Diekori

1502 Words
Waktu Zohor telah pun berlalu dan kini menunggu waktu Asar pula. Aliya duduk berseorangan di bawah pohon di belakang rumahnya sambil main telefon. "Aduh!!! Kalah pulak!" Aliya berasa geram "Takpelah. Esok sambung lagi main!" Aliya bangun dari tempat duduknya Aliya berjalan sendirian. Sedang dia berjalan, dia merasa bahawa ada seseorang mengekorinya dari belakang. Aliya menoleh kebelakang tetapi tidak ada sesiapa. Sarah meneruskan lagi jalannya lalu terhenti seketika. Dia menoleh kembali ke belakang tetapi masih tidak ada sesiapa. Aliya berasa bimbang dan takut lalu berlari masuk ke rumahnya. Atika iaitu ibu Aliya hairan melihat anaknya berlari dan terus masuk ke biliknya sambil menutup pintu bilik. "Dah kenapa si Aliya tu? Lari macam orang nampak hantu! Hmmm....!" Atika berkata dengan dirinya Aliya duduk di atas katil dalam keadaan resah. "Siapa yang ikut aku dari belakang? Aku tengok orang pun takde! Tapi aku dengar bunyi tapak kaki! Huh! Seram! Naik bulu roma aku! Arghhh! Malaslah nak fikir! Baik aku tengok cerita lagi bagus!" Aliya berkata kepada dirinya Ayah Aliya iaitu Darwis baru sahaja pulang dari menoreh getah. Keluarga Aliya bukan orang senang tetapi mereka tetap bahagia. "Haa! Awak masak apa hari ni? Lapar pulak perut ni!" Darwis bertanya kepada Atika "Saya masak ikan goreng je. Ada sambal sekali." Kata Atika sambil menghidangkan juadah kepada Darwis "Takpelah tu. Sedap jugak!" Kata Darwis "Abang! Saya Peliklah dengan Aliya tu!" Atika berkata kepada Darwis "Pelik! Apa yang pelik?" Darwis pelik dengan kata-kata Atika "Tadi tu haa! Aliya lari masuk rumah terus masuk bilik. Macam orang baru nampak hantu je!" Jawab Atika "Ye ke? Dia dari mana tadi?" Tanya Darwis lagi "Saya nampak dia dari pokok belakang rumah tu! Main game agaknya!" Jawab Atika "Tu lah. Lain kali petang-petang ni jangan duduk belakang rumah tu. Kan dah rasa seram. Senja-senja macam ni memang makhluk tu aktif." Ujar Darwis "Itu lah. Siapa suruh duduk bawah pokok tu. Macam takde tempat lain je nak duduk." Tambah Atika Darwis senyum sambil menggelengkan kepala. ................... Aliya termenung sambil duduk sendirian di taman sekolah. "Eh! Korang! Tengok tu! Dari tadi aku nampak dia termenung je sorang-sorang!" Zulkifli berkata kepada temannya "Apalah yang dimenungkan tu!" Ujar Farid "Jomlah pergi sana." Ajak Suraya "Aliya!" Haris memanggil Aliya. Aliya terkejut melihat temannya "Ishhh korang ni! Terkejut aku!" Ujar Aliya "Kau ni dah kenapa? Dari tadi Kitorang tengok kau asyik termenung je. Ada masalah ke?" Tanya Sarah "Kalau kau ada masalah, kau cirita je lah dekat kitorang! Mana tau kitorang boleh tolong!" Ujar Farid "Aku bukan ada masalah pun. Ini benda lain." Ucap Aliya "Habistu sebab apa? Cerita je lah. Kitorang pun nak tau." Ucap Farid "Kalau aku cerita pun, mesti korang tak percaya!" Tambah Aliya "Macam mana kitorang nak percaya kalau kau tak cerita lagi dekat kitorang!" Kata Haris "Semalam petang, aku main game. Aku duduklah bawah pokok belakang rumah aku tu. Pastu aku nak masuk rumah. Tiba-tiba dari belakang macam ada something tau follow aku!" Ungkap Aliya "Kau pasti ke ada someone ikut kau?" Sarah pula bertanya "Iye! Aku dengar tau bunyi tapak kaki orang berjalan. Tapi aku toleh belakang tak ada pun. Tu yang lari masuk bilik terus bulu roma aku naik meremang!" Ungkap Aliya lagi "Tu lah kau. Duduk bawah pokok tu petang-petang buat apa! Tak elok!" Ucap Suraya "Orang dulu-dulu cakap, sebelum senja masuk rumah." Ucap Zulkifli "Agaknya ada penunggu kot!" Farid menakutkan Aliya "Isshh kau ni! Aku tumbuk muka kau kang! Kau tak payah nak takutkan aku!" Aliya geram melihat Farid "Kau kalau tak sakat orang, memang tak sah kan!" Ujar Suraya "Dahlah. Aku masuk kelaslah." Ujar Aliya "Aliya, tunggu! Kitorang nak ikut!" Ucap Suraya. Suraya dan Sarah mengikuti Aliya ke kelas .....Rumah Aliya.... Aliya baru sahaja selesai mandi ketika pulang sekolah. Aliya tidak sengaja melihat di luar jendela dan dia seperti terlihat sesuatu yang aneh di balik pokok. Aliya tidak mengalihkan pandangannya. "Aliya!" Aliya terkejut. Atika memegang bahu Aliya "Kenapa ni? Pucat je muka tu!" Atika berasa aneh dengan reaksi Aliya, seperti ketakutan "Tadi, Aliya nampak ada perempuan sedang perhatikan Aliya bu!" Aliya rasa gelisah "Perempuan? Dekat mana?" Tanya Atika "Sana! Dekat tepi pokok tu bu!" Jawab Aliya "Kamu dah solat ke Aliya? Kalau dah, pergi dapur makan sama-sama." Arah Atika "Dah ibu!" Jawab Aliya. Aliya masih melihat pokok itu "Dah! Jangan difikirkan sangat. Pergi turun makan." Atika menyuruh Aliya makan. Atika melihat pokok itu. Dia berasa seram lalu menutup jendela walaupun hari masih siang. Aliya sedang menjamah makanan tetapi masih termenung memikirkan hal tadi. "Aliya! Kenapa ni? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran kamu ke?" Darwis bertanya kepada Aliya "Kamu masih fikirkan kejadian tadi ke?" Tanya Atika pula "Kejadian tadi? Apa yang terjadi?" Tanya Darwis "Tadi dia kata nampak kelibat perempuan tepi pokok tu tengah perhatikan dia." Jawab Atika "Patutlah ayah tengok kamu pucat je Aliya! Kamu okey ke?" Darwis bertanya kepada Aliya "Okey je ayah! Aliya masuk bilik dulu!" Jawab Aliya Setelah malam, Aliya, Darwis dan Atika duduk di ruang tamu tonton tv bersama-sama. "Aliya nak pergi mana?" Atika bertanya kepada Aliya "Nak masuk bilik. Nak tidur." Jawab Aliya Aliya masuk kebiliknya lalu mengemas katilnya sebelum tidur. Aliya menutup lampu dan hanya menghidupkan lampu meja. Ketika Aliya duduk diatas katil, Aliya terlihat di balik tingkapnya ada bayang sosok perempuan seperti bertudung. Sosok perempuan itu memanggil nama Aliya. "Aliya!" Suara itu memanggil namanya "Aliya!" Suara itu memanggilnya lagi Aliya beranikan diri untuk menghampiri tingkap itu. Dia menyelak langsirnya. Tiba-tiba sahaja bayang sosok perempuan itu hilang. Aliya seperti ketakutan tetapi dia menahan rasa takut itu. Aliya berpusing ke belakang dengan perasaan terkejut. "Arghhhh! Ibu! Ayah! Haaa!" Aliya menjerit ketakutan sambil menangis. Aliya terduduk di atas lantai. Dia melihat sosok perempuan bertudung itu berada dihadapannya. Tetapi wajahnya tidak kelihatan kerana gelap "Haaaaa! Ibu! Ayah!" Aliya memanggil Darwis dan Atika sekali lagi. Tetapi ibu dan ayahnya tidak mendengar jeritan itu "Kau siapa haa? Kenapa kau ganggu aku?" Aliya bertanya sambil menangis "Tolong jangan rapat sangat dengan dia. Aku tak suka!" Sosok perempuan itu berkata dengan suara sedang menangis "Kau siapa? Apa kau cakap haa? Aku tak faham!" Tanya Aliya kembali "Dia adalah aku. Aku adalah dia. Aku sayang dia." Kata perempuan misteri itu "Ibu! Ayah!" Aliya menangis lagi Darwis dan Atika terdengar anaknya menjerit. "Aliya! Buka pintu ni!" Darwis tidak dapat membuka pintu bilik Aliya "Aliya!" Atika pula memanggil Aliya Darwis sudah beberapa kali menolak pintu itu dengan kuat tetapi tidak boleh dibuka. Sosok perempuan itu ingin mengancam Aliya. "Siapa dia tu? Aku tak kenallah. Jangan kacau aku! Pergi!" Aliya mengusir perempuan itu sambil menangis lalu menutup telinganya Perempuan misteri itu berasa marah dan ingin menyiksa Aliya. Tetapi tidak jadi kerana Darwis sudah dapat membuka pintu itu lalu masuk. "Ya Allah, Aliya! Kenapa ni?" Atika bertanya kepada Aliya lalu memeluknya "Allahu Akbar. Apa dah jadi ni!"Darwis bertanya kepada Aliya Aliya tidak bersuara. Aliya masih trauma dan ketakutan sambil menangis tanpa henti. Aliya berasa letih lalu pengsan di pangkuan Atika. "Ya Allah. Aliya!" Atika terkejut Aliya pengsan "Aliya! Aliya! Bangun! Astaghfirullahalazim! Aliya tidak bangun walaupun sudah dikejutkan oleh Darwis Amsyar mengangkat Aliya lalu diletakkan atas katil. Darwis dan Atika sedih dan kasihan melihat Aliya di atas katil. " Bang! Saya risaulah dengan Aliya!" Ujar Atika "Takpe. Esok abang panggil ustaz suruh tengokkan anak kita ni. Sekarang ni kita tidur dulu. Sabarlah ye!" Darwis tenangkan Atika Mereka berdua tidur di bilik Aliya. Keesokan harinya, Darwis memanggil ustaz untuk mengubati Aliya. "Apa yang berlaku sebenarnya ni?" Ustaz Rafie bertanya kepada Darwis "Saya tak pasti apa yang berlaku malam tadi. Kami terdengar Aliya menjerit!" Jawab Darwis "Anak kami tak apa-apa kan ustaz?" Tanya Atika "Dia sebenarnya diganggu oleh roh." Ustaz Rafie menjawab pertanyaan itu "Roh? Roh apa ustaz?" Darwis bertanya lagi "Sebenarnya, roh tu tak tenang. Selagi jasad roh tu tak dikebumikan dengan sempurna, roh tu akan ganggu Aliya. Aliya! Boleh kamu cerita, apa roh tu bagitau kamu?" Ustaz Rafie bertanya kepada Aliya "Roh tu cakap, jangan rapat sangat dengan dia. Roh tu tak suka. Roh tu ada bagitau "dia adalah aku, aku adalah dia". Saya pun tak tau siapa orang tu!" Aliya menjawab dengan tenang "Kamu ada berkawan rapat dengan sesiapa ke?" Ustaz Rafie bertanya lagi "Saya berkawan dengan lima orang je. Sarah, Suraya, Haris, Farid dengan Zulkifli." Suraya berkata kepada Ustaz Rafie "Antara lima orang tu, siapa yang paling rapat dengan kamu?" Ustaz Rafie bertanya lagi "Sarah dengan Suraya." Jawab Aliya "Okey Puan, Encik. Berdasarkan apa yang Aliya bagitau saya, mungkin salah seorang daripada Sarah atau Suraya. Saya dapat rasakan, mungkin roh tu dulu bestfriend Sarah atau Suraya." Ustaz Rafie berkata kepada Darwis dan Atika "Saya tak dapat nak buat andaian. Sebab mungkin ada sesuatu yang membuatkan roh tu tak tenang. Okeylah. Puan jangan lupa bagi Aliya minum air yasin ni ye. Saya balik dulu. Apa-apa boleh call saya.!" Ujar Ustaz Rafie "Baiklah ustaz. Terima kasih ye sebab sudi datang. Assalamualaikum!" Ucap Darwis "Sama-sama. Waalaikumsalam!" Ustaz Rafie berangkat pulang "Aliya okey?" Atika bertanya khabar Aliya "Okey." Jawab Aliya ringkas "Takpelah. Aliya rehat dulu. Kalau ada apa-apa boleh panggil ibu atau ayah. Mak nak masak untuk makan tengahari jap!" Ujar Atika Aliya hanya senyum dan mengangguk kepala.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD