bc

Kisah Cinta Indah Maya

book_age18+
5
FOLLOW
1K
READ
fated
comedy
sweet
highschool
office/work place
first love
friendship
school
gorgeous
shy
like
intro-logo
Blurb

WARNING 21+

INDAH MAYA IZHAM gadis super pemalu berbintang April memiliki karier yang bagus dan wajah yang cantik. Sayangnya, kerana luka tidak terlihat yang dialami semasa usia remajanya membuatkan Indah sukar membuka pintu hatinya untuk mana-mana insan bergelar lelaki. Sehinggalah dia bertemu dengan lelaki itu. Semula.

Rahsia apa yang tidak mereka ketahui sehinggakan hubungan mereka kecundang di tengah jalan.

Indah Maya, aku ingin engkau tahu bahawa aku yang selalu mencintaimu. Kau tercipta untuk ku.

chap-preview
Free preview
1. Prolog
Prolog INDAH MAYA IZHAM gadis berbintang April yang berusia genap 27 tahun hari ini. Dia memiliki karier sebagai Eksekutif Pentadbiran di salah sebuah syarikat swasta. Dia merupakan anak yang ke 4 daripada 7 orang adik beradik dari keluarga yang sederhana. Matanya yang bulat, hidung mancung, bibir kecil yang sedikit tebal dan kulitnya yang putih membuatkan dia bertambah cantik. Menurut ibunya, semasa sedang mengandungkan Indah, dia sangat meminati heroin filem Kaho Naa Pyar Hai. Mantap! Macam mana kalau ibunya meminati Will Smith?? Hari ini diusianya 27 tahun, tidak banyak yang berubah dalam kehidupannya. Hanya bebelan ibunya yang memintanya untuk mencari pasangan hidup berkumandang di telinganya.   “Ibu dah tua Indah, ibu nak tengok semua anak ibu hidup bahagia dengan pasangan masing-masing. Kalau ibu dah tak ada, ibu tahu ada yang akan jaga anak ibu.” Bebelan inilah yang seringkali didengar oleh Indah saban tahun seiring dengan peningkatan usianya. Ibu mana yang tidak risau melihat anak gadisnya belum berumahtangga. Bahkan 2 adik perempuannya sudah memiliki keluarga sendiri  Bukan tidak ada yang ingin mendampingi gadis cantik itu, hanya kerana sikapnya yang dingin dan enggan melayan membuatkan lelaki di sekelilingnya menjauh dan menarik diri. Bukan juga dia tidak pernah mencuba untuk menjalin hubungan romatis dengan mana-mana pemuda, namun rasa sakit yang pernah dilaluinya lama dahulu membuatkan Indah serik untuk mencintai insan bernama lelaki.

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

Sentuhan Semalam Sang Mafia

read
189.2K
bc

Dinikahi Karena Dendam

read
234.0K
bc

B̶u̶k̶a̶n̶ Pacar Pura-Pura

read
155.9K
bc

TERNODA

read
199.1K
bc

Hasrat Meresahkan Pria Dewasa

read
30.9K
bc

Setelah 10 Tahun Berpisah

read
66.1K
bc

My Secret Little Wife

read
132.3K

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook