Sambungan Sarah masih tidak dapat melelapkan matanya kerana persoalannya masih belum terjawab. Dia maaih ingin tahu rahsia "Siapakah roh yang selalu mengganggunya serta teman-temannya selama ini? Kenapa Farid seperti orang yang tiada perasaan setelah kematian teman-temannya? Apakah yang berlaku selama ini?". Di benak fikirannya yang buntu itu membuatkan dirinya cukup aneh dan resah setiap malam. Jujur Sarah merasakan sangat bahagia disamping Farid sebagai suaminya. Tapi, dirinya masih ragu-ragu terhadap kejadian dan kecelakaan yang telah berlalu pergi. Rahsia yang sudah terbongkar itu juga seperti tidak cukup bukti. Aliya dan Haris juga tidak menyebutkan tentang roh itu saat kematian mereka berdua. Timbullah segala persoalan yang sedang bermain di kotak fikiran Sarah setelah setahun keja

