Diganggu

1677 Words
Pada malam pukul 8.30, Farid baru sahaja keluar dari masjid dan ingin balik ke rumah. Farid baru sahaja selesai solat Maghrib. Farid start motornya dan gerak menuju ke rumahnya. Dijalan yang dilaluinya agak sunyi walaupun ada lampu jalan. Setibanya dirumah, Farid merasai bahawa ada seseorang mengekorinya. Dia menoleh ke belakang tetapi tidak ada sesiapa pun. Farid meletakkan motornya bawah rumah berdekatan tangga rumah. Farid ingin masuk ke rumah, tetapi dia terdengar bunyi kayu dipijak seseorang. Dia beranikan dirinya untuk mrlihat sekitar tersebut. Dia berjalan menuju pokok bunga yang besar di depan rumahnya. Dia menyuluh di sekitar pokok bunga itu tetapi tidak ada sesiapa. Dia teruskan berjalan untuk masuk ke rumah. Dia memberi salam sebelum masuk ke rumahnya.Farid terus masuk ke kamarnya. Dia bermain game di handphonenya. Ketika sedang leka bermain, dia terdengar seseorang memanggil namanya. "Farid!" Suara itu kedengaran "Siapa tu?" Farid menyahut seruan itu Farid menyambung kembali main game. Tiba-tiba dia terdengar lagi suara itu memanggil namsnya semula. "Farid!" Suara sayup itu memanggil namanya "Siapa? Jangan main-main!" Farid melihat tiada siapa yang menyahut panggilannya. Farid berhenti bermain gamenya. Dia meletakkan handphone di atas meja. Farid keluar dari kamarnya menuju ke tandas untuk mengambil air wuduk. Jam menunjukkan waktu solat Isyak. Farid kembali masuk ke biliknya untuk menunaikan solat Isyak. Ibu dan ayah Farid solat berjemaah di dalam bilik mereka. Farid solat sendirian di biliknya. Setelah selesai solat Isyak, Farid mematikan lampu biliknya kerana ingin tidur. Farid terlihat bayang sosok perempuan bertudung di tingkapnya. Dia beranikan diri untuk mendekati tingkap itu dan menyelak langsir itu perlahan-lahan. Setelah menyelak langsir itu, bayang tersebut hilang. Farid berasa hairan seketika. Dia pusing ke belakang lalu terkejut. Sosok perempuan bertudung itu betul-betul berada dihadapannya. Farid beranikan diri untuk bertanya. "Kau siapa?" Farid bertanya dalam keadaan gelisah "Kau jangan rapat dengan dia lagi. Aku tak suka!" Sosok perempuan itu berkata dengan nada marah "Apa hak kau nak halang aku berkawan dengan dia? Ada masalah ke?" Farid bertindak melawan suara dengan sosok perempuan itu "Aku tak suka! Jangan sampai kau aku kerjakan! Haaaa!" Sosok perempuan itu berasa marah dan menjerit Seketika itu, sosok perempuan itu mendekati Farid lalu mencekik leher Farid. Farid tidak dapat bersuara meminta tolong. Farid berusaha untuk bersuara dan akhirnya berjaya. "Tolong!" Farid meminta tolong "Mak! Abah! Tolong!" Farid jerit sekuat hati "Mak! Abah!" Farid jerit sekali lagi Samad dan Rosnah terdengar suara Farid memanggilnya. "Abang! Kenapa dengan Farid tu?" Rosnah berkata kepada Samad "Kenapa dia jerit? Jomlah kita tengok!" Samad mengajak Rosnah pergi melihat Farid "Farid! Buka pintu ni!" Samad menyuruh Farid membuka pintu "Farid! Kenapa ni?" Rosnah mengetuk pintu bilik Farid "Mak! Abah! Tolong Farid!" Farid menahan sakit Samad menggunakan sekuat tenaga menolak pintu bilik Farid dan akhirnya terbuka. Sosok perempuan yang mencekik Farid juga telah hilang. "Farid! Kanapa ni? Ya Allah!" Rosnah melihat Farid terbaring di atas lantai "Allahu Akbar! Apa dah jadi ni?" Samad terkejut melihat leher Farid ada kesan dicekik Farid tidak dapat menahan sakit lalu pengsan. Keesokan harinya, Farid dibawa berubat berjumpa Ustaz Rafie. Ustaz Rafie adalah orang yang mengubati Aliya tempoh hari. "Apa yang berlaku ustaz?" Rosnah bertanya kepada Ustaz Rafie "Sebenarnya, hari tu ada jugak yang berubat dengan saya. Saya rasa apa yang berlaku dekat anak Puan dan Encik ni sama dengan apa yang berlaku dekat pesakit saya hari tu." Ulas Ustaz Rafie "Aliya ke ustaz?" Rafie pula bertanya "Kamu kenal Aliya ke?" Ustaz Rafie pula bertanya "Kitorang bestfriend. Kitorang sama kelas." Jawab Farid "Boleh saya tau, apa sebenarnya yang terjadi?" Tanya Samad "Sebenarnya, anak encik diganggu oleh roh yang tak tenang. Mungkin disebabkan oleh cara mati roh tu ketika masih hidup." Jawab Ustaz Rafie "Apa yang perlu kami buat supaya benda tu tak ganggu anak kami ustaz?" Tanya Rosnah "Beginilah, roh tu perlu dikebumikan jasadnya dengan sempurna. Mungkin Farid boleh cari orang yang rapat dengan roh tu. Dengan cara itu, mungkin dapat cari dimana jasad itu dikuburkan!" Ustaz Rafie menjelaskan kepada mereka "Siapa orang tu?" Tanya Samad "Sarah dengan Haris. Dia paling rapat dengan roh tu dulu masa hidup." Farid mencelah "Macam mana kamu tau?" Samad bertanya kepada Farid "Kitorang berenam ada berbual pasal mimpi yang pelik-pelik kami dapat. Sarah dengan Haris macam dapat petunjuk dari roh tu. Saya, Aliya, Suraya dengan Zulkifli diberi amaran untuk hauhkan diri dari Sarah. Tapi Haris diarahkan untuk menjaga Sarah dengan baik!" Ulas Farid "Apa hubungan mereka sebenarnya?" Ustaz Rafie pula bertanya "Haris boyfriend roh tu dab Sarah bestfriend paling rapat dengan roh tu. Dia ada tunjuk gambar. Diorang berdua terkejut jugak sebab gambar perempuan dalam foto tu sama. Diorang berdua memang tak tau hal ni." Jawab Farid "Roh tu ada cakap apa-apa lagi ke?" Ustaz Rafie bertanya lagi "Roh tu cakap " dia adalah aku dan aku adalah dia"! Cara dia cakap tu menunjukkan kepada Sarah. Sebab Haris ada cakap tingkah laku diorang memang sebijik sama." Ulas Farid "Oh begitu! Sekarang baru saya faham." Ujar Ustaz Rafie "Faham apa ustaz?" Tanya Samad "Roh tu sebenarnya cemburu bila teman rapat dia ada pengganti dia." Jawab Ustaz Rafie "Maksud ustaz?" Farid bertanya pula "Dia sedih. Dia dapat rasa teman rapat dia tu dah lupakan dia. Itu yang dia ganggu kamu!" Jawab Ustaz Rafie Farid memikirkan seketika. Parut dilehernya juga masih ada. Farid dan ibu bapanya berangkat pulang ke rumah. "Okeylah ustaz! Kami balik dulu. Assalamualaikum!" Samad meminta izin untuk pulang "Okeylah. Waalaikumsalam!" Ustaz Rafie menjawab salam Samad sekeluarga berangkat pulang dengan menaiki kereta. Samad berbual di dalam mobil. "Farid! Kamu bincanglah dengan kawan kamu tu baik-baik ye?" Arah Samad "Okey, abah! Nanti Farid bincang dengan diorang!" Farid menurut perintah "Bukan apa! Abah tak nak kau kena ganggu lagi teruk nanti!" Ujar Samad "Betul cakap abah tu. Farid bincang dengan kawan-kawan GlFarid tu elok-elok. In Shaa Allah diorang akan faham." Tambah Rosnah "Okey mak! abah!" Kata Farid ....Malam hari... Sarah menangis seorang diri di dalam kamarnya kerana memikirkan nasib yang menimpa Fateha. Dia sedih kerana kehilangan sahabat baiknya yang selalu bersamanya ketika susah dan senang. Sarah melihat fotonya bersama Fateha. Sarah tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata. Sarah baring di atas katil sehingga terlelap. "Dekat mana ni?" Sarah hairan melihat dirinya di luar rumah orang lain "Ni bukan rumah aku. Rumah siapa pulak ni!" Sarah semakin bimbang "Tolong aku, Sarah!" Sarah terdengar suara sedang menangis "Tolong aku!" Suara tangisan semakin kedengaran kuat "Tolong apa?" Sarah bertanya kepada suara itu "Aku tak sanggup. Aku tak sanggup tanggung derita!" Suara itu seperti sedang menangis "Fateha! Kau ke tu?" Sarah bertanya lagi "Sarah! Tolong aku!" Suara itu tiba-tiba terhenti Sarah menoleh ke belakang dan terkejut. Dia tiba-tiba tersedar dari mimpinya. "Astaghfirullahalazim! Allahu Akbar!" Sarah menitiskan air mata Sarah tidur semula seperti biasa. .....Padang sekolah... "Korang! Ku nak cakap sikit ni!" Farid menegur temannya "Nak cakap apa?" Zulkifli bertanya "Tapi sebelum Sarah kena ada dekat sini!" Ujar Farid "Kenapa? Macam serius je!" Aliya berkata kepada Farid "Aliya! Kau panggil Sarah datang sini!" Arah Farid "Ye lah!" Aliya pergi ke arah Sarah dan memanggilnya untuk bincang sesuatu Sarah mengikuti Aliya untuk pergi ke arah mereka berempat. "Ada apa?" Sarah bertanya kepada Farid "Aku nak tunjukkan sesuatu dekat korang semua!Jawab Farid " Tunjuk apa?" Haris berasa hairan "Korang tak pelik ke, kenapa aku ikat leher aku guna sapu tangan?" Ujar Farid "Dah kenapa kau ikat leher kau?" Suraya berasa hairan "Korang tengok ni!" Farid membuka ikatan sapu tangan di lehernya. Mereka terkejut "Apa tu? Macam mana boleh jadi macam tu?" Aliya ingin tahu "Benda tu mengamuk. Tu yang dia cekik aku!" Jawab Farid "Mesti kau tengking dia! Kalau tak, takdelah dia mengamuk!" Sarah selamba berkata seperti itu. Yang lain memandang Sarah "Kau boleh cakap macam tu! Kau tak kesian ke dekat dia!" Haris berasa marah dengan kata-kata Sarah. "Kenapa? Salah ke apa aku cakap. Kalau tak ada apa-apa, aku pergi dulu!" Sarah ingin beredar "Nanti! Kita belum bincang lagi!" Farid menghentikan Sarah daripada pergi Mereka berlima tidak menyangka Sarah sudah berubah sikap. Sarah tidak seperti dulu. Sarah bersikap keras kepala. "Nak bincang apa? Benda dah jadi, nak buat macam mana lagi! Haa!" Sarah berkata kepada mereka semua "Memang! Memang aku ada tengking dia malam tu! Sebab tu dia cekik aku. Tapi sekarang ni kita nak bincang benda yang paling penting! Kalau kau sayang dia, aku merayu dekat kau! Tolong dengar apa yang aku nak cakap sekarang ni!" Ulas Farid Sarah duduk di atas rumput padang. Mereka berbincang sesuatu. "Terima kasih!" Farid berterima kasih kepada Sarah. Sarah hanya diamkan diri sambil diperhatikan oleh temannya. "Kau nak bincang apa tadi?" Tanya Zulkifli "Semalam tu aku pergi berubat. Ustaz tu suruh aku bincang dengan orang yang rapat dengan roh tu untuk sempurnakan pengebumian jenazah dia." Ungkap Farid "Tapi, masalahnya kita tak tau dekat mana jenazah tu di tanam!" Aliya bersuara "Macam mana kita nak tanam kalau jasad dia pun tak tau dekat mana!" Ujar Suraya "Itulah yang aku nak bincang tu!" Ujar Farid "Kita nak cari macam mana?" Haris pula bertanya "Sarah. Jawapannya ada dekat Sarah." Jawab Farid "Maksud kau?" Aliya berasa hairan "Ustaz tu cakap, mungkin benda tu ada tunjukkan sesuatu dekat Sarah!" Farid memandang Sarah Sarah hanya termenung dan mendiamkan diri. Tiba-tiba sahaja Sarah menitiskan air mata dan disedari oleh teman-temannya. Temannya melihat Sarah seperti berkata sendiri. "Aku tau! Kau sedang perhatikan aku! Aku dapat rasa kau dengar apa yang diorang cakapkan. Aku janji akan tolong kau! Kau tak akan derita lagi. Cukuplah setahun kau sengsara. Aku tak sanggup kau derita lebih. Aku merayu dekat kau Fateha! Tolong tunjukkan aku jalan! Tolong bagi aku klu dekat mana kau ditanam. Jangan risau! Aku selalu ada untuk kau. Dari dulu memang tingkah laku kita sama! Hehe! Aku akan tanggung semua demi kau! Kalau kau setuju, buatlah apa-apa isyarat. Sekurang-kurangnya aku tau!" Sarah berkata sambil menitiskan air mata. Tiba-tiba sahaja angin berlalu hanya di sekitar Sarah. Teman-temannya melihat Sarah dengan perasaan sebak. Sarah tersenyum sendiri. Sarah bangun dan ingin beredar dari tempatnya. "Aku akan tolong korang! Jangan risau! Cuma korang kena sabar sikit. Bukan senang nak bongkar semua rahsia ni! Segala persoalan belum lagi terjawab!" Sarah berlalu pergi dari situ Teman-temannya tidak sengaja menitiskan air mata. "Kitorang akan tolong kau selesaikan semua ni!" Ucap Farid
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD