2 bulan telah berlalu..
Ping..ping..
Bunyi hon motorsikal menyedarkan Fareena dari lamunan. Pak Abu rupanya. 'Ingatkan siapa laa tadi', ngaomel Fareena di dalam hati.
"Pak Abu, kenapa ada kat sini?" tanya Fareena kehairanan.
"Ish...Ish..Kamu ni, di tengah-tengah parking kereta boleh kamu menggelamun, teringat pada siapa tu? aku sampai pun tak sedar.." ujar Pak Abu lalu menaikkan cermin helmetnya. Fareena tersengih malu.
" Ni haa..laki kamu tu Dae Hyun pesan pada Pak Abu, minta hantarkan makanan tengahari ni pada kamu."
"Tadi aku rasa dia dah datang ke sini.. tiba-tiba pulak minta aku bagi sendiri kat kau."Kata Pak Abu sambil menghulurkan plastik kuning.
"Oh macam tu..tadi saya dah makan dah kat kedai hujung tu." terang Fareena.
"Ya ke?, Pak Abu terlambat tadi sebab kedai ramai orang.. hmm tak ape laa, kalau petang nanti kamu lapar, makanlah ya..".
"Bersungguh benar Dae Hyun suruh aku hantar pada kamu ni, takut perut kamu masuk angin katanya.."
"Oh..." melopong mulut Fareena mendengar cerita Pak Abu.
Namun, di dalam hatinya berbunga-bunga.
'Risau juga kau kat aku..ihiks'
Dalam sakit pun, sempat lagi dia ingat pada Fareena. Fareena merasa sedikit bangga.
Sementara itu, dia berkira- kira untuk singgah ke rumah Pak Abu untuk melawat Dae Hyun. Tiba-tiba sahaja merasa rindu untuk menatap wajah Dae Hyun. Rasa sudah lama mereka tidak bersua.
*****
Waktu sekarang telah melewati jam 8 malam. Suasana agak meriah dengan kunjungan pelanggan untuk mengisi perut.
Beberapa orang pemuda sedang menguji sound system di sudut karaoeka. Dan salah seorang dari mereka adalah Dae Hyun. Tak tentuan juga Fareena sebentar. Mahu pusing dan terus menghilangkan diri. Supaya Dae Hyun tak dapat mengagak niat dia ke mari.
Fareena menarik kerusi di meja kosong, niatnya mahu singgah sekejap, dapat melihat bayang suaminya pun jadilah..
" Fareena, kamu mahu pesan apa-apa tak?" soal Pak Abu yang datang dari arah dapur.
"Eh, tak mengapa Pak Abu, saya nak apa-apa, nanti saya panggil." jawab Fareena.
Telefon bimbit berbunyi,
Mya yang memanggilnya.
" Hai, boleh join sekali dengan kau?" terdengar suara Mya mengilai dari belakang
Kaget dibuatnya, tiada angin, tiada ribut, muncul pula di depan Fareena tiba-tiba.
"Fareena, kau datang spot cek laki kau ye.." usik Mya
"Kan aku dah cakap, laki kau tu ramai peminat kat sini, oppa korea kan..kau aje yang jual mahal.." menjuih bibir Mya menceritakan perihal Dae Hyun kepada Fareena. Walaupun dalam hatinya terdetik rasa cemburu juga.
Mata Fareena tidak lekang dari melihat gerak geri Dae Hyun yang kusyuk membaiki kabel elektrik yang kusut. Langsung tidak menyedari dia diperhatikan Fareena. 'Amboi..sombongnya, sampai tak toleh kiri kanan' bebel Fareena di dalam hati.
"Oklah, Mya, aku pulang dulu." Fareena bangkit dari kerusi.
*******
"Hsssh..Ehem..Test..testing..1..2..3.."
Mikcrofon di tarik dari pemegangnya. Spotlight menghala ke empunya suara.
Yang, kemarin ku melihatmu
Kau bertemu dengannya
Ku rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia
Apa kurangnya aku di dalam hidupmu
Hingga kau curangi aku...
Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia...
Yang ku rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia
Apa kurangnya aku di dalam hidupmu
Hingga kau curangi aku..
Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia...
Katakanlah sekarang
Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu
Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia
Asalkan kau bahagia..
Lagu yang dinyanyikan Dae Hyun memusuk ke hati Fareena. Merdu sungguh suaranya.
'Apakah maksud Dae Hyun itu? Asalkan kau bahagia?' berteka teki Fareena.
" Hello Oppa.." Suara manja seorang gadis datang menerkam ke arah Dae Hyun.
Lagaknya seperti gadis yang masih dibangku sekolah. Dae Hyun membalas dengan senyuman. Tidak tahu butiran yang mereka bualkan. Nampak mesra semacam.
"Gediknya budak tu..." cebik si Mya."Jom kita serang!!" ditariknya bersahaja tangan Fareena.
Fareena dengan keadaan tidak bersedia, bangun.
"Eh budak hingusan..tepi sikit..nyah kau dari sini.." sengaja si Mya menolak tubuh kurus gadis tersebut.
"Apa hal ni akak? tak ada adat ke?" gadis meninggikan suara sambil menggosok lengannya yang terkena tangan Mya tadi.
" Siapa yang tak ada adat?" di jengilnya mata."Kau tahu kan..oppa ni dah berpunya..ni haaa.. isteri dia.." kata Mya lalu ditarik Fareena ke depan gadis itu.
"Tahu.." ringkas jawapnya.
"Habis tu.. dah tahu, kenapa nak mengedik lagi?"
"Ala..diorang bukan kahwin betul-betul pun, kan.kan..oppa?" Lengan Dae Hyun dirangkul oleh si gadis.Terpinga-pinga Dae Hyun akan situasi sekarang. Mya pula semakin menyirap menahan marah.
"It's enough, I am so tired" Fareena akhirnya bersuara. Sebelum matanya menjadi merah, adalah cara terbaik dia pergi dari situ.
" Fareena..tunggu.." Laung Mya. Langsung tidak dihiraukan panggilan Mya. 'Kenapa dengan aku ni'...Fareena mempercepatkan langkah kaki.
"Fareena.." ada lagi suara yang memanggilnya.."Fareena.."tangannya ditarik.
"What!!!" Jerit Fareena. Terkejut dibuatnya. Ternyata susuk wajah ini membuatnya kaget.
"Don't get me wrong, it's not what you think." Jelas Dae Hyun.
"You also don't get me wrong, I don't care what you do." Fareena geram mengetap bibirnya.
Pada Dae Hyun aksi Fareena comel sekali. Tapi dia sedih akan apa yang dilihatnya pada tengahari tadi.
"This afternoon, I went to your workplace, I want to hand over food. But .." Dae Hyun tidak meneruskan kata-katanya.
"But what??"
" It's okay.." Ada nada sebak dihujungnya. Dae Hyun menelan air liur.
"Hmm?? what you mean?" Fareena mendesak. Hairan dia dengan Dae Hyun.
"I'm sorry, I didn't even know that girl. I don't want to be considered arrogant" Dae Hyun menerangkan akan situasi genting tadi, Fareena senyum terpaksa. Akan tetapi, hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang dia rasa.
"I know, you're good looking, many girls want to approach you.." Mendatar suara Fareena. Dae Hyun mengangguk berpura-pura setuju dan senyum.
"Do you feel that way" Dae Hyun mencari kepastian. Fareena membulatkan mata.'Amboi..macam kerang busuk tersengih bila orang puji' desis hati Fareena. Dia membisukan diri.
"Hey .. am I asking you now?" Dae Hyun ingin mencari tahu setelah beberapa saat Fareena mengunci mulutnya.
"Can we stop now? It's
raining, go to work now.." Rintikan hujan halus mulai turun. Fareena cuba menghalau kelibat Dae Hyun dari sisi depannya. Biar berakhir sahaja perbualan mereka di situ. Malu dia ingin mengakui apa yang dia rasa sebenarnya.
"Who was the man with you this afternoon?" Dae Hyun memberanikan diri.
Fareena terdiam siapa yang Dae Hyun maksudkan. Adakah Dae Hyun ternampak dia bersama dengan Khalid Ammar?
"He's nobody, he has nothing to do with you.." Fareena terus masuk dan menghempas pintu kereta dengan kuat. Meninggalkan Dae Hyun sendirian di dalam hujan.
***Bersambung*
1067/5000
terima kasih kerana menyokong bacaan novel saya . ye..