Ladies of 6 Azalea
Lina Classmate: Friendly reminder. Jangan lupa guys, Sabtu ni majlis kahwin Asmah
Rini Classmate: Ya. Yang lain jangan lupa datang, tak sabar nak jumpa uols.
Asmah Classmate: Siapa tak datang majlis aku, putus kawan.
Masni Classmate: @Asmah sorry babe, aku tunggu hari nak menetas. Ampunnn…
Asmah Classmate: Hahahaha… It’s ok. Tak datang pun tak apa, yang penting nanti transfer duit banyak-banyak di akaun bank aku.
Lina Classmate: Seram!
Masni Classmate: Seram!!!
Me: Alright, kalau tak ada aral melintang, aku datang. @Adel awak kat mana, awak awak kat mana?
Lina Classmate: Mesti dia tengah tidur. Hahahaaa
Adel Sayang: @Indah Kita pergi sama-sama tau, laki dan anak aku tak nak join. @Lina Tak baik fitnah aku tidur. Aku membuang tadi, cherry berry.
Lina Classmate: Buweekkkk!
Rini Classmate: Wekkhhh!
Me: Hahaha… Ok babe.
Indah mencampakkan handphone nya ke dalam handbag selepas membaca kiriman w******p daripada bekas rakan-rakan sekelasnya 9 tahun yang lalu. Semua sudah memiliki keluarga masing-masing kecuali dirinya dan Asmah. Tapi kini Asmah bakal menamatkan zaman bujangnya dalam beberapa hari saja lagi.
Kereta berwarna putih meluncur laju menuju ke salah satu rumah teres di sebuah taman perumahan. Indah melirik jam pada dashboard yang menunjukkan sudah pukul 7:40 petang. Dia berlari-lari anak masuk ke dalam rumah dan membersihkan diri untuk menghadap pencipta Nya.
Selesai tugas harian nya, Indah mencapai telefon bimbit dari handbag yang dicampakkan merata tadi lalu mendail nombor telefon ibunya.
Assalamualaikum. Ibu sihat?
Sihat nak. Indah di mana ni?
Indah dah sampai rumah. Ni nak bagitahu, hujung minggu ni Indah balik rumah ibu.
Kenapa? Ada yang nak masuk meminang?
Ish ibu ni, ke situ pula. Ibu tak suka Indah balik?
Budak ini!
Hahaha… Indah nak pergi majlis kahwin Asmah hari Sabtu nanti.
Oh… Pergi majlis tu dengan siapa?
Dengan Adel.
Oh… Ibu ingatkan dengan boyfriend.
Ibu…
Ya, tak apa-apa, ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak ibu.
Selesai berbual bersama ibunya, Indah menjalankan rutin hariannya memasak untuk dirinya sendiri kemudian duduk di hadapan TV menyaksikan apa sahaja rancangan yang menarik. Mi segera yang dicampur dengan telur menjadi menunya malam ini.
Jika dahulu dia akan berkecil hati dengan kata-kata ibu atau adik beradiknya tentang jodoh, namun kini dia sudah terbiasa. Bukan dia tidak pernah cemburu melihat kemesraan adik beradiknya bersama pasangan masing-masing terutama sekali ketika berkumpul beramai-ramai, namun dia terlalu takut untuk terluka lagi. Jika ada sesi bergambar bersama keluarga kecil masing-masing, adik bongsu lelakinya sering menjadi pasangannya untuk bergambar.
*
“Nurul, tolong update semua data dalam laporan ni kemudian hantar kepada saya hari Isnin melalui Telegram. Next week saya cuti 3 hari.” Pesan Indah kepada salah seorang keraninya.
“Baik puan. Err… Tadi ada orang hantar bouquet bunga untuk puan tapi saya tak bawa masuk dalam bilik.” Tangannya menghulur sekeping kad membuatkan kening Indah berkerut.
“Siapa yang hantar?” Tanya Indah sambil mengoyak sampul dan membaca tulisan pada kad yang kini di tangannya.
‘Bertemu dengan mu adalah takdir, menjadi teman mu adalah pilihan ku, tapi jatuh cinta dengan mu itu di luar kemampuan ku’ – IS
Indah tersengih membaca kata-kata romantis pada kad tersebut. Entahlah, hatinya tidak merasakan debaran aneh seperti yang pernah dia rasainya 9 tahun yang lalu.
“Tolong simpan bunga tu jauh-jauh dari saya.” Indah meneruskan kerjanya tanpa memikirkan siapa pengirim bunga tersebut.
“Baik puan.” Nurul sedia maklum bahawa ketuanya itu tidak gemar akan bunga. Mungkin alergik, fikirnya.
Selepas tamat waktu bekerja, Indah singgah di salah sebuah butik untuk membeli sehelai dress untuk dikenakan semasa majlis perkahwinan Asmah. Dia sudah berjanji bersama Adel untuk mengenakan dress berwarna dusty pink.
Adel, wanita bertubuh tinggi, berlainan agama namun menjadi sahabat paling dekat dengan Indah. Apa sahaja perminataan sahabat baiknya itu pasti akan diusahakannya kerana dialah satu-satunya orang yang paling memahami keadaan Indah saat itu sehingga kini.
Babe, tudung warna apa yang sesuai untuk baju dusty pink ni?
Indah menghubungi Adel semata-mata ingin meminta pandangan sahabatnya itu, kerana dia tahu Adel tahu apa yang sesuai untuknya.
Dark purple babe, warna tu sangat sesuai untuk dress tu dan warna kulit kau.
Heee… Semua warna pun sesuai dengan kulit aku.
Ya, tapi warna tu paling sesuai. Aku tau kau pun suka warna tu dari dulu kini dan selamanya. Hahahaha
…
Errr…maksud aku, dari umur kau 1 hari kau memang suka warna purple kan.
Hmmm… Ya, keluar dari perut ibu, aku terus suka dengan warna purple.
Indah memutarkan anak matanya, tahu ke mana arah perbicaraan Adel tadi.
Okay babe, anak aku berak ni. See you tomorrow. I miss you so much. Mmuahh…
Miss you more.
*
“Babeee…. Rindunya.”
Indah membiarkan Adel memeluknya erat. “Sebelum Rini call, baik kau lepaskan aku. Macam mana aku nak driving kalau kau melekat macam ni.”
“Wow, you look gorgeous today babe! Ada apa-apa yang nak cerita dengan aku?” Tanya Adel dengan kening terangkat-angkat selepas melepaskan pelukannya.
“Hari ni je? Sebelum-sebelum ni aku tak gorgeous lah?”
“Ada cerita terbaru?” Tanya Adel lagi tidak mengendahkan pertanyaan Indah.
Indah mula menumpukan perhatiannya di jalan raya. Bibirnya mengukir senyuman nakal melihat wajah penuh tanda tanya Adel.
“Tak ada cerita terbaru babe. Aku masih single and available. Sebab tu aku pakai cantik-cantik hari ni, dengan harapan ada lelaki bujang handsome, menawan dan kaya yang jatuh cinta dengan aku nanti. Boleh aku seret bawa balik jumpa ibu.”
Jawapan Indah membuatkan Adel terbatuk bak orang kaya. “Social anxiety kau dah okay?”
Indah hanya melebarkan senyumannya. “Aku dah boleh kawal anxiety dan rasa nervous tu, mungkin sebab faktor umur. Aku dah boleh communicate dengan kaum adam sekarang. Don’t worry babe.”
Adel dapat melihat Indah tersenyum pahit. Ya, dia tahu sahabatnya itu mengalami Social Anxiety Disorder (SAD) semenjak mereka di bangku sekolah. Namun tidak ramai yang sedar akan masalah tersebut kerana kurangnya pendedahan dan sangat jarang berlaku. Semasa di sekolah, beberapa pelajar sempat menganggap Indah seorang yang sombong kerana enggan bersosial, terutama sekali dengan lelaki.
Disebabkan penyakit itu juga Indah ‘berpisah’ dengan lelaki itu. Lelaki yang sempat mengisi ruang di dalam hati sahabat pemalunya. Lelaki yang hampir menjadi mangsa kerusi yang dilemparnya kerana geram.
“Babe, kita dah nak sampai. Jangan cakap kau nak balik sebab rindu dekat husband muda kau tu.” Usik Indah saat melihat Adel termenung jauh.
“Hahaha… Nonsense! Aku doakan kau jumpa lelaki yang betul-betul dapat mencintai dan terima kau seadanya babe.”
“Weyyy, janganlah sedih-sedih. Nanti habis bedak aku luntur.”
Ketibaan mereka disambut dengan jeritan-jeritan manja yang penuh kerinduan Rini dan Lina. Mereka beralih ke meja bulat yang dikhaskan untuk mereka. Gelak ketawa dan usik mengusik memeriahkan perjumpaan mereka sehinggakan Asmah yang duduk di pelamin turun untuk menyertai mereka.
“As… Kau pergi naik pelamin sekarang, kau tak kesian tengok laki kau duduk sendiri di pelamin?” Seperti biasa, dari zaman persekolahan, Lina seorang yang sering memberi arahan tegas dan menjadi ketua mereka.
“Tapi aku pun nak duduk di sini.”
“Kau tak kisah ada perempuan lain duduk di sana?”
Pertanyaan Lina membuatkan Asmah kembali ke pelamin dengan wajah masam mencuka. “Jom ambil gambar dengan aku!” Bentaknya.
Melihat beberapa kumpulan tetamu sudah siap bersalaman dengan pasangan pengantin, mereka mengambil tempat untuk bergambar.
“Be careful guys, jangan ada yang tergolek atas pelamin.”
Sesaat sejurus pesanan penuh kasih sayang keluar dari mulut Rini, Lina memusingkan tubuhnya untuk memanggil abang photographer tanpa menyedari Indah berjalan hampir di belakangnya.
Indah terdorong beberapa langkah ke belakang sehingga menyebabkan tubuhnya hilang keseimbangan.
“Indah!!!” Teriakan Adel mengejutkan mereka.
Deg…
Indah menelan air liur saat merasakan pinggangnya dipeluk erat oleh seseorang dari belakang. Nafasnya mula tidak teratur, terkejut kerana hampir terlantar di depan pelamin dan yang lebih mengejutkan, ada tangan seseorang masih berada di pinggangnya. Indah berusaha berdiri dengan betul dan cuba melepaskan diri dari pegangan seseorang itu. Namun sebelum seseorang itu melepaskannya, dia dapat merasakan pinggangnya dicengkam sedikit kuat walau hanya sesaat.
“Errr… Te… Terima kasih encik.” Ucap Indah tergagap-gagap tanpa memandang wajah orang yang menolongnya tadi. Dia menjadi sangat malu kerana pasti wajahnya sudah merona merah saat ini. Dia bimbang nervous melampau yang dihidapinya kembali menyerang.
“Babe, kau okay?” Tanya Adel cemas.
Alea mengukir senyuman yang dipaksakan dan mengangguk. Dia mencapai tangan Adel untuk mendapatkan kekuatan lalu naik ke atas pelamin dengan wajah menunduk. “Aku okay, jom ambil gambar.”
“Babe, aku nak kau kuat okay. Hold my hand” Bisik Adel perlahan
“Why?”
“Ehhh… Aku hampir lupa!” Suara nyaring Asmah membuatkan mereka memandang Asmah dengan penuh tanda tanya.
“Abang photographer ni boyfriend Indah dulu, masa sekolah!”
Deg!
Indah mengangkat wajahnya mencari kelibat yang dimaksudkan. Jantungnya seakan ingin gugur saat matanya dan mata redup pemuda itu saling berpandangan. Dia memalingkan wajahnya. “Del…”