Bab 22-Ancaman buat Fareena

1470 Words
Pada keesokan harinya, awal-awal lagi Dae Hyun telah keluar dari rumah untuk menemui pembantu Seo selepas dipanggil melalui telefon. Banyak perkara yang ingin dibincangkan antara menurut pembantu Seo. Dae Hyun melangkah masuk ke dalam kamar bilik suite mewah, tempat penginapan pembantu Seo selama dia berada di sini. "Nah, cuba kamu lihat foto-foto ini.." beberapa keping gambar bersaiz 5R di punggah ke atas meja bacaan. Terdapat beberapa gambar ketika dia berada di kedai Pak Abu dan juga ketika dia bersama dengan Fareena di pantai tempoh hari. "Ini gambar yang dirampas dari budak-budak Mr.Park." terang pembantu Seo. Dae Hyun masih lagi menilik setiap keping gambar di tangannya. "Jika kamu silap langkah, mereka yang ada di dalam foto ini akan menjadi mangsa kekejaman Seung Joon." terang pembantu Seo. "Kamu kena anggap mereka semua ini bukan kepentingan kamu lagi, kerana itu adalah menjadi titik kelemahan kamu." Ujar pembantu Seo. "Ini dokumen pengenalan diri kamu dan juga tiket penerbangan ke korea, nah!" Buku passport bersama kepingan tiket penerbangan dihulurkan di depan Dae Hyun. "Mulai sekarang kamu menginap di sini." tegas pembantu Seo. Foto ditangan Dae Hyun diramas geram. Tidak dapat dia bayangkan jika konco-konco Seung Joon dapat membuat kacau. Bukan dia tidak tahu macam mana permainan kotor musuhnya itu. Fareena!!,nyawa dia mungkin yang pertama Seung Joon tarik jika Seung Joon tahu wanita itu isterinya. Apa yang dia lakukan saat ini? Teringat akan amaran yang diberikan oleh pembantu Seo sebelum ini. Ibarat jangan cuba bermain dengan api jikalu tidak mahu rumah terbakar. "Tuan Cha telah pun meminta bantuan polis interpol yang dipercayai untuk menangani perkara ini, Ingat!diharap kamu tidak lagi masuk campur. " Kali ini betul-betul keras nada suara pembantu Seo. "Kamu harus segera pulang ke Korea, cukup-cukup kamu memberi perhatian kepada penduduk kampung itu." tambahnya lagi. Dae Hyun hanya diam. Pandangannya jauh keluar jendela merenung suasana kesibukan bandar itu. Kosong baginya..'Ahh..Fareena..' matanya makin panas. Dalam pada itu, pembantu Seo keluar meninggalkan Dae Hyun sendirian di ruangan kamar hotel itu. 'Cepat sedar Dae Hyun, kamu kena lupakan semua tentang tempat ini' dalam hati pembantu Seo bermonolog sendiri. ******* Di kedai Pak Abu. Perniagaan di kedai Pak Abu pada tengahari ini rancak seperti biasa. Pak Abu masih sibuk di dapur. Di sudut sana, Pak Abu memikirkan akan kepergian Dae Hyun tidak lama lagi. Jejaka kacak yang menjadi tarikan di kedainya itu selama ini. Rupanya persis selebriti menjadi kegilaan anak gadis, terutama yang masih bersekolah. Di dalam hati, dia juga bersyukur kerana Dae Hyun akhirnya dapat menemui jalan untuk kembali ke tempat asalnya. Biar pun, Pak Abu tidak keberatan untuk Dae Hyun tinggal lebih lama di sini. Pada ketelitian Pak Abu, Dae Hyun ini mesti bukan orang yang biasa-biasa, sehingga menjadi mangsa penculikan dan nyaris dibunuh. Apatah lagi, baru-baru ini, Dae Hyun pernah dikunjungi seseorang yang seakan orang penting dan mereka tiba di kedai Pak Abu dengan menaiki kereta mewah. Begitu juga, beberapa hari sejak kebelakangan ini, kedainya dikunjungi beberapa lelaki yang mencurigakan. Yang pasti, bukanlah penduduk di sini. Sempat juga Pak Abu mengambil photo mereka secara sembunyi. Sebagai cagaran, jikalau berlaku apa-apa suatu hari nanti. Tiba-tiba muncullah Hadi, anak Pak Abu. "Ayah, siapa lelaki yang berjaga di luar sana. Sudah beberapa hari Hadi perasaan, bila Hadi lihat ke arah mereka, terus mereka cabut..." "Ayah agak mereka tengah spy si Dae Hyun." jelas Pak Abu. "Hadi pun rasa begitu, kita kena bagitahu segera kepada Dae Hyun supaya dia lebih berhati-hati. Cadang si Hadi. "Kepada Fareena sekali" Hadi mengangguk. Kebimbangan di hati mereka semakin menebal. ***** Di tempat kerja Fareena. Kenyatan Dae Hyun malam tadi membuatkan Fareena tidak senang duduk. Satu habuk pun kerjanya belum terusik. Kembali dia memujuk hatinya yang sedang lara 'Wah Fareena, dulu..bukankah itu yang kau harapkan, Dae Hyun berjaya menemui cara dia kembali ke tempat asalnya.., sekarang diri kau yang menjadi penghalang..putus asa sahaja Fareena..' Tidak habis-habis hatinya memujuk sendiri. Justeru itu, beberapa hari ini, Fareena mengelak daripada bertentang mata dengan Dae Hyun. Namun, selama itu juga, dia tidak lagi melihat kelibat Dae Hyun balik ke rumah sewanya. Begitu juga di kedai Pak Abu. Tiada sebarang panggilan atau pun pesanan w******p daripada Dae Hyun. Ianya memberi gambaran kepada Fareena bahawa Dae Hyun hanyalah menjadinya boneka untuk kepentingan sendiri. Apatah lagi selepas beberapa hari lepas, kemesraan terjalin antara mereka. Sehingga mereka 'berkongsi ranjang bersama'. Semudah itu sahaja Dae Hyun melupakannya. Airmatanya berkaca. Tidak ubah seperti barang ibarat diri Fareena rasakan. Setelah puas Dae Hyun menggaulinya, lelaki itu sengaja meninggalkannya. Walaupun ikatan itu bukan asalnya atas dasar cinta dan tiada sijil nikah bertulis hitam putih di antara mereka. Tapi, sekurang-kurangnya Dae Hyun tidak lupa bertanggungjawab sebagai lagi suami kepada dirinya. Kring..Kring..Kring.. Khalid Ammar di talian. Panggilan dijawap. "Hello sayang.. How are you?" sapa lelaki itu. "I sihat sahaja..ada apa Khalid?" tiba-tiba perilaku Fareena lembut menyapa mantan teman lelakinya itu. "Oh, I ada di bawah office you sekarang..jom lunch sama-sama." pelawaan Khalid Ammar membuat Fareena berkira-kira. Lama dia membiarkan Khalid Ammar di hujung talian. Akhirnya.. "Okay Khalid, you tunggu sekejap.." "Oh yes!!" kedengaran bunyi nada gembira Khalid Ammar tatkala Fareena bersetuju menerima pelawaan dia. Lima minit kemudian. Muncullah Fareena di depannya. Dengan cepat segera pintu kereta mewah itu dibuka. Matanya bersinar bahagia melihat susuk wanita cantik itu. "I boleh masuk sendiri, Khalid.." senyuman hambar di hadiah buat Khalid Ammar. Dibalas dengan kenyitan mata oleh Khalid Ammar. "I bawa you makan di tempat biasa yang kita pergi dulu, you mesti teringin makan Udang Kara Butter Cream Lemon yang jadi kesukaan you dulu kan.." tawar Khalid Ammar kepadanya. Saat itu teringat akan Fareena pada sebuah restoran di hotel mewah yang selalu dia dan Khalid Ammar kunjungi saat percintaan mereka. Fareena hanya akur atas apa yang diaturkan Khalid Ammar itu. Pada waktu sekarang, bukan makanan yang menjadi keutamaannya. Fareena sekadar mahu lupakan sejenak perihal Dae Hyun dari kotak fikirannya. Laju pemanduan Khalid Ammar menuju ke destinasi. Sedar-sedar sahaja, mereka telah pun tiba di perkarangan tempat letak kereta. Suasana hotel itu tidak banyak berubah sejak dua tahun yang lalu. Masih tersergam indah di setiap sudut ruangan lobi itu. Tanpa berlengah lagi, tangan Fareena segera ditarik membuatkan wanita itu terkejut. "What are you doing this, Khalid?" tersentak Fareena dek sikap selamba lelaki yang wajahnya persis Edika Yussof  itu. "Just pretend we are as lovely couple..dah cepat, ramai orang tengok ni if you reject I." pandai pula Khalid Ammar mengenakan Fareena. Fareena akur demi menjaga air mukanya. "Di mana our place?..hmm..oh yes, di sana!" Tunjuk Khalid Ammar di hujung meja makan yang telah di reserved. "Jom kita order makanan...waiter..please.." panggil Khalid Ammar kepada salah seorang pelayan reatoran yang menanti di salah satu sudut. 15 minit kemudian.. Makanan yang dipesan tiba. Bau enak dari makanan itu membangkit selera kepada sesiapa yang sahaja yang merasainya. "Okay, dah..jom I carik -carikkan isi udang ni untuk you"  sudu dan garfu di tangan Khalid Ammar laju merobek isi udang di depannya. Fareena sekadar memerhati layanan yang diberikan Khalid Ammar itu. "Dah..dah..cukup letak banyak-banyak ke pinggan I.."  Fareena menggesa supaya Khalid Ammar hentikan mengisi makanan ke pinggannya. Mereka saling ketawa. "Alah..you ni..bukannya selalu kita macam ni tau..I pun dah lama tak datang ke sini sejak you tak ada di sisi I.."  jelas Khalid Ammar. Mereka sama-sama menjamah hidangan. Sekala sekali Khalid Ammar menatap Fareena yang agak tidak bersemangat di depannya. "Fareena..are you okay?" tanya Khalid Ammar membuatkan Fareena tersedar. "Makanan ni tak okay ke bagi you?..if not,  kita pesan yang lain.." "Eh..bukan..I okay..it's fine..cuma I penat sedikit kebelakangan ni.." cepat-cepat Fareena menyuap isi udang ke mulutnya. Diikuti dengan senyuman di bibir Khalid. "Patutlah I tengok you kelesuan sahaja..nak tegur, takut you sentap" ujar Khalid Ammar. "Dah kerja I macam ni,  I kenalah hadap.." jelas Fareena sedikit tegang membuatkan Khalid Ammar terdiam. Ditariknya tangan mulus Fareena. "If you nak, boleh I offerkan you jawatan di company I.." pelawa lelaki berdagu belah itu. Fareena menarik tangannya dari genggaman lelaki di hadapannya itu. "Dah lah..I belum minat lagi untuk bertukar tempat kerja..Khalid. Anyways, thank you for offer." kata Fareena. Mereka terus menyambung makanan tanpa membincangkan apa-apa lagi. "Thanks for lunch..Khalid.."  selesai makan tengahari mereka di restoran, Khalid terus menghantar Fareena ke pejabatnya semula. Rasa bawang putih cukup mengganggu rasa di tekak Fareena. Mujurlah buah jambu kering yang masih bersisa dalam bekas kedap udara itu mengurangkan ketidakselesaannya itu.'Mungkin air tangan tukang masak sudah bertukar tangan.' teka Fareena sendiri. Di pejabat pekerja sedang leka dengan tugasan masing-masing. Sedangkan Fareena masih belum punya semangat sepenuhnya. Beberapa hari kebelakang ini, dia kurang tumpuan terhadap kerjanya dek memikirkan masalah rumahtangganya. Makan pun dia tidak lalu. Whatsapp @ 15.30 GET READY AT 5 PM. I AM ON MY WAY. DAE HYUN Kiriman pesanan itu dibaca. Macam tahu-tahu sahaja Fareena fikirkan tentang dia. Sebenarnya, ianya cukup mengejutkan Fareena kerana buat pertama kali Dae Hyun menghubunginya. Walaupun Dae Hyun telah memiliki telefon bimbit pemberian Pak Abu, dia tidak pernah menelefon atau kiriman pesanan w******p. Dada Fareena berdebar-debar menanti saat itu. ***bersambung***
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD