Rahsia Tersembunyi

1532 Words
"Hahahahaha! Hahahahaha!" Kedengaran suara sayup di malam hari "Bunyi apa tu bang?" Sarah terbangun lantas bertanya kepada Haziq "Abang pun tak pasti!" Jawab Haziq ringkas "Hahahahaha! Hahahahaha!" Suara gelak tawa memecahkan hening malam "Abang nak pergi mana tu?" Sarah bertanya kepada Haziq "Abang nak tengok jap!" Haziq cuba menghampiri jendela biliknya itu "Awak! Biarkan je lah! Awak!" Sarah rasa gelisah dan mengikuti Haziq pergi di jendela "Suara tu macam dekat luar tingkap ni!" Haziq menunjukkan arah tingkap di mana suara misteri itu berada "Abang!" Sarah menepuk bahu Haziq tiga kali "Awak kenapa?" Haziq aneh melihat Sarah sedang ketakutan "Tu! Tengok tingkap tu!" Sarah berkata perlahan lalu menunjukkan arah tingkap itu "Allahu Akbar! Jom kita keluar dari bilik ni!" Haziq memimpin tangan Sarah dan membawanya keluar menuju ke ruang tamu "Kamu berdua pun dengar juga ke suara tu?" Alisya bertanya kepada Haziq dan Sarah "Kami dengar! Sebab tu kami keluar bilik!" Jawab Haziq "Mak dengan abah okey ke?" Sarah bertanya tentang keadaan ibu dan bapanya "Alhamdulillah! Mak dengan abah baik-baik saja!" Amsyar menjawab pertanyaan Sarah "Mak dengan abah tak boleh tidur! Suara tu menghantui kami! Sebab tu mak dengan abah keluar dari bilik tu!" Alisya berkata kepada Haziq dan Sarah "Benda tu ada dekat luar tingkap! Kami berdua nampak bayang dia dekat luar!" Jelas Haziq "Sekarang ni, kita nak buat apa? Kalau dibiarkan, sampai besok kita tak boleh tidur!" Amsyar mula bimbang "Mak pun tak tau nak buat apa sekarang ni! Hari pun dah larut malam! Nak cari ustaz pun mungkin dah tidur! Tak kan kita nak ganggu diorang tu!"Kata-kata Alisya ada betulnya " Hahahahaha! Hahahahaha!"Suara misteri itu muncul kembali "Haaa! Tu! Dia mula lagi nak ganggu kita!" Amsyar tidak senang mendengar suara tawa itu "Bunyi suara tu macam dekat pintu je!" Sarah mencelah perbualan mak dan abahnya "Kita baring je lah dulu dekat ruang tamu ni! Esok kita panggil Ustaz Borhan!" Haziq mula berkata-kata "Ustaz Borhan tu siapa pula?" Amsyar ingin tahu "Ustaz Borhan tu pernah ubatkan Sarah, Aliya dan Suraya! Diorang bertiga kena rasuk dekat tandas perempuan! Time tu dekat sekolah! Ustaz Borhan tu kawan abah saya!" Haziq menjelaskan kepada ibu dan bapa Sarah "Oh! Tak apa! Kita baring je dulu dekat sini! Untuk sementara saja!" Kata Amsyar Baru sahaja mereka berempat baring beralaskan kusyen, mereka terdengar bunyi pintu dibaling batu kecil. Mereka berempat duduk semula setelah mendengar bunyi batu itu. Empat kali pintu rumah itu dibaling batu. Mereka sambung merebahkan diri di atas kusyen. Selang tiga minit, bunyi bumbung seperti dicakar. Mereka tidak dapat menyambung tidur mereka. Bunyi cakaran di atas bumbung itu semakin nyaring. Beberapa saat kemudian, cakaran di atas bumbung menghilang. Mereka mula rasa tidak senang dengan gangguan itu. Mereka semua berasa sangat ngantuk dan ingin melelapkan mata. Akhirnya, mereka dapat tidur dengan nyaman. Tiga jam kemudian, mereka berempat terbangun kerana terdengar suara laungan azan Subuh. Dengan demikian, lantas mereka bangun dan masuk ke bilik mengambil tuala untuk mandi pagi. Mereka bergilir-gilir keluar masuk tandas dan bersiap untuk solat Subuh secara berjemaah. ....tiba tengahari.... Sarah cuba masuk ke dalam bilik misteri itu. Sarah cuba untuk mencari petunjuk. Mungkin di dalam bilik itu terselit satu petunjuk. Sarah seorang diri meneliti di setiap bilik itu tanpa keraguan. Bingkai gambar pantai itu diturunkan dan dibelek. Sarah menyentuh lukisan pantai itu dengan jarinya. Sarah tidak sengaja melepaskan lukisan itu kerana dia merasa jarinya teeluka akibat terkena bingkai yang yang retak sedikit. Sarah mengambil semula lukisan itu untuk meletakkannya ke tempat asal. Sarah terpandang bawah dan melihat sebentuk kunci yang kecil di depan kakinya. "Kunci apa ni? Mesti kunci ni ada terselit dekat lukisan tu!" Sarah berkata kepada dirinya sendiri Sarah menyimpan kunci yang dijumpainya ke dalam poket seluarnya. Sarah berjalan keliling kawasan katil. Sarah terlihat laci meja kecil lalu cuba menghampirinya. Satu per satu laci itu dibuka dan diselidik dengan teliti. Saat buka laci paling bawah, Sarah terjumpa Kotak kecil yang telah dikunci. Sarah dapat merasakan baha kunci yang ada bersamanya itu mungkin kunci kotak kecil yang telah dijumpainya. Sarah mengam kunci di dalam poket seluarnya lalu membuka kotak itu. Tidak sangka bahawa kunci itu sepadan dengan kotak itu. Sarah membuka kotak itu dan melihat ada gambar Fateha, Haziq dan dirinya. Sarah semakin keliru dengan apa yang dijumpainya sebentar tadi. Sarah sedang berfikir dan tanpa sengaja menjatuhkan kotak yang berada di tangannya. Kotak itu terbalik di atas lantai. Sarah mengangkat kotak itu dan dia terjumpa sampul surat berwarna putih. Sarah membuka sampul surat itu dan alangkah terkejut dirinya saat melihat apa di dalam sampul surat itu. Sarah menjumpai gelang tangan Fateha yang sama dengan gelang tangan Sarah. Dia hairan mengapa gelang Fateha berada di dalam sampul itu. Sarah juga menjumpai surat yang sudah lama di dalam sampul surat. Sarah membaca dengan reaksi terkejut dan masih keliru. Di dalam surat itu tertulis: "Aku minta maaf. Aku nak putus dengan kau. Aku kecewa dengan kau. Aku tak sangka dengan apa yang sudah berlaku antara aku, Haziq dan Sarah disebabkan oleh kau! Kau punca semua ni. Aku dah tau yang kau punca dia menderita. Aku paling tak sangka, rupanya bukan kau seorang dalang semua ni. Rupanya ada orang lain selain kau. Aku cuma tahu tiga orang saja. Tak tau lah kalau ada orang lain yang terlibat. Aku sedih. Aku betul-betul tak sangka semua ni. Rupanya korang dah rancang semua ni. Rupanya korang sudah lama sepakat untuk hancurkan hubungan family aku, family Sarah dan Haziq.Aku betul-betul kecewa dengan kau. Takkan disebabkan cemburu dan dendam, orang lain jadi mangsa. Kenapa? Apa salah kami? Aku sayang kau. Tapi, bila dah jadi macam ni hati dan perasaan aku mula tawar. Lebih baik kita berpisah saja. Aku minta maaf. Aku tak nak teruskan hubungan ni. Korang memang hati busuk." Sarah membaca surat itu di dalam hati Sarah tidak sengaja menitiskan air mata. Sarah tidak menyangka ada musuh yang berdendam untuk menghancurkan keluarga dan persahabatan mereka. Sarah mula syak Haris kerana Haris adalah bekas boyfriend Fateha. Sarah memejamkan matanya dan menitiskan air mata. Sarah berasa geram dan ingin membongkar semuanya. Sarah mula mencipta plan tersendiri supaya tidak ada sesiapa mengetahuinya. Wajah senyuman Fateha terbayang di fikiran Sarah. Sarah tidak menyangka bahawa Fateha tahu semua rahsia ini. Haziq baru pulang dari kerja lalu masuk ke bilik. Dia melihat pintu bilik rahsia itu terbuka. Haziq masuk ke dalam bilik itu dan melihat Sarah sedang menangis sendirian. "Sayang! Kenapa ni? Kenapa nangis?" Haziq risau melihat Sarah "Awak baca surat ni!" Sarah menyerahkan surat Fateha kepada Haziq Haziq membaca surat itu sehingga habis di dalam hati. "Surat siapa ni? Dekat mana awak jumpa surat ni?" Haziq ingin tahu "Itu surat Fateha! Saya jumpa dal kotak ni! Dalam kotak ni ada gambar kita dengan Fateha! Saya tak sangka Fateha tahu semua rahsia ni! Saya rasa dia tak sempat nak bagitau kita!" Kata Sarah dalam keadaan menangis "Awak rasa, siapa yang awak syak sebagai dalang?" Haziq bertanya untuk kepastian "Orang pertama saya syak, Haris! Sebab Haris boyfriend Fateha! Yang kedua Saya syak Ustaz Rafie! Sebab masa keluar rumah nak siram pokok bunga ternampak Ustaz Rafie sembunyi dekat belakang pokok tepi rumah tu. Tapi saya buat tak tahu. Yang ketiga je saya tak tau siapa! Tapi, saya yakin awak tak terlibat!" Sarah terangkan kepada Haziq namun air matanya masih menitis "Tapi, kita tak ada bukti Haris terlibat!" Haziq masih tidak percaya "Saya tahu awak susah nak percaya! Awak tak pelik ke masa Ustaz Borhan datang rumah awak tu! Haris tak cakap sepatah pun. Kita tak tau, orang yang selama ini baik dengan kita rupanya musuh dalam selimut! Fateha ada tulis dalam surat dia tu! Fateha bagitau nak putuskan hubungan dengan orang tu! Katanya ada tiga orang! Fateha cuma bercinta dengan Haris sorang je! Tak ada orang lain!" Sarah berasa geram dengan apa yang terjadi "Kalau saya cakap orang ketiga tu Aliya, awak percaya tak?" Haziq tiba-tiba bertanya seperti itu "Maksud awak apa? Saya tak faham!" Sarah berhenti dari tangisannya "Kalau Haris punca semua ini, mesti ada orang sokong dia. Awak tak pelik, kenapa diorang bercinta dan berkahwin? Lagipun diorang berdua tu dah lama kenal! Mesti diorang tengah plan sesuatu! Betul tak? Saya cuma bagi andaian saja!" Haziq menjelaskan kepada Sarah "Bila awak cakap macam tu, saya ada terfikir sesuatu!" Ungkap Sarah "Apa yang awak fikir?" Haziq ingin tahu apa yang Sarah katakan "Kita buat macam biasa je tau! Kita ajak diorang berdua datang sini! Cakap dengan diorang yang kita nak buat majlis kesyukuran! Ajaklah mak dengan abah sekali! Ajak Suraya, Zulkifli dengan Farid! Kita tanya diorang soalan spontan! Kita buat majlis kesyukuran dan doa selamat sebab kita baru pindah sini! Okey tak cadangan saya?" Sarah memberi cadangan kepada Haziq "Okey juga! Saya tau kenapa awak ajak kawan awak tu! Sebab awak nak tengok reaksi muka diorang kan?" Haziq setuju dengan cadangan Sarah "Betul tu! Kita bincang dengan mak dan abah saya! Mak dengan abah saya boleh jemput orang kampung yang terdekat je!"Jelas Sarah " Tapi, Ustaz Rafie kena jemput dia juga!"Ucap Haziq "Ye lah! Saya terlupa pula! Nasib awak ingatkan saya!" Sarah baru teringat sesuatu "Tak apa! Ustaz Rafie tu biar abang yang jemput dia! Awak dengan mak siapkan menu untuk majlis tu nanti!" Jelas Haziq terhadap Sarah Begitulah rancangan yang diatur oleh Haziq dan Sarah secara teliti dan terperinci supaya tidak ada sesiapa pun mengesyaki mereka berdua.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD