bc

SUAMI GELAP KU

book_age18+
922
FOLLOW
6.1K
READ
love-triangle
family
love after marriage
fated
arrogant
goodgirl
independent
comedy
sweet
secrets
like
intro-logo
Blurb

WARNING!!! 21+

Menikah dengan terpaksa dan disembunyikan amat menyakitkan, namun itu yang harus ditanggung oleh Alea dan Inas. Mereka membawa haluan masing-masing sehingga dipertemukan semula, ternyata walaupun sudah lama tidak berhubungan, status mereka masih dikira suami isteri yang sah. Tiada lafaz talak yang diucapkan, tiada tuntutan fasakh yang dikemukakan.

Namun bagaimana cara mereka untuk menjelaskan kepada umi dan abi, bagaimana pula dengan hubungan Inas dan kekasihnya Natasya?

Teruskan membaca Suami Gelap Ku.

chap-preview
Free preview
1. Kaunter Express No.2
Lily Alea. Dia menghela nafas lega melihat kelibat bas bernombor 354, kenderaan awam yang sering dinaiki selepas tamat pekerjaan separuh waktunya sebagai cashier di supermarket Dinos. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, dia bimbang jika terpaksa menyewa teksi sekiranya terlepas bas tersebut. Alea menghempaskan tubuhnya di kerusi bas yang hanya dinaiki oleh 3 orang penumpang yang baru menamatkan pekerjaan sepertinya. Dia merenung keluar tingkap memerhatikan lampu jalan yang menerangi kegelapan malam. Sudah hampir setahun dia belajar sambil bekerja separuh masa untuk menampung keperluan hariannya. ‘Sampai bila aku macam ni. Aku penat!.’ Gumamnya dengan bibir yang digigit kuat. Gadis berusia 20 tahun itu sudah terbiasa mengerah tulang 4 keratnya untuk bekerja menampung keperluannya sendiri. Ayahnya telah pergi semasa dia masih berumur 9 tahun akibat serangan jantung, manakala ibunya pergi semasa dia berumur 15 tahun akibat penyakit buah pinggang yang tidak dirawat akibat kesempitan hidup. Satu-satunya ahli keluarganya yang masih ada ialah abangnya yang berusia 35 tahun. Perbezaan usia membuatkan hubungan mereka tidak seperti adik abang yang biasanya. “Terima kasih pakcik.” Ucap Alea lembut kepada pemandu bas. “Sama-sama Lea. Hati-hati di jalan nak.” Alea tersenyum, mengangguk menerima pesanan pakcik Herman lalu turun sambil menggalas backpack nya. Hampir setiap hari dia menaiki bas untuk ke tempat kerja sehinggakan beberapa orang pemandu bas sudah mengenalinya. Tidak kurang yang mengasihaninya kerana terpaksa bekerja sehingga lewat malam. “Assalamualaikum.” Ucap Alea perlahan setelah membuka pintu bilik hostel nya. Dia melangkah perlahan agar tidak mengganggu tidur Maimun, rakan sebiliknya. “Kau baru balik Lea? Dah makan?” Suara serak Maimun mengejutkan Alea. “Ehh… Maaf kalau aku buat kau terbangun.” “Tak, aku baru nak tidur. Baru lepas siapkan assignment. Ada nasi bungkus atas meja, tadi aku makan di luar dengan Fairuz sekali bungkus untuk kau.” “Thanks Mun.” Maimun hanya mengangguk. Sudah hampir setahun dia sebilik dengan Alea. Dia tahu Alea bukan orang senang. Dia juga tahu gadis itu sering mengikat perut kerana kesempitan hidup. Maimun bukanlah dari keluarga yang berada, namun setiap bulan ibu, ayah dan kakaknya akan mengirim duit untuk perbelanjaan sehariannya, tidak seperti Alea yang terpaksa bekerja separuh masa. “Aku tidur dulu Lea. Good night.” Alea mengangguk lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, masih ada assignment yang perlu disiapkan. * Alea meregangkan tubuhnya sambil menarik nafas dalam. Tubuhnya sakit kerana terlalu penat bekerja dan sering berjaga sehingga larut malam. Ingin sekali dia bermalas-malas seperti Maimun yang hanya perlu menumpukan perhatian pada pembelajarannya. Dengan langkah malas Alea menuju ke bilik air untuk membersihkan diri kerana kelas akan bermula seawal 8:30 pagi. Alea mengambil baju kurung dan tudung yang tergantung rapi di dalam almarinya, menatap wajahnya di cermin. Terdapat lingkaran hitam di bawah matanya dan bibirnya kelihatan pucat menandakan tubuhnya perlu istirehat yang mencukupi. Sapuan tipis compact powder dan lipstik berwarna coral menyamarkan wajahnya yang pucat. “Hai Alea. Awak cantik hari ni.” Sapa seorang pemuda yang sudah duduk di sebelah Alea. Alea hanya tersenyum simpul tanpa membalas sapaan pemuda tersebut lalu tunduk meneruskan pembacaannya. Tidak mahu menimbulkan salah faham di kalangan rakan sekelas mereka, dia tahu pemuda bernama Nazrul itu merupakan senior di fakulti perakaunan, dia adalah tunang kepada Camelia, gadis cantik yang mengambil bidang seni kreatif. Brrtt… Alea mengambil handphone dari beg galasnya, kelihatan kiriman w******p daripada Kak Esah. Kak Esah, Assalamualaikum Lea, hujung minggu ni boleh tolong gantikan Kak Esah? Akak nak balik kampung 3 hari, Senah nikah hari Sabtu ni. InsyaAllah, boleh kak. Nanti Alea atur jadual kerja dengan supervisor Alea. Okay, hari Jumaat tengah hari Lea datang sini ya, akak dah bagitau Puan. Okay kak. Alea tersenyum membaca mesej yang diterima dari Kak Esah. Dia tidak pernah keberatan untuk menggantikan Kak Esah melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah majikan yang sangat baik itu. Sudah beberapa kali dia menggantikan Kak Esah, Puan Saodah dan suaminya tidak menolak jika Alea yang menggantikan Kak Esah, malah dia sering diajak untuk menetap lebih lama. “Siapa yang mesej tu?” Bahu Alea terangkat kerana terkejut dengan pertanyaan Nazrul. Keningnya berkerut tidak suka. “Kawan.” “Kawan lelaki atau perempuan?” “Perempuan.” Senyuman hambar mengiringi jawapan Alea. Kedatangan Miss Mazidah melegakan Alea kerana dia tidak perlu menjawab pertanyaan-pertanyaan tidak penting pemuda itu. Dia terlalu penat, tidak tertarik dengan perhatian mana-mana lelaki. Perhatiannya hanya ditumpukan sepenuhnya kepada pelajaran dan kerja separuh masanya. “Untuk tugasan hari ni, kamu boleh buat secara individu atau berdua. Pastikan kamu hantar pada hari Isnin minggu hadapan. Kelas hari ni sampai sini saja.” “Thank you Miss.” Seluruh kelas mengucapkan terima kasih kepada pensyarah muda itu selepas menamatkan kelas Perakaunan dan Pelaporan Kewangan. “Alea, assignment Miss Mazidah ni kita buat berdua nak tak?” Tanya Nazrul sambil menatap wajah mulus Alea. “Maaf. Assignment kali ni Alea nak buat sendiri.” Tolak Alea lembut agar senior nya itu tidak terkilan. “Kenapa awak sombong sangat? Ajak buat group pun susah!” Suara Nazrul bertukar keras menyebabkan beberapa pelajar yang masih berada di dalam kelas menoleh ke arah mereka. Alea mengetap bibirnya kuat malas untuk berdebat. Dia bergegas meninggalkan kelas menuju ke library, tempat yang paling digemarinya sementara menunggu kelas seterusnya. Suasana sunyi membuatnya tenang. Dia kesal dengan perlakuan Nazrul. Bukan sombong, dia tahu jadual kerjanya yang padat sudah tentu akan menyukarkan untuk mereka menyiapkan assignment secara berkumpulan. Lebih baik dia melakukannya sendiri. 2 jam berlalu, Alea menghabiskan masanya mengulangkaji subjek Perakaunan Islam. Grrrrrrrrrrrr… Alea tersenyum sendiri mendengar perutnya yang berkeroncong. Dia melirik jam di handphone nya, jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari. ‘Lepas kelas nanti kita makan, aku belum gaji.’ Ucapnya perlahan sambil mengusap perutnya. Dia perlu mengikat perut memandangkan ada beberapa assignment yang perlu dicetak. * “Alea hari ni kamu bertugas di kaunter express nombor 2.” Pesan supervisor yang menyelia bahagian cashier. “Okay bos.” Balas Alea senang. Dia sangat senang jika mendapat kaunter express kerana kaunter tersebut menetapkan limit jumlah barang yang boleh dibawa boleh pelanggan. Hanya 10 barang yang dibenarkan dibayar melalui kaunter tersebut agar proses pembayaran lebih cepat. Dengan itu, Alea boleh bekerja lebih santai. “Boleh bayar sini?”  Bersambung... Terima kasih sudi singgah di novelku

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

Dinikahi Karena Dendam

read
233.8K
bc

Sentuhan Semalam Sang Mafia

read
188.8K
bc

TERNODA

read
198.8K
bc

Hasrat Meresahkan Pria Dewasa

read
30.5K
bc

B̶u̶k̶a̶n̶ Pacar Pura-Pura

read
155.8K
bc

Setelah 10 Tahun Berpisah

read
61.1K
bc

My Secret Little Wife

read
132.1K

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook