6. Sakit Hati

975 Words
Alea duduk bersendirian di food arena menunggu nasi lemak yang dipesan sebentar tadi. Dia mengeluarkan handphone untuk memeriksa baki akaun banknya. Sudut bibirnya terangkat melihat baki duit yang bertambah hasil kerja separuh masanya sebagai cashier di supermarket Dinos. Petang ini dia akan memulakan tugas sebagai cashier di restoran makanan segera. Manager restoran tersebut sudah mengenali Alea kerana dia sering memohon untuk bekerja separuh masa semasa cuti semester. Kak Indah, Assalamualaikum. Kak, Lea dah transfer duit sikit untuk belanja Syafiq dan Sofia. Walaikumsalam. Terima kasih Lea. Tapi tak perlu susah-susah, duit belanja bulan lepas masih ada. Simpan duit untuk kegunaan Lea sendiri. Lea jaga diri, jaga kesihatan. Heeee… Yess madam! Alea menghela nafas perlahan, terbayang wajah abang, kakak iparnya dan anak saudaranya. Alea rindu! “Terima saja lamaran Hendra. Tak guna kau sambung belajar, hujung-hujung nanti masuk dapur juga. Abang tak ada duit nak tanggung kos kalau kau masuk universiti. Kalau kau menikah dengan Hendra, tak perlu hidup susah macam sekarang.” Ucap Latif datar sambil menghembus asap rokoknya. Alea menggeleng laju. “Lea belum bersedia nak menikah. Abang tak perlu risau pasal kos pembelajaran, Lea boleh kerja sambil belajar nanti.” Tegas Alea enggan mengalah. Dia menggidik ngeri membayangkan dirinya harus menjadi isteri kedua Hendra. Pemuda kaya di kampung mereka yang sudah memiliki isteri dan 5 orang anak. No! Latif memukul meja dengan kuat membuatkan Alea dan kakak iparnya terkejut. “Kalau kau masih degil juga, terpulang! Tapi jangan harap abang nak tanggung kos kau belajar!” Ucap Latif marah. Alea menarik nafas panjang mengingati pertengkaran dengan abangnya. Tanpa sedar tangannya mengusap pipi kirinya yang ditampar keras beberapa bulan yang lalu. Kesempitan hidup dan kehilangan orang tua pada usia muda membuatkan abangnya menjadi seorang yang panas baran. Alea sering menjadi tempat untuk melampiaskan segala amarahnya. Namun selepas menikahi gadis yang kini menjadi kakak iparnya, hidup Alea lebih terbela. Kakak iparnya sering menjadi pelindung sekiranya Alea berbuat salah. * Alea melirik jam di dinding, sudah pukul 9:30 malam, sebentar lagi dia akan menamatkan pekerjaannya. Pelanggan juga mula berkurangan, hanya beberapa orang pasangan masih duduk menikmati makan malam mereka. Alea menarik nafas dalam, membuang jauh-jauh rasa dan harapan di hatinya. “I nak makan burger yang tu…” Lamunan Alea terhenti saat mendengar suara manja seorang gadis. Bibirnya secara tidak langsung mengukir senyuman manis. “Selamat da...” Deg! Mata Alea terpaku seketika melihat pemuda yang dipeluk oleh gadis cantik dan super seksi itu. Alea tunduk seketika, menggenggam tangannya kuat mencari kekuatan dirinya. “Selamat datang. Makan sini atau bawa balik?” Tanya Alea sopan, cuba senyum semanis yang boleh, walaupun suaranya pasti kedengaran bergetar. “Makan sini.” Jawab gadis tersebut. Alea mengangguk. “Nak pesan apa miss?” Tanya Alea, berusaha tidak memandang wajah pemuda itu. “I nak set A regular. Sayang you nak makan apa?” “Sama.” “Set A regular 2 set.” Alea mengangguk. “Nak tambah apa-apa lagi miss?” “Ice cream strawberry satu.” Alea mengangguk lalu menyebut satu persatu pesanan pasangan tersebut sebelum memusingkan tubuhnya untuk menyiapkan pesanan. Ditepis jauh-jauh apa yang dirasakan saat ini, dia tidak layak untuk sakit hati. Alea menghidangkan pesanan pasangan tersebut lalu menekan sesuatu di screen monitor untuk proses pembayaran. Namun telinganya masih dapat mendengar bisikan-bisikan manja gadis itu. “Lepas ice cream strawberry, I nak ice cream you. Please sayang…” Wajah Alea merona merah mendengar kata-kata nakal gadis itu. Dia menelan liurnya kasar dan menggigit bibir bawahnya kuat menahan rasa yang tidak dapat diungkap. Selesai membuat pengiraan tunai bersama penyelianya di bilik khas, Alea melangkah longlai menuju ke pondok perhentian bas. Fikiranya berserabut mengingati kejadian sebentar tadi. Dia tidak menyangka akan menemui Inas bersama kekasihnya. Hatinya terluka! ‘Kenapa kau harus terluka Alea. Lupakan mereka, teruskan kehidupanmu!’ * Pijan, Jan, malam ni kau ikut aku pergi satu tempat boleh? Jangan harap! Baik aku bawa wife aku pergi ‘satu tempat’. Setan! Hahaha… Kau nak pergi mana? Berkhalwat? Bongok!!! Hahaha. Okay, jam berapa? Aku singgah ambil kau jam 9. Bunyi cengkerik menemani dua pemuda yang sedang bersandar di bonet kereta. “Kita tunggu apa Nas? Nyamuk di kawasan ni semua dah kenyang sebab hisap darah aku.” Ujar Hafian kesal. Inas melirik jam tangannya hampir pukul 1030 malam. “Masuk cepat, jangan bising boleh tak!” Hafizan berlari masuk ke dalam kereta cemas. “Kenapa? Kau jawab betul-betul bro. Aku tak nak terlibat kalau kau buat hal lagi.” Inas menjeling tajam ke arah Hafizan yang sedang tersenyum menyeringai kerana berjaya membuat dirinya kesal. Inas mengerling cermin sisi kereta, dia dapat melihat kelibat gadis itu berjalan menuju ke perhentian bas. Inas menarik kepala Hafizan untuk tunduk menyembunyikan diri mereka dari dilihat oleh gadis itu semasa melintasi keretanya. “Sebenarnya kita nak jumpa orang atau bersembunyi dari orang?” Tanya Hafizan bingung, suaranya separuh berbisik. “Dua-dua.” “Kita nak jumpa siapa? Kenapa kita bersembunyi macam ni? Cermin kereta kau kan gelap, nak takut apa? Sampai bila nak tunduk ni, aku rasa macam nak buang angin.” “Huffffff… Kau diam boleh tak!” “Tak.” Inas mendengus kasar. Malas melayan kerenah sepupunya. Dia dan Hafizan lahir pada tahun yang sama, tetapi Hafizan lebih tua 2 bulan darinya. Mereka sekelas semenjak sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Namun semasa melanjutkan pelajaran, dia memilih untuk mengambil bidang pengurusan perniagaan, manakala Hafizan mengambil bidang perakaunan. Hafizan satu-satumya orang yang sering membuatkan dirinya kesal. Namun sepupunya itu jugalah yang sering dicarinya. Menyedari gadis itu menaiki bas yang baru tiba, Inas menghidupkan enjin keretanya mengikuti bas tersebut. Entah kenapa, dia ingin tahu di mana gadis itu tinggal. “Dia kerja di supermarket Dinos.” Ujar Inas datar. “Dia? Siapa Dia?” Tanya Hafizan bingung. “Kau boleh tak kalau bercakap, guna bahasa yang mudah difahami. Aku tak faham bahasa b***k-b***k wechat ni!” “Isteri aku.”
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD