Perancangan Teliti

1788 Words
Majlis kesyukuran di rumah Haziq dan Sarah akan berlangsung malam ini. Haziq dan Sarah beb seperti biasa tanpa ada keraguan agar rancangan antara Haziq dan Sarah tidak terbongkar. Bilik rahsia itu juga ditutup menggunakan kertas dinding agar tidak ada sesiapa pun tahu tentang bilii itu sudah diketahui. Aliya dan Haris baru sahaja sampai ke rumah Haziq dan Sarah. Aliya dan Haris tetap memilih bilik yang pernah mereka berdua duduki. Setelah itu, ibu dan bapa Haziq pula muncul. Selang beberapa minit, Farid, Zulkifli dan Suraya pula menyusul tiba. Di dalam rumah itu sungguh meriah dengan kehadiran mereka semua. Ibu bapa Fateha turut dijemput untuk hadir di majlis kesyukuran tersebut. Lelaki akan tidur di luar. Manakala perempuan akan tidur di dalam bilik. Aliya dan Haris tidak mahu sesiapa tidur di dalam bilik yang mereka diami. Ibu bapa Sarah tidur di dalam bilik Sarah dan Haziq. Ibu Fateha, Suraya dan ibu Haziq akan tidur di dalam bilik satu lagi. Mereka semua duduk di luar kerana sedang rewang untuk masak bersama. Aliya dan Haris hanya tolong sedikit dan mereka berdua masuk di dalam bilik mereka. Tatkala di dalam rumah itu kosong, Sarah memanfaatkan peluang yang ada. Sarah senyap-senyap masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu bilik perlahan-lahan. Sarah meletakkan telinganya di balik pintu rahsia itu. Sarah terdengar suara seperti sedang berbual. Sarah mendengarkan perbualan itu sambil cuba untuk merekod suara perbualan antara Haris dan Aliya. Sarah juga rasa hairan bagaimana mereka berdua masuk di dalam bilik rahsia itu. "Aliya! Kau rasa, Sarah dengan Haziq tau ke tentang bilik kecil ni?" Haris bertanya kepada Aliya "Aku rasa diorang tak tau lagi! Lagipun, mesti diorang tak perasan yang bilik ni sebenarnya bersambung!" Jelas Aliya kepada Haris "Betul apa kau cakap tu! Diorang tak tau pun bilik ni ada dua pintu! Pintu ni pula bersambung dengan bilik kita juga!" Haris berasa bangga saat berkata-kata "Lagi satu, diorang semua pun tak tau yang kita ni tak bercinta pun! Aku tak sangka diorang boleh percaya!" Aliya berkata dengan penuh tawa "Kita memang dah nikah! Tapi bersebab! Selagi benda ni tak selesai, selagi tu kita kena plan! Kalau tak, diorang akan tau!" Haris berkata dengan lagaknya "Betul! Kalaulah rahsia kita terbongkar, sia-sia apa yang kita rancang sekama ini! Aku rasa, mesti Haziq dengan Sarah akan syak Ustaz Rafie!" Tutur kata Aliya memanah perasaan Sarah yang sedang mendengar perbualan mereka "Aku tau! Lagipun, memang Ustaz Rafie yang mulakan plan ni!" Haris berbicara penuh tawa "Kalau tak disebabkan plan Ustaz Rafie, peluang kita untuk pisahkan diorang tu sia-sia je! Kau bukan tak tau, aku dah lama pendam rasa dekat abang kau tu! Kau pun suka dekat si Sarah tu!" Kata-kata Aliya mengejutkan Sarah "Sebab tu kita kena buat macam biasa! Kalau tak, diorang akan mula syak kita! Lagipun, memang Ustaz Rafie dah lama nak balas dendam dekat Fateha dan keluarga Sarah tu! Dah alang-alang tu, kita masuk jarumlah sekali! Hahaha!" Haris berkata dengan lagaknya Sarah saat mendengar itu sedang menahan amarahnya supaya tidak diketahui oleh Aliya dan Haris. Haris dan Aliya keluar dari biliknya dan keluar rumah untuk membantu yang lain masak. Sarah buat seperti tidak tahu apa-apa dan pergi ke tandas. Sarah tidak dapat menahan tangis. Sarah keluar dari tandas itu setelah selesai menangis sendirian. "Aku janji pada diri aku, yang masalah ni akan selesai malam ni juga! Fateha, semoga kau tenang di sana! Aku akan buat pembelaan untuk kau dengan Haziq!" Sarah berkata pada diri sendiri "Sarah! Kau dekat dapur rupanya! Aku cari kau dari tadi!" Kata-kata Aliya itu membuka Sarah hanya tersenyum "Aku pergi tandas tadi! Ada apa cari aku?" Sarah berkata dengan spontan "Tak ada apa! Aku nak bagitau yang keputusan SPM akan keluar sebulan je lagi! Aku tak sabar nak tengok resault SPM aku! Harap lulus semua subjek!" Aliya berkata seperti tidak ada apa-apa yang terjadi "Aku pun tak sabar tunggu! Kita sama-sama doa supaya kita semua lulus SPM nanti! Lagipun, orang yang baik doanya akan dimakbulkan Allah SWT!" Kata-kata Sarah seperti memerli Aliya. Aliya tidak perasan sedikit pun. "Aku pergi dulu!" Aliya undur diri untuk pergi "Kau nak pergi mana?" Sarah bertanya kerana ingin tahu "Aku nak kencing! Nak ikut ke?" Aliya menyakat Sarah "Tak ada maknanya lah nak ikut kau masuk tandas tu!" Sarah berkata dengan nada geram Sarah masuk semula ke biliknya itu untuk menyiapkan buah tangan untuk tetamu malam nanti saat pulang. Haziq duduk di pondok dan sedang berbual bersama Farid. "Kau buat apa duduk sini sorang-sorang?" Farid menegur Haziq yang sedang mengelamun "Aku tengah fikirkan sesuatu!" Jawab Haziq selamba "Kau fikir apa je ha?" Farid mula bertanya kepada Haziq "Aku tak tau nak cakap macam mana dekat kau! Aku tak nak susahkan kau dengan masalah aku!" Haziq berkata. saat perasaannya runsing "Apa yang susahnya? Bagitau je lah! Mana tau aku boleh tolong kau!" Farid ingin membantu Haziq "Ini rahsia! Orang lain tak boleh tau! Sebenarnya, aku dengan Sarah dah mula syak ada seseorang tu dalang disebalik semua yang berlaku! Malam ni kitorang akan soal siasat korang semua untuk kepastian!" Haziq mula bercerita kepada Farid "Siapa orang yang korang syak tu?" Farid ingin mencari jawapan "Haris dengan Ustaz Rafie! Lagi sorang kitorang belum pasti!" Jelas Haziq "Kenapa kau bagitau aku? Korang berdua kan sekarang ni kena siasat kitorang?" Farid bertanya kerana tidak pasti "Aku tak tau! Tapi, aku pasti bukan kau! Farid! Kau boleh janji sesuatu dekat aku tak?" Haziq mula meminta Farid berjanji kepadanya "Apa dia? Pelik je aku tengok kau!" Farid aneh melihat sikap Haziq "Kalau terjadi sesuatu dekat aku, kau tolong jaga Sarah dengan anak aku boleh?" Haziq tiba-tiba berkata sesuatu yang aneh "Jaga Sarah dengan anak kau? Kenapa tiba-tiba kau cakap macam tu? Sejak bila kau ada anak? Tak tau pun aku!" Farid banyak soal kerana masih hairan dengan kata-kata Haziq "Sarah dah mengandung 5 bulan! Kitorang terpaksa rahsiakan semua ni! Kau boleh janji dengan aku tak?" Haziq merayu kepada Farid "Okey! Okey! Aku janji dengan kau! Tapi, kenapa tiba-tiba kau cakap macam ni?" Farid masih bingung "Aku tak tau! Aku rasa tak sedap hati! Aku rasa macam tak sempat nak tengok rupa anak aku!" Haziq berkata lalu mengelamun kembali Farid rasa lain saat melihat Haziq seperti itu. Malam ini telah selesai kenduri kesyukuran di rumah Haziq dan Sarah. Ustaz Rafie ingin pulang tetapi ditahan oleh Haziq. "Saya pulang dulu ye!" Ustaz Rafie mengundur diri "Nanti! Ustaz boleh tunggu sekejap? Ada sesuatu kami nak bincang!" Jelas Haziq "Baiklah saya tunggu!" Ustaz Rafie menurut arahan Haziq "Awak! Semua dah balik!" Sarah memberitahu Haziq bahawa orang kampung sudah pulang "Ada apa ni? Nampak serius je!" Aliya berkata penuh hairan "Kami nak bincang sesuatu dengan semua yang ada dekat sini!" Jawab Haziq selamba "Kamu berdua nak bincang apa?" Ustaz Rafie bertanya kepada Haziq dan Sarah "Ustaz! Ustaz kenal kan dengan mak dan abah Sarah? Jawab dengan jujur!" Haziq bertanya kepada Ustaz Rafie untuk kepastian "Kenapa tiba-tiba kamu tanya soalan tu?" Ustaz Rafie aneh melihat Haziq "Jawab je lah ustaz! Kenal ke tak!" Haziq bertanya dalam perasaan geram "Aku dengan Amsyar dah kenal kau lama! Sejak zaman sekolah lagi! Kau ingat, bila kau macam ni kami berdua dah tak kenal kau lah! Aku tahu semua orang boleh berubah. Tapi, aku tak tau kenapa aku tak percaya yang kau akan berubah!" Alisya tiba-tiba menengking Ustaz Rafie "Apa sebenarnya ni? Saya tak faham!" Ustaz Rafie semakin bingung "Ini semua rancangan kau untuk hancurkan keluarga aku! Betul tak? Kau masih berdendam dengan keluarga aku kan? Bagitau je lah! Kau tak perlu jadi penunggang agama lah! Tak rasa berdosa ke buat semua ni?" Amsyar memarahi Ustaz Rafie "Apa sebenarnya ni? Kami semua tak faham!" Farouq tidak mengerti apa yang sudah terjadi "Ini gambar siapa, ustaz? Orang itu selalu mengintip rumah kami! Menyorok belakang pokok! Macamlah saya ni buta!" Sarah menunjukkan foto di telefonnya kepa yang lain "Kamu pasti itu gambar saya? Ada bukti?" Ustaz Rafie mula resah "Saya tak cakap pun tu ustaz! Saya cuma tanya itu gambar siapa? Kenapa ustaz macam resah je?" Sarah cuba membuat Ustaz Rafie tertekan "Tak apa! Saya tanya yang lain pula! Haris! Kau anggap aku siapa pada diri kau? Kau tak berdendam dengan aku kan?" Pertanyaan Haziq mengejutkan Haris "Apa cakap ni? Tak faham!" Haris pura-pura tidak mengerti "Aliya! Kau sahabat aku kan? Kau pernah tak cemburu dengan aku?" Sarah mencelah dan bertanya kepada Aliya "Apa kau merepek ni? Mestilah aku sahabat kau! Tak kan aku nak cemburu dengan kau!" Aliya berkata dengan nada marah "Betul ke? Kau pasti itu jawapan kau? Aku ada rekod sesuatu ni! Korang semua dengarlah!" Sarah menguatkan sound telefonnya agar orang lain dapat mendengar perbualan antara Aliya dan Haris Tatkala semua mendengar rakaman suara itu, mereka semua terkejut. Apatah lagi Haris dan Aliya yang menahan rasa takut. "Ini fitnah! Ini semua fitnah! Korang semua jangan percaya! Zaman sekarang ni, boleh je edit!" Aliya tiba-tiba marah "Korang berdua ni memang busuk hati dengan aku dan Aliya kan? Sebab tu korang berdua plan nak hapuskan kami! Korang berdua ada bukti kukuh ke yang semua tu perbuatan kami?" Haris tiba-tiba maki Sarah dan Haziq "Ada! Ini gambar korang berdua dengan Ustaz Rafie!" Sarah meletakkan gambar itu di atas meja "Korang bertiga tengah bincang sesuatu ke?" Haziq memerli Aliya, Haris dan Ustaz Rafie "Nak lagi bukti? Boleh! Aku jumpa sampul surat ni! Dalam sampul ni ada surat daripada Fateha untuk Haris! Surat ni dah lama Haris simpan dalam kotak berkunci!" Sarah membuat mereka semakin gelisah "Ada lagi! Jom ikut kami masuk bilik diorang!" Haziq mengajak mereka semua masuk ke dalam bilik "Tau tak, dekat sini ada pintu rahsia! Diorang berdua dah tutup dengan kertas dinding!" Sarah mengoyak kertas dinding itu bersama Haziq "Semua nak masuk? Tak apa lah! Tengoklah bilik kecil ni! Tengoklah ada apa dekat dalam tu!" Haziq menyuruh mereka melihat keliling bilik kecil itu "Ada lagi satu sebenarnya! Abah! Tolong buka pintu dekat bilik sebelah!" Sarah meminta ayahnya membuka pintu satu lagi di biliknya Amsyar membuka pintu itu. Ternyata bersambung ke bilik Haziq dan Sarah. Situasi di situ membuatkan Aliya, Haris dan Ustaz Rafie gementar. "Ada lagi! Dalam kotak tu ada rahsia! Saya jumpa surat Fateha dalam bilik ni lah! Awak! Tolong buka kotak tu, tunjukkan dekat diorang semua!" Sarah meminta Haziq membuka kotak lalu dilihatkan kepada semua orang "Ini gambar aku! Awak! Gambar awak pun ada!" Suraya berkata dengan terkejut kepada Zulkifli "Gambar mak dengan abah kau pun ada lah Sarah!" Zulkifli mula bersuara "Ada lagi! Kami berdua jumpa kemenyan!" Jelas Haziq "Bukan tu je! Aku rakam korang berdua dalam bilik ni! Jangan ingat kami bodoh!" Ucap Sarah "Haris! Mak dengan abah tak sangka yang kamu sanggup buat semua ni dekat abang kamu sendiri!" Farouq memarahi Haris "Kenapa kamu buat semua ni?" Rozana ingin tahu Haris keluar dari bilik itu. Haris membuka pintu utama rumah lalu keluar. Ustaz Rafie turut mengikuti Haris begitu juga Aliya.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD