Permulaan Hidup
Pagi Hari
Wahh!! indahnya kehidupan tidak bersekolah ini" kata Elina sambil menguap sekuat hati nya "huahhh huahh huahh" kerana baru sahaja bangun dari tidurnya..."tapiiii di sekolah..." katanya lagi lalu bengong beberapa saat dan tersedarr.."apa lagi dalam fikiran aku ini hemm hehe " kata seorang Elina yang seperti sedang Dilamun cinta..echh hehe..kemudian remaja ini berfikir bahawa hidupnya itu sudah tidak tertekan dan tidak lelah akibat pelajaran yang dia lalui selama ia bersekolah .. Namun ia tidak mengetahui bahawa akan ada pelbagai cabaran yang perlahan-lahan akan datang kepadanya.
Elina turun ke ruang tamu dan melihat ibu dan ayahnya yang ia kira sudah bersiap-siap hendak melanjutkan pekerjaannya.. Kemudian Elina menyapa ibunya yang sedang duduk di sofa "ibu, mengapa hari ini ibu dan ayah telat ke kerja? apa ibu sama ayah tidak bangun awal?" lalu ibunya menatap ayah Elina dan memberi isyarat supaya sang ayah yang berbicara dengan Elina.. "Ada apa ibu ayah?" tanya Elina yang lagi bingung dengan sikap orang tuanya pagi itu dan telah membuatkan ayahnya meletakkan surat khabar yang dia baca.. kemudian Ayah Elina menghela nafas lalu berbicara dengan anak tunggalnya itu. "Ina,ayah dan ibu mahu kamu menikah,ayah sudah mencari pasangan untukmu.. ayah tahu kamu mungkin tidak siap dengan apa yang ayah katakan tetapi ayah dan ibu mahu kamu memikirkannya lagi". Tapi ayah" kata Elina yang baru sahaja memulai percakapannya tetapi ibunya menepuk bahu Elina dan senyum kepadanya lalu "nak,kamu itu anak yang baik..turuti sahaja apa kata ayah ya nak" kata ibunya yang sedang menahan air matanya jatuh.
Elina terduduk tanpa sebarang kata-kata dan merasakan bahawa ibu dan ayahnya tida menyayanginya lagi dan berfikir bahawa ibu dan ayahnya menjualnya kepada orang lain..
Elina berdiri dan jalan menuju ke kamarnya dengan perlahan-lahan seolah-olah hidupnya sudah tidak bererti lagi kerana dia tidak pernah memikirkan tentang pernikahan itu bahkan tidak ada sama sekali masuk dalam fkirannya kerana dia baru sahaja menamatkan persekolahan sebelum menyambung kembali ke universiti.
Pada waktu itu juga Elina mengambil ponselnya yang terletak d meja sebelah ranjangnya. Dia mencari kenalan yang bernama Rahmi teman baiknya waktu d sekolah dahulu ,lalu Elina menelfonnya.
"Ring ring ring" ponsel Rahmi berbunyi ..Rahmi menjawab panggilan itu.
"Hello mi" kata Elina dengan suaranya yang sayu. "Ya ada apa ina? kenapa dengan kamu?apa kamu ada masalah?" jawab Rahmi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap sahabatnya itu. lalu Elina menjawab lagi "mi aku tidak tahu lagi aku harus berbuat apa dengan kehidupan aku ini " lalu Rahmi terkejut "Hah ina kamu kenapa??cerita sahaja sama aku. kalau aku bisa, aku akan bantuin loh" jawab Rahmi. "boleh gak kita ketemu sekarang?kamu ke rumahku sahaja aku tunggu." tut tut Elina memutuskan talian.
Rahmi pun tidak habis fikir ada apa dengan sahabatnya itu. Tanpa basa basi Rahmi pun naik taksi menuju ke rumah Elina yang lebih kurang 1km dari rumahnya.
15 minit kemudian..
Rahmi tiba di rumah Elina dan masuk seperti biasanya waktu mereka sekolah dahulu..Rahmi sudah biasa dengan keluarga Elina seperti rumah Elina itu sudah menjadi rumah keduanya Rahmi.
Rahmi bergegas ke kamar Elina dan melihat Elina mengelamun di jendela. "Elina?" panggil belum sempat Rahmi bertanya, Elina terus berlari memeluk Rahmi dan menangis. "Mi aku belum mau nikah lagi , apalagi aku tidak kenal pun lelaki yang ayah aku jodohkan kepadaku. bagaimana jika lelaki itu jahat? dan tidak seperti yang aku inginkan??" luah Elina yang sedang dalam pelukan sahabatnya Rahmi.
"Kamu yang sabar ya,kalau begitu saya pun tidak tahu bagaimana hendak selesaikan kerana itu kemahuan orang tua mu. Apapun keputusan kamu, aku tetap dukung kamu" pujuk Rahmi.
.
.
Menjelang malam hari
Ayah Elina memanggil Elina turun ke ruang tamu bawah kerana ada hal yang harus di bincangkan dan di selesaikan. Semasa Elina dalam perjalanan menuju ke ruang tamu, Elina melihat ada seorang pria ditemani keluarganya dan pada masa itu juga hati Elina berdegup dengan kencang tetapi ia harus pergi ke situ.
"Ina, saya perkenalkan ini calon suami kamu , tetapi hari ini kedatangan mereka ialah untuk membincangkan tentang tarikh pernikahan kamu dan sebagainya" kata Encik Reo kepada anaknya Elina
Elina memberontak "Ayah ibu mengapa ina diatur begini?ina bukan lagi anak kecil yang diatur oleh orang tua dan ina bukan la lagi orang dewasa yang pantas dinikahkan dalam usia segini. Lagian apa ayah dan ibu tahu lelaki ini seperti apa? apa dia bisa memberikan apa yang ina inginkan?? oh ayah aku tidak mahu menikahh!!!" Jerit Elina lalu ayahnya berdiri dan menampar Elina kerana kesal dengan anak perempuannya itu. Setelah itu Elina pun berlari ke kamarnya dan menangis.
"Pak Saputra ,Bu Dania kami meminta maaf atas kelakuan Elina. Dia sebenarnya bukan marah tetapi dia sukar menerima sesiapa pria karna dia takut disakiti tetapi oleh kerana Elina belum tahu dan belum kenal dengan lebih dekat dengan calon suaminya Aditya , dia jadi seperti itu..maafkan kami sekali lagi " kata ayah Elina kepada orang tua Aditya.
"Tidak mengapa pak. Kami juga faham. Anak kamu seperti itu kerana dia juga baru sahaja habis sekolah dan dikejutkan dengan berita seperti ini." jawab pak Saputra kepada pak Reo dan bu Dania.
"Tapi kami akan berusaha agar Elina menyetujui pernikahan ini" kata ayah Elina lagi
Setelah itu mereka berbincang tentang pernikahan Aditya Romeo Saputra dengan Elina Ekavira Reo. Lebih kurang jam10 malam Aditya dan keluarganya minta pamit untuk pulang ke rumah mereka.
Sebelum itu , Ayah Elina berbicara kepada Aditya "Adit? kalau bisa kamu bicaralah dengan baik dengan Elina ya ni no hp nya .......". " baik pak" jawab Aditya.
Orang tua Elina dan Aditya mahu Anak mereka berjodoh kerana ayah Elina dan ayah Aditya bersahabat baik dan mereka pernah membuat perjanjian waktu mereka belum kahwin dahulu.
Flashback
"Reo bagaimana jika nanti kita masing-masing sudah kahwin dan mempunyai anak , apakata kita jodohkan mereka jika mereka Pria dan wanita" kata Saputra kepada Reo.
"Cadangan yang bagus Saputra" jawab Reo.
kini mereka berdua masing-masing sudah kahwin dan mempunyai anak lelaki dan wanita iaitu Aditya Romeo Saputra yang berumur 22 tahun dan Elina Ekavira Reo yang berumur 18 tahun.
Aditya seorang anak sulung dalam keluarganya dan mempunyai seorang adik lelaki yg bernama Arvan Rian Saputra berumur 17 tahun. Manakala Elina pula hanya anak tunggal.
.
.
Setelah Aditya mendapat nombor hp Elina, mereka sekeluarga pun pulang.
Dalam perjalanan pulang adik Aditya bersuara "hemm bang kamu harus ingat itu anaknya om Reo itu baik dan tidak suka dijahatin. kamu harus membuang sikapmu yang suka usik orang dan jadi nyebelin. Entah-entah bila nikah nanti kak Elina lari lagi cari suami baru haha" usik Arvan kepada abangnya. "Aku tahu la, aku kan pria yang baik dan tidak playboy. Aku harus jadi suami yang baik untuknya hemm" balas Aditya.
ibunya menyampuk "bagus Adit, jangan sesekali sakiti Elina ya nak ya?" kata ibunya. " baik ma" jawab Aditya.
Beberapa minit kemudian mereka tiba di rumah.