5. Menatap Wajahmu

986 Words
Sudah 5 bulan kejadian tersebut berlaku, Alea melalui hari-harinya seperti biasa, membuang ingatannya tentang kejadian tersebut jauh-jauh. Dia sengaja menyibukkan diri dengan assignment dan pekerjaannya. “Lea, kau ada boyfriend?” Tanya Maimun ingin tahu. Dia duduk menghampiri Alea di meja belajarnya. Alea menggeleng. “Siapalah lelaki malang yang nak jadi boyfriend aku Mun.” Balas Alea. “Aku tengok kau selalu termenung. Ni awal pagi dah duduk temenung, ibu aku cakap kalau selalu termenung awal pagi, nanti dapat suami tua.” Alea ketawa mendengar kata-kata rakan sebiliknya itu. Suami… Hufffffff… Tanpa sedar satu keluhan berat keluar dari mulutnya. “Kau ada masalah?” “Masalah aku berlambak Mun, kalau kau nak aku boleh bagi.” Gurau Alea “Aku serius Aleaaa….” “Aku serius Munnn…” Maimun mencubit lengan Alea kuat lalu bersiap untuk menghadiri peperiksaan pada sebelah pagi. “Mun malam ni aku balik lambat lagi, aku kerja shift malam.” “Okay. Hati-hati balik nanti.” Pesan Maimun. Dia kagum dengan semangat rakannya itu, siang menghadiri kelas, malam kerja separuh masa, tengah malam menyiapkan assignment yang semakin menimbun. Entah bila masanya gadis itu berehat. Setiap kali cuti semester, gadis itu akan membuat 2 kerja sekaligus, cashier di supermarket pada sebelah siang dan cashier di restoran makanan segera pada sebelah malam. Maimun menggelengkan kepala memikirkan kesukaran hidup rakannya itu. Alea lega kerana hari ini adalah hari terakhir peperiksaan untuk semester kali ini. Sepanjang cuti semester, dia akan menggunakan masa yang ada untuk melakukan kerja-kerja lebih masa, mengumpul duit untuk semester akan datang. * “Assalamualaikum.” “Walaikumsalam.” Jawab abi dan umi bersamaan. Inas mencium pipi uminya lalu memeluk wanita kesayangannya itu. “Kalau umi tak merajuk, entah bila Inas nak lawat umi dan abi.” Luah Puan Saodah kesal dengan anak bujangnya. “Banyak kerja umi.” Jawab Inas sambil meraih dan mencium tangan abinya. Sebenarnya dia masih belum boleh melupakan kejadian malam tersebut. Malam yang menjadikan dia seorang suami kepada seorang gadis. Umi menjuihkan bibirnya. “Esah tolong buatkan Inas kopi.” “Baik puan.” “Kak Esah, Inas nak coklat panas, tak nak kopi.” Pesan Inas. “Amboi, sejak bila anak umi suka minum air coklat?” Umi melirik Inas yang tersengih bak kerang busuk. Inas menghirup coklat panas yang disediakan oleh Kak Esah. Namun rasanya tidak sama seperti apa yang diinginkan. “Umi nak beli barang di mana?” Tanya Inas. Dia sudah berjanji untuk membawa umi dan abinya keluar berbelanja. Sebagai balasan kerana sudah 5 bulan dia tidak menjenguk mereka. “Umi nak pergi Dinos, nak cari baju kemeja untuk abi. Umi pun nak cari baju tidur. Inas sedia duit, umi nak shopping banyak hari ni.” Pesan umi sambil mengerling ke arah suaminya. Tuan Rahman hanya mampu menggelengkan kepala. Dia tahu isterinya ingin melepas geram kepada anak bongsu mereka. * “Umi, banyak lagi barang yang umi nak beli? Kaki Inas rasa macam nak patah.” Keluh Inas sambil mengurut betisnya. Puan Saodah tersenyum puas melihat gelagat Inas dan suaminya yang kepenatan kerana berjalan. Kalau bukan kerana kasihan melihat suaminya, dia masih ingin menyiksa anak bongsunya itu. “Dah habis, dah boleh bayar.” Ujar Puan Saodah sambil berjalan melenggang menuju ke kaunter pembayaran. “Selamat datang.” Sapa Alea. “Alea? Alea kan.” Seru Puan Saodah. “Eh… Puan! Lama Lea tak jumpa. Puan sihat?” Tanya Alea sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman lalu mencium tangan wanita itu. “Tuan sihat?” Tanya Alea kepada suami wanita itu yang setia berdiri di samping isterinya. Tuan Rahman mengangguk sambil tersenyum. “Umi dan abi sihat sayang. Alea sihat? Kenapa Lea makin kurus ni?” Tanya umi sambil mengusap pipi Alea. Dia tahu beban yang ditanggung oleh gadis itu melalui cerita yang disampaikan oleh Esah. Alea tersenyum bahagia mendengar pertanyaan Puan Saodah. Sudah lama tidak ada orang yang bertanya tentang keadaan dirinya, selain Maimun. “Lea teruskan kerja, nanti bos Lea marah.” Pesan umi sambil tangannya mengeluarkan barang yang berada di dalam troli. “Cash or card puan?” Tanya Alea sopan setelah selesai mengimbas harga barang yang dibeli oleh Puan Saodah. “Card.” Terdengar suara garau di belakang Tuan Rahman. Alea menelan liur melihat pemuda yang menghulurkan kad kepadanya. Jantungnya berdegup laju. Tangannya gugup menerima kad tersebut, namun berusaha disembunyikan dengan menggigit bibir bawahnya kuat. “Ni anak umi yang bongsu. Inas.” Kata Puan Saodah sambil melirik Inas. Alea hanya mengangguk, tidak mampu bersuara. “Terima kasih.” Ucap Alea sambil menghulurkan kad kepada pemuda itu. Dia mengambil kesempatan ingin menatap wajah Inas. Cukup sesat. Pandangan mata mereka bertemu. Dengan cepat Alea melarikan pandangannya kepada Puan Saodah. “Ada masa datang rumah umi.” Pesan Puan Saodah dan dibalas dengan anggukan Alea. Alea menggenggam tangannya lalu memukul kuat dadanya cuba menenangkan hati dan jantungnya. “Inas, umi dan abi nak duduk di kerusi urut.” Inas mengangguk membiarkan umi dan abinya berehat di kerusi urut yang disediakan di perkarangan supermarket tersebut. Inas duduk di kerusi kayu panjang yang disediakan berhampiran kerusi urut. Pemikirannya melayang mengingatkan gadis itu. Dari kejauhan dia dapat melihat uminya mengusap wajah cashier yang sedang bertugas. Keningnya berkerut memikirkan siapa gadis yang disapa oleh umi dan abinya. Lily Alea! Inas memerhatikan gadis itu, seyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. Pipi gadis itu kelihatan lebih cengkung berbanding kali pertama mereka bertemu. “Cash or card puan?” “Card.” Jawab Inas lalu menyerahkan kadnya kepada Alea. Inas dapat melihat gadis itu terkejut melihat kehadirannya kerana tangannya menggigil saat menerima kad yang dihulurkannya. Inas menggeleng perlahan melihat Alea menggigit bibir bawahnya kuat. “Terima kasih.” Tanpa menjawab, Inas mengambil semula kadnya. Dia terus memerhatikan wajah Alea berharap agar gadis itu menatapnya walau hanya seketika. Yes! Inas berusaha menyembunyikan senyumannya ketika Alea mengangkat wajahnya dan pandangan mata mereka bertemu. “Tersengih-sengih! Kena sampuk penunggu supermarket?” Tanya umi menepuk kuat bahu anaknya.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD