Mimpi

1542 Words
Malam bulan mengambang, Sarah tidur di kamar hanya berlampukan lampu meja. Lampu yang sedikit malap dari lampu biasa. Sarah selalu bermimpi hal yang sama. Sarah tidak menceritakan kepada sesiapa pun apa yang dimimpikannya itu termasuk keluarganya sendiri tidak mengetahuinya. "Sarah!" Suara ghaib memanggil Sarah "Siapa tu?" Sarah bertanyakan kepada suara itu "Jangan lupakan aku ye! Aku rindu nak jumpa kau!" Jawab suara itu "Kau siapa?" Tanya Sarah lagi "Aku adalah kau, dan kau adalah aku!" Jawab suara itu lagi ....Sarah ternampak sosok perempuan di balik pokok....Sarah tiba-tiba tersedar dari tidurnya.... "Astaghfirullahalazim! Allahu Akbar!" Sarah berkata sambil meletak tangan di dadanya "Mimpi lagi. Dah pukul berapa ni!" Sarah melihat jam telefonnya menunjukkan pukul 5.30 pagi Sarah pergi ke toilet untuk mandi dan bersiap kerana ingin pergi ke sekolah. Sarah termenung memakai stokin kerana masih teringatkan kata-kata suara ghaib itu. Sarah turun ke bawah untuk sarapan pagi senang berangkat je sekolah. Ketika itu usia Sarah 16 tahun. Sarah dihantar ke sekolah oleh bapanya, Encik Amsyar. Sarah berada di Tingkatan 4 Cendana, iaitu kelas tiga terawal dari 6 kelas. Sarah duduk berkumpulan bersama Aliya, Suraya, Haris, Farid dan Zulkifli. Mereka berenam juga kawan akrab. "Korang!" Aliya panggil mereka berlima "Apa?" Tanya Farid "Korang percaya tak dengan mimpi?" Aliya bertanyakan soalan "Dah kenapa tanya kitorang?" Suraya Bertanya pula "Entah kau ni! Tiber tanya soalan macam tu!" Kata Sarah kepada Aliya "Bukan apa! Cuma malam tadi aku mimpi yang buat aku seram. Aku masih terfikir je kata-kata tu!" Jawab Aliya "Kata-kata? Kata-kata apa?" Haris bertanya kepada Aliya "Suara tu cakap kat aku " jangan terlalu rapat dengan dia" Itulah ayat dia." Aliya sambung bicara "Pelik je bunyinya. Kau ada nampak apa-apa bayang ke dalam mimpi kau tu?" Zulkifli bertanya kepada Aliya "Takde pulak. Tapi kan aku masih tertanya-tanya tau pasal mimpi aku tu." Ujar Aliya "Kau tak payah fikir sangat. Mimpi tu kan mainan tidur!" Ujar Sarah "Betul apa Sarah cakap tu. Kau rilex je. Tak perlu nak semakkan otak kau tu." Kata Haris kepada Aliya "Okeylah." Kata Aliya Sarah berasa aneh dengan apa yang dikatakan oleh Aliya sebentar tadi. Sarah juga masih ragu-ragu dengan mimpinya selama ini. Dia juga merasa mungkin mimpi Aliya terkait dengan mimpinya. Sudah setahun dia mimpi yang sama malah kata-kata yang ditutur oleh sosok perempuan itu juga yang sama dan berulang. Sarah berjalan sendirian menuju ke toilet. Di dalam tandas juga sunyi sepi. Sarah membasuh muka lalu melihat cermin. Tiba-tiba sahaja Sarah terdengar suara memanggil namanya. "Sarah!" Suara itu berada berhampiran tandas Sarah memberanikan diri untuk melihat apa di dalam tandas itu. Sarah membuka satu persatu pintu tandas secara perlahan-lahan. Setelah selesai membuka kesemua pintu di dalam tandas, Sarah merasa hairan kerana tidak ada sesiapa pun di dalam tandas. Hanya dia seorang sahaja berada di dalam tandas. Suara ghaib yang memanggilnya juga sudah hilang seketika. Tiba-tiba..... "Sarah!" Suraya memegang bahu Sarah lalu terkejut "Kau kenapa?" Suraya bertanya kepada Sarah "Tak ada apa!" Jawab Sarah ringkas "Kau dah kenapa termenung dalam tandas? Tak elok termenung sorang-sorang." Suraya menasihatu Sarah "Kau pulak buat apa kat sini?" Sarah pula bertanya "Aku nak kencing. Dah alang-alang kau kat sini kan, kau tunggu je lah aku. Kita balik kelas sama-sama!" Ajak Suraya "Okey! Aku tunggu kau." Sarah senyum kepada Suraya .....Beberapa jam kemudian... "Sarah! Kau nak tumpang aku balik ke?" Aliya bertanya kepada Sarah "Takpela. Aku tunggu ayah aku ambik!" Sarah berkata kepada Aliya "Kau sure ke? Ayah kau kan tengah meeting. Tak lambat ke?" Aliya bertanya lagi "Takpelah. Aku tunggu." Jawab Sarah "Risaulah nak tinggalkan kau sorang-sorang." Tambah Suraya "Aku okey je. Kalau korang nak balik, baliklah. Kesian ayah korang tunggu kat luar tu. Jangan risau. Aku boleh jaga diri." Ujar Sarah "Okeylah. Kau hati-hati tau!" Arah Aliya "Kalau ada apa-apa, call je kitorang." Ujar Suraya pula "Okeylah. Aku balik dulu!" Aliya berkata kepada Sarah "Aku pun nak balik dulu. Bye!" Suraya berkata kepada Sarah "Bye korang!" Sarah melambai Aliya dan Suraya Suasana yang bising bertukar sunyi. Sarah menunggu ayahnya, Encik Amsyar pulang dari meeting untuk mengambilnya pulang dari sekolah. Sarah menunggu di Bas Stop. Sarah berasa bosan sambil berjalan ulang-alik di keliling Bas Stop. Dia terhenti seketika lalu melihat ke sekolah. Dia merasa ada seseorang mengintipnya di balik pagar sekolah itu. Setelah itu ayahnya bunyikan hon lalu Sarah terkejut. "Tinn!! Tinn!!" Hon kereta Amsyar dibunyikan Sarah tidak berfikir panjang lalu masuk ke kereta. Amsyar borak bersama Sarah di dalam kereta. "Macam mana belajar tadi? Okey tak?" Amsyar bertanya kepada Sarah. Tetapi dia melihat Sarah sedang berkhayal. "Sarah!" Amsyar memanggil Sarah "Haa! Apa?" Sarah bertanya pula "Ayah tanya tadi, macam mana belajar tadi?" Amsyar menggeleng kepala "Okey." Jawab Sarah ringkas "Okey je? Sarah fikir apa sebenarnya ni? Ada masalah ke dekat sekolah?" Amsyar bertanya lagi "Takde apa ayah. Okey je dekat sekolah." Jawab Sarah "Dah tu, kenapa Sarah termenung je. Pastu berkhayal pulak!" Amsyar hairan dengan Sarah "Ayah! Sarah nak cakap something. Sebenarnya kan......." Kata-kata Sarah terhenti "Sebenarnya apa?" Amsyar bertanya lagi sekali "Takde apalah." Sarah tidak berkata hal sebenarnya "Sarah! Cakap je lah!" Amsyar panggil Sarah. Sarah sedang ingin masuk ke rumah "Takpelah. Tak penting pun! Sarah masuk dulu!" Sarah berkata kepada Amsyar Amsyar mengunci kereta lalu masuk ke rumah. Alisya menyambut suaminya, iaitu Amsyar di pintu. Alisya mencium tangan Amsyar. "Haa! Bang dah balik. Sarah mana?" Alisya bertanya kepada Amsyar "Ada tadi. Dah masuk bilik. Abang mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama." Ujar Amsyar "Okey." Jawab Alisya ringkas ....Di kamar.... Sarah masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya dia tidak tahu. Mimpi serta merasa ada yang mengekori juga Sarah masih berfikir. Sarah membuka lacinya untuk mengambil buku cerita. Dengan tidak sengaja, sekeping gambar jatuh di atas lantai. Sarah mengambil gambar itu dan menitiskan air mata melihat foto itu. Di dalam foto itu adalah gambar Sarah dan teman karibnya dulu, iaitu Fateha. Sarah duduk di atas katil sambil teringatkan teman lamanya itu. Sehingga kini polis tidak dapat mencari di mana keberadaan Fatehah. Sebab itu juga, pencarian Fateha dihentikan serta-merta tanpa ada sesiapa mengetahui. Family Sarah dan family Fateha terpaksa merahsiakan kepada orang kampung malah terpaksa berkata bahawa Fateha sudah meninggal. Keluarga Fateha tidak pernah putus asa berdoa untuk Fateha supaya segera ditemui. Sarah juga berharap dapat menemui Fateha. Sudah 2 tahun tidak mendengar khabar dari Fateha. Sarah tidak pernah melupakan Fateha. Sahabat yang setia malah akrab sejak kecil lagi. Sarah meletakkan kembali fotonya bersama Fateha di dalam laci. Sarah keluar dari biliknya dan pergi ke dapur untuk makan. Setelah Sarah keluar bilik, tiba-tiba sahaja angin meniup langsir bilik Sarah. Sepertinya ada sesuatu yang sedang mengekorinya pulang ke rumah. "Haa! Sarah! Buat apa lama-lama dalam bilik tu! Sini makan!" Alisya mengajak Sarah makan "Sarah tak nak cakap apa-apa ke?" Amsyar bertanya kepada Sarah "Cakap apa?" Sarah bertanya pula kepada Amsyar "Yang kamu nak bagitau ayah tak jadi dalam kereta tu! Apa dia?" Amsya menyoal Sarah "Apa dia Sarah? Macam penting je!" Alisya pula bertanya "Lupakan jelah." Ujar Sarah "Bagitau je lah. Kami semua nak dengar!" Ucap Amsyar "Sebenarnya dah lama. Tapi baru je nak bagitau. Dah 2 tahun." Jawab Sarah "Apa yang dua tahun?" Syazwan bertanya penuh hairan. Syazwan abang kepada Sarah "Dah 2 tahun orang mimpi benda sama." Jawab Sarah "Sarah mimpi apa?" Alisya bertanya dengan hairan "Dalam mimpi tu ada sosok perempuan. Dia cakap " kau jangan lupakan aku tau". Pastu dia cakap "aku adalah kau, dan kau adalah aku". Sarah jawab pertanyaan itu Amsyar, Alisya dan Syazwan saling berpandangan dengan penuh hairan. Mereka meneruskan untuk makan dan senyap seketika. Alisya dan Amsyar masuk ke bilik selepas selesai makan petang. " Abang!" Alisya memanggil Amsyar "Haa! Ada apa?" Amsyar bertanya kepada Alisya "Saya risaukah abang!" Alisya menjawab soalan Amsyar "Awak nak risau pasal apa ni?" Tanya Amsyar kembali "Abang! Saya risaulah dengan Sarah tu! Saya masih fikir je apa yang dia cakap tadi." Alisya berasa risau "Awak tu jangan fikir buksn-bukan. Kita doa je supaya Sarah tu selamat." Ucap Amsyar "Harap tak ada apa yang terjadilah." Ucap Alisya sambil menghela nafasnya "Awak tak nak solat berjemaah sekali ke? Dahlah jangan fikirkan sangat." Amsyar menasihati Alisya Alisya solat berjemaah bersama Amsyar. ....Dalam bilik Sarah.... Sarah membuka laci dan mengambil buku album fotonya bersama Fateha. Dia masih ingat w******p terakhir Fateha sebelum dia menghilang. Fateha chat "jangan terpedaya dengan janji manis lelaki kalau tak nak menyesal" dan juga "H...tipu. Dia ada masalah mental.Cemburu dia menguasai diri. Bila tak terkawal orang dia sayang jadi mangsa. ". Sarah screenshoot chat itu dan simpan sebaiknya sebagai bukti. Sarah masih ingat kata-kata Fateha. Sarah simpan kembali album itu di dalam laci. Dia bangun dari tempat duduknya lalu terhenti. Dia terlihat bayang sosok perempuan di luar jendelanya. Dia beranikan diri untuk mendekati jendela itu. Dia cuba untuk membuka langsir biliknya tetapi..... " Sarah!" Syazwan memanggil Sarah lalu terkejut "Haa!" Sarah berkata ringkas "Dah kenapa kau terkejut?" Syazwan pelik melihat Sarah "Takde apa. Ada apa kau datang sini?" Sarah pula bertanya "Aku pinjam pen drive kau kejap. Aku nak save assignment aku. Ada tak?" Syazwan ingin meminjam barang "Ada. Kejap! Nah!" Sarah menghulurkan pen drive kepada Syazwan "Kau okey ke tak ni? Resah je aku tengok!" Ucap Syazwan "Aku okey." Jawab Sarah ringkas Syazwan beredar dari bilik Sarah. Sarah melihat kembali di jendelanya, tetapi tidak ada apa-apa. Sarah naik di atas katil untuk tidur. Setelah tidur, di jendela Sarah muncul kembali bayang perempuan itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD