“Isteri aku.”
“Wohoooo… Sejak bila kau ada isteri?” Usik Hafizan. “Bukan kau dan Alea dah cerai?”
Inas menggenggam steering keretanya kuat. “Aku tak pernah ceraikan dia!”
“What! Serius lah bro.”Tanya Hafizan tidak percaya.
Inas tersengih mengangguk.
“Alhamdulillah…” Ucap Hafizan sambil menepuk bahu Inas. Bersyukur sepupunya itu tidak menceraikan Alea. “Aku ingatkan kau dah ceraikan dia malam tu.”
“Tak. Tak sempat. Kau sendiri tengok kan, dia jalan laju masa keluar dari rumah malam tu. Lagipun aku rasa berat hati nak ceraikan dia. Walaupun aku tak kenal dia siapa.” Luah Inas sambil matanya terus memerhatikan bas yang berhenti di hadapan kampus universiti.
“Dia buat apa di kampus ni.” Kening Inas berkerut melihat Alea turun dari bas dan melangkah masuk ke dalam kampus.
“Mungkin dia student di sini. Kalau kau nak, esok aku tanya kawan aku yang kerja di sini.” Ujar Hafizan menawarkan diri untuk membantu mencari tahu tentang isteri sepupunya itu.
*
Brrrtttt…. Brrrttttt…
Pijan,
“Hello, Inas”
“Mmmm… Kau tak ada kerja call aku awal pagi?”
“Aku nak cakap pasal Alea, tapi kau macam tak berminat. Okay bye.”
“Jannn…”
Setan!!! Marah Inas. Matanya terbuka luas saat mendengar nama Alea. Dia sangat ingin tahu tentang gadis itu. Dia menekan-nekan handphone untuk menghubungi sepupunya.
Pijan,
“Kenapa kau letak phone tadi!”
“Hahaha… Kau dah macam orang tengah mabuk cinta.”
“Aku tak cakap aku jatuh cinta, aku hanya nak tahu pasal dia.”
“Oh… Aku ingatkan kau dah jatuh cinta.”
“Pijannnnnn…!”
“Dia student tahun terakhir bidang perakaunan. Dia kerja part time di supermarket. Kalau cuti semester dia ambil 2 job, supermarket dan restoran makanan segera. Aku rasa dia kerja dengan umi kalau Kak Esah cuti.”
“Hmm...”
“Kalau kau nak tau lebih lagi, kau jumpa dia sendiri. Aku tak nak masuk campur. Bye, aku nak bawa wife aku jalan-jalan.”
“Kau nak pergi mana?”
“Syurga dunia.”
“Setan!”
“Kalau kau nak, dah boleh tu dengan Alea... Hahahaa.”
Inas menamatkan panggilan telefon, jijik mendengar kata-kata sepupunya. Dia merebahkan semula tubuhnya di atas katil memikirkan gadis itu. Teringat pertemuan mereka di restoran saat dia bersama dengan Natasha. Ada rasa bersalah yang membeban di hati dan fikirannya sehingga kini. Dia dapat melihat wajah kecewa gadis itu. Tidak seperti sebelumnya, gadis itu sengaja mengabaikan kehadirannya.
Inas meraup wajahnya kasar lalu menutup matanya rapat cuba untuk tidur semula, namun bayangan wajah kesal Alea muncul di mana-mana.
*
“Wow, cantik berseri-seri kau sekarang Lea.” Pujian Maimun membuatkan Alea tersenyum lebar.
“Kau puji aku pagi-pagi ni mesti ada sebab.” Balas Alea sambil membetulkan tudung yang dipakainya.
Sudah seminggu mereka menyewa di apartment yang berhampiran syarikat tempat mereka praktikal. Alea menjalani industrial training di bahagian Pengurusan Kewangan manakala Maimun ditempatkan di bahagian Pemasaran.
Alea sudah tidak melakukan kerja separuh masa sebagai cashier memandangkan syarikat tersebut memberikan elaun setiap bulan. Dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja yang diserahkan kepadanya.
Alea sempat membeli beberapa helai pakaian dan kasut yang sesuai untuk bekerja seperti yang disarankan oleh Maimun. Dia bukanlah seorang yang buta fesyen, namum kesempitan hidup membuatkan dirinya jarang membeli pakaian baru.
“Bye, jumpa masa rehat nanti.” Pesan Maimun sambil berjalan masuk ke bahagian Pemasaran.
“Aaaaa… Maaf encik. Saya tak sengaja.” Ucap Alea kerana melanggar tubuh seorang pemuda.
“It’s okay Alea.” Jawab pemuda itu.
Alea mendongak melihat wajah pemuda tersebut. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal, cuba mengingati wajah pemuda tersebut.
Alea menutup mulutnya menggunakan tangan. “Mmm… Ehhh…” Alea tergagap, entah ingin menggelarkan pemuda itu apa.
“Hafizan.” Ujar Hafizan datar.
Alea mengangguk.
“But you can call me ‘abang Pijan’ kalau tak ada orang lain.” Kata Hafizan perlahan.
Alea mengangguk lagi.
“Rindu tak dengan orang tu?”
Alea mengangguk lagi. Sedar dengan pertanyaan Hafizan, Alea menggeleng laju membuatkan Hafizan tersenyum penuh makna.
“Okay. Jumpa nanti. Abang masuk dulu.” Ujar Hafizan lalu masuk ke biliknya.
Alea tercengang, mengerdipkan matanya beberapa kali. ‘Senior General Manager – Finance & Account Department’ terpampang jelas di pintu bilik tersebut.
Inas,
Aku ada khabar baik dan khabar tak baik untuk kau.
Apa?
Mmmm… Tak jadi, aku rasa kau tak berminat.
Pijannnnnnnnnnnnnnn
Khabar baik, aku jumpa Alea. Dia praktikal di tempat aku. Cantik dia sekarang.
Khabar tak baik?
Khabar tak baik, dia tak rindukan kau. Hahahaa…
Aku datang office kau boleh?
NO! Jangan kacau staff aku.
Setan!
Hafizan ketawa geli membaca w******p dari sepupu manjanya. Dia yakin pemuda itu pasti akan sampai ke pejabatnya bila-bila masa saja.
*
Alea dan Maimun berjalan beriringan menuju ke café tempat mereka bekerja. Suasana café agak ramai kerana masing-masing ingin mengisi perut.
“Mun, aku rasa nak makan semua makan di sini.” Bisik Alea.
“Kenapa? Kau lapar sangat?”
“Tak. Sebab harga makanan sini murah. Aku dah bosan makan nasi lemak. Heeeeee…”
“Lea, di sana ada meja kosong. Kau pergi dulu, aku nak ambil air.”
Alea mengangguk lalu berjalan menuju ke meja yang di tunjuk oleh Maimun. Tubuh Alea tersentak saat merasakan handphone nya bergetar. Senyuman terukir di bibirnya melihat nama yang terpapar di screen handphone nya.
Kak Esah,
“Assalamualaikum Lea. Apa khabar?”
“Walaikumsalam. Alhamdulillah, Lea sihat. Kak Esah apa khabar?”
“Akak sihat. Puan ajak Lea datang rumah, Puan nak buat jamuan sikit, sempena aniberseri katanya.”
Alea tersenyum mendengar suara Puan Saodah terkekeh saat Kak Esah mengungkapkan anniversary.
“Ooo.. Bila nak buat jamuan tu?”
“Hari Sabtu selepas Zohor. Tapi Puan minta Alea datang hari Jumaat. Boleh?”
“Boleh, lepas kerja Alea datang.”
“Terima kasih Lea. Assalamualaikum.”
“Walaikumsalam.”
“Amboi… Dari jauh aku boleh tengok senyuman kau Lea. Siapa yang call?” Tanya Maimun.
“Kak Esah. Jumaat ni aku tidur rumah Puan Saodah sebab nak tolong Kak Esah buat persiapan untuk jamuan hari Sabtu.”
Maimun mengangguk faham. “Aku pun nak balik kampung hujung minggu ni.”
Giliran Lea mengangguk. Sambil menjamah makanannya, dia memikirkan abang dan kakak iparnya di kampung. Walaupun kejadian dia ditampar oleh abangnya sudah lama berlalu, namun Alea belum berani untuk menghubunginya. Apatah lagi melawat mereka di kampung. Alea hanya bertanyakan khabar melalui kakak iparnya.
“Ada orang duduk sini?”
Alea dan Maimun mengangkat kepala bersamaan melihat dua pemuda yang sedang berdiri di tepi meja makan mereka sambil memegang air dalam tin.