Dunia Sebalik MelunakUpdated at Feb 12, 2022, 00:34
Ahmad, Ramesh, Chong, Arissa dan Ching merupakan sahabat rapat sejak dari zaman persekolahan hingga ke peringkat universiti. Pada dua tahun lepas, mereka baharu sahaja menamatkan pengajian di insitut pengajian masing-masing. Pada suatu petang, Ahmad mendapat idea untuk mengajak semua sahabatnya ke sebuah tasik yang terletak di Terengganu setelah melihat artikel mengenai pokok terbesar di Malaysia. Pokok itu diberi nama Pokok Melunak atau Pentace yang berusia lebih dari 340 tahun dan tinggi melebihi 100 meter! Ahmad cuba mengemukakan idea percutian itu di dalam kumpulan WhatsApp milik mereka berlima. Tetapi, Ramesh mengatakan dia mungkin tidak dapat mengikuti percutian itu kerana sibuk menjaga bengkel kereta milik ayahnya. Mereka akur. Namun, semua sahabatnya yang lain bersetuju dengan idea Ahmad untuk ke Tasik Kenyir dan menemui Pokok Melunak yang digembar-gemburkan sebagai "Pohon Gergasi" itu. Mereka sudah lama tidak bertemu. Dua tahun bukan waktu yang singkat. Mungkin pertemuan ini dapat melepaskan kerinduan untuk berkongsi kisah masing-masing. Tarikh sudah dimuktamadkan. Minggu depan bermulanya kisah pengembaraan mereka untuk menakluk Melunak! Ayuh sama-sama nantikan adakah mereka akan menemui pokok tersebut atau menemui perkara lain yang lebih menakjubkan?