Misi Bermula

1668 Words
Esok adalah cuti sekolah selama seminggu. Ini adalah peluang keemasan bagi Sarah dan teman-temannya membongkar sesuatu walaupun jalan penuh liku. Berdasarkan apa yang dimimpikan oleh Sarah, petunjuknya adalah sebuah perkampungan. Sarah, Aliya dan Suraya, Haris, Farid dan Zulkifli berada kampung rumah atuk dan nenek Sarah. Mereka berenam bermalam selama seminggu dan di rumah itu ada atuk iaitu Dollah dan nenek Sarah iaitu Zaiton serta Mak Su Sarah iaitu Mona. Mungkin dengan berada di kampung, mereka pasti mendapat sesuatu. Keesokan harinya, mereka berenam mengikuti Tok Dollah ke kebun. Mereka berenam juga membantu Tok Dollah di kebun. Mereka berenam berasa seronok tinggal di kampung itu. Setelah pulang, mereka dijemput oleh Nek Eton untuk menjamu selera bersama. Mereka semua menjadi rapat seperti keluarga. Apabila malam, Zulkifli, Haris dan Farid tidur di ruang tamu. Manakala Sarah, Aliya dan Suraya tidur di kamar kosong. "Ni ada selimut satu! Cukuplah tu untuk kamu bertiga pakai. Kamu bertiga bukannya besar sangat. Muat je tu!" Ujar Tok Dollah "Terima kasih tok!" Ucap Haris "Sama-sama!" Ucap Tok Dollah "Dah pukul 10.30. Aku tidur dulu!" Ujar Zulkifli "Awal kau tidur!" Perli Farid "Biarlah! Sibuk je! Dah sana, pergi tidur!" Ujar Zulkifli "Korang dah baca doa sebelum tidur ke?" Tanya Haris "Dah!" Zulkifli dan Farid jawab serentak Mereka bertiga bersiap untuk tidur. Sarah, Aliya dan Suraya baru sahaja selesai solat Isyak bersama. "Korang! Aku jumpa satu selimut je!" Sarah berkata kepada Aliya dan Suraya. Sarah terjumpa dalam almari. "Okeylah tu daripada takde!" Ujar Aliya "Ada apa je dalam almari tu?" Tanya Suraya "Aku tengok almarinya tak banyak baju. Sebelah tu kosong. Selimut ni aku jumpa dekat sebelah tu lah!" Jawab Sarah Sarah, Aliya dan Suraya duduk di atas katil sambil melihat handphone. Aliya menutup lampu dan hanya menggunakan lampu meja. Aliya tidak sengaja melihat di balik tingkap. Dia menyentuh bahu Suraya beberapa kali dan menolak muka Suraya supaya melihat tingkap itu. Suraya hanya memegang kepala Sarah dan Sarah melihat tingkap itu. Mereka bertiga berasa takut lalu baring di atas katil sambil menutup muka masing-masing. Ternyata di luar tingkap ada bayang sosok wanita yang lain. Sarah, Aliya dan Suraya tidak dapat menggerakkan anggota badan mereka. Mereka seperti dikawal. Selimut yang menutypi mereka juga terbuka dengan sendiri. Sarah, Aliya dan Suraya menitiskan air mata kerana ketakutan. Mereka ingin menjerit, tetapi mulut mereka seperti dikunci. Mereka berusaha untuk bergerak menuju ke arah pintu. Mereka terlihat wanita berambut panjang di tepi almari. Sarah, Aliya dan Suraya berjaya berlari ke arah pintu. Tetapi mereka tiba-tiba tidak dapat bergerak dan berdiri seperti batu keras. Mereka bertiga menjerit untuk meminta pertolongan. "Tolong!" Sarah, Aliya dan Suraya menjerit dalam keadaan menangis ketakutan "Tok! Nek! Mak Su!" Suara mereka kedengaran Zulkifli, Farid dan Haris tersedar dari tidur mereka. Mereka semua bergegas menuju ke kamar yang didiami oleh Sarah, Aliya dan Suraya. "Wey! Korang! Buka pintu ni!" Haris memanggil ketiga-tiga perempuan itu "Tak boleh buka!"Aliya menangis " Tolonglah bukakkan pintu ni!"Suraya memukul pintu menggunakan tangan dengan kuat "Wey! Cepatlah! Dia semakin dekat!" Sarah berkata kepada mereka Sarah, Aliya dan Suraya melihat sosok wanita itu menghampirinya. Mereka semakin ketakutan. "Haaaa!" Suara mereka bertiga seperti menjerit Pintu itu dapat dibuka. Mereka semua terkejut melihat Sarah, Aliya dan Suraya seperti dikawal. "Astaghfirullahalazim!" Ucap Tok Dollah "Kamu berdua! Cepat panggil ustaz!" Arah Tok Dollah kepada Farid dan Zulkifli Farid dan Zulkifli menuju ke arah rumah Ustaz Rafie. Ustaz Rafie juga tinggal di kampung berdekatan rumah atok Sarah. "Assalamualaikum! Ustaz! Ustaz!" Panggil Farid "Ye! Ye! Waalaikumsalam! Ada apa? Nampak gelisah je ni!" Tanya Ustaz Rafie "Ustaz! Tolong kami!" Zulkifli berkata dalam keadaan tercungap-cungap "Ye lah! Ada apa?" Tanya Ustaz Rafie lagi "Sarah, Aliya dengan Suraya kena rasuk!" Ujar Farid "Astaghfirullahalazim! Kat mana?" Tanya Ustaz Rafie kembali "Dekat rumak Tok Dollah, ustaz!" Jawab Zulkifli "Kejap. Tutup pintu jap. Jomlah!" Ajak Ustaz Rafie Farid dan Zulkifli membawa Ustaz Rafie ke rumah Tok Dollah. "Astaghfirullahalazim!" Ucap Ustaz Rafie "Kamu siapa?" Ustaz Rafie bertanya kepada wanita misteri di balik almari. Ustaz Rafie sahaja yang dapat melihat "Aku jalankan tugas saja! Kau tak payah sibuk!" Ucap hantu itu "Tugas? Tugas apa? Kamu dari mana?" Ustaz Rafie menyoal hantu itu. "Kau tak perlu tau! Haaa!" Hantu itu berteriak. Tiba-tiba sahaja angin kencang di dalam bilik itu. "Lebih baik kau berhenti! Sebelum kau aku singkirkan! Diorang tu tak berdosa! Kenapa ganggu diorang!" Ustaz Rafie berkata dengan nada marah "Tuan aku perintahkan aku untuk ganggu diorang! Haaa!" Hantu itu menjerit marah "(Ustaz Rafie mengucap dua kalimah syahadah 2×)! (Setelah itu, membaca al-Fatehah 1×)! Kamu bertiga, cepat sambut mereka! Allahu Akbar!" Sarah, Aliya dan Suraya jatuh ke bawah lalu disambut oleh Farid, Zulkifli dan Haris. Sarah, Aliya dan Suraya pitam. "Tok Dollah! Saya nak bincang sekejap!" Ucap Ustaz Rafie "Ustaz! Apa sebenarnya tang dah berlaku?" Tok Dollah berasa khawatir "Sebenarnya, ada yang sakit hati dengan Sarah. Tapi yang Aliya dan Suraya tu terkena sebab diorang lemah semangat." Jawab Ustaz Rafie "Sakit hati? Kenapa nak sakit hati dengan dia?" Farid buntu "Biar saya terus-terang sajalah! Mungkin ada yang suka Sarah tu sejak dulu. Tapi, mungkin Sarah tak melayan dia. Sebab tu orang tu sakit hati!" Ucap Ustaz Rafie "Habis tu, yang roh tu pulak macam mana?" Haris pula bertanya "Roh tu juga takut. Saya nampak, dia ada tengokkan Sarah sambil menitiskan air mata! Mungkin ada terkait dengan tuan hantu tu!" Jawab Ustaz Rafie "Siapa agaknya yang dengki tu ustaz?" Zulkifli bertanya "Itu saya pun tak pasti! Nampaknya, kamu kena cari sendiri puncanya! Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu! Assalamualaikum!" Ucap Ustaz Rafie "Waalaikumsalam! Terima kasihlah ustaz. Sebab sudi datang." Ucap Tok Dollah "Sama-sama! Itu dah menjadi tanggungjawab saya untuk membantu!" Ucap Ustaz Rafie .....jam 6.30 pagi... Aliya dan Suraya sudah selesai solat Subuh. Sarah baru sahaja bangun dan pergi ke tandas untuk mengambil air wuduk. Sarah tidak memandang cermin. Sarah terus solat Subuh. Apabila selesai, Sarah berasa sakit di bahagian wajahnya. Sarah melihat cermin dan menjerit. "Haaaa!!! Haa haa!" Sarah menjerit sambil menangis "Sarah!" Aliya terdengar suara Sarah menjerit Semua orang di rumah itu terdengar jeritan Sarah. Mereka semua bergegas menuju ke kamar Sarah. "Sarah! Kenapa ni?" Aliya bertanya kepada Sarah. Sarah menutup mukanya "Wey! Kenapa ni?" Suraya pula bertanya "Sakit! Sakit!" Sarah hanya berkata sakit "Apa yang sakit?" Mak Su Mona menghampiri Sarah "Muka aku sakit!" Sarah berkata kepada mereka "Turunkan tangan tu!" Arah Mak Su Mona Mak Su Mona mengalih tangan Sarah yang menutupi mukanya. Semua yang berada di situ terkejut melihat wajah Sarah mempunyai bintik-bintik merah. Sarah tidak berhenti nangis kerana tidak dapat menahan sakit. "Astaghfirullahalazim! Macam mana boleh jadi macam ni?" Mak Su Mona kebingungan Aliya dan Suraya menenangkan Sarah yang kesakitan. Beberapa minit kemudian, Sarah jatuh pitam di pangkuan Aliya. "Wey! Sarah! Bangun!" Aliya mengejutkan Sarah "Takpe! Kamu jaga dia! Tok nak panggil Ustaz Rafie kejap!" Arah Tok Dollah "Kamu bertiga, tolong tengokkan rumah ni!" Arah Tok Dollah "Okey Tok!" Haris, Farid dan Zulkifli jawab serentak "Takpe! Kamu bertiga angkat Sarah tu letak atas katil!" Arah Nek Eton Aliya, Suraya dan Mak Su Mona mengangkat Sarah dan meletakkannya di atas katil. Farid, Zulkifli dan Haris duduk di ruang tamu. "Wey! Aku kesian tengok Sarah tu!" Ucap Haris "Tu lah! Tapi aku tak sangka dia kena lagi teruk dari kita!" Ucap Farid "Siapalah yang dengki sangat tu! Tak faham betul aku!" Zulkifli menghela nafas "Eh! Tu Tok dengan ustaz dah sampai!" Kata Farid "Ustaz!" Panggil Zulkifli "Takpe! Takpe! Saya tengok dulu keadaan dia!" Ujar Ustaz Rafie Mereka semua berada di balik Sarah. "Takpe! Ini air Yasin! Kalau dia bangun, bagi dia minum air Yasin ni!" Arah Ustaz Rafie "Baik ustaz!" Mak Su Mona mendengar arahan Ustaz Rafie berada di ruang tamu sambil berbual bersama Tok Dollah dan tiga lelaki itu. "Ustaz! Saya kesian tengok cucu saya tu! Saya harap ustaz bantulah dia!" Tok Dollah merayu kepada Ustaz Rafie "In Shaa Allah saya bantu! Tapi saya hanya mampu bantu sikit saja. Yang selebihnya tu, Sarah kena bantu diri dia sendiri!" Ucap Ustaz Rafie "Ustaz! Boleh saya tau! Kenapa muka Sarah jadi macam tu?" Tanya Zulkifli "Susah saya nak cakap sebenarnya! Dia sebenarnya dibuat orang. Orang tu tak nak orang lain jatuh cinta dekat dia. Sebab itulah, dia buat muka Sarah jadi hodoh!" Ustaz Rafie menjelaskan kepada mereka semua "Astaghfirullahalazim! Apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang ni! Saya betul tak faham. Kalau ye pun suka dengan cucu saya tu, datanglah minta persetujuan dari keluarga dia. Bukannya buat benda-benda syirik macam ni! Allahu Akbar!" Tok Dollah menitiskan air mata "Sabarlah Pak Cik! In Shaa Allah ada jalan penyelesaiannya. Saya tau Sarah tu orang yang kuat semangat. Lagipun Allah takkan uji, kalau hambanya tak mampu selesaikan." Ustaz Rafie menenangkan Tok Dollah "Terima kasihlah ustaz!" Ucap Tok Dollah "Takpelah, saya balik dulu. Kalau ada apa-apa, boleh call je saya. Saya nanti datang!" Ujar Ustaz Rafie Farid, Zulkifli dan Haris sebak melihat Tok Dollah. Sarah mulai sedar dari pengsannya. "Sarah! Alhamdulillah, kau dah sedar!" Aliya bersyukur "Aduh!" Sarah berasa sakit di wajahnya "Sarah! Nah, minum air Yasin ni! Ustaz Rafie tadi suruh bagi kau! In Shaa Allah! Mungkin sakit kau akan reda!" Ucap Suraya "Terima kasih!" Ucap Sarah sambil meneguk segelas air Yasin "Sama-sama!" Balas Suraya "Kau okey tak?" Tanya Aliya "Alhamdulillah! Aku dah okey sikit!" Ucap Sarah "Kau rehatlah! Kalau nak apa-apa, panggil je kitorang!" Ujar Aliya "Takpe. Kalau aku nak apa-apa, aku boleh ambik sendiri." Ujar Sarah "Okey ke? Tak nak kitorang tolong?" Tanya Suraya "Takpe! Aku tak nak susahkan korang!" Jawab Sarah "Kau tak susahkan kitorang pun!" Ucap Aliya Takpelah! Aku dah okey dah pun.. Korang tak perlu risau!"Ujar Sarah "Okey! Kitorang nak pergi dapur. Nak tolong nenek dengan Mak Su kau masak!" Ucap Aliya Farid duduk termenung di bangku luar memikirkan hal yang terjadi. "Hmmm! Kalau hari-hari macam ni takkan selesai! Aku mesti cari jalan. Kalau tak, Sarah yan teruk kena ganggu. Aku tak sanggup tengok dia terseksa macam tu! Ya Allah! Kau permudahkanlan segala urusan hambamu untuk membongkar segala rahsia ini. Jujur, aku tak sanggup tengok Sarah macam tu. Sebab aku sayangkan dia! Ya Allah, semoga ada petunjuknya nanti! Aaaamiiin!" Farid berkata di dalam hati
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD