Bab 5

1196 Words
"Berhenti! Aku kata berhenti!" Tiba-tiba suara seorang perempuan menjerit di belakang aku. Aku pakukan langkah. Aduss! Janganlah teman wanita Philip mengamuk gara-gara aku memerlukan Philip sebagai peneman aku pada waktu ini. Please don't! "Hey! Perempuan! Tak ada laki lain ke yang you nak ambik dijadikan laki. Sampai suami orang pun kamu nak kebas." Ini tak boleh jadi. Adakah patut dia kata aku ambik laki orang. Mana ada... weiii! "Sapa yang ambik suami orang?" Terkejut aku mendengar jerkahan Philip. Ehh! Kenapa pula dia yang menyoal perempuan tersebut? Bukankah dia... opss! Aku menoleh kepada Aidan Gibson. Wahh! Betapa keruhnya airmuka Aidan Gibson sehingga tidak sanggup bertentang mata dengan aku. Lantas dijatuhkan mukanya... Pada saat aku ingin melarikan diri, Philip memegang kejap tangan aku. "Face the truth, Lynn. Jangan biarkan orang memijak maruah keluaga kita. I am here for you, as promised." Tiupan kata semanggat Philip menyedarkan aku untuk terus berdiri di tengah-tengah perjalanan ke Altar. Keputusan berada ditangan aku. Dari jauh aku mencari wajah-wajah kesayangan aku sebagai kekuatan kepada keputusan aku. Anggukkan Mak, Auntie Wiena dan Uncle Fabian sudah cukup sebagai tanda... "Philip, kamu serious dengan apa yang kamu kata tadi?" Philip mengerutkan kening. "Apa yang serious?" Alahaiii! Philip. Saat genting macam ini, boleh pula lembab pick up. "Serious ke tak nak kahwin dengan Lynn tadi?" Malunya! Namun kerana maruah keluarga aku terpaksa juga melamar anak teruna Uncle Fabian dan Auntie Wiena di tengah-tengah jalan menuju ke Altar. Aku jeling Aidan Gibson yang sudah seperti cacing kepanasan. Berani hendak mainkan aku. Entah siapa perempuan itu. Belakang kira! Pandangan aku beralih semula kepada Philip. Aduh! Kenapa muka senggal pula yang terpamer di raut wajah kacak ini... "Kalau tak jadi macam mana?" "Ehh! Jangan main-main la, tak ada masa sekarang ni. Kalau you tak nak, saya teruskan juga pernikahan ini dengan monyet di depan tu." Aku mengugut Philip. Manalah tahu dia boleh bertukar fikiran semula. "Dia dah ada bini lah, sayang! Bukan dia boleh berpoligami pun." Sangkal Philip membuatkan aku terkedu beberapa saat. Siapa yang tak sentap dengan kenyataan itu. Sudah tiga tahun aku mengenali Aidan Gibson tidak pula aku mengetahui bahawa dia sudah beristeri. Oh! My God! Am I that stupid? Memerah muka aku mencari wajah Auntie Wiena dan Uncle Fabian. Sekali lagi mereka mengangguk memberi sokongan moral kepada aku. "Kenapa baru sekarang nak bagi tahu?" "Sebab Lynn tak akan dengar apa yang aku cerita." Aku terkedu sekali lagi, Philip berkata benar. Aku pasti akan menuduh dia mereka cerita yang bukan-bukan... "Marry me, Lynn. Will you?" Philip melutut penuh romantis di depan aku. Saat itu aku harus memilih satu keputusan seumur hidup yang tidak dapat diputarkan semula. "Will you love me for the rest of your life, Philip Berkeley?" Aku menunduk menentang anak mata yang berwarna biru itu. Mencari bening yang bersinar untuk menghantar isyarat cinta. "Don't mention it. Saya kan sudah bagi tahu tadi. Kita settle perkara di atas Altar dahulu. Setuju ke tak? Orang dah tunggu lama." Aku beralih memandang wajah wanita tadi. Lembut aku melepaskan tangan aku dari genggaman Philip. Membawa langkah kaki aku ke arah perempuan itu. "Puan duduk dulu. Majlis ini adalah untuk Marcelynda Simai dan Philip Berkeley." Bisik aku di tepi cuping telinga perempuan itu. Sekali lagi aku menoleh kepada kaum keluarga aku. Aku hadiahkan sebuah senyuman yang teramat manis. "Shall we go to the Altar?" Aku meraih tangan Philip Berkeley. Oh! Ayah restuilah keputusan aku ini. Walaupun pada saat-saat yang terakhir, aku pasti telah membuat keputusan yang betul. Merah padam muka Aidan Gibson menahan marah apabila kami berlalu melintasinya. Tak ingin aku hendak berlakikan lelaki penipu! No way! Bersaksikan kaum keluarga maka terpaterilah ikatan perkahwinan di antara aku dan Philip. Adakah perkahwinan tanpa rasa cinta ini akan memberi kebahagiaan kepada kami? Ayah... Malam ini, aku berjanji akan melakarkan lembaran baru perjalanan hidup aku bersama kenangan indahmu. Membiarkan diri aku bernafas seirama suamiku. Sepanjang majlis perkahwinan kami, terpancar wajah kegembiraan di wajah Mak dan Auntie Wiena. Auntie Wiena dan Uncle Fabian tersenyum puas kerana keinginan sedari dahulu akhirnya tercapai juga. Stephanie dan Jesselyn bersorak gembira kerana aku masih bersama mereka. Tiada lagi yang aku inginkan, Ayah. Cukuplah dengan kegembiraan orang yang aku sayang. Aku tanggalkan satu persatu barang yang menyaluti tubuhku termasuklah barang kemas yang aku pakai petang tadi. Aku membelek sekejap barang kemas tersebut. Masih berkain sarung, membaluti badanku setelah baru habis membersihkan diri. 'Cantik.' Aku memuji keindahan reka bentuk barang kemas tersebut. Sudah pasti puluhan ribuan ringgit harganya apa tah lagi ia adalah rekaan yang terbaru atau mungkin ditempah khas. Bunyi tembol pintu kedengaran terbuka perlahan menganggu tumpuan aku pada set barang kemas. Aku menoleh... Gulp! Philip melangkah penuh gaya menghampiri aku yang sedang sedaya upaya mengusir rasa gusar. Pertama kali berduaan dengannya setelah bergelar sebagai suami isteri membuatkan getaran jantungku tidak mengikut tempo. Philip duduk medekat. Di atas katil pengantin. Masih kemas seperti tadi... di awal Philip datang melamar aku. Di tepi telinga, Philip berbisik... "Suka dengan set tu?" Kenapa harus dia bersuara selembut itu? Hurm! Janganlah terduduk lembik lutut di sini. Malu... "Nanti Lynn pulangkan ssemula kepada Auntie. Mesti mahal dia beli ni...." Philip menutup mulut aku menggunakan jarinya. Menghalang aku dari terus menuturkan kata-kata. "Mummy, Lynn. Bukan Auntie. Dan set ini, bukan Mummy yang beli tapi sudah lama saya simpan untuk Lynn. Ayah yang bagi... hadiah perkahwinan kita dari Ayah." Aku terkejut dengan satu lagi pendedahan Philip. Bagaimana pula Ayah boleh membeli set barang kemas ini untuk kami? "Tak faham... can you explain?" Philip menarik aku agar duduk di atas ribanya. Sambil memeluk aku... tangan aku, digenggam kemas serta dielus lembut oleh Philip. Sekali sekala dikucup sekilas. "Remember I told you, Ayah nak saya jaga Lynn? Sehari sebelum dia terkorban dan tidak kembali lagi, dia membeli set ini. Dia menyuruh saya berjanji, untuk berikan set ini kepada Lynn, pada hari pernikahan kita. Saya tahu petang tadi bahawa Lynn adalah milik saya kerana janji saya kepada Ayah adalah ikhlas dan cinta saya kepada Lynn... tumbuh sudah sekian lama. Dan tak mungkin saya akan biarkan Lynn mengahwini suami orang... tidak Lynn." Aku sembamkan mukaku di atas dada Philip, menangisi pemergian Ayah. Mengingati ketelusan hati seorang Inspektor Polis... Inspektor James Martin tenggelam dibawa arus semasa misi menyelamat mangsa lemas di sungai Batang Lupar. Hilang sehingga sekarang tidak kembali. "Thanks, Beb. Lynn berjanji akan menjadi seorang isteri yang terbaik...." Aku leka sementara dalam buaian perasaan yang bercampur aduk. "Lynn, okay? Penat tak?" Bisik Philip perlahan sambil memeluk aku di atas persada putih bersih. Philip mengelus lembut wajahku. Entah... bila? Tanpa sedar... kami berdua sudah baring di atas katil. Aku? Masih berkemban. Berkain sarung? Lingerie? Nope! "Marcelynda Simai, I will treasure you for the the rest of my life. Growing old together with me, will you?" Belum pun sempat aku menjawab, bibirnya sudah bersatu dengan bibirku. Dia membawa aku terbang tinggi ke awan biru. Membenamkan selautan kasihnya di dasar sanubariku. Seram sejuk tubuhku apabila disentuh sedemikian rupa. Memahami maksud kehendak naluri lelaki sejati. Aku merelakan segala belaian lembutnya. Mak! tolong aku! "Ya. Okay." Jawab aku berani. Sementelah dia merenung aku tanpa berkelip-kelip. Sungguh, aku gugup apabila dia memulakan semula rentak permainan yang agak berani dengan penuh romantis. Namun akhirnya aku lemas juga di dalam pelukkan hangat dan kucupan tanpa henti, seorang Philip Berkeley.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD