Resah

1663 Words
Sarah pergi ke sekolah dihantar oleh Amsyar. Sarah masuk ke sekolah terlihat Aliya duduk sendirian di bangku taman. "Aliya! Kau buat apa sorang-sorang kat sini?" Sarah bertanya kepada Aliya "Tak ada apa! Sarah! Nak tanya sikit boleh?" Sarah hairan dengan Aliya "Nak tanya apa? Tanya je lah. Aku ni kan kawan kau." Sarah bingung melihat Aliya "Aku nak kau jawab dengan jujur. Kau ada tak mimpi yang pelik-pelik?" Pertanyaan Aliya membingungkan Sarah "Dah kenapa tanya soalan macam tu?" Sarah senyum melihat Aliya "Jawab je lah. Ya atau tak?" Aliya memaksa Sarah jawab pertanyaannya itu "Okey. Sebenarnya..." Belum sempat Sarah menjawab, Suraya tiba-tiba muncul. "Wey, korang! Kat sini rupanya. Korang buat apa kat sini?" Suraya sergah perbualan mereka "Ishh kau ni! Potonglah! Orang tengah borak!" Aliya geram dengan Suraya "Korang borak apa? Nak tau jugak." Ucap Suraya "Dah alang-alang kau kat sini. Aku direct je lah. Aku tanya jau jawab dengan jujur." Aliya berkata kepada Suraya "Apa dia? Serius je aku tengok." Suraya pelik dengan sikap Aliya "Kau ada tak mimpi yang pelik-pelik? Jawab sekarang!" Arah Aliya "Tak sure lah. Tapi aku ada lah semalam mimpi yang mencurigakan. Dalam mimpi tu cakap " jangan rapat sangat dengan dia. Aku tak suka". Itu lah ayatnya." Suraya selamba berkata kepada mereka berdua Aliya terdiam mendengar jawapan Suraya. Sekarang dia sudah tau siapa orang yang dimaksudkan oleh roh itu. Dia dapat rasa yang roh itu suruh jauhkan diri dari Sarah. Dia masih tertanya-tanya apa yang berlaku. "Okeylah. Aku masuk kelas dulu." Ujar Aliya "Eh! Tadi tanya. Tiber pergi pulak. Peliklah dia ni." Suraya hairan dengan sikap Aliya Sarah dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Aliya. Dia ingin mencari tau hal tersebut. Sarah pelik, tiba-tiba sahaja Aliya bertanyakan soalan itu. Soalan Aliya itu juga seperti terkait dengan mimpinya itu. Farid berjalan berseorangan ke tandas. Suasana di tandas itu juga jelihatan sunyi. Farid melihat cermin untuk membetulkan rambutnya itu. Dia terpandang di balik pintu tandas. Dia terlihat seperti ada sosok perempuan bertudung dan hanya melihatkan separuh fizikalnya sahaja kerana berada di belakang pintu. Farid pura-pura tidak melihat. Dia segera pergi ke kelasnya. Farid termenung di dalam kelas sambil bermain pen du tangannya. Sikapnya itu disedari oleh temannya. "Woi! Kau kenapa?" Zulkifli menepuk meja. Farid terkejut. "Tadi kan, aku dekat toilet sorang-sorang. Aku tadi nampak....." Farid tidak meneruskan perbualan "Nampak apa? Bagitau je lah!" Haris geram melihat Farid "Benda tu sedang perhatikan aku. Dia dekat belakang pintu tandas." Jawab Farid "Benda apa kau ni?" Suraya ingin tahu "Perempuan bertudung. Dia nampakkan separuh fizikal dia je. Sebab kan dekat belakang pintu. Muka pun menyeramkan." Ujar Farid "Biar betul kau ni!" Kata Sarah "Betul. Aku tak tipu." Ujar Farid "Korang! Aku nak cakap something!" Aliya membuka bicara "Apa dia?" Suraya berkata kepada Aliya "Bunyi macam penting je!" Farid menyambung "Sebenarnya kan, dua hari lepas aku kena ganggu. Dia mula-mula dekat luar tingkap macam bayang tau tak. Aku pun beranikan diri aku nak selak langsir tu, tapi lepas selak langsir benda tu dah hilang. Aku pandang belakang. Aku terkejut dia ada belakang aku. Aku jerit sekuat hati, tapi ibu dengan ayah aku tak dengar. Dia bagi amaran dekat aku. Aku tak surelah korang nak percaya ke tak." Ulas Aliya "Apa benda tu?" Sarah ingin tahu "Aku tak nampak jelas sangat sebab gelap dalam bilik. Ciri dia macam sosok perempuan bertudung." Jawab Aliya "Kau kata tadi dia bagi warning kat kau! Apa benda tu cakap?" Zulkifli bertanya pula "Benda tu suruh aku jangan rapat sangat dengan orang tu. Dia tak suka. Aku nangis je sebab takut." Ulas Aliya "Siapa orang yang disebutkan tu?" Haris bertanya pula "Aku tak pasti! Tapi time aku berubat tu, ustaz tu ada bagitau sesuatu dekat aku." Tambah Aliya "Bagitau sesuatu? Maksud kau?" Zulkifli ingin tahu "Ustaz tu cakap, benda tu roh yang tak tenang. Selagi tak dikebumikan dengan sempurna, selagi tu dia akan ganggu orang yang rapat dengan orang yang benda tu suruh menjauh!" Ulas Aliya "Apa lagi ustaz tu bagitau kau?" Sarah pula mencelah "Ustaz tu cakap roh tu mungkin bestfriend salah seorang yang rapat dengan aku. Mungkin salah seorang dari korang semua!" Tambah Aliya "Aliya! Aku nak tau lagi, apa roh tu cakap dekat kau time dia warning kau tu? Takkan tu je dia bagitau kau!" Sarah ingin tahu lagi "Betul ke kau nak tau? Aku takut nanti kau terkejut!" Ujar Aliya "Bagitau je lah!" Ujar Sarah "Benda tu cakap " dia adalah aku, aku adalah dia"! Mesti kau terkedu!" Aliya mula syak Sarah "Aku dah agak dah. Kau mesti syak aku. Sebab tu kau tanya aku soalan tu tadi!" Sarah mula memandang Aliya Mereka berempat berasa hairan melihat pandangan Sarah dan Aliya. "Wey! Kejap! Aku tak faham! Kenapa kau pandang Sarah macam tu?" Zulkifli ingin tahu kenapa Aliya berpandangan seperti itu. "Aku rasa benda tu suruh aku jauhkan diri daripada dia." Jawab Aliya "Macam mana kau tau orang tu Sarah?" Farid mula hairan "Sebab first, aku paling rapat dengan Sarah. Second, sebelum masuk kelas aku ada tanya Suraya dengan Sarah. Tapi Suraya ada cakap benda sama macam aku cakap tadi. Ketiga, aku nampak muka Sarah berubah bila aku cakap " dia adalah aku dan aku adalah dia."Ucap Aliya "Benda sama? Apa yang sama?" Haris semakin hairan "Suraya cakap dia ada mimpi pelik-pelik. Pastu Suraya cakap dalam mimpi dia, benda tu suruh jauhkan diri dari seseorang. Pastu benda tu kata, dia adalah aku dan aku adalah dia. Korang tak rasa pelik ke?" Aliya pulak membuka bicara. Sarah hanya termenung memikirkan hal sebentar tadi. Sarah bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari kelas. "Sarah! Kau nak pergi mana?" Farid bertanya kepada Sarah "Aku nak pergi toilet jap!" Sarah jawab soalan itu "Sarah! Kau sembunyikan sesuatu daripada kitorang ke?" Aliya bertanya kepada Sarah "Takde!" Sarah jawan ringkas "Kalau takde, kenapa benda tu ganggu kitorang?" Kata Aliya "Aku tak tau! Aku tak tau kenapa!" Jawab Sarah "Kau Haris! Benda tu ada ganggu kau ke?" Sarah bertanya kepada Haris "Takde! Cuma benda tu ada cakap suruh aku jaga " dia"!" Ucap Haris "Kenapa benda tu mintak kau jaga dia?" Suraya bertanya "Aku pun tak tau! Itu je lah dia cakap dari tadi dalam mimpi aku." Ujar Haris "Aku rasa, korang berdua ada kena mengena dengan benda tu! Tak pun korang berdua rapat dengan benda tu dulu!" Ulas Aliya "Aku pun rasa benda sama. Korang berdua tak share cerita dekat kitorang ke?" Suraya menambah "Cerita apa korang nak tau?" Tanya Sarah "Cerita je lah. Dulu korang berdua pernah rapat dengan sesiapa ke?" Tanya Aliya "Aku dulu ada sorang bff sebelum aku kenal korang. Sampai sekarang tak tau dia kat mana! Tapi aku selalu berdoa, supaya Allah temukan aku dengan dia semula!" Sarah mula bersuara "Bila? Macam mana boleh tak tau dia kat mana?" Zulkifli mencelah "Setahun lepas! Last dia chat aku tahun lepas. Aku ada save chat dia. Lepas chat aku tu, dia tiba-tiba menghilang. Sampai sekarang polis tak jumpa dia. Dua bulan 5 bulan lepas, polis cakap dia terpaksa batalkan pencarian. Mak abah dia terpaksa buat kenduri arwah untuk dia." Ulas Sarah "Kenapa kau tak bagitau kitorang hal ni?" Tanya Farid "Aku tak nak korang susahkan korang. " Jawab Sarah "Kau tak susahkan kitorang pun. Kau pulak Haris?" Tanya Aliya "Aku dulu ada girlfriend. Kitorang rapat sangat. Tapi tu setahun yang lepas. Sampai sekarang aku tak tau khabar dua. Tiba-tiba menghilang. Tapi bila aku dengan dia happy, ada jugak yang cemburu. Tak puas hati tengok kitorang bercinta. Sampai sekarang aku single. Sebab dia special bagi aku." Ulas Haris "Oh gitu. Macam mana perangai dia? Okey tak?" Tanya Farid "Susah nak cakap. Tapi kan, aku tengok sikap dia dengan perilaku dia sebijik macam Sarah. Suka simpan rahsia sebab tak nak orang lain susah hati." Ulas Haris "Apa maksud kau girlfriend kau tu macam aku?" Tanya Sarah "Iye! Tingkah laku dia sebijik macam kau. Senyum dia, gelak dia sama macam kau. Aku pun pelik. Dia pun suka makan coklat. Dia tak suka bunga. Memang samalah. Cuma, muka korang je berbeza!" Ulas Haris "Korang berdua ada gambar orang yang korang sebut tu tak?" Aliya meminta foto Sarah dan Haris meletakkan foto itu di atas meja. Mereka semua terkejut kerana dua foto itu sama. "Kau ke yang buat dia merana?" Sarah dengan tiba-tiba bertanya "Apa maksud kau? Aku tak faham." Haris berasa hairan "Dia ada bagitau aku yang dia kecewa. Dua ditipu dengan janji palsu orang tu. Aku tak tau siapa. Engkau ke?" Sarah menitiskan air mata "Sumpah demi Allah aku tak tau!" Haris bersumpah "Habis tu siapa? Dia cuma chat aku orang tu huruf H! Siapa lagi kalau bukan kau!" Sarah berasa geram "Jujur aku cakap aku memang tak tau hal ni!" Haris ingin meyakinkan Sarah "Okey! Dah! Korang jangan gaduh. Haris! Kau kata ada yang cemburu bila kau dengan dia kan? Siapa orang tu?" Aliya bertanya "Aku ada abang! Haziq nama dia! Kau jangan cakap semua ni sebab abang aku!" Jawab Haris "Aku bukan nak tuduh! Tapi, kau tak pelik ke benda tu suruh kau jaga Sarah. And than, benda tu jugak kenal korang berdua dah lama!" Ujar Aliya "Tapi kita tak ada bukti kukuh yang mengatakan semua ni angkara abang aku!" Ujar Haris "Tapi kan, aku bukan nak sokong Aliya tau. Kau tak pelik ke, kenapa benda tu ganggu kitorang jer bukan korang berdua yang diganggu!" Ulas Suraya "Aku rasa kan, benda tu nak tunjuk sesuatu dekat korang apa yang jadi dekat diri dia." Ujar Zulkifli "Lagipun, Aliya kan tadi ada cakap ustaz tu bagitau yang roh tu tak tenang. Dan roh tu kena kebumikan dengan sempurna. Mungkin dia nak bagitau kat mana dia sekarang!" Ulas Farid Sarah dan Haris hanya berdiam diri. Sarah bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari kelas tanpa memandang teman-temannya. "Sarah! Sarah! Nak pergi mana tu?" Aliya memanggil Sarah tetapi tidak dihiraukan oleh Sarah "Kau tengok. Dia dah merajuk. Aku tak tau!" Ujar Aliya "Haris! Apa kata kau bincang dengan Sarah pasal hal ni. Aku tak nak benda tu ganggu kitorang! Kau kena selesaikan jugak kalau tak melarat nanti!" Ulas Farid "Nantilah aku fikirkan!" Ucap Haris
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD