya berasa cemas Farid berlari menuju ke tempat Sarah didamparkan. Farid melihat Sarah sudah tidak ada di tempat itu. "Tok! Sarah dah hilang tok! Dia takde kat sana!" Farid berasa risau "Haaa! Allahu Akbar! Ustaz macam mana ni?" Tok Dollah berasa risau "Takpe! Takpe! Kita balik dulu! Esok kita cari Sarah!" Arah Ustaz Rafie "Tapi ustaz, macam mana dengan Sarah?" Tanya Aliya "Takkan kita nak biarkan je macam tu!" Farid risau dengan keadaan Sarah "Saya tau! Lagipun hari semakin gelap. Sebab itu saya suruh balik dulu. Kita cari esok. Lagipun, saya yakin dia akan selamat! Percayalah!" Rayu Ustaz Rafie "Takpelah! Jom balik! Solat Isyak pun belum lagi kan! Kita cari Sarah esok! Kita doa je, supaya Sarah dilindungi Allah!" Nasihat Tok Dollah kepada mereka Aliya memapah Suraya. Farid pula membantu Haris dan Zulkifli. Mereka dengan rela hati pulang ke rumah walaupun dalam keadaan risau. Sudah 3 hari berlalu, tetapi belum dapat cari solusinya. Mereka yakin, dengan izin Allah semuanya bakal terjawab.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD