Bab 23-True or Not

1444 Words
Ruang HOTEL THE RITZ-CARLTON, Telah beberapa hari Dae Hyun telah mengunci dirinya di dalam bilik hotel. Pembantu Seo selalu datang menjenguknya setiap hari untuk memberi info dan perkembangan terkini tentang rancangan mereka untuk membawa Seung Joon dan konco-konconya ke muka pengadilan. Kali ini, pembantu Seo melarangnya untuk campur tangan di dalam kes ini. Apatah lagi ianya juga mendapat tentangan dari Tuan Cha, ayah kandungnya. Pak Abu telah diberitahu akan kepemergiannya tidak lama lagi. Lelaki yang boleh dianggap sebagai ayahnya sendiri itu akur. Dia juga mengucapkan terima kasih atas jasa Pak Abu sekeluarga. Mengenai isterinya, Fareena, mungkin keputusan yang paling berat untuk dia terima. Pembantu Seo telah pun menyiapkan dokumen penceraian melalui peguam yang telah diupahnya. Walaupun pernikahan mereka bukan melalui prosedur undang-undang negara ini. Segalanya telah selesai dibuat semula di pejabat Agama Islam. Sekarang, hanya menunggu masa talak dijatuhkan. Memikirkan semua itu membuat Dae Hyun pening kepala. Ingin sekali dia mengambil udara segar di bawah. Di sebelah kaunter receptionis, terdapat sebuah ruang taman yang boleh dikatakan menarik untuk dia bersantai sekejap sambil menenangkan kekusutan di benaknya sekarang. Sengaja Dae Hyun memilih meja kosong menghadap ke kolam pancut. Tidak lama kemudian, dia didatangi oleh seorang pelayan restoran yang bertanya jikalau dia mahu memesan sebarang makanan. Tekaknya juga terasa haus, lalu dia memesan Soda Lemon Ais. Sambil-sambil itu, dia sempat mencari tahu berita semasa mengenai dirinya. Ternyata tiada apa yang perlu dirisaukan. Pihak media di sana belum membuat sebarang laporan di tabloid maupun akhbar masing-masing. Setahunya, ahli-ahli band yang lain mungkin dalam mode istirehat lagi. Oleh itu, tiada banyak tentang perkembangan terbaru berkisar tentang MeetsUp band. Tiba-tiba jarinya menerokai ke nombor telefon bimbit milik Fareena. Betapa rindunya dia kepada isterinya itu. Tidak pernah sekali pun dia menghubungi Fareena melalui telefon bimbitnya itu selepas pentengkaran mereka tempoh hari. Pada masa dulu, dia yang beria-ria sangat dan meminta Hadi menyimpan nombor telefon bimbit Fareena di senarai contact telefon bimbitnya. Dalam pada itu, tiba-tiba matanya terpaku kepada satu pasangan, lelaki dan perempuan di tengah ruangan makan di restoran itu. Mereka kelihatan sangat familiar di mata Dae Hyun. Mereka adalah Khalid Ammar dan Fareena. Darah Dae Hyun menyirap naik melihat perlakuan mereka berdua. Apatah lagi, Khalid Ammar asyik menatap terus ke wajah Fareena. Nampaknya bekas teman lelaki Fareena melayan dia dengan begitu baik sekali. Babak-babak mereka menjadi Dae Hyun semakin cemburu. Dengan laju minuman yang baru sampai itu disedutnya. Lama dia bertahan disitu, sehingga kelibat mereka hilang. Dia tidak menyangka Fareena masih lagi berhubungan dengan bekas teman lelakinya itu. Bukan seperti yang Fareena katakan sewaktu di pantai dahulu. Apakah permainan sebenar kamu, Fareena? Lama Dae Hyun memikirkanya. Dengan seribu keberanian, dia menaip kiriman pesanan di w******p kepada Fareena. Dia sedia berdepan dengan Fareena untuk mendapat jawapan. ******** Seperti yang dijanjikan, Dae Hyun tiba di tempat letak kereta. Kereta mewah itu disewa oleh pembantu Seo sepanjang berada di Malaysia. Jantungnya berdebar-debar menanti susuk tubuh Fareena tiba. Jam di tangan sekali sekala di kerling. Sudah  lima belas minit berlalu, Dae Hyun keluar dari keretanya. Gayanya sangat cocok dengannya. Tiada lagi pakaian bundle yang disarungnya sebelum ini. Nombor Fareena didail, namun tiada jawapan. 'Di mana kamu Fareena?' tertanya Dae Hyun di dalam keresahan. Namun, yang paling mengejutkan Dae Hyu, Khalid Ammar yang bersama Fareena sekarang. Dae Hyun menghampiri mereka. Terkejut mereka berdua. "Eh, apa mamat k-pop ni buat kat sini?" Soal Khalid Ammar kehairanan akan kehadiran Dae Hyun itu. "Khalid, he comes here to see me.."  jelas Fareena. Dae Hyun tidak mempedulikan lelaki yang terpacak di sebelah Fareena itu. Di dalam hati Dae Hyun masih mengomel. 'Amboi, takkan sampai ke petang berdating'. Tangan Fareena terus disambarnya. Tanpa diduga, satu tumbukan hinggap ke muka Dae Hyun. "Khalid!! Apa kau dah buat ni?" tengking Fareena. Berang dengan tindakan melulu pemburu cintanya itu. Dengan wajah yang bengis, Dae Hyun terus meragut kolar kemaja lelaki yang dianggap pesaingnya itu. Nyaris sahaja gempalan tangannya ke muka Khalid Ammar, namun Fareena segara meleraikannya. "Please, Dae Hyun.." dia melepaskan genggaman baju Khalid sampai meninggalkan kedutan. "I'm not done with you yet!!" ugut Dae Hyun sambil mengajukan jari telunjuk kepada Khalid Ammar. Dalam rasa tidak puas hati, Khalid Ammar hanya mampu mengetap geraham giginya menahan marah melihat wanita pujaannya itu dipaksa pergi oleh Dae Hyun. Ditambah lagi, tayar keretanya turut menjadi mangsa amarahnya itu. 'Dae Hyun, jaga-jaga kau nanti..aku akan hapuskan juga kau dari hidup Fareena..' nekad Khalid Ammar dalam hati. Lalu cepat-cepat dia beredar dari situ dek malu kerana terlalu ramai orang yang melihat pergaduhan mereka tadi. Fareena akur sahaja tatkala lengannya ditarik kuat oleh Dae Hyun. Seribu kehairanan bermain di minda Fareena dek kelakuan agresif Dae Hyun. Belum pernah dia lihat rupa Dae Hyun dari sisi itu. Jika cemburu, tidak perlulah mendesaknya seperti ini. Dae Hyun memaksanya masuk dan duduk ditempat penumpang. Sedikit darah muncul di bawah bibir kiri Dae Hyun. Lama Dae Hyun memejamkan matanya. Menarik nafas menenamgkan diri. Fareena hanya kaku terdiam. Takut dia untuk bersuara atau berbuat apa-apa ketika ini. "Please try to say something.. I want to hear something out of your mouth, something that keep me calm.." Nada suaranya sedikit serak. Wajahnya ditunduk ke bawah. "Let me see.." Fareena mengalih wajah Dae Hyun menghadapnya. Diambilnya tisu di dalam beg galasnya untuk mengelap kesan luka itu. Tangannya terketar-ketar. Terasa kekok kembali seperti saat pertama kali mereka bersua dulu. "Ouchh.." kedengaran jeritan kecil si Dae Hyun. "Eh..opps..sorry.." Fareena segera berhenti. "I want you to tell me everything" Dae Hyun kembali dengan niatnya yang sebenar. Kuat tangan Fareena digenggamnya. 'Apakah dia maksudkan ini?' Bulat mata Fareena. "You told me, you had no relationship with Khalid Ammar, you no longer loved him. But ... I see you're always with him.."  luah Dae Hyun semahu-mahunya. Lama Fareena membisu, terkejut juga dia tiba-tiba isu itu diperkatakan. 'Oh kes cemburu lah ni, mengamuk tiba-tiba..' Dalam hati Fareena meneka. "I've told you before, what you're not satisfied with it?" Jawap Fareena atas tuduhan Dae Hyun itu. "Did you sleep with him?" tuduh Dae Hyun melulu. Membuatkan Fareena malas menjawap. "What have you said?..Did you come to see me suddenly just to ask about this?"  Soal Fareena dalam nada geram. "True or not?"  desak Dae Hyun. Makin keras suaranya. Fareena sudah gugup. Tidak dapat menjawap. "Let me see the truth!!" enjin kereta dihidupkan. Dae Hyun menaip lokasi tempat yang ingin ditujunya melalui monitor GPS. "Where we want to go!!?" Soal Fareena. Pertanyaannya tidak mendapat respond daripada Dae Hyun. Sebaliknya, Dae Hyun hanya menumpu kan perhatian ke monitor GPS. Melihat situasi itu, Fareena memutuskan untuk berdiam diri sahaja. Dalam 20 minit mereka tiba di destinasi yang ditetapkan Dae Hyun itu tadi. Fareena melihat ke sekeliling. Terasa kenal tempat ini. 'Inikan hotel yang dia dan Khalid Ammar datang tengahari tadi!' Detik hati Fareena. 'Mengapakah Dae Hyun membawanya ke sini?' Kereta Dae Hyun berhenti dan dipark disebelah lift lobi. Fareena masih tidak berganjak dari seat kereta. Menanti tindakan yang bakal Dae Hyun ingin lakukan kepadanya. Pintu kereta segera dibuka oleh Dae Hyun. Tangan Fareena ditarik lagi dengan kasar. Sehingga berkerut muka Fareena kerana terkejut bercampur pedih di kulitnya. Tiada mimik langsung di muka Dae Hyun. Dae Hyun membawanya terus menuju ke pintu lift. Beberapa saat sahaja, pintu lift terbuka. Lift naik ke tingkat 10. Dan terus ke kamar penginapan Dae Hyun. Tangan Fareena direntap kuat dari pautan Dae Hyu. Sehingga terbaring Fareena ke atas katil bersaiz King itu. Fareena cuba bangkit. 'Oh di sinikah selama ini kamu menginap, aku fikir kamu telah pun selamat tiba di korea.' Ujar Fareena dalam hati tatkala melihat ruangan mewah di dalam kamar hotel tersebut. Air mata wanitanya jatuh. "Fareena, please undress now!!" ucap Dae Hyun bersahaja. "What are you saying?" tanya Fareena kembali. "I said, take off your clothes now!!" apakah Dae Hyun sudah hilang akal. Fareena tidak menurut. Akan tetapi tidak bagi Dae Hyun. Dia terus menarik leher Fareena dan mengucup mulut Fareena dengan ghairah. Mereka sama-sama terguling ke atas katil. Fareena cuba meloloskan diri daripada pelukan kuat tubuh Dae Hyun yang menindihnya. Tapi sia-sia. "Please Dae Hyun..stop it, it's hurt!!" jerit Fareena. Akan tetapi, semakin laju mulut Dae Hyun menggumam lidahnya ke dalam mulut Fareena. Tudung Fareena diselak. Satu gigitan cinta dicop di dadanya. Fareena kelemasan. Lalu dia menggigit bibir Dae Hyun tanpa sengaja sekaligus menghadiahkan sebuah penampar ke pipi Dae Hyun. Dae Hyun meraba pipinya yang perih merona merah. "Haha.." tergelak Dae Hyun. Dae Hyun masih belum mengalah. Tubuh Fareena ditolaknya lagi ke katil. "Dae Hyun..I am your wife..!!"  esakan tangisan Fareena mula kedengaran. Membuatkan Dae Hyun perlahan-lahan merenggangkan pelukannya. Dae Hyun meraut wajahnya yang kemerahan. Kembali ke dunia waras. Fareena membetulkan pakaiannya yang tidak terurus. " I miss you so much..!" ucapan Dae Hyun. Dia akui, hampir seminggu dia menahan perasaan rindu dendam terhadap isterinya. ***Bersambung***
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD