Tatkala Dae Hyun tinggal sementara di rumah Pak Abu, Fareena mengambil kesempatan ini untuk kembali tidur di biliknya. Sudah hampir 3 minggu dia Dae Hyun hadir di dalam hidupnya. Jodoh antara mereka yang datang tanpa disangka-sangka. Selama itulah dia amat rindukan katil dan tilam empuknya setebal 10 inci itu.
Fareena memandang semua sudut biliknya itu. Bilik itu kelihatan lebih rapi dari sebelum ini, ketika dia menginap di situ. Dae Hyun sememangnya agak pembersih dan pengemas orangnya berbanding dia. Kelihatan rantai leher perak milik Dae Hyun di atas meja soleknya. Fareena mengambil dan membelek belakang, terukir tulisan DCM. Mungkin Dae Hyun telah menanggalnya selepas dia mengucapkan syahadah. Di bawah rantai leher itu pula ada sekeping kad berwarna keemasan. Nama bank yang tertera di kad itu tidak Fareena kenali.
"Oh..dia ada kad kredit rupanya" Fareena berkata setelah menggamati grafik pada kad itu.
Kenangan semasa mula-mula dia bertemu dengan Dae Hyun tiba-tiba muncul. Saat Dae Hyun pernah merayu kepadanya, difikirkan balik Dae Hyun sudah selamat berada di negaranya. Tetapi lain pula ceritanya. Lelaki bersusuk tinggi lampai dan berkulit putih bersih itu kini memegang status suami kepada Fareena.
Beberapa helai baju kotor Dae Hyun masih berada di dalam bakul dobi. Mungkin sengaja ditinggalkan untuk Fareena cuci. Fareena pergi ke almari baju dan mengambil beberapa helai pakaian Dae Hyun. Tanpa dia sedar, dia mencium bau dari baju Dae Hyun. Mujurlah Fareen cepat-cepat terhenti akan perbuatan anehnya itu.
Pada hari ini, Fareena bersiap lebih awal untuk singgah di kedai Pak Abu. Kelihatan kapasiti pembeli hampir memenuhi kedai itu. 'Semakin rancak perniagaan Pak Abu sekarang..'Ujarnya di dalam
hati.
"Haa..Fareena, kamu rupanya, awal pagi kamu sampai..rindu kan suami k-pop kamu ke?" usik Pak Abu bersahaja.
Fareena cuma mencebik mendengar kata dari lelaki berusia 70-an itu.
"Tak ada maknanya..ni saya ada bawakan pakaian ni." Beg kain berwarna coklat diletak di atas meja tepi dapur Pak Abu. Tanpa berlengah lagi, Fareena mengundur diri untuk ke tempat kerja.
'Tak nampak pula batang hidung Dae Hyun ni, agaknya belum bangun tidur lagi kot' Fareena mengetus sendirian.
Dia terus memecut laju keretanya menuju ke tempat kerja, jalan raya semakin menyesakkan. Tiba-tiba telefonnya berdering.
"Hello..Iye Mia, ada apa haa call pagi-pagi ni?" sapa Fareena setelah melihat nama si pemanggil masuk ke talian.
"Laki kau dah disunatkan ye..aku dengar dari budak-budak sekolah yang datang singgah kat kedai Pak Abu semalam.." ujar Mya lancar.
"Kau dengan budak-budak perempuan tu sama sahaja.." marah Fareena.
"Eh..eh..jelous ke?" teka Mya." Tu la kau..kau tak tahu..punya laa famous laki kau tu sejak dia datang kerja kat warung Pak Abu ni.. " Fareena mendengar, tapi dalam hatinya geram semacam dengan cerita dari Mya.
"Dah laa..aku nak letak ni.." talian ditamatkan.
Dahi Fareena berkerut, tidak sangka begitu sensasi kedengaran cerita yang Mya sampaikan tadi kepadanya. Perihal itu sedikit mengganggu perhatiannya ketika memandu.
'Famous?!'..
Fareena akui, kalau lelaki setampan Dae Hyun itu, sesiapa pun akan menyukainya. Tapi, kenapa dia merasa tidak selasa keadaan sekarang ini. Jika mereka menyukai sangat dengan Dae Hyun, lagi senang untuk dia usir Dae Hyun dari rumahnya, dan terus menetap dengan Pak Abu. Dirinya boleh berdikari sendiri tanpa kehadiran lelaki itu.
"Oh..apa yang aku fikirkan ni..?!" Fareena mengetuk dahinya yang seronok mengelamun.
'Kau sedar tak Fareena, Dae Hyun tu kan suami kau yang sah..'
Dia mengetap bibirnya tanda geram.
Di pejabat.
Suasana pejabat sibuk seperti biasa, fail dan dokumen bertindih-tindih di atas meja. Hari ini, dia hanya berada di dalam pejabat. Menyiapkan sisa kerja yang dari semalam yang belum sudah. Kini jam sudah menunjukkan jam satu tengahari. Kebiasaannya waktu sebegini, dia akan menerima bekalan makan tengahari dari Dae Hyun. Tapi Dae Hyun sekadar mengirimkan kepada pekerja di kaunter tingkat bawah.
"Hmm".. keluh Fareena sambil menggosok perutnya yang berkeroncong.
Tanpa melengahkan masa, dicapainya beg silang dan bergerak untuk mengisi perutnya. Dalam fikiran Fareena, teringat dia akan asam pedas ikan pari di restoran sebelah pejabatnya. Agak lama dia tak merasa makanan tengahari di situ.
Tidak lama selepas Fareena mengambil pesanan makanan, muncullah pula Khalid Ammar.
"Hai sayang..boleh I join?!" sapa lelaki itu dari belakang.
" Kau.." bulat mata Fareena.
Khalid Ammar tersenyum gembira.
"I kebetulan lalu sini, tak tahu pulak you boleh ada kat sini.." ujar Khalid Ammar. Fareena menjeling tanda sakit hati. Sukar untuk dia mencari tempat yang tenang sekarang.
" Dah laa.. makan cepat, I dah nak masuk office ni.."
"Okay-okay, waiter.." Khalid Ammar melambai kepada pelayan untuk memesan makanan.
15 minit berlalu...
" Oh ya, how about your marriage?!" Hampir tersedak Fareena tiba sahaja lelaki di depannya menyoal.
Fareena meneguk air, dan meletakkan sudu dan garfu di tepi pinggan.
" Let say..how about your marriage?" Fareena seolah memulangkan paku keras yang dilemparkan Khalid Ammar. Membulat mata Fareena memandang Khalid Ammar.
"Oh..how could you Fareena.." tersengih Khalid Ammar akan pertanyaan balas dari Fareena.
" I okay..bahagia." ujar Fareena bersahaja.
" I tak rasa macam tu, eh siapa sebenarnya yang jadi husband you sekarang?, dari mana you kutip dia?"
" Dari mana i kutip dia.. bukan issunya sekarang, hmm.. dia dah pun jadi suami I.. dan you better keep away from me..!" lantang sahaja
" Fareena, I tak nak you menyesal nanti, I rela terima you if husband you ceraikan you nanti" tangan Fareena cuba diraihnya.
" oh..I see, kenapa dia nak ceraikan I, for your information, he is better than you." Wow.. Fareena, pertama kali kau memuji Dae Hyun di depan orang luar. Fareena menggelengkan kepalanya, membawa dia ke realiti.
Wajah raut Khalid Ammar merona merah selepas mendengar penjelasan dari Fareena.
" I dah rasa kenyang, nak masuk kerja dah" Fareena cepat bingkas dan meletak duit note RM15. Ditinggalnya Khalid Ammar yang sendiri yang masih menyudahi makanan di pinggannya.
Dalam perjalanan, mulut Fareena mengomel.
" Sibuk jaga tepi kain orang je.., sampai bila Khalid ni nak get lost dari hidup aku.."
Entah dari mana datang kekuatan untuk dia pertahankan maruah Dae Hyun di hadapan Khalid Ammar tadi. Jika bukan untuk menyakitkan hati Khalid Ammar, kenapa dia boleh berkata sedemikian.
'He is better than you!!' Masih tergiang lagi ketika dia lantang bersuara tadi.
"Tak salah kan aku cakap macam tu tadi" Giginya diketap.
Apakah perasaan ni..muncul bayangan wajah Dae Hyun yang tersenyum dan berkata.
' You are fallen in love with me, Fareena...'
Bersambung....