Pengorbanan

1838 Words
Ustaz Rafie berkata dengan marah kepada mereka yang berada di rumah. "Baik! Memandangkan korang semua dah ada dekat sini! Biar aku terus-terang je! Aku yang rancang untuk hapuskan keluarga kau Amsyar!" Ustaz Rafie mula bersuara "Kau memang manusia tak guna! Kenapa kau nak berdendam dengan keluarga aku? Apa salah aku dekat kau?" Amsyar menengking Rafie "Engkau yang mula dulu! Engkau rampas Alisya daripada aku! Aku sakit hati bila tengok kau dengan Alisya! Dah lama aku pendam sema ini! Sekarang! Aku nak kau dapat balasannya!" Hanya dari jauh Rafie membuat Amsyar jatuh di atas tanah "Abang!" Alisya berlari menuju ke arah Amsyar "Alisya! Jangan datang sini!" Dalam keadaan sakit, Amsyar menyuruh Alisya pergi dari sisinya Rafie mendekati Alisya lalu mencekik leher Alisya. Rafie berasa sangat marah saat melihat Alisya begitu menyayangi Amsyar. Padahal, waktu dulu Alisya selalu merawatnya saat dirinya terluka. "Kenapa buat macam ni? Tolong hentikan! Ingat Allah Rafie!" Alisya cuba menyedarkan Rafie "Aku sayang kau! Aku cinta kau! Tapi kenapa kau pilih Amsyar?" Rafie masih tidak melelapkan cekikannya "Rafie! Tolong lepaskan Alisya! Dia tak salah Rafie! Tolonglah lepaskan dia!" Amsyar merayu kepada Rafie agar melepaskan Alisya Sarah tidak terkata dan hanya mampu melihat ibu bapanya. Sarah hanya mampu menitiskan air mata. "Baik! Aku akan lepaskan dia! Tapi kau jadi penggantinya!" Rafie membuat Amsyar terbang jauh dan jatuh di tepi pokok bunga Sarah tidak sanggup tengok apa yang berlaku. Sarah berlari ke arah Rafie tetapi tangannya di tahan oleh Haris. "Lepaskan aku! Lepaskan lah!" Sarah cuba untuk melepaskan genggaman Haris "Sekarang! Giliran kau pula!" Kata Rafie kepada Haris "Memang betul kau bersubahat dengan dia! Aku memang tak sangka!" Sarah menitiskan air mata saat berkata kepada Haris "Ye! Aku pun terlibat! Puas hati!" Haris mengaku perbuatannya kepada Sarah "Lepaskan dia! Kau memang hati busuk! Sanggup kau buat macam ni dekat aku! Aku ni abang kau!" Haziq menepis genggaman Haris terhadap tangan Sarah. Haziq meninggikan suara saat berkata kepada Haris "Abang! Hahaha! Aku malas nak berdrama dekat sini! Kau yang buat aku jadi macam ni! Semua punca daripada kau!" Haris menuduh Haziq punca permasalahan ini "Kenapa kau tuduh dia punca semua masalah? Sekarang aku nak tanya kau! Apa yang dah jadi dekat Fateha sebenarnya!" Sarah inginkan kepastian daripada Haris "Okey! Kau nak tau kan? Kalau kau nak tau, aku memang bercinta dengan Fateha. Kami berdua happy. Tapi, ada penyebuk datang menyelit bila aku nak borak dengan Fateha. Huh! Memang aku marah. Yang bengang, Fateha boleh melayan perangai dia tu. Aku rasa cemburu tengok diorang gelak sama-sama. Bila aku bercerita dengan Fateha berdua je ada dia datang menyelit. Ganggu betul. Aku geram je tengok orang tu. Aku jadi marah tapi aku simpan amarah tu demi Fateha. Jadi, sejak itu aku mula plan sesuatu. Bukan sorang. Bukan berdua. Tapi bertiga. Mesti korang semua terkejut. Hahaha! Sebelum kau kenal Fateha kau bercinta dengan Solehah. Start dari situlah misi aku bermula. Aku berpakat dengan Rafie dan Aliya. Kitorang plan untuk gagalkan percintaan kau dengan Solehah. Aku suka bila tengok kau marah-marah. Yang paling aku suka, bila tengok kau masuk Hospital Sakit Jiwa. Tapi, rasa seronok aku tak lama bila kau rapat dengan Fateha. Aku jadi makin benci dengan kau. Jadi, aku plan untuk buat kau yang bersalah. Aku suruh Rafie buat emosi kau tak terkawal. Dan akhirnya kau terbunuh Fateha. Sejak Fateha mati, rasa cinta aku dah hilang. Aku ingat, lepas kejadian tu boleh senang. Tapi tak. Bila aku tengok Sarah aku jatuh cinta dekat dia. Aku sembunyikan perasaan aku dekat dia sebab tak nak orang lain tau. Tapi, aku tak sangka Sarah tu bestfriend Fateha. Aku tengok sikap diorang berdua serupa. Tapi, bila dapat tau Sarah kenal kau, aku mula berubah. Aku tau Farid pun suka dekat Sarah. Aku tak kisah. Yang aku kisah bila dia ada hati dekat kau dah lama. Aku jadi makin marah. Aku berdendam. Aku takutka korang termasuk yang rapat dengan korang berdua!"Terang Haris panjang lebar "Kau sanggup buat semua ni semata-mata sebab dendam kau!" Sarah marah terhadap Haris dan menolak bahu Haris Haris berasa marah dan ingin menolak Sarah tetapi Haziq sempat menyelamatkan Sarah daripada terjatuh. "Hey! Aku tak boleh nak sabar lagi! Aku akan buat korang berdua merana!" Aliya menjerit je arah Sarah dan Haziq. Aliya dan Haris seperti membaca mantera untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Sarah dan Haziq. Sarah dan Haziq tidak dapat bergerak. Tubuh mereka berdua kaku. Rafie yang orang menggelarnya ustaz itu turut membantu membaca mantera. Sarah menitiskan air mata saat bibirnya tidak dapat ucap apa-apa. Beberapa saat kemudian, angin kencang tiba-tiba bertiup di pohon. Sarah dan Haziq tetap saja berusaha untuk melawan. Dalam hati mereka hanya dapat menyebut ",Ya Allah, cukuplah Kau sebagai penolong kami". Yang lain yang turut berada di situ juga dikawal dan tidak dapat bergerak sedikit pun. " Korang semua patut dihapuskan!"Aliya dan Haris berkata serentak "Allahu Akbar!" Sarah terlepas dari kawalan itu "Berhenti! Apa korang dah buat ni! Ingat Allah! Astaghfirullahalazim! Mengucaplah korang! Diorang tu keluarga kau! Sanggup korang berdua buat diorang macam ni! Istighfar banyak-banyak!" Sarah menasihati Aliya dan Haris dalam keadaan marah Aliya dan Haris berhenti saat mendengar kata-kata Sarah. Yang lain menahan kepenatan saat terlepas dari kawalan anasir jahat itu. "Aliya! Apa yang kau berdendam sangat ni? Kenapa tak terus-terang je dengan aku. Kau tak sepatutnya buat macam ni!" Sarah sedih melihat Aliya berubah angkara dendam "Diam! Aku dah lama pendam perasaan aku! Aku dah suka dekat dia. Tapi dia tak pernah pandang aku. Dia buat bodoh je macam aku ni tak wujud je. Aku pun ada perasaanlah. Aku tak tau kenapa kau suka diorang tu. Mula-mula Solehah. Lepas tu, Fateha. Sekarang! Kau suka Sarah pula. Kau anggap aku apa sebenarnya. Aku kecewa tengok korang berdua bahagia. Aku yang tanggung derita selama ini. Aku masih tak boleh nak lupakan kau, Haziq!" Aliya menitiskan air mata saat meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya "Awak! Saya nak awak jujur dengan saya! Awak dah lama kenal Aliya ke?" Sarah inginkan kepastian daripada Haziq "Ye! Aliya kawan abang sejak sekolah rendah dulu." Haziq menjawab soalan daripada Sarah "Kenapa awak tak pernah bagitau saya hal ni? Kenapa awak nak berahsia dengan saya? Kenapa?" Sarah sedih mendengar kata-kata Haziq "Abang tak nak sayang fikir bukan-bukan." Lantas Haziq menjawab pertanyaan itu "Saya tak akan fikir bukan-bukan kalau awak berterus-terang dengan saya." Sarah tidak dapat menahan air mata "Abang minta maaf. Tapi, abang tak cintakan Aliya. Dalam hati abang sekarang ni, cuma ada sayang sorang je. Tak ada orang lain. Hey! Aliya! Aku cuma anggap kau kawan aku je. Tak lebih daripada seorang kawan. Aku tak pernah cintakan kau. Harap kau faham!" Haziq hanya menganggap Aliya temannya Kata-kata Haziq menusuk hati Aliya. Aliya tidak dapat menahan air mata saat mendengarnya. Aliya berasa marah lalu membaling batu ke arah Sarah tetapi Haziq sempat melindungi Sarah. Dahi Haziq berdarah. Aliya dan Haris cuba membuat sesuatu yang tidak elok. Mereka bertiga membakar kemenyan. Angin sayup perlahan lalu seketika. Ibu bapa Sarah masih pengsan dan belum sedarkan diri. Kedengaran suara sedang mengilai menghampiri. Mereka bertiga tidak tahu bahawa Farouq mesej Ustaz Borhan untuk datang ke rumah itu. Suasana di situ rasa seram. Sarah berpaling ke belakang dan terkejut. "Allahu Akbar! Allah!" Makhluk halus itu hilang seketika Sarah dapat rasakan bahawa makluk itu hampir. Sarah menoleh ke kiri dan dicekik makhluk itu. Haziq ingin membantu tetapi tidak dapat menggerakkan kakinya yang seperti dipegang. Sarah sedang menahan sakit saat dicekik. Haziq dapat melepaskan diri dan menyelamatkan Sarah daripada makhluk itu. Sarah terbatuk dan nafasnya laju. "Sarah!" Haziq menangis lalu memeluk Sarah Makhluk itu mencekik leher Haziq dan Haziq terangkat sedikit kakinya. Haziq berusaha untuk melepaskan diri. Beberapa saat kemudian, Ustaz Borhan datang membantu Haziq. Ustaz Borhan mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali. Akhirnya Haziq terlepas dari cengkaman itu lalu jatuh ke tanah. "Apa kamu bertiga sudah lakukan! Mengucap banyak-banyak. Ingat Allah! Rafie! Sudah-sudahlah kamu buat ni! Pintu taubat masih terbuka untuk kamu bertiga!" Ustaz Borhan menasihati Aliya, Haris dan Rafie Rafie sangat marah ketika Borhan berkata seperti itu kepadanya. "Kau jangan masuk campur Borhan! Agaknya, kau pun nak kena macam diorang juga! Baik!" Rafie menggerakkan jarinya ke arah Ustaz Borhan Ustaz Borhan tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya. Rafie menarahkan makhluk itu menutup telinga Ustaz Borhan. Ustaz Borhan rasa kesakitan di kepalanya. "Allahu Akbar!" Ustaz Borhan dapat melepaskan diri dari siksaan daripada makhluk itu "Kau memang kuat. Tapi kau tak akan lama. Yaa!" Ustaz Borhan dibaling ke arah pohon yang tidak jauh dari situ Keadaan mula senyap sunyi. Suraya tiba-tiba menjerit ketakutan. "Haaa! Haaa! Haaa!" Suraya menangis ketakutan kerana makhluk itu tiba-tiba muncul dihadapannya "Allahu Akbar! Suraya! Mengucap Suraya!" Zulkifli cuba bantu Suraya tenangkan diri. Zulkifli dan Suraya sudah berkahwin sebulan yang lalu. Suraya tiba-tiba sahaja seperti orang kekejangan ketika berdiri. Kepalanya hanya tunduk ke bawah. Suraya memandang Zulkifli lalu mencekik Zulkifli tanpa sedar. Yang lain cuba menangkap Suraya tetapi tidak boleh dan mereka jatuh ke tanah. Suraya masih mencekik Zulkifli dengan kuat. Zulkifli tidak dapat membuka genggaman tangan Suraya di lehernya. "Suraya! Bangun Suraya! Ini aku, Zulkifli! Suami kau!" Zulkifli cuba menyedarkan Suraya Ustaz Borhan terbangun lantas menolong Zulkifli. Ustaz Borhan mengucap dua kalimah syahadah tiga kali. Akhirnya, Suraya melepaskan genggaman itu lalu pengsan. Zulkifli dengan pantas memeluk Suraya supaya tidak jatuh ke tanah. Ustaz Borhan memberi amaran kepada Aliya, Haris dan Rafie untuk menghentikan semua perbuatan syirik itu. Mereka bertiga tidak mengendahkan kata-kata daripada Ustaz Borhan. Rafie pantas menyuruh makhluk itu membunuh Sarah. Haris tidak lagi peduli apa yang akan dilakukan oleh Rafie. "Hey! Bunuh dia! Dia orang kedua patut mati!" Rafie menunjukkan jarinya ke arah Sarah Makhluk itu menuruti dan ingin membunuh Sarah. Sarah menutup mukanya kerana tidak sanggup melihat. Sarah membuka mata. Alangkah terkejutnya Sarah saat melihat Haziq cedera parah di perutnya. Sarah tidak menyangka bahawa Haziq yang menyelamatkan dirinya. Air mata Sarah jatuh ke bumi saat melihat Haziq yang berlumuran darah. Ibu bapa Haziq lantas berlari ke arah Haziq. "Allahu Akbar! Haziq! Jangan pejam nata!" Rozana menangis melihat Haziq sedang terbaring dipangkuan Sarah "Awak! Jangan tinggalkan saya. Awak dah janji nak azankan anak kita. Bangunlah!" Sarah tidak dapat menahan tangisannya "Sarah mengandung?" Rozana bertanya kepada Sarah Sarah hanya menganggukkan kepalsnya. Haziq cuba untuk berkata sesuatu. "Sarah! Abang minta maaf! Abang tak dapat nak tunaikan janji. Mak! Abah! Ampunkan segala dosa Haziq! Farid! Tolong jaga Sarah dan anak aku dengan baik! Allahu Akbar!" Haziq rebah dipangkuan Sarah Sarah dan ibu bapa Haziq menangis atas pemergian Haziq. Ustaz Borhan marah kepada Rafie. Ustaz Borhan terpaksa melakukan sesuatu yang boleh menghapuskan mereka bertiga. Ustaz Borhan sedang membaca ayat Kursi. Setelah itu, membaca "Hasbunallah Wani'mal Waakiil(3X). Seterusnya membaca al-Fateha serta tiga qul. Aliya, Haris dan Rafie menjerit kesakitan begitu juga makhluk itu. Ustaz Borhan menyebut Allahu Akbar dan akhirnya benda itu menghilang. Aliya, Haris dan Rafie rebah jatuh ke tanah. Mereka bertiga masih tanggung perit kesakitan dan mengakibatkan tubuh badan mereka bintik-bintik kemerahan. Ibu bapa Haris dan Aliya datang kepada mereka berdua untuk mengajarkan mereka mengucap dua kalimah syahadah. " Laa Ilaa Haa Illa Allah, Muhammadur Rasulullah!"Farouq mengajar Aliya dan Haris mengucap dua kalimah syahadah "Maafkan kami!" Aliya dan Haris memohon maaf lalu meninggal di tempat itu
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD