Iktibar

1005 Words
Keputusan SPM "Alhamdulillah. Lulus semua subjek!" Sarah bersyukur kepada Allah "Sarah! Macam mana keputusan SPM kau?" Farid bertanya kepada Sarah saat bertemu "Alhamdulillah. Aku lulus semua subjek. Kau punya keputusan SPM okey ke?" Sarah bertanya pula kepada Farid "Alhamdulillah. Semua subjek aku lulus. Sarah! Nak cakap sikit boleh?" Farid seperti ingin bertanya sesuatu "Tak apa lah. Aku pergi dulu." Sarah seperti tahu apa yang ingin dikatakan oleh Farid "Wey! Sarah!" Farid memanggil Sarah tetapi tidak diendahkan "Aku akan tetap tunggu kau." Kata Farid sendirian Sebulan juga Farid masih bersabar menunggu Sarah supaya dapat menerima dirinya. Farid tidak akan berputus asa untuk menambat hati Sarah. Farid bertekad untuk menjadikan Sarah isteri apabila Sarah sudah melahirkan anaknya. "Sarah! Ada jumpa Farid?" Alisya tiba-tiba bertanya soalan itu "Ada. Kenapa?" Sarah bertanya kehairanan "Tak ada apa. Saja je mak tanya. Mana tau hati Sarah dah terbuka untuk Farid. Bolehlah mak suruh dia pinang Sarah bila dah bersalin nanti!" Jelas Alisya "Mak! Kubur arwah masih merah lagi. Sarah tak ada masa nak fikir semua ni. Okey! Sarah masuk bilik dulu!" Sarah cuba mengelak daripada bercakap soal cinta "Sarah! Mak cuma cakap je! Janganlah ambil hati!" Kata Alisya kepada Sarah Sarah menangis di dalam biliknya sambil memeluk foto Haziq bersamanya. Sarah masih belum move on untuk bisa melupakan Haziq. Sarah teringat segala memori senyumannya bersama Haziq. Sarah sungguh bahagia ketika itu. Saat Haziq pergi, saat itulah Sarah masih bersedih. ....Dua bulan berlalu... Sarah akan melahirkan. Sarah tidak ada suami untuk menemaninya di bilik bersalin. Beberapa minit kemudian, Sarah selamat melahirkan bayi lelaki. Sarah bersyukur kerana anak serta dirinya selamat saat melahirkan. "Farid! Mak dengan abah aku dah sampai ke belum?" Sarah bertanya kepada Farid adakah ibu bapanya sudah sampai "Mak kau call tadi kata jalan jam. Diorang belum sampai lagi."Terang Farid kepada Sarah " Lambatlah jawabnya. Farid! Kau tolong azankan anak aku boleh?"Sarah meminta Farid mengazankan anaknya "Baiklah! (Farid azan di telinga kanan dan ikamat di telinga kiri anak Sarah)." Farid mendengar kata-kata Sarah Sarah tersenyum melihat Farid sedang azan dan ikamat di telinga anaknya. Beberapa saat kemudian, ibu bapa Haziq dan ibu bapa Sarah sudah sampai. Mereka tersenyum melihat Farid sudah selesai azan dan ikamatkan anak Sarah. "Nah!" Farid menyerahkan anak itu kepada Sarah "Terima kasih!" Sarah ucap terima kasih kepada Farid "Sama-sama!" Farid membalas ucapan Sarah "Tak sangka kamu pandai dokong anak. Bila tengok cara kamu, pak cik dapat rasa kamu pandai jaga anak!" Amsyar memuji Farid. Farid tersipu malu "Dah boleh lah tu kahwin. Dah ada calon ke?" Alisya menyakat Farid "Belum ada calon lagi." Farid menggaru kepalanya "Belum ada calon atau kau memilih! Kau kan kacak. Tak kan sorang pun tak ada suka kau!" Sarah menyakat Farid "Ada. Tapi aku masih tunggu seseorang tu terima aku." Farid memandang Sarah. "Kau masih tunggu aku? Tak bosan ke?" Sarah inginkan kepastian daripada Farid "Tak. Aku tak akan putus asa untuk tawan hati kau. Aku tetap akan tunggu kau." Sarah terkelu saat Farid berkata seperti itu Semua orang di situ memerhatikan perbualan Sarah dan Farid. "Mari tapak tangan kau!" Farid menghulur tangan dan Sarah memberi tempat cincin kepada Farid "Kau dah fikir masak-masak ke?" Farid mengeluh "Ye. Aku dah habis fikir dah." Sarah tetap dengan pendiriannya Farid tidak berkata apa-apa. Farid membuka tempat cincin itu lalu kehairanan. "Mana cincin dalam ni?" Farid bertanya untuk kepastian Sarah mengangkat tangannya. Farid tersenyum melihat cincin itu berada di jari manisnya. "Betul ke ni?" Farid bertanya kepada Sarah "Aku serius. Aku dah habis fikir. Aku dah timbang. Aku terima lamaran kau." Sarah berkata dengan jujur "Alhamdulillah!" Ibu bapa Fateha dan ibu bapa Haziq memanjat kesyukuran "Kalau macam tu, kita nikah je terus. Senang!" Farid tidak sabar "Amboi! Tak payah nak gelojoh sangat. Besok terus nikah." Jelas Amsyar "Hahaha! Biar betul. Dah buat persiapan ke?" Farid tergelak dengan kata-kata Amsyar "Nikah je dulu. Sanding bila-bila masa boleh." Jelas Alisya "Betul tu. Senang!" Farouq mencelah perbualan mereka "Ye. Lagipun, adalah orang jaga Sarah time pantang nanti." Rozana menyakat Farid "Hahaha!" Mereka gelak bersama 4 bulan saat pemergian Haziq. Sarah datang ke pusara Haziq dan Fateha. Kubur Haziq dan Fateha berada bersebelahan. Sarah selesai sedah membaca al-Fatehah untuk arwah Haziq serta Fateha. Ketika itu Sarah sedang menggendong anaknya yang berusia sebulan. Sarah saat ini masih dalam pantang. Air mawar disampingnya di siram di pusara Haziq dan Fateha. Semua berlaku selama ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk diri agar sentiasa bergantung pada Allah. Sarah sudah memaafkan perbuatan Aliya dan Haris terhadap dirinya dan Haziq. Sarah menyiram air mawar di atas pusara Aliya dan Haris. "Jomlah kita balik!" Sarah mengajak Farid pulang Farid dan Sarah sudah berkahwin selepas sehari Haziq iaitu anak Sarah dilahirkan ke dunia. Sungguh hebat perancangan Allah. Sarah juga tidak menyangka Farid adalah jodohnya selama ini. Sarah bersyukur kepada Allah kerana sudah meminjam Haziq kepadanya 6 bulan. Walaupun jodohnya bersama Haziq cukup singkat, Allah menghantar Farid sebagai pengganti Haziq. Sarah sungguh bahagia saat ini bersama suaminya yang sekarang. Suraya dan Zulkifli juga akan menimang cahaya mata 4 bulan lagi. Sarah meletakkan nama Muhammad Haziq untuk anaknya yang tersayang. Menyingkap seribu satu rahsia yang tersimpan di sebalik kedukaan sesuatu. Yang tersembunyi terbongkar satu demi satu hingga ke penghujung. Tiada yang mengerti atau mempercayai, akhirnya berubah menjadi dendam lama. Hanya seorang yang mempercayai dan ingin membongkarkan kejahatan. Itulah Sarah. Seorang yang tabah serta kental menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan walaupun banyak kesukaran yang dihadapinya. Satu demi satu kejadian aneh timbul saat pinta pertolongan daripada Allah yang maha kuasa. Kenangan manis antara persahabatan menjadi kenangan buat selamanya. Allah tidak akan menguji hambaNya sekiranya hambaNya tidak mampu tanggung. Keperitan penseritaan yang ditanggung membuatkan diri semakin matang dan dewasa. "Awak! Kita sama-sama jaga Haziq ye? Haziq perlukan kasih sayang seorang yang bergelar ayah!"Sarah berharap kepada Farid " In Shaa Allah. Kita sama-sama jaga Haziq. Walaupun Haziq ni anak tiri saya, tapi saya akan anggap dia anak kandung saya sendiri!"Ucap Farid dengan kasih sayang "Terima kasih sebab sabar tunggu saya. Saya sayang awak!" Sarah memeluk erat Farid "Saya tak kisah pun. Saya sayang awak juga. Selamanya!" Farid membalas dakapan erat Sarah Sekian.

Read on the App

Download by scanning the QR code to get countless free stories and daily updated books

Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD